Banda Aceh atau di Nusantara secocok dengan panggilan Serambi Mekkah... sesuai dengan namanya yang menjalankan Syariat Islam.... apa-apa pun biarlah MCo ceritakan serba ringkas mengenai Serambi Mekkah ini....
Kedudukan paling utara di Kepulauan Sumatera, Indonesia, dan Aceh mula terkenal selepas tragedi Tsunami pada 2004. Mengikut perangkaan 2010, jumlah penduduk di Banda Aceh ialah seramai 220,433 orang...
walaubagaimana pun MCo tidak lah mahu berceloteh panjang mengenai Banda Aceh sebab fokus MCo ialah perjalanan peribadi, namun bergitu untuk memudahkan boleh melayari Wikipedia aceh dan website...contoh di sini --> Wikipedia Banda Aceh atau boleh juga layari di sini ---> http://www.bandaacehkota.go.id/
Oklah... MCo pun tak mahu lah cerita panjang berkenaan susur galur, sejarah, fakta, atau apa2 berkenaan Aceh ini, sebab ini adalah fail perjalanan peribadi MCo. Lagi pun semua fakta tu boleh "search" di google...
seperti yang lepas-lepas perjalanan MCo ni, merangkumi 2 bandar di Sumatera ini, dan ditemani 2 orang sahabat, iaitu En. Farid dan En. Alwi.
Bagi MCo, Aceh amat istimewa, jika Non-muslim love food, pasti pergi ke Korea, kerana Korea terkenal dengan pelbagai makanan, tetapi bagi Muslim, bagi yang suka makan, MCo sarankan Aceh... walaupun restoran tak semewah di Korea, tetapi ia sangat unik, kerana beberapa faktor...
1. Dijamin halal...tak kira macamana keadaan pun, InsyaAllah.... pemilik restoran adalah hak milik orang Islam, so tiada rasa ragu-ragu untuk singgah makan.
2. Makanan.... eerrrmmmm lazat...memang sedap, walaupun ada sedikit sama dengan kuih2 di Malaysia, tetapi Aceh ada makanan mereka sendiri seperti Ayam Tangkap, Soto, Bakso, sate kambeng, mee lidi, nasi Guri dan lain-lain yang menjanjikan kepuasan untuk makan....
3. Restoran yang santai, atau tempat2 makan yang santai.... memang menarik terutama kawasan yang paling teruk di landa tsunami tetapi telah dibangunkan semula iaitu jalan menghala ke Ulee Lheu Port dan di muka pintu tu terletaknya Masjid Baitulrahim.
Hari Pertama - 12 November 2014 (Rabu)
Seawal jam 8.25 pagi (waktu tempatan), sampai di Lapangan Iskandar Muda, Banda Aceh, Indonesia. Kami di jemput oleh Saudara Zainal Ariffin. (Siapakah Saudara Zainal Ariffin ni? - nanti MCo ceritakan secara terperinci). Setelah di jemput oleh Saudara Zainal, kami di ajak untuk bersarapan dahulu....adalah boleh rasa makanan tempatan Aceh ini... Oleh kerana waktu terlampau singkat.....setiap perjalanan mesti singgah di tempat tertentu. contohnya semasa daripada lapangan terbang, melalui Kuburan Massal. Ia merupakan di makamkan mangsa-mangsa tsunami (sebahagian) di anggarkan lebih kurang dalan 46 ribu orang.
Dipendekkan cerita. Selain itu kami di bawa oleh Saudara Zainal ke....
1. Masjid Raya - Masjid Baitulrahman (yang berkubah hitam) di tengah2 pusat Banda Aceh dan bersebelahan dengan Pasar Aceh.
2. Tengahari kami di bawa makan tengahari, boleh di katakan makanan famous di Aceh iaitu Ayam Tangkap. sedap...
3. Check In hotel.... Medan Hotel, antara tempat strategi juga lah... MCo dah book melalui internet... kira berbaloi, dalam semalaman ialah RP300 ribu...
4. Pergi ke Lampulo, iaitu di mana terdamparnya boat nelayan di atas bumbung rumah ekoran tragedi tsunami pada tahun 2004,
5. petang, kami di bawa oleh Saudara Zainal ke Punge Blang Cut, dimana terdamparnya kapal besar, atau orang panggil penjana kuasa elektrik kepada Banda Aceh, di dalam tourist map di panggil "Diesel Floating". Ikut sama ialah wife Saudara Zainal.
6. Dalam pukul 6 lebih-lebih, kami di bawa oleh Saudara Zainal, menikmati kudapan, makan jagung dan minum air nyiur di persisir pantai ( sorry MCo lupa nama tempat tu, tapi menghala ke Ulee Lheu Port), dan singgah di Masjid Baitulrahim...
7. Lupa plak, dalam pukul 2 petang tu... kami bersiar-siar di sekitar hotel, makan sate, beli souvenir dan bergambar.
8. Kami di bawak ke Museum Tsunami tetapi sayangnya, dah tutup, jam ketika itu ialah jam 5.30 petang waktu tempatan, jadi tiada peluang untuk masuk pada hari ini. tetapi kami di bawa ke Kherkhof Dutch Graveyard.... apa ni? ini adalah kuburan tentera Belanda yang mati ketika perang Aceh, kalau tengok catatan... lewat abad ke 19, iaitu tahun 1800-an.. (ada nama tentera yang di ukir pada dinding).
9. Ke Stesen bas Express untuk beli tiket ke Medan malam esok, Lintas Timur kalau tak silap.
10. Maghrib sempat solat di Masjid Makmur (Masjid yang di apit oleh Hotel Madinah dan Hotel Mekkah).
11. Malam.... hari yang paling beza dalam trip MCo dan paling special. iaitu MCo di ajak oleh Saudara Zainal ke Juelingke, Rumoh Aceh, menikmati kopi luwak, (kopi yang dimakan musang dan kemudian diberak), tapi bukan itu special, tetapi kami dibenarkan mendengar pengajian, paling kurang pun, kami mengetahui tatacara penganjian di sana. Ia dikelola oleh KWPSI iaitu singkatan daripada Koukus Wartawan Peduli Syariah Islam.... hampir pukul 12 juga lah kami habis...
maka habislah aktiviti hari pertama, penat bukan kepalang tetapi sangat puas, hampir 60% Banda Aceh kami terokai...
** Saudara Zainal atau nama sebenarnya ialah Zainal Ariffin M Nur, Editor di akbar Serambi Indonesia (kalau di Malaysia setaraf dengan Utusan Malaysia). MCo kenal Saudara Zainal semasa MCo melawat Brunei dahulu.... rujuk di sini MCo di Brunei . MCo diminta oleh Saudara Zainal supaya kedatangan MCo ke Aceh ini biarlah termasuk juga hari Rabu memandangkan hari tersebut ialah hari cutinya... dan kami berhubung melalui whatsapp.... yang sebenarnya semasa di Brunei dulu bukan sahaja Saudara Zainal, tetapi ada seorang lagi iaitu Saudara Safaruddin, tapi malangnya hari pertama ini tidak dapat bertemu beliau.
