Monday, December 26, 2016

TIPS UNTUK BELI TIKET KAPAL TERBANG MURAH

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.



1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, atau kena rajin check tiket hari-hari.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

8. Kaedah pembelian

Jika harga terlampau mahal atau kebarangkalian harga nak jadi rendah adalah tipis, maka bolehlah beli sehala dahulu, dan bulan seterusnya beli lah sehala lagi, atau pembelian tak semestinya menggunakan flight yang sama, contoh pergi dengan air asia, dan balik dengan menggunakan MAS.

9. Beli Online

Beli secara online adalah lebih fleksibel dan mudah untuk pantau, jangan beli di kaunter tiket sebab harga yang di tawarkan adalah standard harga normal. 

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

sumber: CCM & Kendiri

Tuesday, December 20, 2016

PERJALANAN SINGKAT KE BEIJING, CHINA

BEIJING, CHINA

Badaling Great Wall.

Perjalanan singkat di Beijing yang bermula secara hakiki ialah pada 16hb hingga 18hb Disember 2016 sememangnya tidak mencukupi, tetapi memadai jika nak pergi tempat-tempat "Trade Mark" China.. iaitu Tembok Besar (Great Wall) China dan Forbidden City atau pun Tian'nam Square dan Palace Museum.

 MCo tak keseorangan dalam trip ini tetapi jumlah semua adalah 11 orang termasuk infant, namun pada saat akhir 3 orang yang tarik diri... maka tinggal lah 8 orang sahaja.. dan 8 orang ini berpecah 2 kumpulan pula... MCo tak mahu ulas panjang hal ini... tapi MCo suka nak sebut nama2 orang yang join trip MCo kali ini.. iaitu pencetus idea asal ialah Izhar kerana mak saudara ada di sana...dan di ikuti oleh wife dia Shafiqa, dan anak perempuan mereka iaitu Izzara, lain-lain semua adik-adik dan saudara dia iaitu... Irsyad, Azatulfitri, Faiz Syazwan... dan kawan MCo iaitu Rosdi.

Jadual Ringkas Perjalanan MCo

 16hb Disember 2016
Walaupun sampai awal di BCIA, tetapi jam 7 pagi kami bergerak ke Apartment di mana Izzhar menyewa... dan pukul 12.00 baru MCo dan Rosdi bergerak ke di mana MCo tempah hotel, iaitu di sekitar WangFujian Street. dekat dengan pusat bandar Beijing, dan Forbidden City.. dengan menaiki subway... sampai tempat yang dituju...
Ini kira hari pertama MCo berada di Beijing dengan tiada apa-apa itinerary pun... kami gamble kesemuanya.... 
Petang, selepas Check In... kami pusing-pusing sekitar hotel sehigga ke WangFujian Market Street... di sini ada "pesta persembahan" makanan (kena beli juga) tapi just nama dia je lah...dan barang-barang souvenir... 

17hb Disember 2016
Dengan pakej RMB200 seorang, kami melawat Ming Tomb, dan Badaling Great Wall... bermula jam 7 pagi, bas datang ambik sampai jam 6.00 malam... selain itu, kami di bawa ke kilang Jade dan Kilang sutera.... 
Malam, sekali lagi kami ke WangFujian Market Street.

18hb Disember 2016
Plan awal - pergi ke Forbidden City, jalan kaki sahaja... sebab dalam 20minit perkiraan daripada hotel kami menginap.. tapi kami tersasar ke Tian'nam Square, Forbidden City dengan Tian'nam Square tu tak jauh..cuma seberang seberang jalan sahaja... cuma Tian'nam Square ini combine dengan Palace Museum.... maknanya kalau pergi Palace Museum ini pun...seakan-akan Forbidden City dah... sini kami hanya berada sehingga jam 1.00 tengahhari... dan balik memandangkan kawan MCo, Rosdi sakit kaki... manakala MCo tak dapat meneruskan perjalanan ini secara keseluruhan...sekadar luaran di Tian'nam Square.... usaha nak pergi Forbidden City pun tak juga kesampaian.... apa-apa pun, secara amnya dah puas hati.

bergitulah serba sedikit perjalanan ringkas MCo di Beijing, sebagaimana aturan seterusnya.. MCo cuma boleh bagi tips dan kaedah ringkas semasa di Beijing berdasarkan koleksi gambar-gambar MCo ini.

jom....


Himpunan Gambar-Gambar Beijing 16 - 19 Disember 2016
Gambar pembuka yang tiada MCo di dalam... daripada kiri, Syafiqa, Izhar, Rosdi dan Irsyad.... setibanya di Beijing Capital International Airport (BCIA) pada jam 1.30 pagi waktu tempatan... masa ini kami la yang last sekali keluar pintu.... kami terpaksa duduk di airport ini lagi dalam beberapa jam... kerana ada 2 orang lagi akan tiba dalam jam 4.30 pagi.. iaitu Faiz dan Azatul. Gambaran di dalam baggage claim di BCIA.
Note: Ruangan ini adalah dilarang untuk menunggu atau stay lama, kalau kita duduk lama di sini, pihak kastam atau imigresen dia akan hampiri dan suruh keluar.

