Sunday, August 7, 2016

KRABI - HATYAI, THAILAND - TERENGGANU OVERLAND

Express Trip Syarikat

Buat pertama kali MCo menyertai Trip yang dianjurkan oleh pihak tertentu, yang mana sebelum ini, MCo hanya bergerak sendiri atau secara solo. secara ringkasnya MCo nyatakan bahawa kali ini MCo menyertai trip syarikat yang sememangnya dirancang secara langsung.

sebagaimana yang lepas-lepas, kunjungan MCo ke Krabi ini adalah kali ke 2 dan ke Hatyai entahlah kali yang ke berapa puluh kali, maka tidaklah perlu MCo intro berkenaan dua tempat tersebut, cukup lah penceritaan MCo dengan trip itu, dan dengan ratusan gambar-gambar hasil daripada camera MCo sendiri dan yang utama daripada camera peserta daripada rakan-rakan kerja. Oleh itu, dengan kata lain, Cerita MCo kali ini tidaklah berkisar pada MCo sahaja, malah di banjiri dengan gambar-gambar yang MCo pun tiada... 

Untuk melewati perjalanan MCo ke Krabi yang lepas..boleh lah klik di sini -- > Krabi 1st time

Apa-apa pun, sedikit jadual perjalanan MCo/kami ke Kuala Terengganu - Sempadan Sg. Kolok - Krabi - Trang - Pattani - Hatyai - Sg. Kolok - Kuala Terengganu, Overland. 

 Inilah ringkasan jadual yang diberikan oleh travel agent...dan ada tambahan perjalanan dari pengalaman kami.

Tourist Map Krabi.
  🇲🇾🏇🚴🚙 🚗 🚕🇹🇭🇹🇭
ROMBONGAN BAS
KRABI-HATYAI-GOLOK

DAY 1 (27 Julai 2016 - Rabu)

7.00 pagi bertolak daripada Menara PMINT kuala Terengganu, dengan menyewa bas daripada Pasir Puteh.... 
- keputusan untuk menyewa bas pasir putih ini adalah kerana lebih murah daripada bas daripada Terengganu, dan mereka hantar setakat imigresen Malaysia sahaja, manakala bas Express Rakyat Pasir Putih ini akan hantar penumpang ke imigresen Thailand, Sg. Golok.
🚩BORDER - KRABl
Info: 

12.00hrs - Berlepas Dari Sempadan
-Singgah di masjid Telok Manok yang berusia 390 tahun ( yang ni kami tak sempat singgah sebab kejar masa)
- teruskan perjalanan
- QUICKSTOP PHOTO SESSION TRANG ANDAMAN GATEWAY (sini pun kami sampai hampir pukul 8 malam)
- Tiba di TRANG
🇹🇭Refresh@RNR💦💦💦
🇹🇭Makanan Halal Wajib🍜🍜🍜
🇹🇭Solat👳👳👳

-Teruskan perjalanan
-Tiba Di KRABI / CHECK IN

Dua hotel yang telah di tempah oleh travel agent iaitu
1. i-krabi - VIP
2. Ben House Hostel - staff 
🇹🇭Aktiviti bebas💸💸💸
🇹🇭Mlm: Aonang Walk In (Shopping)

DAY 2 (28 Julai 2016 - Khamis)
🚩ISLAND TOUR (B.L.D)
0730hrs - Breakfast@Hotel
🇹🇭Selepas Bfast: Island Tour ke 4 Buah Pulau
🇹🇭Lunch secara picnic di sediakan. Makan2 tepi pantai
🇹🇭Life jacket dan snorkeling gear disediakan
🇹🇭 Lawatan ke Safari Elephant camp (lebih kurang Baht 700 per person), dan setiap gajah boleh muat 2 orang sahaja.
🇹🇭Petang : Balik ke Hotel.

- Melawat Heaven Seven
🇹🇭BBQ buffet dinner korean style dan thai food. Makan sampai kenyang
🇹🇭Mlm walking street. KRABI nightmarket (jumaat, sabtu, ahad)

ATAU
- LAWATAN KE PULAU PHIPHI (yang ini di cadangkan oleh travel agent, jika kali ke 2 datang ke Krabi, kalau kali pertama, lawatan 4 pulau tu sudah cukup)
- Pulau PhiPhi adalah sebuah pulau yang dihuni oleh majoriti Islam Thai. Mempunyai walking street yang menarik untuk membeli-belah dan berbagai cenderamata eksotik bagi Phiphi Island.

DAY 3 (29 Julai 2016 - Jumaat)
🚩 KRABI - HATYAI
0730hrs - Breakfast@Hotel
🇹🇭Selepas Bfast Bertolak ke Hatyai
3.00 pm  - Tiba di Hotel Hatyai

(Hatyai Centre Hotel)
🇹🇭 free n easy
🇹🇭 Floating market hatyai 5-9pm (jumaat, sabtu, ahad)
🇹🇭 hatyai nitelife

DAY 4 (30 Julai 2016 - Sabtu)
07.30 - breakfast
09.00 - check out
09.30 bertolak pulang ke sempadan melalui Songkhla, singgah bergambar di Pantai Samila dan melawat sekitar.
- Teruskan perjalanan dan singgah di kilang proses proses atau longan
18 00 -bersurai di Border.




 

 ...dan ini lah harga yang sepatutnya di bayar, tetapi trip kami ini berganda sikit kosnya sebab semua ditanggung... makan dan masuk ke tempat-tempat berbayar.

🇹🇭4 hari 3malam,

🏡harga dewasa:
30-34 :  rm650/pax
36-40.:  rm635/pax
41-44 :  rm595/pax

upgrade hotel.di aonang beach trtakluk pada kekosongan bilik.