Dalam perjalanan ini lah, kami mendapat penerangan ringkas berkenaan Aceh ini oleh Saudara Zainal.
Hari Kedua - 13 November 2014 (Khamis)
Hari kedua ini, bukan Saudara Zainal sahaja tetapi di temani oleh Saudara Safaruddin iaitu salah seorang yang MCo jumpa masa di Brunei dulu.. pagi ni...kami di bawa sekali lagi ke Muzium Tsunami yang terletak antara Jalan Iskandar Muda dan Jalan Teuku Umar dan bersebelahan dengan Kuburan Belanda.... tiada caj bayaran, cuma ada sumbangan, yang menariknya, dalam Muzium ini boleh merakam gambar, tidak seperti muzium di tempat-tempat lain yang diharamkan bergambar.
Selepas itu, kami di tinggalkan di Pasar Aceh, sempatlah kami membeli belah sedikit-sedikit cenderahati, dan kami di jemput dalam jam 1.30 petang.
Tengahari kami menikmati makan tengahari di Rumah Makan Syiah Kuala, errrmmmh memang best, sedap sangat, Syiah Kuala ni adalah nama tempat...bukan ajaran sesat syiah... apa2 pun terima kasih pada Saudara Safaruddin kerana belanja kitaorang di sini.... pada hari pertama, Saudara Zainal dan belanja kami dengan nasi Guri...
Oleh kerana Saudara Zainal masuk kerja jam 4.00 petang, maka kami melakukan aktiviti sendiri petangnya...
Petang kami bertiga jalan-jalan lagi dengan menaiki beca atau beca bermotor singkatannya bento... sekali pusing-pusing dalam RP50ribu.. boleh dikatakan agak murah.
Malam, Saudara Safaruddin datang jemput kitaorang untuk di hantar ke Stesen bas, Malam ini kami akan berangkat ke Medan dengan bas.
8.15 malam (waktu tempatan) bertolak ke Medan.
Hari Ketiga - 14 November 2014 (Jumaat)
7.20 pagi (lebih kurang) kami sampai di Terminal Bas Gagak Hitam, di kota Medan. Selepas tu kami sarapan dahulu di tepi terminal bas... sorry lah..terminal bas jangan imagine seperti di Malaysia, dan MCo pun tak sempat nak snap gambar sebab terlalu kalut untuk cari pengangkutan ke hotel.. kami dinasihatkan oleh Saudara Zainal dan Saudara Safaruddin, bila di Medan ambik taksi "Blue Bird" kerana menggunakan argo (meter) kerana lebih murah, tetapi di syarikat bas ada juga sediakan taksi... jadi kami guna yang itu sahaja dengan kadar tambang RP60,000 iaitu kami 3 orang..boleh lah dalam RP20,000.00 seorang... dalam RM6.00 seorang...
Di Medan, check in hotel (Tiara Medan Hotel & Convention), agak menarik juga hotel ni..dengan kadar bayaran RM150 untuk semalam. kalau kira berbaloi lah... 3 orang dengan RM50 seorang. Seperti tips2 MCo sarankan.. travel dengan jumlah peserta ideal ialah antara 2 hingga 4 orang... sebab segala kos akan menjadi lebih murah 1 kali ganda.... percaya atau tak, sepanjang MCo di sini, termasuk hotel, pengangkutan, makan, dan souvenir tak habis dalam RP2 juta... (rate tukaran masa ini ialah RM1juta bersamaan RM285).
Kami di Medan, minta khidmat daripada hotel untuk mencari supir (Darman) dengan bayaran RP100 ribu satu jam, minima 2 jam, kalau satu hari RP800ribu.
ok... kemana ya... nak minimakan 2 jam ni....hehe... so nak tak nak, MCo yang aturkan perjalanan kepada 2 orang kawan ni..
1. Kami pergi ke Istana Maimoon, yang terletak di Jln. Brigjend. Katamso.
2. Muzium Utara Sumatera (Jln. HM. Joni), tetapi tak masuk dalam kerana dalam proses ubah suaian.
3. Masjid Raya Al-Mashun (Jln. Sisingamangaraja), cuma bergambar di luar ja...sama di Muzium Utara Sumatera.
4. singgah makan bakso... dan selepas tu bergambar di Tjong A Fie Mansion (Jln. A. Yani) iaitu rumah peninggalan bangsawan berbangsa cina.. kalau nak melawat dalam kena bayar RP25ribu, tetapi MCo tak masuk dalam kerana kesuntukan masa. Jadi hanya bergambar sahaja.
5. Akhir sekali supir pak Darman bawa kami ke kedai Haji, untuk beli kain2 dan baju...tapi MCo tak beli lah..cuma pusing2 dalam sahaja...Pak Darman kata, apa yang ada di pasar Medan, (pasar pajak ikan) sebab di sana banyak budak2 pinggiran yang jual akan mengekori kita kemana sahaja.
tepat 3 jam....Pak Darman hantar kami ke hotel... daripada pukul 11 pagi hingga jam 2 petang... kena lah bayar RP300ribu.
Selepas solat, kami pun keluar berjalan lagi...tapi jalan kaki je....
Antara tempat yang pergi, Masjid Agung Sumatera, jalan2 sekitar hotel.
pagi MCo jalan2 dengan En. Alwi. Manakala petang, MCo jalan2 dengan En. Farid. jauh juga kami berjalan, tujuan utama ialah ke pasar, iaitu Pasar Pajak Ikan..dan Dataran Merdeka.. dengan berbekalkan peta, dan bertanyakan orang2 yang beruniform seperti polis, penjaga parkir, atau guard... akhirnya kami jumpa juga...
betul kata Pak Darman..sampai je di pasar tersebut, kami diekori oleh penjual2 jalanan...seperti mendesak supaya beli barangan niaga mereka. Balik ke hotel dengan menaiki Blue Bird Taksi dengan tambang RP12000 sahaja... memang murah.
Dipendekan cerita, Malam tu, kami bertiga mencari makan, sekali lagi menaiki Blue Bird Taksi ke Dataran Merdeka... dan selepas tu jalan2.
Hari ke-4 - 15 November 2014 (Sabtu)
Hari terakhir di Medan..... sepagi...masa di habiskan di hotel sahaja...malas pula nak jalan2 pagi tu padahal mempunyai banyak masa.
Selepas Zohor dalam pukul 1 tengahari, kami Check out...dengan menaiki Blue Bird Taksi ke Kualanamu Airport, dengan kadar tambang RP165 ribu, (Pak Darman mahu RP200,000).. apa-apa pun penceritaan secara lanjut akan berdasarkan gambar-gambar.
Flight Asia kami jam 5.55 petang....dan sampai di Kuala Lumpur KLIA@ sejam kemudian..
maka berakhirlah perjalanan MCo di Aceh dan Medan yang setelah sekian lama tunggu...