16 Dis 2016 (Jumaat) - Hari Pertama.
Sekarang MCo pula di Arrive Hall BCIA.... kalau kat luar tu memang sejuk, still kat dalam ini... macam airport lain juga... ada tandas, dan air panas untuk buat minuman pun ada... kalau tengok persekitaran ini... arrive hall ini agak kecil jika di bandingkan dengan departure hall..
Keadaan luar BCIA... arrive hall.... tak ada orang pun.. sangat sejuk ni....
Sebagaimana korea... sepatutnya peta ini wajib ada..untuk memudahkan kita bergerak di sekitar kota Beijing... tapi MCo tak jumpa map ini...so sekadar ambik gambar ini, lagi pun, keadaan singkat di Beijing, MCo tak berhajat sangat untuk bergerak menggunakan subway ini.
Bergambar dengan suami kepada owner apartment di mana Izzhar and the geng menyewa... ni dia yang hantar MCo... (tunjuk arah/jalan) ke subway... ingatkan nak tunjuk gitu je... ni siap hantar ke stesen subway, dan beli tiket... he very good man, bagi tips pun dia tak mahu ambik... malangnya dia tak boleh speaking english.. semua urusan dengan pelanggan, isteri dia yang manage.... 
note: nampak je cahaya matahari..macam panas... tapi sangat sejuk ni.... 
Ruang menunggu subway....  siap ada penjaga lagi tu... dan keadaan ini normal dan sinonim dengan mana-mana stesen subway di mana-mana negara pun.
bila train sampai... kami sengaja tak terus naik... tengok dulu..silau-silau.... sebab keretapi di sini cepat...5 minit sekali dah sampai... so tak perlu gusar sangat terlepas... sambil-sambil tu snap gambar sekeping dua...
ni kira tiket lah..sama gak lah di Malaysia... ia ada tiket sehari... atau tiket boleh guna macam kad touch n go... tapi memandangkan MCo nak naik sekali sahaja..memadailah beli 1 hala sahaja... agak murah juga lah.. .Daripada Stesen Sihui ke Stesen Wangfujian...dengan melangkau 5 stesen.. dalam rmb2.50 per person.
Belakang Kad.. ada gak instruction dalam bahasa Inggeris.... Single Journey Ticket untuk Subway Line 1.
kalau tak ada tourist map.... sign ini pun dah cukup.. sama sebagaimana korea, setiap hentian, ada tempat untuk kita lawati... ni kira excellent juga dan petunjuk untuk akan datang.
 
 semasa dalam subway... daripada Apartment di Mana Izhar sewa, ke Wangfujian Street.
Di hentian Subway Line 1, Wangfujian street station... ada Museum ni, dengan melalui Exit pintu A. Northen door... menghala ke Oriental Plaza.
Bila sebut Subway, ia memang sinonim dengan tangga yang tinggi.... kepada yang sakit lutut tu.. pakai je lah escalator ni....  MCo dan Rosdi.. Welfie pada hari pertama di Beijing.
Bergambar di pintu masuk Oriental Plaza.... instruction sikit ni.. sebenarnya MCo tersalah pintu nak pergi hotel yang MCo book...sepatutnya kena keluar pintu sebelah sana... ini mungkin pintu western.. sepatutnya MCo keluar pintu eastern... tapi apa2 pun.. meh MCo cerita..kalau dalam gambar tu... sebelah kanan MCo kalau pergi straight.. akan jumpa Wangfujian street market, manakala kalau MCo terus maju ke depan dengan menyusuri jalan besar, MCo akan jumpa Tian'nam Square dan Forbidden City.
Untuk gambar lebih nyata.. ini lah signboard Wangfujian Station. Line 1.
Di sepanjang jalan menuju ke hotel, panorama bergini dah biasa... ada je orang-orang yang jual barang-barang mereka... kami just sekadar lalu ja lah... dan tengok-tengok... nak beli tu, rasa jauh sekali...tapi kalau ada yang menarik... ok juga.
 
 di Wangfujian Street.... masa nak mencari hotel... bergini lah.. kalau beli hotel di agoda...bila sampai... atleast kena spare 2 jam untuk cari hotel.... hahaha... dah lah orang orang kat sini tak tahu berbahasa Inggeris.
Selepas Check in hotel... petang tu kami jalan-jalan sekitar hotel dan juga Oriental Plaza tu, dan terjumpa lah Restoran Muslim ini.. kira molek lah ni..perut dah lapar, bagus juga kalau macam ni... sebelah kiri Rosdi tu ialah Art and Craft Plaza.... tapi banyak jual barang emas.
 
 Inilah bangunan yang MCo maksudkan itu.... arts and craft emporium...
Untuk menyakinkan pelanggan, restoran ini meletakan tanda cop halal.... so tanpa was was juga lah nak pergi makan ni.. perut dah lapar sangat ni.
Kat luar dah tengok..meh kita masuk dalam plak... eerrmm nak buka cerita lah sikit pasal restoran ini... dan MCo pun tak mahu juga suggest ini... 
1. Restoran ni, mungkin tukang masak atau owner dia muslim, tapi pekerja dia non-muslim
2. agak mahal.. semua makanan di atas tu 80rmb... termasuk nasi 2 mangkuk.
3. tiada sudu...semua kena makan guna penyepit tu... (Chopstick).
4. hampir 100% pelanggan non-muslim, arak di bekalkan di restoran ini...kalau tak silap.. sebab MCo tengok orang sebelah tu... minum semacam botol arak... tapi entahlah... tak mahu kata lebih...
5. Apa yang Mco order tu... daging kambing dan semangkuk besar tu, pelayan kata still tak cukup untuk makan 2 orang tu... hehehe...dia suruh order banyak lagi...
6. ada nampak kelibat orang Malaysia nak makan...tapi dia dah kaji selidik dekat kaunter tu...terus dia  blah... 
7. tiada air di bekalkan.... uuuiiihhh
Lepas makan, kami jalan-jalan lagi... yang kat belakang tu lah.... pintu masuk Wangfujian market street.... ala macam petaling street K.L juga.
 