🌑 Harga termasuk:
🚐- pengangkutan bus vip
🌴2 malam di krabi
🏡 1malam di hatyai
🍮🍞-2 sarapan
🍴🍤-2 dinner
🍝🌹-1 lunch
🐠🐚⛵-1 tour ke 4pulau dengan speedboat
life jacket / snorkeling gear.


- harga ke pulau Phi Phi sama tapi tiada lunch. boleh bebas lunch di phi phi di kedai / warung islam

💧- daily mineral water
✔- pemandu pelancong berlesen
✔-bas vip dari Sungai Golok.

👍cadangan Tambahan aktiviti (krabi) /tidak termasuk bayaran pintu masuk jika ada)
🇹🇭Shoping trip ke Factory Outlet.
🇹🇭View Point di Heaven 7
🇹🇭Keindahan matahari terbenam di Nopharathara Beach.
🇹🇭Membeli belah di walking street Aonang
🇹🇭Photo session di Black Crab..landmark of krabi
🇹🇭giant marlin Ao Nang
🇹🇭Kem gajah
(Harga tawaran TIDAK termasuk tiket museum magic eye atau mana mana pintu masuk berbayar,
kos menunggang gajah, aktiviti yg tidak tercatit, marine park,sewa motosikal  dan sebagainya yg tidak trmasuk dalam atucara.)

📂📂Document Yg Diperlukan
👉Passport Original persendirian atau berkumpulan.
👉Cash Money Secukup Rasa😉😉😉


Manakala peserta trip ini terdiri... just nama ringkas sahaja
 pada awalnya Dato' Rosol Wahid pun akan ada join tetapi tarikh diri kerana menyertai trip lain. jadi yang join lawatan ini ialah seramai 33 orang.
  1. Siti Marina dan suami (Semanat)
  2. En. Azam
  3. Engku Mi
  4. Rozmi
  5. Naza
  6. Nazir
  7. Shidah
  8. Nani
  9. Azidah
  10. Hamizah
  11. Yana
  12. Amira
  13. Athirah
  14. Hibriyah
  15. Afirahimi
  16. Sayuti
  17. Izaham
  18. Tarazi
  19. Muaazam
  20. Zikri
  21. Fairus
  22. Che Ku
  23. Fadhil
  24. Rahim
  25. Khairol
  26. Muzakkir
  27. Farress
  28. Ribuan
  29. Sallman
  30. Ashaari
  31. Shafee, dan
  32. MCo
Itulah serba sedikit info perjalanan kami dalam trip ini...amnya perjalan MCo sendiri, eerm.. dan penceritaan seterusnya adalah berdasarkan gambar-gambar.... jom kita menikmati scrool down pula, mungkin ada gambar secara rawak juga.... (tak ikut kronologi)....

Hari Pertama
(27 Julai 2016)

1st.. gambar pembuka, berhadapan Imigresen Sg. Golok Thailand.... dah hampir pukul 12 dah ni...dah lewat 2 jam... bergambar kenangan, CEO (Ku mi) , Rahim, Che Ku dan Yana. 
 Terpaksa lah dua orang ini jadi model untuk gambar ini. MCo saja nak tunjuk, ini lah tempat scan passport Malaysia, Imigresen Rantau Panjang, dan Imigresen ini adalah salah satu imigresen paling longgar kawalannya, kadang-kadang kita drive thru, kita tak perlu scan passport kat post kawalannya. MCo selalu juga buat macam tu....  dalam gambar: Hibriyah dan Liyana.
 Inilah keistimewaan bas Rakyat Travel ini, sebab boleh hantar pelawat daripada Malaysia ke Imigresen Thailand, padahal tiada apa pun, Bas sedang tunggu peserta selepas scan passport di Imigresen Malaysia. (Imigresen Rantau Panjang). 
 
  Pintu masuk nak cop passport Imigresen Thailand (Sg. Kolok), nasib baik hari ini, hari Rabu maka, kurang lah sikit orang. Kalau kena hari Jumaat atau Sabtu, dah penuh ni... (Abaikan orang-orang dalam gambar ini, sebab tiada kaitan dalam cerita MCo)
 Inilah bas yang akan bawa kami daripada sempandan Golok ke Krabi, memang sewa khas, dua tingkat, atas untuk penumpang, bawah untuk santai-santai.  
Bergini lah keadaan dalam bawah bas... mewaaahh....
 Pertukaran bas, daripada Bas Malaysia ke Bas Thailand, mengikut undang-undang Thailand, kenderaan Malaysia yang dapat memuatkan 12 orang penumpang hanya boleh pergi sejauh Hatyai sahaja, iaitu kalau daripada Golok, dalam 260km.
 Panorama, Bas Trip to Krabi depan kompleks Imigresen Sg. Kolok....
 ok lah...bas dah nak gerak... MCo dan Zikri... nanti jumpa di Krabi...
 Suasana dalam bas, 2 tingkat...biasa bas ini dapat memuatkan seramai 44 orang penumpang, tapi kali ni kami hanya 33 orang, jadi banyak juga lah tempat kosong tu....
 Ni dalam bas masa dalam perjalanan ke daripada Kuala Terengganu ke Sempadan, Rantau Panjang.... duduk bersebelahan dengan p.a. hahaha... orang banyak membantu MCo dalam menjayakan program ini.

 RnR yang paling femes jika ke Krabi, tapi sayang kami sampai di sini memang langit dah mula gelap, so nak bergambar pun tak lah clear sangat... Nama tempat ni ialah Trang Andaman Gateway, di sini lah terdapat replika gajah dengan saiz sebenar, dan di dinding sekitar hentian ini terdapat kisah-kisah mengenai kawasan ini dan hubungan Thailand dengan Gajah.

 .... tak cukup satu gambar... tambah lagi satu gambar... ini adalah sebahagian orang-orang yang menyertai trip kali ini... nak bubuh nama pun... tak nampak muka...