Penceritaan seterusnya....seperti biasa, MCo lebih suka fokus kepada gambar-gambar ini.. dan haru di jelaskan, semua gambar ini adalah penceritaan peribadi MCo, jumlah gambar yang banyak, dan gambar2 seperti tidak diperlukan juga dimasukkan disini, setelah di tapis, maka sebahagian sahaja MCo muat turun.
....dan yang paling nyata kali ini, MUNGKIN susunan gambar tidak ikut kronologi,...klik pada gambar untuk besarkan.... jom kita tengok bawah.... dan MCo cerita satu persatu apa yang ada pada gambar tu.... zoooooommm...... jommmmm.....
Sebelum apa-apa biarlah MCo bicara dulu berkenaan kos...duit Indonesia Rupiah.... tukaran di Malaysia ketika ini ( November 2014) ialah RP1,000,000.00 bersamaan RM285.00... maka secara puratanya lah.... RM30 bersamaan RP100ribu....dan bergitu lah gandaannya... ramai juga yang keliru...ada orang yang buat jadual...
kiraan ringkas MCo untuk kali ini (untuk panduan yang tidak pernah ke Aceh)... untuk 3 orang pengembaraan dan setiap orang perlu ada....
Hotel 1 malam RM50 seorang @ berapa hari? (tidak termasuk lanjutan check out hotel)
Makan 1 hari RM20 seorang @ berapa hari?
Bas daripada Aceh ke Medan RM50-RM70 ikut klass bas untuk seorang..
Hotel di Medan RM60 seorang @ berapa hari...
kiraan ringkas MCo untuk kali ini (untuk panduan yang tidak pernah ke Aceh)... untuk 3 orang pengembaraan dan setiap orang perlu ada....
Hotel 1 malam RM50 seorang @ berapa hari? (tidak termasuk lanjutan check out hotel)
Makan 1 hari RM20 seorang @ berapa hari?
Bas daripada Aceh ke Medan RM50-RM70 ikut klass bas untuk seorang..
Hotel di Medan RM60 seorang @ berapa hari...
Hahhh ini lah salah satu trademark MCo....hehehe... fokus dan snap dulu sebelum jumpa imigration kat dalam airport ini...isi borang departure Indonesia... siap-siap di isi dalam kapal terbang lagi ni....
Gambar di boarding site... masa tunggu flight nak terbang ke Banda Aceh... dan gambar ini juga di whatsapp pada Saudara Zainal, supaya dia dapat kenal kami dengan jelas... Saudara Zainal memang kenal MCo tetapi dia masih lagi belum kenal Farid dan Alwi....
Benda wajib ada...jika pergi ke mana-mana pun... MCo dapat ini daripada hotel... sekurang-kurangnya MCo ada petunjuk untuk cari tempat untuk dilawati... klik pada gambar untuk besarkan..
Inilah yang terperincinya.... dan hampir 70% tempat-tempat tu Saudara Zainal bawa kami.....
Zoom in... klik pada gambar untuk besarkan...sebab berdasarkan peta ini lah... adalah petunjuk berguna pada gambar-gambar MCo ambik....
Gambar yang disumbangkan oleh Farid daripada Handphone nya...sebab MCo tak sempat snap gambar ni... ini gambaran apabila kaki mula-mula jejak Lapangan Terbang Iskandar Muda, Banda Aceh.Benda wajib ada...jika pergi ke mana-mana pun... MCo dapat ini daripada hotel... sekurang-kurangnya MCo ada petunjuk untuk cari tempat untuk dilawati... klik pada gambar untuk besarkan..
Inilah yang terperincinya.... dan hampir 70% tempat-tempat tu Saudara Zainal bawa kami.....
Zoom in... klik pada gambar untuk besarkan...sebab berdasarkan peta ini lah... adalah petunjuk berguna pada gambar-gambar MCo ambik....
Gambaran luar lapangan terbang Iskandar Muda.... maklumlah gambar di ambil dari arah timur, waktu pagi... matahari sedang naik menyinar.... masa ni Saudara Zainal dan datang jemput kami...
Untuk pengetahuan, di luar pintu ketibaan airport ini, juga banyak juga supir2 menanti dan bertanya "nak ke mana?".... "dah ada orang jemput?"... tak apa, jawab sahaja dengan jujur, tiada masalah... mereka di Malaysia ibarat "ulat" di hentian bas.....
..Daripada Lapangan Terbang Iskandar Muda untuk ke pusat Banda Aceh akan melalui Perkuburan Massal, iaitu kawasan persemadian mangsa-mangsa tsunami... kami difahamkan oleh Saudara Zainal, kawasan ini hingga ke airport adalah kawasan yang tidak di landa tsunami, tetapi menjadi tempat penghantaran bantuan daripada luar kepada mangsa-mangsa tsunami.... lihat tu... Saudara Zainal sedang memperkatakan sesuatu kepada Farid, Saudara Zainal kata... kebanyakan yang ditanam di sini mangsa yang di angkut dengan lori, dan di tanam macam itu sahaja tanpa di kafan dan dimandikan, mereka di tanam sebagai syahid dan darurat.
MCo dan Farid sedang khusyuk dan terpegun juga apa yang dibicarakan oleh Saudara Zainal.... lihatlah bertapa kerdilnya kita apabila didatangi musibah ini....
Disebalik tembok ini lah.... kuburan itu, MCo jelaskan..ini adalah pagar khas yang dibuat bagi memperingati mangsa tsunami tersebut...
Gambar di zoom out sikit...hah...baru lah nampak apa yang ditulis di atas tu... Perkuburan Masal Siron..seperti MCo jelaskan BUKAN semua mangsa tsunami di makamkan di sini...ini adalah sebahagian sahaja...
Monumen Tsunami yang terdapat di dalam kawasan tanah perkuburan ini.... dengan perkuburan ini, memberi petanda bahawa tragedi ini tidak mengenal mangsa dan kita perlu muhasabah diri,..kalau tak insaf juga MCo tak tahu macamana mahu menjelaskan lagi....
Alwi, MCo dan Farid... bergambar di Monumen Tsunami ini, sebagai bukti yang kami memang sampai di sini...tak lah orang kata gambar ambik dalam internet...hehehe
Tak lengkap rasanya kalau MCo tak bergambar dengan Saudara Zainal....jalingan persahabatan dan persaudaraan,.. dan orang yang banyak membantu MCo dalam informasi di Aceh ini....
Lagi jelas apa yang ditulis dibelakang tu... MCo awalnya mahu snap sahaja gambar penyataan di belakang tu...tapi alang-alang biarlah ambil dengan MCo sekali.... kan tengok tu nampak slim sikit... kontrol perut tu...hehehe
Jalan dihadapan kami sarapan pagi itu.... macam tidak banyak kereta lagi pada waktu pagi ini....
MCo pun tak mahu lepaskan peluang untuk snap gambar satu....hehehe...biasalah... atleast setiap tempat yang MCo pergi...ada lah gambar...bila datang bertiga..maka tak perlu berselfie lagi... macam dulu-dulu...
Kedai/ warung di mana MCo dan kawan-kawan sarapan pagi tu.... makan nasi Guri.... nak makan kawah kambing tak masak lagi...