 Sempat juga berselfie ini... maklumlah kami 2 orang ini je berjalan.... mu ambik gambar aku...aku ambik gambar mu...kalau nak berdua... kena welfie...nak suruh orang tolong snapkan... kena ada nilai kepercayaan dan keberanian yang tinggi.
Siang dan malam street ini penuh dengan orang.... agak menarik juga panorama seperti ini.
Koleksi gambar welfie 1... masih sama guna alasan di atas..hehehe...
Welfie lagi... tempat sama... ada orang tak suka baca...tapi suka tengok gambar je... manakala MCo suka dua2... untuk bukan hari ini...tapi maybe 10 tahun akan datang.... atleast tahu jalan cerita... sebagai small diary.
Sempat lah jadi ayam dan itik untuk bersembang...actually MCo nak bergambar, tapi dia kata tak boleh.... so, Rosdi sempat lah snap satu keping ini... hehehe... (Wangfujian street market)
Permulaan pintu masuk ke Market Street ini...sepanjang jalan ini, semua jual makanan... dia panggil Food Presentation.... tapi non-halal la bagi Muslim.
Tidak semua jual makanan... di sepanjang jalan-jalan tu..ada lorong2.. ni MCo nak bergambar sebelum nak shopping...
Pandangan dan panorama lorong yang jual souvenir ini... banyak.. errmm nasihat MCo kalau kat sini... jangan tanya-tanya harga kalau tak mahu beli... ada yang kena tarik.... macam ala-ala paksa suruh beli... (acah-acah je paksa suruh beli sebenarnya)...masih lagi di anggap peramah... tolak dengan baik....
Wangfujian Market Street ini agak besar juga... bukan sekadar 1 lorong...tapi rekabentuk laluan juga kadang-kadang boleh sesat juga...
Rosdi di salah satu lorong Night Market..(Wangfujian)
Dataran Wangfujian walking street....

17 Disember 2016 (Sabtu) - Hari ke-2
Hari ke-2 day trip ke Badaling Great Wall, kami dah book awal-awal di hotel. Kalau ikut jadual perjalanan ialah daripada jam 7 pagi hingga 6 malam.. itu betul-betul 1 hari perjalanan.. walaupun plan asal nak pergi sendiri, naik subway dan bas, tapi memandangkan kami kejar masa.. ambik yang mudah dan tak banyak cerewet.
Resit untuk day trip ke Badaling Great wall.... 400rmb (2 orang)... termasuk
  1. Pemandu pelancong akan jemput kita di hotel dengan bas.
  2. melawat Chang Tomb.
  3. makan tengahari (tapi yang non-halal lah)...kalau non muslim... kira beres lah.
  4. Melawat Great Wall di Badaling.
  5. Melawat Kilang pemprosesan dan jualan sutera
  6. Melawat kilang dan penjualan jade
  7. Penghantaran ke Hotel.
Kira murah juga lah tu...  tapi tips.. kalau nak cari yang murah, cari lah travel agent yang "bertapak" di bajet hotel... sebab MCo tanya yang lain.. 400rmb per person di hotel-hotel bertaraf "bintang-bintang" banyak.
note: semua berbahasa cina...hahaha...kalau resit tu kata jual... terpaksa la....
kaunter tiket kat Ming Tomb...walaupun asal tulis nak pi Chang Tomb... harga pakej tu semua adalah termasuk harga tiket ini.... ni MCo iklan saje je... konon beratur nak beli tiket...  tapi MCo lupa nak ambik tahu pasal harga tiket, berharap pemandu pelancong ni bagi salinan tiket...tapi xde...

Pemandu pelancong... dengan memperkenalkan nama komersial ..."Bruce Lee".. untung lah kerana dia boleh berbahasa Inggeris.... kalau tak, boleh baca je apa yang tertulis tu... MCo pun bukan 100% faham apa yang di cakapkan...
Salah satu bangunan yang ada di dalam kawasan Ming Tomb ini... (kubur raja-raja zaman disnasti Ming).
selfie.. ok next time kena beli GoPro.... buat macam Cik Yee Hoon.... nampak nature... kalau macam ini..nampka sangat berlakon... MCo dan Rosdi di Ming Tomb.
Ling'en Gate of Changling Tomb.... dan di fahamkan kubur asal ada bawah tanah tu..tapi telah di tutup kerana apabila di buka pada orang ramai... banyak kerosakan yang berlaku.
statue yang berada dalam Ling'en gate ini.
Walaupun di dalam bangunan ini lah suhu yang tercatat... dan ini purata waktu tengahari... kalau malam dan awal pagi tak tahu lah....
Emas sebagai simbol matawang pada zaman disnasti Ming... Emas dan Perak.