 Inilah contoh replika anak gajah... yang ni gambar dekat boleh lah buh nama.... 
dari kiri: MCo, Afirahimi di belakang Athirah, Fairus dan Zikri dan Farress.

Sampai Krabi.... dah malam, sebelum Check in hotel tu, berhenti makan dulu.... kat Krabi Front Bay... ok juga lah makanan kat sini.... semua fresh2... bagi yang suka seafood...

Sedap makan.... ada yang tak cukup lauk tu.... Izaham, Shafee, Hibriyah, Fadhil, Athirah, Liyana, Amira dan Rahim... geng2 PBS berpisah tiada ni...hehehe

...ini pula, macam team HQ pula...sempat lah bergambar selepas makan, time makan tak ada gambar, sebab perut masing-masing lapar, jadi tak sempat lah orang nak jadi camera man..

Pandangan....tak juga keseluruhan, tapi yang pasti tepi laut tu.... nasib baik tak hujan time ni....

MCo pun tak nak lepas buh gambar dalam ni satu.... ni team HQ dan Team Ladang Tersat duk semeja..hehehe... dari kiri, Nani, Shidah, Hamizah, Azidah, Zikri, MCo, Ribuan dan En. Sayuti...

Fairus, Khairol dan Ashaari.... masih bergambar di Restoran ini... kalau perhati di tepi mereka tu...dalam air, ada fresh punya ikan, ketam...cuma labi je xdok...sebab sini memang 100% halal food, dan pernah di anugerah medal oleh Sultan Perlis.
Selepas makan....sebelum bertolak ke hotel, sementara yang lain-lain tak habis makan lagi.... ada juga geng2 ni bergambar.. .bila lagi kalau tak bergambar seperti ini..
dari kiri: En. Sayuti, Khairol, Fairus, Asshari, Tarazi, belakang Athirah dan Zikri.
berlatar belakangkan hotel, juga pemilik restoran yang kami makan tu, di khabarkan..hotel tu penuh hari ini, di sewa oleh pelancong daripada Kelantan.


Hari Kedua
(28 Julai 2016 - Khamis) Hari kedua di Krabi, pagi "4 Island Tour", dan pulau-pulau ni memang telah di "set" kan untuk pakej ini, walau siapa pun tourist guide yang kendalikan ini... antara pulau-pulau yang di lawati ialah Poda Island, Tup Island, Chicken Island, dan Pharanang Beach...

Pagi hari ke 2 tu..sebelum bertolak ke jeti...bergambar dulu lah... aaaii bergambar sakan dia ni... tapi tak apa, cuma nak tunjuk panorama latar belakang tu... hotel di mana kami menginap.
 ...Farress dah jadi juru kamera dah...tadi geng2 perempuan..ni geng2 lelaki plak, Zikri, Fairus dan Che ku.

Daripada hotel, ke Jeti untuk explorasi pulau-pulau.... masa ini bukan kumpulan kami sahaja, tapi ramai juga dari kumpulan-kumpulan travel lain... cuma boat asing-asing... hehehe
Hadoowww.... Yana plak jadi model sekali ni.. bonus lah buat dia MCo sengaja letak gambar ni...

ini lah deretan boat (speed boat) nak bawa kami ke pulau-pulau tu... yang 3 engin tu boleh bawa sampai lebih 30 orang penumpang... kalau 2 engin tu...bawah 30 orang.... dulu masa MCo first time datang sini...boat kayu je... yang tu nampak sentimental sikit...hahaha...slow and steady, tapi ok juga....kita kan datang nak relax2, tak mahu kejar-kejar sangat masa tu...
 memang kat sini jeti khas untuk para pelancong naik untuk explorasi pulau-pulau tu... tengok boat kayu pun ada tu...ni kira pangkalan juga lah... kalau ikut perkiraan per head seorang dalam RM90.00 juga... campur dengan makan tengah hari, dan bekal buah-buah serta air mineral.
  Dah jadi kebiasaan, bila tempat menjadi kunjungan pelancong, sebarang info atau guilde macam ni mesti ada punya.... nak tak nak, kita sebagai pelancong, ambik masa sedikit untuk baca info-info macam ini....


Before depart.... jom kita bergambar dulu... dari kiri random name: Zikri, Sallman, Izaham, Zikri, Fadhil, Khairol, Ashaari, MCo, Yana, Hibriyah, dan juru kamera welfie Farress... yang belakang sekali yang nampak sipi-sipi tu... berkaca mata yang nampak eksyem sikit ialah Muaazam....

Another picture.... Muaazam, MCo bersama Nani, Shidah, Azidah dan Hamizah...dua orang ni team Ladang.... tak ketinggalan join trip ni... Shidah suka sangat lah...sebab Muaazam tukang ambik gambar tu...hehehe
Saat-saat akhir sebelum depart ni... sempat lagi lah bergambar dengan pelbagai gaya...tengok Izaham tu.. macam nak ukkkk uukkk je... hahaha... gambar bersama Athirah, Fadhil, Rahim dan Hibriyah. Jam dah nak menunjukan waktu 9 pagi rasa-rasa ni.

ok... boarding dah... nak ke pulau-pulau, semua selipar kena tanggalkan... dan diletakan dalam bekas khas... antara peraturan yang perlu dipatuhi masa menaiki speed boat ini.
  1. kena tanggalkan selipar
  2. kena duduk masa boat berjalan
  3. kena bebas daripada pasir-pasir yang melekat pada badan/baju 
  4. dilarang merokok
  5. kalau bergambar, berhati-hati jangan terlepas daripada tangan
  6. dengar setiap arahan instructor atau guilde.
  7. Pakai life jacket.
  8. dll

ok dah dalam boat..sebelum boat bergerak, sempat lah kau Fadil bergambar dulu...nanti masa boat dah berjalan...dengan handphone2 terbang ke mana.. hehehe

Adeeeii... MCo pun tak ketinggalan juga nak bergambar sebelum berangkat ni... welfie lah dengan Shidah dan Nani...hahaha... 2 orang setia ikut MCo je pi mana2.... hahaha

Apa yang suka sangat tu.... entah apa yang mengelikan hati sangat tu.... Nasib baik MCo tak dengar, kalau tak, boleh tumpang ketawa...hahaha

Special posses ini... boat dah tengah laut tu...