Inilah rupa nasi Guri.... sarapan kami pada pagi tu.....perut lapar... memang sedap... dalam piring merah tu.. ialah pisang goreng..yang diolah bergitu unik, MCo rasa nak makan tetapi perut terlampau kenyang dan pisang tu nampak besar saja...nak makan takut tak habis....hehehe....
Inilah gulai kawah...gulai kambing... tapi di Aceh di sebut...... errmmmm....lupa lah plak... tunggu MCo tanya Saudara Zainal lagi.... nampak macam sedap je..... tapi sayang, pagi tu kami tak dapat rasa sebab ia adalah untuk jualan makan tengahari.. sedangkan waktu tu masih pagi.
Saudara Zainal tolong snapkan kami ketika sarapan ni.... dan bersama kami ialah anak kepada Saudara Zainal, dia terpaksa bawa anaknya sekali memandangkan ibunya (Isteri Saudara Zainal bekerja - sebagai guru)....
Tempat makan tengahari....gambar tak berapa clear...hehehe nak cepat...
Nah sampai.... lapar ni....tak tahan nak rasa masakan di Aceh ni... kan Mco dan kata tadi... Aceh ni memang kaya dengan makanan...rugi kalau datang Aceh tapi tak menikmati makanan sini.... jom masuk dalam...
Saudara Zainal tolong snapkan kami ketika sarapan ni.... dan bersama kami ialah anak kepada Saudara Zainal, dia terpaksa bawa anaknya sekali memandangkan ibunya (Isteri Saudara Zainal bekerja - sebagai guru)....
Tempat makan tengahari....gambar tak berapa clear...hehehe nak cepat...
Nah sampai.... lapar ni....tak tahan nak rasa masakan di Aceh ni... kan Mco dan kata tadi... Aceh ni memang kaya dengan makanan...rugi kalau datang Aceh tapi tak menikmati makanan sini.... jom masuk dalam...
Special... makanan sini Ayam Tangkap... Farid, Alwi dan MCo.... sempat lah bergambar...aaah peduli apa orang kata, Saudara Zainal yang tolong snapkan ini...
Oop!! bergambar lagi....sebelum sentuh makanan...hehehe...alwi pun tak sabar-sabar tu....
Hahhhhh.... ini lah rupa masakan Ayam Tangkap.... klik pada gambar untuk besarkan... ayam di masak....eermm disebalik daun-daun tu... mula-mula kami ingat hanya ayam di makan... tapi bila tengok Saudara Zainal memakan daun-daun tu.. .baru lah Mco dan kawan-kawan ikut sama.... iya sedap dan rangup... sampai daun-daun habis kami makan... hehehe, rugi ooo kalau tak try...jom kita ke Aceh lagi....
Oklah inilah cerita selanjutnya.... Masjid yang terkenal di Banda Aceh.... iaitu landmark kepada Banda Aceh, Masjid Raya, Baitulrahman... dan masjid yang menjadi ikon semasa tsunami 10 tahun yang lepas.....tersegam indah kan.... tengok lah gambar bawah ni...bandingkan...
Gambar daripada Internet: Keadaan masjid selepas tsunami pada 24 Disember 2004...
Mercu tanda Banda Aceh dan MCo.... sebagai bukti yang MCo dah sampai sini.... masa ni panas sangat...ambil gambar pun..mata terkedip kedip ni....
Nah...zoom in lagi.... menarik kan dengan kubah hitam... ia dipercayai simbol utama masjid ini...sejak kurun ke 19 lagi....
Gambaran menarik keseluruhan Masjid Baitulrahman.....
MCo.............................................. snaplah satu untuk kenangan.... mari jauh-jauh bukan satu je kan gambar...so ambil lah banyak siki....
....Lepas tu gambar bertiga plak...dari kiri... Alwi, MCo dan Farid....
Muka pintu masjid Baitulrahman....
gambaran di dalam masjid..kebetulan ada majlis kahwin masa itu, MCo tak lah masuk dalam..sebab kesuntukan masa....
MCo snap lah satu......
Berdekatan dalam kawasan Masjid Baitulrahman ini ada catatan ini, sejarah tentang masjid ini... MCo pun tak sempat baca sangat...tapi sempat snap gambar ni... menurut catatan sejarah ini... Masjid ini memang telah wujud berkurun-kurun dahulu.... dengan 1 kubah sahaja.... dan seterusnya di bangunkan...
....ini lah ceritanya secara terperinci...atau anda boleh google sahaja di internet... MCo dapati banyak kisah masjid ini dalam internet samada di blog-blog lain....
Di tepi Masjid tu...ialah Pasar Aceh..di mana tempat jualnya pakaian, kain-kain dan lain-lain cenderahati.... tapi MCo tak pergi lagi masa ini... tapi hari seterusnya....
MCo kata.... jangan bimbang...esok MCo akan jejak juga kaki kat dalam pasar ni...tunggu lah.... mesti wajib ,masuk.... nak cari buah tangan untuk orang kampung...heheheh....Farid, Alwi...spent masa esok untuk datang sini...jangan buat-buat lupa plak...hehehe.....
On The Way ke Lampulo.... tempat apa tu? eermmm ini lah salah satu tempat famous dan ikon tsunami iaitu....masa tsunami...ada sebuah boat yang dihanyutkan sehingga tersadar atas bumbung rumah orang.... dan sekarang ini tempat itu telah di beli oleh pemerintah dan dijadikan tempat perlancongan... walaubagaimana pun, gambar di atas tu... bukan lah boat tersebut, tetapi permandangan boat-boat nelayan, dan mungkin bergini lah keadaan boat tersebut sebelum tsunami berlaku....kapal berlabuh....perkampungan nelayan.
Inilah catatan kapal atas bumbung tu.... klik pada gambar untuk besarkan...Kapal di atas bumbung rumah....sekarang sudah menjadi tempat tarikan pelancong... dan salah satu tempat yang mesti dikunjungi jika datang ke Banda Aceh.
...dan inilah boat tersebut...masih utuh di atas bumbung... bentuk asal...cuma diperbaharui.... rumah asal lagi...masih utuh...
gambar lagi dekat dari atas.... berlatar belakang kan boat ni.... kalau hayati betul-betul... boleh bayangkan bertapa tingginya tsunami itu.... rasa-rasa MCo, kapal ini tersadar apabila tsunami surut...
MCo disisi batu peringatan kapal di atas rumah...
Pandangan daripada jalan masuk ke kawasan ini...dan menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan... sudah 10 tahun bergini...kalau tengok...berapa tinggi tsunami ketika itu.... tapi yang ini masih lagi....boleh dianggap munasabah sebab berdekatan dengan sungai.... tunggu...kita tengok kapal besar yang diseret oleh tsunami ke tengah lautan... kapa besar dengan berat beribu-ribu tan...dengan jarak yang jauh dari pantai.....