Salah satu senibina pada bangunan utama ini...
kalau di China ini, sepatutnya kena bawa mask.... tapi MCo dah lupa satu tu,...so terpaksa lah pakai macam ini sekali sekala kalau tempat berdebu... pada masa ini, di China kering tapi sejuk....
bangunan yang menempatkan kubur di bawah tanah tu... tapi kini dah di tutup sebagaimana yang MCo bagitau tu... bila di buka kepada orang ramai, ada banyak kerosakan berlaku... so langkah terbaik, kerajaan menutup kawasan itu, hanya luaran sahaja yang menjadi kawasan lawatan.. walaubagaimana pun, atas bangunan itu kita boleh naik...
MCo dan Rosdi....
dalam ni..kami di benarkan oleh pemandu pelancong untuk bersiar-siar di dalam mengikut tempoh yang di berikan.... yang suka bergambar, boleh lah snap 2, 3 gambar... baru nak wak gambar bersahaja.
Minglou Tower of Changlian Tomb... gambaran dari dekat lagi....
panorama daripada atas  Minglou Tower... dan kelihatan Ling'en Gate of Changling Tomb....

Laluan keluar daripada Minglou Tower ini... menuju ground floor.
ni bergambar di Kilang Jade.. pusat jualan dan pembuatan hiasan jade...
MCo berdiri berlatar belakang tap mandi... nak tahu harga nya? lebih daripada 1 juta RMB.
Rosdi di pusat jualan jade... jangan terpedaya dah la....
Welfie dalam pusat jualan jade, bersama dengan kami tu, rakan baru kenal... nama Tom Ngo, orang Vietnam tapi menetap di Australia, dia solo travel.... bergambar dengan boneka money feng shui (Pi-Shu)...
MCo dan Rosdi.
Banyak juga MCo tolong snapkan gambar Tom ini... jadi adalah satu dan berdua bersama dia... mana tahu akan datang ketemu lagi.
snap any random picture.
antara nilai kesenian Jade dan harga nya... kalau peminat, pengemar yang berduit... mereka tak kisah
Restoran yang ada dalam pusat jualan Jade ini... dan restoran ini lah juga tempat pakej kami untuk makan.

Photo yang di snap oleh Tom, Keseluruhan pusast jualan Jade... kat belakang kami tu...depan pintu terdapat 2 boneka Pi-Shu, jantan dan bertina... yang terbuka mulut menandakan Feng Shui money... duit masuk tanpa keluar.... mengikut kepercayaan mereka.
kami dah sampai di pintu masuk untuk ke Great Wall.... Badaling, nak naik atas ada 2 cara, manual tangga daripada bawah nak Cable Way... kami pilih cable way.. tak nak jadi hero hahaha
special posses se.... ni baru nak masuk... orang lain dah bekejar ke stesen cable way.
Pintu masuk utama ke Cable Way Badaling.... mujur kat bawah ni tak ramai orang pada masa ini...
Kaunter tiket Badaling Cable Way... dengan kadar bayaran 100RMB, pergi dan balik... lebih kurang RM67.50 lah tu... yang ini harga tak termasuk pakej yang di tawarkan keseluruhan tu... 
 
 Tiket Cable Way..
Jom naik cable car ke Puncak bukit... setiap kereta cable boleh muat dalam 6 orang.... dan di lengkapi audio...
Pintu keluar dan pintu masuk daripada Cable Car di puncak bukit Badaling Great Wall. Bagi sape2 yang beli tiket naik sahaja (dengan niat nak turun bawah pakai tangga) tetapi bertukar fikiran nak turun guna cable car, boleh beli tiket turun kat sebelah kiri MCo tu...ada kaunter jual tiket... Pemandu Pelancong cakap awal-awal... dont to be hero...hahaha...
Rosdi di Badaling Great Wall...
Tengok lah bertapa ramainya pengunjung, dan kebanyakannya memang penduduk tempatan China itu sendiri... macam silap tempat atau hari datang sini.. nak bergambar santai pun tak selesa...
Tengok... Rosdi nak fokus untuk ambik gambar MCo pun terpaksa teresak esak.. dan tunggu orang reda.. dan waktu sesuai...
Akhirnya dapatlah shot yang boleh dikatakan lega sikit...
dengan panjang 8800km lebih... makan masa berbelas tahun seseorang itu kalau nak berjalan kaki, daripada hujung timur ke hujung barang Great wall ini.. sedangkan MCo tak sampai 200meter pun dah tak larat.
sekadar shots lah 2, 3 tempat sama.... nampak je panas tu... tapi sangat2 sejuk...
Kami telah terpisah dengan semua geng-geng dalam bas yang menggunakan pakej sama tu... pemandu pelancong pun entah ke mana... jadi kami berdua je lah... dia ambik gambar aku... aku ambik gambar dia... sekali sekala...welfie...
Gambar Solo Rosdi.
Great wall ini banyak cabang...so ni bahagian lain plak....
sekadar gambar... saja nak tunjuk panorama di belakang tu...
nampak macam panas...tapi sejuk yang amat