.... Tadi MCo.... sekarang Shidah lah plak giliran dia pegang handphone sambil selfie....

MCo just nak thump up je... tak mahu kata apa-apa....

ini adalah ruangan dek depan.... yang ini open air lah sikit... molek juga lah pakat duk depan ni.. kalau ada yang kentut... terus melesap ke udara kan...hehehe
random name from left: Sallman, Fairus, Izaham, Muzakkir, Farress, Muaazam, Zikri dan Tarazi.

Di Pulau Ayam... kenapa Fadhil belekek sangat suka tu..apa yang melucu kan..hahaha.... 
Pulau Ayam, kelihatan di belakang batu yang membentuk kepala ayam, itu lah punca sebenar kenapa ia di panggil Pulau Ayam, dan tempat ni salah satu untuk snorkeling sebenarnya... tapi memandang cuaca tak mengizinkan... (hujan renyai-renyai) maka hasrat nak snorkeling terpaksa di batalkan.

ni... dua orang kuat Pengurusan Kompleks terutama PB Square.... En.Rahim dan En.Izaham... kena ada, kalau tak ada dok jalan trip ni yang kebanyakan disertai oleh Team Pengurusan Kompleks.

Another angle.... masa ni masa mula-mula nak gerak...tengok masih panas tu... nanti sampai kat pulau... baru la nampak mendung....

Athirah dan Fadhil.... berlatar belakangkan PODA Island....

Langit dah mula mendung tu... Khairol dah pakai mask tu... macam ready nak snorkeling...tapi apakan daya, memang tak dapat... bercampur hujan dan ikan pun tiada...

 Sorry bro...tak dapat snorkeling...tapi still ceria...janji dah sampai Krabi ini....
Tap Island, Chicken Island, dan PODA Island dah pergi... dan explorasi terakhir ialah di Phranang Beach... tempat nak mandi, nak makan, nak rehat-rehat sini je lah....
  Pandangan dan panorama daripada Phranang Beach... cuaca selepas hujan....jam dah pun menunjukan jam 1.00 tenghari lebih...
Ini lah antara gambar yang dapat dikumpulkan bersama... sebab sepanjang trip ini tak ada gambar untuk kesemua peserta...ok lah kita list nama setakat yang ada dalam ni...
dari kiri depan: Shidah, MCo, Amira, Athirah, Liyana, Rahim, Khairol, Hibriyah.
Belakang dari kiri: Nani, Muaazam, Hamizah, Ribuan, Sayuti, Azidah, Tarazi, Ashaari, Sallman, Fadhil, Fairus, Izaham, Zikri, Farress, Afirahimi dan Che ku...yang pakai bikini belakang tu tak tahu nama...tak sempat tanya.... hehe

Gambar bawah plak... masa kat Phranang Beach... atas boat boleh terjun lipat....
 


 View daripada gua di Phranang Beach.... memang sengaja snap semacam ini... walaupun tak nampak muka...tapi dah boleh agak siapa kah mereka2 ini..
Dalam air berdiri sebelah kiri tu Tarazi, yang pegang camera tu, Muaazam, dan MCo, En. Azam yang pakai cap tu... manakalah Shidah... entah... asal Muaazam nak ambik gambar di ada je...hahaha... rilek aar Shidah... gurau je...
Memang Krabi ini, Famous dengan pelancong asing terutama daripada western.... kata orang kalau nak datang Krabi kalau nak tengok mat salleh ramai ialah antara bulan September hingga Februari... sebab mereka nak lari daripada musim sejuk di negara mereka... so Asian adalah destinasi pilihan mereka.... salah satunya ialah Krabi ini lah.... dan waktu itu juga, harga hotel pun meningkat juga lah... 
Chewaaaahhhh tak mahu ketinggalan nak bergambar dengan mereka ni... ini lah... pelancong asing ni jarang tolak kalau nak bergambar dengan mereka.... tapi pastikan minta i.d Facebook sebab nak share gambar yang di snap ni.... tapi awas, jangan snap gambar tanpa minta keizinan mereka... itu yang paling pantang bagi mereka... minta nak bergambar tak ada masalah...
Mereka sibuk nak bergambar dengan orang asing... tapi MCo nak bergambar dengan orang tempatan je...hehehee
ini lagi dua orang tempatan Malaysia...comel2 plak tu...tapi duk sibuk bergambar dengan orang asing...hahaha.... tak pe...lain culture lain budaya..... asalkan ramai kawan... kalau kira ni, gambar ini special posses dalam blog MCo... hahaha

Dalam lingkungan pukul 2 kami tamat explorasi ke pulau-pulau, dan berangkat pulang ke daratan kerana trip kedua plak iaitu ke....

Safari Elephant Camp....