Selepas melawat tempat ni... jom nak balik dah.... nak pi cari tiket bas plak untuk ke Medan..hehehe
Gambar apa ni? errrmm ini lah warung tempat minum kopi Solong.... kata orang...ini lah kopi paling terkenal di Aceh... rasanya memang uurrmmhhppp..... ada orang kata..ia di bancuh ketika air panas... ada orang kata..kopi ini di tanam di bekas tanah di mana pokok ganja di tanam dan di musnahkan.... hehehe...entahlah fakta atau auta.. tapi itu lah penduduk tempatan cakapkan....
Stesen bas di mana MCo membeli tiket untuk ke Medan pada 14hb November tu.... beli awal, takut habis...Gambaran di dalam Stesen Bas.....
MCo dalam urusan pembelian tiket ke Medan pada 13hb malam itu....kena isi nama penumpang tu....
Kaunter tiket...bas Kurnia... nasib baik lah masih ada tiket...dan Saudara Zainal kata, tak perlu gusar, kerana tiket InsyaAllah masih banyak....
Muka depan bentuk tiket bas... 3 orang untuk satu tiket sahaja.....
... gambaran di dalam tiket bas...semua data tertera pada tiket.... harga tiket?
ada 2 jenis bas... yang henti-henti... dengan jarak 600km dan masa yang di ambil puratanya ialah 9jam dengan jalan berliku-liku...tetapi kalau naik bas henti..dalam 4 kali... mungkin mengambil masa dalam 12jam...dan tiket dalam lingkungan RM50 atau RP180ribu...
Manakala bas yang MCo naik ini ialah bas Non-stop (kalau stop pun masa solat subuh)... yang ni betul-betul 9jam...dengan kadar tambang RP230ribu seorang... keadaan bas? nanti dalam gambar seterusnya.....
ini adalah salah satu bentuk bas ekspress daripada Aceh ke Medan.... bentuk sama je mana2 pun tapi yang MCo nak fokuskan ialah di cermin... untuk detail tengok gambar bawah ni...
Masa untuk check in hotel...hotel yang di cadangkan oleh sahabat MCo, BTsix a.k.a Arzo (Geng Chevy Terengganu)...iya hotel ni memang strategik.... tempat makan pun mudah.... kalau nak detail, nak booking..boleh lah klik sini--->hotel medanini adalah salah satu bentuk bas ekspress daripada Aceh ke Medan.... bentuk sama je mana2 pun tapi yang MCo nak fokuskan ialah di cermin... untuk detail tengok gambar bawah ni...
Kebanyakan bas daripada Aceh ke Medan akan dipasang geriji ini di cermin depan..kerana dikatakan bahawa, di Medan ada budak-budak nakal akan membaling batu ke arah cermin...kalau tengok bas-bas lain, memang ada retakan cermin.... hehehe..kadang2 kita tak boleh nak bayangkan benda ini terjadi... dan ia memang jadi info bagi MCo.
Jom Check in Hotel.
MCo ambik bilik yang harga RP300ribu untuk 3 orang...dan late check out..dikenakan tambahan RP150ribu... memang murah kan...memang berbaloi...
Pandangan jauh hotel Medan.. dan juga merupakan salah satu tempat yang teruk di landa tsunami pada 2004... sebagaimana gambar di bawah ini..
Lihatlah kekuatan tsunami, padahal kawasan ini boleh dikatakan agak jauh daripada pantai, tetapi mungkin belakang hotel ini terdapat sungai... Akhirnya gambar ini menjadi kenangan bagi pemilik hotel tersebut... (Gambar daripada Internet)
MCo pun tak mahu melepaskan peluang bergambar berhadapan dengan hotel ini, salah satu hotel yang menjadi saksi kepada tragedi tsunami...
Salah satu jalan...di Banda Aceh, jalan ini lurus sahaja daripada pintu masuk ke hotel Medan.
Deretan kedai cenderahati....MCo pun beli di sini cenderahati,..lokasi nya pun dekat dengan hotel Medan.
Kedai souvenir yang menjadi pilihan MCo untuk beli cenderahati, agak murah dan peramah penjualnya...dan harganya boleh ditawar-tawar, pemilik kedai ini, selalu ulang alik Aceh dan Penang.. diceritakan abang dan adik-adiknya semua terkorban ketika tsunami... kami panggil dia Kak Ani sahaja...
Nampak macam MCo dan Alwi tawar menawar dengan kak Ani... tetapi sebenarnya... kami sedang dengar dia bercerita.... hehe
Di kedai-kedai souvenir lain-lain...macam ada banyak pilihan.... oooooh bukan ini kedai peralatan... hanya satu-satunya.. MCo jumpa kedai hak milik chinese.... yang lain kebanyakan pemiliknya ialah orang Aceh.
KODAM Iskandar Muda, kem penempatan di Banda Aceh, ia dikatakan Komando Terlatih Indonesia...Saudara Muslih, pembuat sate Aceh..... orangnya pun peramah...
Sate yang belum masa dan bersedia untuk di bakar... sate kambeng dan daging...
Makan sambil bersantai.... Alwi, Farid dan MCo.... dengan bangku kecil dan kerusi pendek.. santai....
Inilah gambaran sebenar ruang makan... dan banyak juga kedai seumpama seperti ini, waktu malam lagi meriah.. seperti MCo katakan... di Aceh, soal makanan amat mudah dan di jamin halal, InsyaAllah...
Label... warung sate matang... pssttt...ambil gambar dulu apa yang patut sebelum sate siap dibakar....
Nyummmmmy...memang sedap...rugi tak rasa, rugi tak makan, rugi mari Aceh jika tak rasa......
MCo bergambar di bangunan Muzium Tsunami... pada 12hb tu.. memang kami bercadang nak pergi muzium tersebut, tetapi malangnya pergi lewat sudah, dan muzium telah pun tutup, maka kami hanya bergambar di luar bangunan sahaja, dan kami bercadang nak pergi lagi esokkan harinya....
Di belakang.. Aceh Tsunami Museum..... petang dah ni...bergambar ini saja lah.. InsyaAllah esok masih ada peluang untuk datang lagi... sebab kata orang... kalau datang Aceh, maka tidak sah kalau kaki tidak jejak ke Muzium Tsunami ini, tengok lah bertapa gerunnya apabila memasuki pintu muzium ini....
Nah lagi..... lagi zoom in...lagi jelas kan...
Oleh kerana muzium telah tutup, Saudara Zainal telah bawa kami ke Pusara tentera Belanda yang tewas semasa perang dengan Aceh, di kirakan perang ini berlaku sejak tahun 1800-an lagi.... dan kuburan ini dibina untuk memperingati "wira-wira" mereka, dan setiap tahun mesti ada warga Belanda yang akan ziarah kuburan ini, dan penjaga kuburan ini dibayar khas oleh Kerajaan Belanda...
jom...kita tengok...
Inilah pintu depan Kherkhof Dutch Graveyard, iaitu kuburan tentera Belanda.... sempatlah MCo bergambar...
...dan lagi... MCo berada disini selepas lebih seratus tahun ia dibina... tengok lah gambar lama di bawah ni...
hohoho...klik pada gambar untuk besarkan.... gambar ni MCo snapkan masa dalam Muzium... jadi cuma padankan je kat sini....