pintu masuk ke bahagian tembok lain....
Ni dah nak turun..... sebab kami di beri masa selama 2 jam sahaja di sini... kadang2 orang lain rasa tak cukup dengan tempoh tu... tapi MCo, nak kata tak cukup... tak juga..tapi oleh kerana terlampau ramai orang di sini...rasa malas nak duk lama-lama.
ok...dah turun guna cable way juga.. fuhh kalau nak manual guna kaki...turun atau naik...memang mengurut lah malam tu...
main extrance to Cable Way ticket kaunter
serba sedikit tourist map yang ada di sini... maka tak lah terpingga-pingga.. kalau tengok daripada peta, sangat besar, dan MCo melepak atas Great Wall tu pun... tak sampai 10% daripada keseluruhan peta yang di wartakan untuk pengunjung... rasa rugi juga... tak explore keseluruhan.
hah... info space... intro berkenaan Great WAll ini... boleh baca kalau free.... MCo memang baca yang penting-penting je..tapi kali ini memang tak ada masa nak baca pun.
Taklimat daripada kilang dan pusat jualan kain sutera......
 Leka dan terpegun penerangan yang dia bagitahu... tapi MCo paham sikit-sikit je lah...sebab? MCo tak berminat pun nak beli, so kurang minat nak dengar....
 kepompong ulat sutera.... 
Rosdi di pusat jualan kain sutera... agak mahal juga berbanding dengan di pasar-pasar malam..hehehe... kalau tengok kain seolah-olah sama je dengan pasar malam...
Pintu Keluar... Kilang dan pusat jualan sutera....
Masih di bangunan pusat jualan sutera tu..... MCo nak tunjuk bas kat belakang tu... itu lah kenderaan untuk pakej kami... boleh muat dalam hampir 30 orang..tapi hari tu.. hanya dalam 12 orang sahaja.... 

di WangFujian Walking Street...
Malam ni memang sejuk....
kat sini macam-macam boneka ada...
Kawasan ini sehingga tengah malam ramai orang...tapi kami tak larat nak still sampai lewat... dah lah sejuk, lapar plak tu.... kadang-kadang ada penjual jalanan menghampiri nak jual barang, seperti sarung tangan, stokin, mask, dan penutup kepala....
Sekali lagi ke Night Market di Wangfujian Street....
Antara jualan makanan yang terdapat di lorong ini... ini lorong diaorang namakan Food demotration... singkatannya lah...
Rosdi di lorong yang jual makanan ni..... tengok saje je lah sambil tutup hidung...nak makan sure tak halal punya.... 
 
 sedap ni kalau boleh makan... tapi apakan daya kan.. hati MCo teringat di Acheh...semua boleh makan...
Plate yang menunjukan lorong tu... memang khas untuk jual makanan sahaja.. The Demonstration Market of Food Safty... since 2007
Ini je yang mampu kami beli...  sedap

18 Dis 2016 (Ahad)
Hari ini ini, kira last day berada di Beijing... so plan awal ialah pergi ke Forbidden City dan Tian'amen Square.... boleh di katakan dekat dengan hotel kami...iaitu 20minit perjalanan...kalau tak tersalah jalan... tapi hari ini kami sesat juga, sebab orang di hotel salah bagi petunjuk... kalau naik teksi... sekejap sahaja..dan bayaran dalam 15rmb sahaja...
Suasana pagi....  kalau jalan lurus je...akan jumpa hotel kami menginap... pada awal kami ke kanan tu...daripada hotel...tapi tersalah jalan pula.. sepatutnya ke kiri daripada hotel di simpang 4 ini... hadowww...lah hotel punya receptionist salah bagi petunjuk jalan.
Dah masuk lepasan pertama pintu kawalan ke Tian'namen Square.... ni gambar daripada jauh...
petunjuk yang amat berguna bagi MCo untuk tahu kemana arah yang patut MCo tuju.... memandangkan dengan MCo tak ada langsung tourist map....
Ni saja nak tunjuk saiz map ini... besar... dan terang... walaupun tak lah detail sangat, tapi kita mudah faham...
Tian'nam Square, salah satu mercu tanda atau landmark Beijing ini.... sekitar ini ada Palace Museum dan Forbidden City...
ramai orang tempatan daripada pelancong asing ke sini... jom MCo nak masuk dalam dulu...tengok macamana...
selfie dengan Rosdi di sini... kat dalam tu ada Palace Museum...sebelum masuk, bergambar dahulu...sebab di sini adalah trademark dan landmark... bagi beijing ni...
MCo di Tian'namen Square....

Panorama selepas memasuki bangunan Tian'namen tu... menuju ke Palace Museum.. ramai orang di sini... bila masuk dah tak boleh keluar menggunakan pintu yang sama.
Oleh kerana hanya MCo yang masuk dalam ini,.. maka tak ada orang yang nak tolong ambik gambar... kita tiru macam guna GoPro... tapi takut nak buat duno kot kot hp boleh hilang... GoPro tak apa, kecil... boleh buat2 tak tahu....
Permandangan kat dalam memang cantik, kalau musim bunga atau salji, lagi cun rasa tempat ini... tapi sayang, sebab masuk seorang, tak de orang nak shots gambar banyak2... cuma selfie dan gambar kosong biasa.
MCo bergambar setakat ini sahaja.. untuk melebihi jaring merah tu...dah kena tiket... sebelum masuk.. memang diaorang check betul2... jaket, beg dan lain2.
Pernah tengok bangunan ini? bukan awek tepi tu... bangunan yang femes ini..yang jadi epic dalam drama atau film purba cina... istana di raja... dan apa2 lagi tu... .
MCo hanya mampu selfie je...teringin nak masuk..tapi mungkin next time...
Kaunter tiket....
Yang ini special kalau ikutkan, bila beli tiket, ada audio guild... kita boleh pilih bahasa...  konsep dia  sama seperti di Phnom Penh... guna macam walkman tu... 
 
 kalau nak tau serba sedikit info  pasal tiket ni..boleh lah pendahuluan baca...