Dipendekkan cerita.... hari masih hujan....kira ok juga, selepas balik pulau dengan baju basah, maka tak lah tension sangat..... dan lagi satu langit tak panas kerana hujan... kalau tak  berpeluh juga tu... 
kos setiap gajah ni dalam 700 baht..semua di tanggung.
setiap gajah boleh memuatkan 2 orang penumpang dan seorang "driver" hahaha... ada gajah kecil dan ada yang besar... perjalanan mengambil masa dalam 1 jam juga..(+ -)

MCo dan En. Azam iaitu salah seorang Ahli Lembaga Pengarah.... mula-mula dia tak rasa nak naik kot sebab masa ini hujan rintik-rintik... tapi entah kenapa mungkin tengok syok naik, atau memang pengalaman macam ini bukan selalu ada... kalau tak naik masa ini, entah bila akan boleh naik lagi... siapa tahu? lagi 10 tahun semua gajah pupus... boleh lah cerita anak cucu pernah naik belakang gajah ni... nak kata tunggang Dianosaur, memang tak ada peluang dah... hehehe...so ambik lah peluang tunggang haiwan terbesar di daratan ini sementara ada peluang.....
En. Azam kata... gajah yang kita naik ni kuat melengganglah...gajah lain biasa je... jadi sakit pinggang.... terhenggut henggut je masa atas belakang tu.... salah pilih gajah ni..hahaha

Amira dan Liyana... awal2 takut...tapi itu lah..bukan senang nak dapat peluang macam ni..... nanti badan pun bau gajah.... hehehehe
Ribuan dan En. Sayuti.... peace...jangan buat gajah mengamok sudah lah.... dah la kedudkan tak seimbang tu.... hehehe

Antara laluan gajah.......
Antara aktiviti gajah ni... lalu dalam kebun getah...lepas tu berendam di sungai.... nasib baik tak kena sembur di air...tapi ada orang kata Nani dah kena sembur di gajah pun...hehehe
sorry...kualiti gambar kurang memuaskan...sebab masing2 tak mahu buka handphone, tak mahu snap, sebab hujan.....so kebanyakan gambar yang ada ini adalah banyak sumbangan daripada peserta, daripada MCo sendiri tak banyak... ini lah untung kalau pergi ramai-ramai, MCo tak payah sibuk-sibuk snap gambar sini sana....

Anak gajah yang ada di camp safari ini... walaupun anak..nak sama besar dah dengan lembu dewasa.. MCo pun tak berani nak pergi dekat walaupun ia memang di latih dan jinak...

Apa yang mereka buat eh?? eermm meh nak cerita sikit... masa menunggang gajah tu... so mereka (Pemilik safari ini - kononya) snap gambar mereka, dan setiap gambar di jual kalau tak silap dalam harga 150 baht bersamaan dengan RM17.00.... Thailand, Singapore, Biasa lah ambik gambar macam ini, samada pengunjung nak atau tidak mereka tidak peduli, jika pelancong tidak mahu, maka buang sahaja gambar tu... tapi berbeza dengan Laos PDR, di mana jurukamera offer untuk mengambil photo dengan bayaran tertentu, kalau kita tak mahu... tolak je... mudah...

Selepas Camp gajah, kami balik ke hotel, mandi solat, kerana trip seterusnya ialah hendak ke Seven Heaven... entahlah, MCo pun tak pernah sampai lagi tempat ini.... 
ada sesetengah peserta trip ni tak mahu naik bas, tapi sewa motor..... jom tengok gambar seterusnya.
hadoooowww.... beraya sakan nampak.... ini lah motor-motor yang di sewa sehari dengan kadar 200-250 baht... minyak isi sendiri.... ala bila lagi nak bermotor di negara asing...

dari kiri: Muzakir, Abe Ha (jurupandu kami dalam trip ni), Sallman dan Khairol, Muaazam dan Tarazi, Fairus dan Zikri, Farress dan Ashaari, Rahim dan Fadhil.... MCo tak lah berminat sangat bermotor macam ini...tapi kalau MCo sampai kat Mei Hon Song (Thousand Corner) InsyaAllah nak sewa juga motor.....
haaaa ini lah kelebihan kalau dah sewa motor, boleh pi mana-mana tanpa terikat dengan perjalanan bas... cepat, boleh pergi banyak tempat, boleh bergambar di mana-mana.... tapi jaga-jaga lah...motor orang tu....
Team convoy ni.. best lah korang ye... boleh pusing-pusing sesuka hati..... hehehe
Ada yang tanya, macamana dengan lesen? di sini, motor yang ber plat warna putih memang di khaskan untuk pelancong, jadi pihak berkuasa tempatan bagi kelonggaran kepada penunggang ni...itu lah kisahnya....
aiikkk dia pun ada kah? apa-apa ja lah..janji bahagia.... pemanduan tu mesti hati2...
Pandangan salah satu sudut di Seven Heaven... ia macam taman tema lah... monumen-monumen ringkas di serata dunia...tapi tak lah banyak sangat.... walaupun bergitu, nak masuk sini pun kena ada caj dia..kalau tak silap dalam 100 baht per head.

MCo tak banyak gambar di sini, maksudnya MCo tak snap banyak, so semua gambar yang ada di sini adalah sumbangan daripada ahli grup... maka tak hairan lah...kalau gambar MCo kurang di 7 Heaven ni. possing istimewa daripada Yana, Rahim, Hibriyah dan Athirah.

MCo pun tak paham motif gambar ni...hahaha...tapi menarik dengan gaya tersendiri.....  yang MCo nak tekankan ialah... panorama dan pandangan di 7 Heaven ini.. di kelilingi oleh bukit, malah 7 Heaven ini pun berada di tempat tinggi, kalau bertentangan dengan gambar ini, kita akan nampak laut.
 Ini lah maksud MCo tu... sebelah sini nampak laut..sebelah sana nampak tebing bukit.... eerrrm abaikan gambar Afi tu.... nak fokus laut je..hehehehe

Ok.... nak jalan dulu.... Basikal, papan sasar catur, pondok Talipon... dan MCo dengan Yana... hahaahah ada juga gambar MCo kat sini....