Gambaran di bawah pintu Gerbang.. kiri dan kanan ditulis dengan nama-nama askar-askar mereka.
Di dalam kuburan belanda ini... siap ada papan tulis, menyatakan 50 batang pancang salib telah hilang ketika tsunami 2004.
Pandangan daripada Muzium Tsunami.. keadaan dalam kuburan Belanda.....................................
Deretan nama-nama askar yang terkorban diukur di dinding tembok kuburan ini... (Memorial)...
Kalau di perhatikan dekat, tidak semua askar tersebut ialah rakyat Belanja....tetapi ada juga dikalangan askar Belanda tersebut ialah penduduk Indonesia sendiri...
MCo sedang menilik-nilik nama yang terpapar di dinding memorial ini.... nak cari ada tak nama orang Melayu kita.....
...Nama-nama yang dicatat di dinding itu, termasuk mangsa perang yang di semua daerah di Aceh ini, maknanya bukan untuk satu tempat sahaja...
Jom kita ke Diesel Floating pula
MCo lebih suka fokus pada gambar dan cerita.... lagi mudah dan ada gambaranya....
Ini bukan bangunan lama.... ini adalah kapal yang besar, jika melihat tourist map, ia ada ditulis Diesel Floating.. lihat lah peta tersebut, bayangkan jauhnya ia terdampar daripada pantai... amat jauh... dan besar.. ia sebenarnya kapal pembekal tenaga elektrik kepada Banda Aceh. (Genset)... di anggarkan di bawah kapal ini terdapat 100 buah rumah...dan berpuluh-puluh mayat di bawah itu, hanya dibiarkan, tiada siapa sanggup angkat dan cari... maka ia dibiarkan... memang ia sangat besar, dan memang kelihatan berat.
Lihatlah saiz kapal dengan saiz MCo dan bayangkan air yang membawanya ke daratan...
...Lagi gambar MCo di sisi kapal ini... terpegun juga MCo tengok...apabila tengok bertapa hebatnya tragedi tsunami ini...
Gambar dari atas kapal ke tanah..tengoklah bertapa tingginya..
..Salah satu gambar dari atas kapal, MCo tak ambik banyak sangat...sebab semasa MCo sampai ini, kapal ini dah tamat sesi lawatan, dan akan ditutup kepada orang ramai dalam beberapa minit lagi... so nak cepat kan.... so buat benda semua kena pantas
Farid sedang memerhati tinggalan rumah akibat bencana tsunami....ini adalah rumah asal, tiada sebarang ubahsuaian... dan rumah ini adalah berdekatan dengan kapal genset tu....
Bergambar kenangan bersama Saudara Zainal...di memorial Diesel Floating ini.....
Farid, MCo dan Saudara Zainal....dalam posisi yang sama... harap-harap MCo akan sampai lagi ke Bumi Aceh ini....
Selepas kapal Genset ini... MCo di bawa oleh Saudara Zainal jalan-jalan santai...
Tempat yang dituju ialah.... kawasan yang boleh dikatakan paling awal yang dilanda tsunami... apa nama tempat ni?.....eermm kena tanya Saudara Zainal lagi ni.... ini lah keadaan jalan yang telah dibaikpulih selepas tragedi tsunami itu...
haaaahh....kan MCo dah kata...memang makan dan santai di Aceh ni...jom, rugi tak rasa... memang syahdu dan nyaman.... aaeehh...lain plak rasanya.... ini lah meja-meja makan, yang berbumbungkan daunan pokok dan permandangan yang luas.... yang nampak air tu..sebenarnya dahulu mempunyai bangunan, tetapi telah musnah akibat tsunami.
.....petang ni.. makan jagung ja..hehehe pedasssss.... Saudara Zainal pekena kan kami..hahaha... sebenarnya ada banyak rasa...tapi sengaja nak taruh cili... tak apa.. sebab ini lah kali pertama MCo rasa jagung bakar pedas... fffuuhhhh best sioot...kena pula dengan air nyiur... ingat sampai sekarang ni...
..Ada sesuatu yang diperkatakan oleh Saudara Zainal kepada kami... katanya dulu di sini penuh dengan bangunan-bangunan tetapi telah musnah oleh tsunami... dan sekarang tempat ini dijadikan tempat bersantai bagi warga Aceh.
Disepanjang jalan yang MCo post gambar mula-mula masuk area ini... kawasan ini dijadikan tempat makan dan bersantai bagi warga Aceh, dan untuk makluman, selepas Maghrib tempat ini akan ditutup, bermakna tiada lagi dibuka untuk malam...untuk elak segala maksiat...
MCo hanya terbayang, kalau malam ni, memang cantik tempat ni..boleh mengail, ada jualan kecil2lah... dan yang penting kalau di adaptasi kan di Terengganu pun ok juga....
Muka pintu masjid Baitulrahim.... dimana pembuka kepada tempat yang MCo pergi dalam gambar di atas tu..salah satu masjid terselamat daripada tsunami tu...
Jalan Pulang.
Selepas di bawa jalan-jalan oleh Saudara Zainal.... kami pun sempat singgah solat Maghrib di Masjid Makmur, dimana MCo pernah cerita di awal pembukaan.. jomm tengok gambar....
Inilah Masjid Makmur, dikatakan kubah putih besar itu telah jatuh ketika gempa bumi yang menyebabkan tsunami itu...tetapi telah dibangunkan semula... indah bukan? MCo pun ambik kesempatan untuk bergambar...
Nah sekarang giliran Farid pula untuk bergambar.... sempat nak solat Mahgrib..... luar dah tengok..jom kita masuk dalam.... jooommmm...
Tidak seperti di Brunei Darussalam, di dalam masjid tidak boleh snap gambar, di Aceh, boleh sahaja... sama juga di Malaysia, tiada halangan.... ini waktu setelah selesai solat maghrib...kalau kira ada ber-saf2 juga masa solat berjamaah tadi.. cuma MCo tak sempat nak snap.
Gambaran di dalam kubah masjid Makmur.... menarik dan cantik sekali....
Saudara Zainal sempatlah offer untuk snapkan gambar MCo dalam masjid ini....
Akitivi Malam....
Selepas Isya, MCo dibagitau oleh Saudara Zainal yang dia sebenarnya malam ini ada pengajian... jadi Saudara Zainal nak ajak kami "mengopi" tetapi kena iku dia dulu dengar pengajian.. so ini kalau kira trip lain daripada yang lain yang pernah MCo alami...dan merupakan pengalaman baru juga...
Selepas menghantar anak isteri ke rumah.. kami pun berangkat ke Rumoh Aceh yang terletak di Jalan Juelingke, Banda Aceh.
Berginilah Rumoh Aceh, di bawah tempat mengopi dan di atas adalah tempat mendengar kuliah agama atau dipanggil pengajian...
apa-apa pun...jom kita tinjau di dalam Rumoh Aceh ini...
Disini terkenal dengan kopi.. dan yang utama ialah kopi Luwak...iaitu kopi tahi musang.... ini lah bentuk kopi tersebut...
sempatlah MCo masuk dalam dan tengok tempat pemprosesan kopi luwak ni... jangan bimbang halal..dan pengusahanya ialah Muslim....