Lapangan sebelum masuk ke Monumen utama Palace Museum, besar, dan sebelah kiri tu, semua kaunter tiket... kalau nak tahu bertapa besarnya kawasan ni..jom kita rujuk map di bawah ini.
Kawasan yang besar yang MCo snap gambar di atas tu yang bertanda "you are here"... kawasan ini masuk tidak perlu tiket... namun begitu, bila dah masuk, kita dah tak boleh keluar lagi menggunakan pintu kita masuk tadi... (jika tidak mahu masuk ke Palace Museum)... maka kena keluar ikut taman samada sebelah kiri atau kanan.... dan daripada taman itu access ke pintu keluar... tapi yang sadisnya... bila nak masuk taman tu, kena bayar sebanyak 10rmb.... so di sini, masuk tak perlu bayar, nak keluar baru kena bayar... eerrmm. Actually MCo nak masuk sangat Palace Museum tu, tetapi 1 day pun tak habis pusing, memandangkan Rosdi sakit kaki di luar, tak sampai hati nak masuk sorang-sorang. jadi MCo lupakan hasrat tu, mungkin lain kali ada peluang lagi...
Salah satu permandangan dalam taman....
Ini lah tiket nak masuk dalam taman, bukan tiket nak masuk Palace Museum ut... sadissnya... hilang juga 10rmb bila nak keluar... tapi... taman dia memang cun, cantik... kalau musim bunga, dan musim salji...
bila melalui taman ini.. adalah permandangan seperti ini.. boleh masuk, jika dah bayar tiket tadi...tapi MCo tak larat pergi sejauh itu, sebab teringat kawan lama tunggu di luar tu.
Panorama dalam taman.... access ke jalan keluar... daripada pintu keluar tadi berjalan kaki dalam 15minit ke Tian'namen Square.
MCo minta tolong pengujung snapkan untuk MCo...hehe

Himpunan gambar-gambar secara rawak di Tian'men Square. 
Tempat ini la jadi para menteri mereka duduk jika pelancaran hari kebangsaan mereka.... tempat ini memang sinonim dengan China. Dengan gambar Chairman Mao.. .atau Mao Zedong yang menjadi icon rakyat China... boleh dikatakan negarawan China la tu.
... dan sekarang MCo plak.... tutup terus dah gambar Mao Zedong....

Gambar daripada sudut lain pula....
Gambara jauh daripada Dataran Tian'men tu... hajat nak pergi ke Forbidden City pula..tapi Rosdi dah tak larat, so terpaksa cari teksi untuk balik ke hotel.
Dataran ini sebenarnya di kawal rapi oleh polis... setiap pintu masuk akan di periksa... ni kira tempat kawalan juga lah.. boleh di katakan keluasan ini boleh memuatkan 1 juta orang.
zoom out lagi....
Pengangkutan awam seumpama ini biasa di bandar Beijing ini...dan ada yang menggunakan Elektrik juga.
Ini lah yang MCo cakapkan tadi... setiap yang nak menghampiri lapangan atau dataran Tian'men, di jaga rapi, setiap orang akan di check, kad pengenalan dan juga passport...

Penjaja seperti ini biasa dapat di lihat sekitar Beijing, terutama tempat yang menjadi tarikan pelancong.
Dataran yang bertentangan dengan Tian'nam Square... gambar menghadap matahari... biasa kurang jelas... kalau pergi straight tu.. ialah ke Forbidden City.

Ulangan... tadi di atas gambar Rosdi... sekarang gambar MCo... saje tak susun ikut kronologi.




Di Wangfujian night market street.... penjual souvenir ni... banyak juga MCo beli dengan dia....
..Boleh cakap melayu sikit-sikit, saja belajar tu..untuk tarik orang Malaysia beli... "murah-murah, mari pilih"... dengan ayat tu, kita tahu.. maknanya ramai juga rakyat Malaysia datang ke sini.

special posses for you... from MCo....


Gambar secara rawak di Ming Tomb dan Badaling Great Wall.
Di dalam bangunan Ling'en Gate of Changling Tomb....
Bergambar dengan juru pandu pelancong kami... dia panggil nama dia Bruce Lee. (no telefon dia. 1851 5835 962). mana tau kot kot berguna kepada pembaca.

MCo yang berlatar belakangkan pintu (entah lupa plak)... menurut mitos, jika melalui pintu itu, biarlah daripada dalam keluar... dengan menyebut satu ayat daripada bahasa cina... (lebih kurang maksud dia.... kalau pergi semoga dapat kembali lagi)






Tom Ngo yang tolong snap untuk kami.. dan kami snap untuk dia...
Gambaran daripada atas tower Minglou... Changlian Tomb.
bergambar di luar bangunan kilang dan pusat jualan Jade...
kilang jade ini ada juga pintu sebagaimana Chialiang Tomb... dan juga patung Pi-Shu tu... mitos yang membawa rezeki... dan pintu tu...setiap pengujung yang datang sepatutnya melalui pintu itu..kononnya bila datang, dan pergi, akan kembali lagi ke situ.

Bergambar di dalam cable car.. nak naik ke Badaling.
bersama Tom Ngo... dalam dewan makan... tapi non-halal lah... restoran ini terletak dalam kilang Jade tu.
Pi-shu yang membawa duit menurut mitos China lah...
Tukar gaya plak...

ok..MCo dah sampai... ini kira gambar kedua... daripada yang atas tu....
Ramai betul orang... sehingga nak bergambar pun tak selesa... nak buat gaya pun tak dapat juga... kiri kanan orang...