entahlah apa yang dibualkan mereka tu..tiba-tiba je jadi serius.....  apa-apa pun still nampak panorama indah di belakang tu.... eeermmm...nak ambik hati je gambar ni... hehehe
Ok...dah habis di 7 heavean..ni di kedai Buffet Makan... untuk makan malam...biasa lah... mereka ni naik motor, sampai dulu..maka bergambar dulu lah... kan kan... eeehh... macam muka sama je dalam blog MCo ni.... xde orang lain ke? hadeeeww nasib lah.... sebab orang lain tak sumbang gambar.
Ini lah makanan yang ada di restoran ini.... errmm style Seoul Garden juga... macam steam boat lah... boleh makan sesuka hati... tapi jangan membazir je.. 100% halal... sebab pengusaha ialah orang Islam... kalau tak silap per head ialah 200 -300 baht... murah giler dah tu....
....dan lagi....
ambik molek deeehh jangan berebut...masih banyak tu.... tapi untung kalau datang awal, sebab masih banyak.... 

Malam di Aonang Walking Street.
 Malangnya, MCo tak ada satu pun gambar pada malam itu, dan daripada geng-geng lain pun tiada, jadi tidak tahu lah bagaimana nak gambarkan dan ceritakan pada malam ni... tapi yang pasti MCo serta Afirahimi, Hamizah, Azidah, Nani dan Shidah shopping kat baju murah.... siap kena tinggal lagi...hahaha
penat-penat jalan... MCo belanja lah diaorang RM2.00 massage kaki...hahaha.. 
tapi sebenarnya massage kaki sekali massage selama 1 jam 250 baht.... tapi MCo minta diaorang bayar just 200baht sahaja. 

 Hari ketiga
(30 Julai 2016 - Jumaat)

 on the way to Hatyai..... 
Manakala team Golf dah awal-awal bertolak ke Souther Hill Golf Resort untuk bermain golf, pada hari kedua.. mereka main di Pekasai Golf Resort...
Arca ikan merlin...yang berhadapan dengan Aonang Walking Street, ia sebagai trademark atau landmark bagi Krabi ini... ni waktu nak bertolak ke Hatyai dah, sebelum meneruskan perjalanan... kami bergambar dahulu di sini...sebab ada orang kata, kalau dah sampai Krabi ini... atleast bergambar lah kat sini sastu... kalau tak, tak sampai Krabi. Geng girl ni... dari Kiri: Athirah, Shidah, Hamizah, Nani dan Azidah.....
MCo dengan orang kuat Ladang..... ambil lah satu.....
eermm...rasa2 MCo ada banyak juga ambik gambar dengan Athirah ni berbanding dengan girl lain... hehehe
Semua yang ada atas bas.... geng2 lain, sibuk pergi hantar motorsikal yang di sewa, so mereka perlu hantar pada pagi ini.... (jam dah menunjukan pukul 9 pagi waktu tempatan).... ada bersama dalam gambar ialah Tarazi, Shafee dan Ribuan... team kompleks, Hq, dan Ladang... yang 2 orang hitam tukang tarik tali tu... team Krabi... nama...tak tahu...hahaha

Satu lagi... trademark Krabi... ini pun berhenti sekejap je... untuk bergambar semata-mata.. sebab laluan menghala ke Hatyai memang lalu kat arca ini.... bersama dalam gambar ini ialah Khairol, Muaazam dan Sallman.
Berbalik pada gambar mula-mula tadi.... tadi gambar atas, ini gambar bawah pula... di pantai... hehehe... dulu MCo datang sini....tak tahu pula, boleh turun gini....
Welcome to Ao Nang....  (selamat datang ke pantai Nang) lebih kurang macam tu lah bunyi dia.... tak cukup 1 gambar, tambah lagi 1 gambar... yang jadi mangsa jadi camera man ialah Tarazi...
... tak nak menghampakan Tarazi, ambik lah gambar dia satu letak sini.... kalau dalam handphone dia dah terdelete...boleh copy paste dalam blog MCo ini....
Welfie.... MCo, Athirah, Nani, Tarazi dan Shidah....orang lain duk bergambar atas nung...kita dah sampai bawah dah... ok lah..bas dah nak jalan tu.... tunggu kitaorang bergambar sakan ni.....
...kalau ambik pakej perjalanan dengan Fariz ini... berhenti beli nanas adalah macam satu yang jadi kemestian.... boleh makan juga situ...harga nanas sebiji yang kecil boleh dapat dalam 20sen sebiji.. dalam gambar tu... Ribuan, macam tokey jual nanas plak... hehehe... ni kitaorang beli, dan kupas... makan situ je.... mula-mula sebiji je...tapi tak cukup...ada lah berbiji biji juga dia jadi kupas.. ini lah kita pakat ambik gambar dia... contoh pekebun nanas berjaya...hahahaha
bersama dalam gambar ialah Fariz... salah seorang travel agent kitaorang....
Kebetulan.... trip kami kali ini... tak banyak gerai-gerai jual nanas ni buka...so ada setempat atau dua je... jadi tempat mak cik jual nanas ni memang jadi tumpuan lah.... nanas yang longgok kat depan tu... boleh dapat dalam RM2.00 sebiji.... banyak juga awak2 ni beli...macam tak pernah ada nanas di Malaysia...hehehe... sampai tak muat bas....

Ini lah geng2 yang sewa motor, ni pagi mereka pi hantar motor dulu....

Hatyai
 Kami sampai di Hatyai dalam lingkungan pukul 4 waktu Malaysia..... Check in hotel (Hatyai Central Hotel)...
selepas semua selesai, kami berangkat ke Klong hoe floating market... untuk pengetahuan umum, Thailand ini memang terkenal dengan pasar atas air ini dengan pelbagai bentuk atau konsep.... di hatyai pun ada satu, cuma di sini perahu dengan kedudukan statik...
 .... kalau orang first time datang sini, memang tempat wajib lah datang sini, fokus utama makan beb... memang petang je dia buka...dan 3 hari je dalam seminggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad....