Kopi Luwak dengan gelas kecil ni berharga RM4.00 dan dikira masih murah, jika dibandingkan dengan keunikan kopi tersebut.Farid: Mari rasa kopi special ini...jarang sekali nak dapat minum seperti ini... ffuhhh nampak ekslusif dengan kopi ini...
MCo kata...baguss... dan best...bukan selalu dapat mengopi seperti ini... walaupun MCo ini bukanlah peminum kopi tegar, tapi bukan menjadi kecelaruan untuk menikmati kopi ini... tanda bagus di jari tu saja dapat mengambarkan...bertapa bertuahnya MCo dapat rasa ni...
Minum bersama.... Alwi, Farid, Saudara Zainal dan MCo.....
Kita minum dulu...sebelum mendengar kuliah..lagi pun pak ustadz belum sampai, dan orang-orang lain pun tak ramai lagi....
apa-apa pun selepas sesi mengopi dan bergambar....mari kita naik atas pula..tempat dengar kuliah ini...
Inilah bentuk tempat pengajian...yang dikelola sepenuhnya oleh Kaukus Wartawan Peduli Syariah Islam (KWPSI)... apa yang dikatakan, ini lah gerakan yang selalu mempertahankan karenah dan penyiaran negatif media barat berkenaan dengan pelaksanaan syariah Islam di bumi Aceh ini... biasa lah, bila Islam, mesti timbul cerita negatif daripada barat...
Sebelum sesi pengajian... biarlah MCo snapkan gambar mereka dulu... sementara tiada orang... rekabentuk tempat pengajian ini, adalah sebagaimana bentuk ruang rumah tradisi di Aceh, dan di Tanah Melayu sendiri pun mempunyai senibina seperti ini.Orang dah mula ramai.... MCo pun snap lah satu dua keping gambar....untuk kenangan diri sendiri...
MCo sengaja besarkan gambar istimewa ini.... pengajian sedang berlangsung.... sebenarnya sebelah kiri, kanan dan belakang sudah ramai orang...cuma bahagian atas ini tiada nampak.... dan gambar ini di snap oleh Saudara Zainal... pengajian kali ini tepat kena pada kami iaitu berkenaan dengan solat Jamak...
Pengajian ini biasa berlangsung hari Rabu malam Khamis, kerana semua ini kebanyakan di urus oleh Saudara Zainal dan sememangnya hari Rabu adalah hari cutinya... sebab itu, dia meminta MCo supaya jadual MCo ke Aceh ini biarlah kena pada hari Rabu.
Pak Ustadz yang sedang mengajar tu...sebenarnya turut sama rombongan diaorang masa di Brunei, tetapi tidak sempat bertemu dengannya, kerana masa MCo bergambar dengan Saudara Zainal dan Saudara Safaruddin, dia berada di dalam masjid.
Jom pulan ke Hotel..
Pengajian habis dalam hampir pukul 12 malam...tapi kami "tembor" awal... hajat Saudara Zainal ajak kami mengopi lagi...tetapi memandangkan mata dan layu, mengantuk, dan masih kenyang,.. makan keputusan untuk pulang ke hotel saja....
Gambar terakhir untuk hari ini..ialah permandangan depan hotel Medan.....dataran untuk makan-makan... hujung sana sebelah kanan ialah di mana tempat MCo makan sate siang tadi.. dan lihatlah malamnya pula....13hb November...hari Kedua di Bandar Aceh...
Awal pagi...dalam pukul 8 pagi, MCo pergi bersiar-siar di pasar basah, ibarat pasar tani kalau di Malaysia...berdekatan dengan hotel Medan....tengok suasana pun tiada banyak beza dengan di Malaysia... MCo rasa seperti di Malaysia sahaja... penduduk majoriti Islam, boleh dikatakan sesama bangsa...jadi tiada kekok, tiada kegusaran..
Antara yang sempat MCo snapkan... apa yang dijual di sini.... biarlah ia menjadi salah satu koleksi MCo walaupun sesetengah orang berkata, "gambar macam ini pun letak dalam blog?"... bagi MCo setiap penglihatan, setiap pengalaman, ia tidak akan terus kekal...bila-bila masa boleh lupa, tetapi bagi MCo, gambar ini lah yang membuahkan kembali kenangan MCo.
Lagi permandangan pasar basah Aceh.. sebenarnya ia seperti tiada tempat khusus untuk pasar ini... dan hanya di jaja di tepi-tepi bangunan ini sahaja... tapi waktu pagi sahaja..
Di penghujung...selepas habis pusing di dalam...dan nak balik hotel..sempat lah snap satu lagi..
zoom in...zoom out....
Sempatlah MCo bergambar.... kontrol perut tu..... hehehe
ok...besarkan lagi penglihatan...hehehe... MCo dikalangan peniaga dan pembeli di pasar ini....
Aktiviti Hari kedua... Jom kita ke Muzium Tsunami yang tergendala pada hari pertama tu...
Dalam jam 10 pagi..kami di jemput oleh Saudara Zainal..dan tanpa di sangka Saudara Safaruddin pun ada... rakan yang bersama bergambar dengan MCo masa di Brunei hari tu.... tanpa bercakap panjang di hotel, kami terus di bawa ke Muzium Tsunami ni... masa adalah emas... tidak mahu berlengah lagi.
Gambar pembuka di Muzium Tsunami...bergambar dengan helikopter yang "tewas" dengan tsunami.... helikopter ni tak sempat dialih ketika tsunami datang melanda.......Farid, Alwi, MCo dan Saudara Safaruddin.... nak masuk dalam muzium ni tak boleh bawa beg sandang...dan tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi ada sumbangan ikhlas daripada kita tak kira berapa jumlahnya dan yang paling menarik ialah di dalam muzium ni boleh ambik gambar, cuma di tempat gelap tak boleh pasang flash....
Biarlah MCo ceritakan secara ringkas berkenaan muzium ini, walaupun faktanya boleh di cari dalam internet.... apa yang diperkatakan... muzium ini adalah hasil sepakat 80buah negara dalam pembikinannya...dan gambar di atas tu... ada batu bulat-bulat, dan setiap batu tu ada tertera nama negara yang memberi sumbangan besar dalam membantu Aceh semasa tragedi tsunami dan seterusnya dalam kewujudan Muzium Tsunami ini...
Kalau datang ke Banda Aceh, tidak lengkap kalau tidak datang ke muzium ini, ia menyimpan seribu cerita, seribu pengorbanan, seribu kenangan, seribu musibah, seribu hikmah, seribu pengajaran, seribu pengertian, seribu pandangan, dan beribu-beribu bayangan dan cerita disebalik cerita...
Pintu masuk dimulakan dengan terowong gelap dengan ngaliran air, di mana ia dicipta adalah sama dengan situasi sebenar tingginya tsunami yang melanda Aceh, dan diselami dengan bacaan suci ayat Al-Quran akan membuka keinsafan dalam diri kita.... kunjunglah..jika ada peluang...tak rugi kita belajar dari ini...