Dengan salah seorang yang mengikuti trip kami ini... sekarang dia sedang video call dengan mak dia.. famili dia... so dia tunjuk lah MCo kepada famili dia... dengan mengatakan ini kami satu grup dalam bas.
tengok lah berumbu orang... dan kebanyakan adalah orang tempatan China itu.
Malam terakhir di Beijing... mengharapkan salji turun..kakakaka...tapi tak turun pun sejuk, sampai biru dah jari jemari... kami pusing-pusing sekitar Bandar Beijing ni... cari buah untuk di makan.
Sekali lagi pergi ke Wangfujian night market.
ini lah pantang... kalau nak jalan-jalan tapi tak nak beli, jangan tanya, just tengok-tengok je.. tapi bila dah tanya... jadi macam ni.. amoi ni sampai pegang tangan MCo... supaya tak lari ke lain... tawar harga mesti kaw kaw... kalau munasabah dia akan bagi dengan harga tu.. akhirnya MCo dapat lagi murah dengan harga abang gemok mula-mula tu.. menyesal plak...
Tak cukup 1 barang... dia offer lagi barang lain... selagi dia tak puas hati...dia pegang juga tangan MCo tu.... tapi itu MCo single..kalau datang dengan perempuan, maybe dia tak buat macam tu...
Parking basikal di Beijing....  parking atau sewa?
Next time...satu idea...sepatutnya kita boleh sewa basikal di Beijing ini... dengan kadar kalau tak silap 50rmb untuk satu hari.... 

Panorama di Great Wall (Badaling)






contoh iklan di jalanan oleh tourist guild ke Great Wall atau mana-mana tempat, boleh di katakan murah... tetapi berbahasa cina lah...

Lain-lain Gambar

Masih di KLIA 2... sebelum berangkat ke Beijing, bergambar dulu di sini... cantik juga lukisan 3D ini...

antara market yang ramai orang terlepas dan jarang ada dalam mana-mana blog... Pearl Market, Hongqiao Plaza... apa yang diceritakan oleh Izzhar, boleh tahan murah harga di sini...
 
  Resit Tol... jika naik Grab atau Uber.. tol penumpang yang kena bayar. kami daripada hotel ke airport naik Uber Car, kadar bayaran ialah 160rmb. 
  business card di mana MCo menginap... biasa lah.. macam tips MCo bagi... bila pergi negara orang, sila ambik business kad seperti ini letak dalam poket... senang, kalau sesat tunjuk je ke Teksi.
 
 Petunjuk...mudah waktu solat dan secara tak langsung kita boleh tahu sunrise dan sunset...dan waktu tengah malam.... 


Secebis gambar daripada group satu lagi... di Mutianyu Great Wall.
 
 Peta ringkas kedudukan kota Beijing dan Great Wall Badaling (area Huyu Natural Scenic) dan Great Wall Mu Tianyu... perjalanan daripada pusat Beijing ke Badaling mengambil masa dalam 2 jam manakala Mutianyu dalam 1 jam 30minit ..dan semua tu bergantung kepada keadaan traffic.. manakala kedudukan Forbidden City dan Tian'nam Square adalah.... di tengah-tengah bawah yang bertulis "Beijing".
Cable car di Mu Tian Yu Great Wall agak berbeza dengan cable car di Badaling... ini open air, mungkin tak tinggi mana... MCo pun tak tahu, kena tunggu orang pergi sana untuk ulas nanti... tapi nampak agak seronok.
Amboii Izzara, (Izzhar and Syafiqa daughter)..kecil-kecil dah boleh jejak kaki di Great Wall ini... one of famous place in the world.... gambar salah satu di post kawalan purba di Tembok Besar China ini... ( Mu Tian Yu Great Wall).... next time MCo kalau datang, kena datang sini....
Mereka ini bergambar berdiri di atas Sungai yang dah beku dek salji... bekasan salji yang telah lama turun, tapi tak mencair.... rugi plak MCo tak datang sini.... tu lar, masa terlampau singkat.
Tiket masuk ke Mu Tian Yu Great Wall.... belakang
rupa depan tiket masuk great wall Mu Tian Yu ni..... 