Bergambar dengan CEO tu.... yang berlatar belakangkan Floating Market... eerrmm orang jual atas perahu...semua makanan...dan 90% adalah halal bagi orang Islam.... dah nampak kemajuan berbanding dulu.....  dulu tak lah terang macam ni....

Nani, Shidah, Fadhil dan Muaazam....

ni kira bonus lah.. gambar mereka ada duk tepek se sini.... kalau boleh nak letak semua...tapi kebetulan gambar yang ini je mereka share....so orang lain yang tidak share photo dalam group whatsapp tu... tak boleh nak buat apa-apa lah.....
.....Yang terakhir dan last untuk gambar MCo berdua dengan Athirah ni..still di Floating Market... sebagaimana share photo, kadang-kadang MCo nak letak tanpa tapisan pada gambar, so alang-alang dah ada... maka MCo buh la sini....

bersama Afirahim dan Liyana..... masa ni perut dah kenyang ni...tunggu orang lain dan tengok suasana orang lalu lalang.....

actually jam dah menunjukan hampir pukul 9 malam.... kalau ikut perkiraan kalau petang jam 6, memang ramai orang di sini... dan kami berada di sini macam saat-saat akhir waktu untuk mereka berkemas, ada orang kata, jam 9 waktu tempatan (pukul 10 waktu Malaysia dah tutup).... manakala makanan sini memang murah2.. kalau dalam 100baht tu boleh makan macam-macam dah... dan kenyang plak tu.....
Inilah pandangan daripada atas jambatan... memang gambar ini dah femes dalam penceritaan MCo yang lepas-lepas.... so nak ulas panjang-panjang pun.. .memang jadi hok sama je lah .... tapi bagi photographer Panorama, mereka memang berminat lah...sedangkan MCo ni cuma geng2 amatur photographer je....
Pandangan dalam Asean Night Bazaar, kami pergi selepas pergi ke Floating Market, sini pun tempat shopping, tapi kebanyakannya ialah pakaian lah.... harga pun boleh tahan murah... gambar di ambik daripada tingkat 1, (tempat jual makanan)... kalau nak tengok dalam gambar tu... ada orang2 yang MCo kenal... eeerm try Zoom out.. pasti nampak...

Bergambar semasa mula-mula sampai ke Asean Night Bazaar... Random name: daripada kiri... Abe Ha (tourist guilde kita). Nazir, Naza, Afirahimi, MCo, Farress, Rozmi, Ashaari, Khairol, Ku mi (yang pusing belakang tu).. Izaham, Tarazi, En. Azam, Muaazam, Fadhil, Athirah, Rahim, Cik Na, Liyana, Amira, Hibriyah dan yang selfie itu ialah suami kepada cik Na.. (Semanat)......

tak cukup satu gambar...sebab ada gambar satu lagi...ada yang tak nampak muka penuh...tapi yang ini pun tak nampak...hehee...sebab malam dan jauh... pastu guna  pun camera hand phone...
Masa pergi Asean Night Bazaar tu, kami diberi pilihan samada nak balik dengan bas atau ambik tut-tut dengan kadar bayaran 20baht setiap orang.... kalau orang first time datang, try lah naik kenderaan awam yang femes di Thailand ini.... baru nampak culture diaorang....
Ni MCo belanja diaorang untuk naik tut-tut ni... sebab dalam gambar ini, adalah orang 1st time merasa tut tut ni.... so ambil lah satu dua gambar buat kenangan...tapi sorry lah... kamera tak bermutu... jadi semua jadi blur....hehee
Aktiviti wajib MCo jika ke sini.... dengan kadar bayarang semurah 1800 baht sehingga 350 baht sekali urut... eermm foot massage atau urut kaki... masa ini memang kira sangat lewat malam dah... tak banyak yang buka dah... Hatyai ni kalau jam 1 pagi tu...banyak dah yang tutup, ini kira bernasib baik masih buka...so MCo ajak lah mereka merasa massage kaki ini..... mungkin ada sesetengah ini lah first time merasa massage kaki yang memang femes di Thailand ni.....
jom belajar cakap sikit...kalau diaorang massage...
kalau dia massage kuat...kita sakit... kata Check.. (sakit)
kalau geli...kata Ca-keci... kalau tukang massage tu tanya..sakit ke? kalau tak sakit tapi sedap.. kita jawab je... sabai.. hahaha.... ther aar pain massage..... .... tapi kalau nak belajar cakap lagi...tengok lah post MCo yang terdahulu tu... tapi tak banyak lah... tekan bawah sini.... -->  jom cakap siam
MCo dan En. Rozmi.... ni dah nak berangkat pulang ke Sg. Golok... dalam pukul 8 pagi waktu Malaysia.
Hatyai Central Hotel..... ni waktu mula-mula sampai..selepas Check ini, ready nak pi Floating Market.... masing-masing tunggu bas... bas dah sampai, tapi orang tak penuh lagi...so boring-boring.... snap lah gambar macam-macam....hehehe

DAY 4 (Sabtu 30 Julai 2016)

Sebelum berangkat kami singgah di Pasar Hatyai shopping buat kali terakhir, sempat lah MCo jumpa dengan Yaman, driver tut-tut tu.....  yang lain-lain cerita dalam pasar lah plak....