Infor dan Tips

  1. Pada masa ini kadar tukaran mata wang dan perbandingan ialah 100rmb = RM65.50. (rmb = Reminbi). 17 Dis 2016
  2. Pada masa ini juga matahari terbit jam 7.50 pagi, dan matahari terbenam jam 4.58 ptg/malam. (siang singkat dan lama pada waktu malam).
  3. Pada masa ini juga....suhu purata mencecah 4 darjah cercius.... malam boleh capai 2 darjah cercius. 
  4. secara puratanya penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing memakan masa dalam 6 hingga 7 jam.. dengan Airasia-X.
  5. Secara majoriti, penduduk china tak tahu berbahasa Inggeris, jadi kalau nak tanya jalan, atau mana-mana tempat nak pergi, sila pastikan kertas yang di tunjuk ada tulisan cina (pin yin)...suruh lah member2 cina tulis, atau suruh receptionist hotel tulis... atau paling kurang gambar tempat yang kita nak pergi.... 
  6. Hotel, sebaik-baiknya beli online seperti agoda, trivago, booking.com dan lain-lain sebab lebih murah berbanding walk ini... cuma masalah, nak cari hotel itu agak masalah... kalau tak tahu jalan.
  7. Makanan halal agak susah, jadi kalau daripada Malaysia, boleh lah bawa bekal daripada Malaysia.
  8. Kalau beli buah-buahan pastikan beli di kedai, jangan tepi jalan, basuh sebelum makan.
  9. Great Wall yang pelancong melawat ialah di Badaling dan Mutianyu, boleh pergi sendiri kalau anda jenis gamble dan backpacker, kalau nak mudah, cari je pakej di hotel2 atau travel agent... harga boleh dapat semurah 80rmb untuk seorang kalau bertuahlah.
  10. Kadang-kadang di hotel-hotel menawarkan kenderaan van mereka, boleh pergi mana-mana dengan harga berpatutan.. kadang 6000rmb untuk sehari.
  11. Semasa kita jalan-jalan di kota Beijing, kalau ada orang tawarkan pakerj mana-mana yang murah yang tidak masuk akal dengan "percakapan" sahaja, secara baiknya, tolak sahaja... sebab MCo pernah di tawarkan pusing-pusing ke forbidden city dengan harga 2rmb sahaja... dengan motor.... 2rmb = rm1.65 (lebih kurang).
  12. Kalau shopping di pasar malam... diaorang akan letak harga yang berganda-ganda... cuba tawar harga lebih daripada separuh.. contoh baju, rmb65, MCo tawar, dapat rmb19.... petua macam biasa...jangan nampak sangat kita nak beli barang2 tu...
  13. Kalau pergi mana-mana, bawalah botol air, air...atau makanan ringan... maklumlah makanan susah sana...dan air tu... faham2 lah.. .selain minum ketika dahaga.... tapi time nak masuk tandas tu... tak ada air... tapi kalau lupa juga... ambik je tisu... basahkan dengan air... kalau tak nak basahkan... istijad je... 
  14. Cuaca sejuk, menyebabkan kurang berpeluh, kadang-kadang baju yang pakai seharian pun tak berbau, so kalau boleh kurangkan bawa baju daripada Malaysia... pakai baju sama pun tak apa 2 hari sekali.... lagipun ia kat dalam..ditutupi oleh baju sejuk tu...tetap gak nampak baju sama pakai hari-hari.
  15. stoking? MCo sarankan pakai lah stoking bola... sampai ke lutut.. dan pakai seluar legging kat dalam... sarung tangan jangan lupa juga. 
  16. Di sana semua motor adalah menggunakan kuasa elektrik, jadi hampir tiada bunyi engine kedengaran, maka berhati-hati kalau berjalan tepi jalan raya, terutama melintas, kerana waspada motor yang tiada bunyi di belakang, se elok-elok, kena tengok kiri kanan dan tambah satu lagi..tengok belakang.
  17. Di lintasan zebra (pejalan kaki) walaupun dah hijau, dan petanda boleh melintas, tapi Awas, kena waspada juga sebab ada kenderaan tidak mengikut peraturan itu, walaupun lampu Isyarat merah di lintasan zebra tu, mereka tetap lalu, terutama teksi.
  18. Jika berada di tempat makan, awas tas tangan wanita atau beg galas yang di letak dibelakang kerusi, sebab ada pencuri, namun sesetengah restoran, di setiap kerusi ada di sediakan sarung, (macam sarung bantal, atau guni) bila kita letak beg...sarung itu akan di masukan dalam tempat sandar kerusi bersama beg-beg, maka pencuri tiada peluang untuk mencuri.  
  19. Di Beijing juga ada UBER dan GRAB car... kalau anda pandai...boleh ler guna... 
Wild Great Wall Travel Tips- Top Dos and Don'ts
Dos Don'ts
Check the weather before your visit. Don't go there when it rains, snows, or thunders.
Water-resistant, breathable, and windproof clothes, and hiking boots are the best outfit. You'd better take a mountaineering stick. It is a good helper to save energy while climbing. Short sleeves, breeches, and sandals do not provide good protection and may result in your being scratched by weeds and sticks. Since some parts are been badly damaged with remnants and gravels on the road, you may get injured wearing sandals.
Take a compass or hand-held GPS to help you find your way in the absence of obvious direction signs. Or you can find a local resident who is familiar with the path as your guide. Don't walk around randomly, or you may get lost.
Finish your hike before dark. Don't stay there until the sunset. It's easy to lose your way and there is no light along the wall.
Find yourself some companions. Don't try this alone.
Pack some snacks, there is no shop or booth up there.  Don't eat wild fruits along the path, they could be poisonous.
Bring plenty of water. The walls were built on mountains, making it very difficult to find drinkable water. Don't gulp water.
Choose safe paths and watch your step. Use both your hands and feet to get through steep segments. Don't try any dangerous moves while climbing.
In some difficult segments, you may find some cloth strips on the tree branches or arrows on the ground. They are signs made by other hikers, pointing out the safer path, which you may follow. Don't walk along untrodden paths.
If you want to take pictures, make sure you are safely grounded. Don't try any dangerous posses.

Bagi sesiapa yang nak masuk China ni...kena ada Visa...so pohon awal untuk mengelakan sebarang kesulitan, jadi MCo boleh suggest travel agent ini untuk permohonan visa.. hampir 10 agent MCo survey tapi ini lah dapat harga termurah daripada kalangan mereka... boleh contact :
En. Hilmi di talian +6011-2362 9991. atau mana-mana nak pergi..dia pun boleh uruskan... memang terbaik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...