Tempat berkumpul selepas shopping dalam pasar, sebab sat sat nanti bas nak datang ambik dah.... bas tak leh tunggu, bas park sesuatu tempat...bila semua dah ready baru bas datang ambik..... eermm nak kena random name lagi ke ni? ok lah random yang ini sahaja....gambar yang bawah pakat teka lah nama masing2.... hehee
dari kiri... Athirah, Amira, Izaham....eheem eehemm.... Hibriyah, Nani (MCo bagi nama penuh lah sekali..nama dia Puteri Suriani, tapi kami panggi dia nani je...) Shidah, Farress atau kita panggil dia Yong, Muzakkir, Muaazam, Sallman, Zikri, Tarazi, Khairol, yang depan atas kerusi tu Yana.... yang tak nampak muka tu..sorry banyak2 lah...hehee
aiikk siap MCo boleh duduk atas riba Izaham lagi... ahahaha... apa-apa aja lah.... cuma tak cukup space nak bergambar, maka duk la macamana pun.....
Khairol dan Sallman... kat replika meriam... errmm hal ini pun MCo ada pernah cerita....so tak mahu lah cerita panjang dalam bab ini..... ini adalah sekitar masjid Krisik... yang memang ada sejarah tersendiri.....
Muaazam dan Sallman.. berlatar belakangkan Masjid Krisik....
Penghargaan..buat Khairol...masih lagi berlatar belakangkan panorama Masjid Krisik ni.... gambar dia lah gambar terakhir dalam cerita kali ini... actually banyak lagi gambar yang tertinggal... gambar kedai makan sup di Pattani pun tiada, gambar di Imigresen sg. Kolok dll... hari terakhir ini sangat sedikit gambar yang dikongsikan....

 ....dan lain-lain......
MCo ingin mengucapkan kepada semua peserta, terima kasih banyak-banyak kerana sumbangan gambar-gambar ini. Semoga trip kali ini memberi banyak inspirasi kepada semua, kepada yang tak dapat pergi tu... InsyaAllah next trip, jangan kecewa, ada rezeki InsyaAllah... dan paling utama, kepada pihak pengurusan P-Excell....boss boss... yang sokong dalam trip ini, semoga support lagi trip ke tempat lain... eermm apa? Bandung? Medan? Jakarta?..... pergi Balik Papan pun ok... tapi harap MCo dapat pergi ke Surabaya.... soon..very soon....

Lain-Lain Gambar.

Sebagaimana tips MCo yang lepas-lepas, kalau pergi ke negara orang, jangan lupa ambik benda ini... terutama bila kita berjalan, kita sesat, atau nak pulang ke hotel, ambik tut-tut, tunjuk je kad ini, lagi pun bahasa Thailand ni.... mana lah nak faham.....
Pulut Pelam.... salah satu makanan yang sinonim dengan pulut ayam, pulut durian.... kalau datang ke Selatan Thai ni, tak sah kalau tak sentuh antara 3 makanan tersebut... pulut dia memang sedap....
bab kata muzakir pada muaazam... pulut ayam yang menyengat...makan satu memang tak cukup.... lepas tu Muaazam kata, menyesal beli satu je....hahahaa
Pandangan bas pada waktu malam.... gambar di ambik semasa berhenti sekejap di Andaman Gate... yang ada monumen gajah tu.
Ingatkan bendera parti Barisan Nasional...haii bertapak juga di bumi Krabi...hahaha
Daripada FB BudgetTour, ini lah gambaran sebenar di Krabi, kalau jurukamera atau juruphoto yang memang pro, setiap snap gambar ada nilai eksotika tersendiri... dan boleh jadi mahal harganya... tapi yang pasti, gambar ini memang cantik...
Gambar yang telah diterjemahkan dalam editing angle yang membuatkan ia lebih menarik.... memang tempat ni salah satu jadi tempat pilihan filem Hollywood....
Menarik dan unik.... ini lah bumi Krabi, Thailand, yang sewaktu waktu dulu memang di bawah jajahan negeri Kedah,..... walau apa-apa pun kita patuk rasa syukur dan ucap Subhanallah kerana ke agunganNya.... dengan panorama ini....

Special posse MCo dengan penjual ni (di pasar hatyai).... akhirnya termakan gak pujuk dia beli seluar kat dia... tapi tak apa lah... ambik lah sekeping gambar dengan dia...sebab dia janji... datang kali ke 2 dapat special price lagi... nama dia MCo pun dah lupa, ambik gambar dia...letak dalam hp kan hilang..so kalau letak dalam blog ni... selamat sikit...boleh buka tunjuk je gambar kat dia.... harap2 boleh dapat harga murah lagi...hahahaa

Info dan Tips Krabi-Hatyai

  1. Jika Trip ke Krabi sekurang-kurang dan tempoh ideal ialah sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam, dan pastikan hari last ialah menginap di hotel yang dekat dengan sempadan, bukan hari pertama menginap di pekan paling dekat dengan sempadan.
  2. Rate tukaran pada hari ini ialah... RM10 = Baht 8.50 (baht 85).
  3. Bila travel dalam kuantiti yang besar, ketepatan masa adalah penting. 
  4. Kalau destinasi ke Krabi semestinya melawat pulau-pulau, maka lebih senang pakai sahaja selipar jepun, dan pakaian santai-santai sahaja, jangan lupa bawa spek mata hitam dan topi kalau hari panas.
  5.  Semua hentian di lebuhraya Thailand (Seluruh Thailand) mempunyai surau bagi memudahkan orang Islam solat... (dipercayai satu ketika dulu, menteri pengangkutan Thailand, adalah muslim).
  6. Biasa lah...daripada Golok ke Pattani - Hatyai, banyak sekatan tentera, kadang-kadang 5 km satu..
  7. Peratus penduduk di Krabi muslim adalah tinggi, tetapi tidak mahir berbahasa melayu sebagaimana selatan Thai yang lain, seperti Pattani, Narathiwat, Yala, dan Golok.  

Sesetengah gambar di ambik daripada facebook Budget Tour & Roadtrip dan link di sini... budget tour

1 comment:

Unknown said...

https://www.facebook.com/Budget-TOUR-Roadtrip-668794856556140/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...