Possing dengan flash di dalam muzium...dengan menampakan mata merah...hehehe lepas tu kami ditegur oleh pegawai muzium, kalau nak bergambar jangan nyala kan flash... so ini lah hasilnya...
Bergambar tanpa melihat kamera.... bila pasang flash tak lah nampak sangat mata warna merah....
Gambar daripada kamera handphone Saudara Zainal....eermm very clear... walaupun tak pasang flash...
Gambar di sudut lain... seperti di dalam cerobong...dan di dinding menempatkan nama-nama mangsa tsunami.Di sudut lain.... nama-nama sebahagian mangsa tsunai dinukirkan di dalam muzium ini...
dengan rekabentuk yang takjud...lihat keindahan dalam kegerunan..... menarik... dengan kalimah Allah di atas mengambarkan kebesaranNya... Subhanallah....
Slot tayangan mengenai tsunami di Aceh...seperti melihat panggung wayang...hehehe, ini adalah cerita ringkas mengenai tsunami dan sukarelawan daripada pelbagai negara....
Selfie dulu.... sebelum tayangan.... kan nampak cute mute tu...ehehehe
Inilah tajuk tayangan tersebut... tak lah lama sangat...dalam lingkungan 15minit sahaja.....
Replika kapal genset yang MCo pergi pada hari pertama...yang bergambar tu.. inilah gambaran sebenar... dengan ombak setinggi kapal...
Gambaran dengan skala sebenar... ombak tsunami, ketinggian pokok kelapa dan saiz manusia ketika di pantai semasa tsunami melanda.... bayanglah ketinggian ombak..dengan kelajuan 80km/j.
Salah satu dalam ruang pameran gambar-gambar dalam muzium.. gambar2 yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata, tapi biarlah gambar yang menceritakan segalanya....
Di ruangan lain...yang menempatkan replika-replika yang menjadi ikon tsunami Aceh... dan kebanyakan replika di ruangan ini masih ada di tempat asalnya..dan dijadikan pusat tarikan pelancongan...
Ok..possing....hahaha...Alwi, MCo, Saudara Safaruddin dan Saudara Zainal....
Selesai bergambar di dalam Muzium...maka bergambar diluar pula... MCo sengaja tidak mahu memuatkan semua gambar-gambar di dalam muzium itu, kerana hilanglah semua rahsia jika di fokuskan di sini.. MCo mahu anda semua pergi dan nikmati lah sendiri di sana...
Gaya bebas... di luar Muzium yang tertera Museum Tsunami Aceh...
Jalan di hadapan Muzium Aceh.....
... ohoooo poss istimewa MCo yang di snap oleh Farid dari luar Muzium tsunami ini.... belakang tu..ialah cafe.
Sempatlah snap 2 orang sahabat MCo ini di Aceh.... pure Aceh.... Saudara Zainal dan Saudara Safaruddin...eermm terima kasih buat dua orang sahabat ini, layan MCo dan kawan2 dengan first class.. bila mahu datang Terengganu... Negeri Darul Iman....hehehe...
Pasar Aceh, kami ditinggalkan oleh Saudara Zainal dan Saudara Safaruddin untuk beri peluang kepada kami untuk membeli belah dan melihat-lihat di dalam pasar...dan mereka akan jemput kami lagi dalam jam 1 tengahari... ini adalah sebelah luar... MCo pun tak punya waktu yang cukup... tapi sempat beli semua barang-barang yang MCo mahukan....
MCo suka gambar ni... penuh dengan warna warni.. Farid sedang sibuk mencari barang-barang untuk dibeli... MCo tukang snap gambar sahaja..
jom makan lagi... ini lah tempat paling best sejak MCo sampai sini... Rumah Makan Syiah Kuala.... itu nama tempat.. Syiah Kuala..bukan ajaran Syiah tu.... tapi memang best dan sedap sini... kawasan pun luas...lapang.. berangin..open air..tak perlu air-cond.
jom masuk dalam... sorry lah.... MCo tak snap gambar makanan....nanti orang kata sakit mental..hehehe... tengok lah kawasan dalam ruang makan tu... luas dan selesa kan... walaupun hari panas....tapi berangin... makan kali ini dibelanja oleh Saudara Safaruddin....terima kasih banyak...terima kasih daun keladi..kalau boleh nak lagi...hehehe
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang.... Saudara Zainal yang tolong snapkan....
Lagi.... tapi zoom out lah sikit...hehehe...
Perjalanan hari ini habis di sini sahaja selepa mereka menghantar kami ke hotel, memandangkan Saudara Zainal dah mula masuk kerja pada jam 4. Jadi penghantaran kami ke bas stesen malam ni..Saudara Safaruddin bersetuju untuk hantar walaupun kami sebenarnya tiada masalah walaupun pergi dengan taksi, memandangkan kami menghormati mereka, kebaikan mereka.. MCo rasa janggal untuk menolak permintaan mereka..sekali lagi kami mengucapkan terima kasih.
Cerita pasal beca pula....
Petang..tiada aktiviti..jadi kami bertiga ambik keputusan untuk pusing-pusing Banda Aceh dengan menggunakan beca ni...beca yang menggunakan motor... jadi betor.... di Malaysia masih menggunakan speda (basikal).. jadi di Aceh lebih advance....lebih maju daripada Malaysia.... tetapi Malaysia beca sudah tidak jadi alat pengangkutan yang penting atau utama, tetapi sekadar aset pelancongan....
ready to departure...haha...bergambar dulu sebelum bertolak... pusing2 ke Masjid Raya...lepas tu pusing2 banda...then balik ke hotel...semua kos ialah dalam RP60 ribu...ala adalah dalam RM18..... berbaloi lah...kurang atau lebih kira halal lah walaupun ada orang kata...dengan beca ini kalau ke Masjid Raya...dalam lingkungan RP10ribu sahaja.
Beca lain.... gambaran daripada belakang... masih mendapat sambutan beca seperti ini di Aceh.
Selfie atas beca.... peduli la apa orang lain nak kata..hahaha nampak sangat macam pelancong....
....ini aksi ja lebih.... selepas diberi kesempatan oleh empunya beca untuk bergambar...
ini bukan rekabentuk baru atau berbeza...tetapi kebanyakkan beca ni mesti macam ini.... boleh buka dan boleh tutup.... persediaan hari terlampau panas atau hujan....
Gereja di hadapan rumah Saudara Safaruddin.... ini satu lagi gereja yang terdapat, boleh dikatakan terdapat dilokasi majoriti penduduk Islam... kalau mengikut apa yang di perkatakan.... hampir 10% penduduk Aceh yang Non-Muslim....
Stesen bas di waktu malam... kini tiba lah giliran MCo untuk berangkat ke Medan malam ini... dengan Saudara Safaruddin yang fetch kat hotel... kami akan bertolak pada jam 8.15 malam. Masih ramai orang menunggu bas untuk ke destinasi masing2.
Pandangan daripada sudut lain...dan pandangan depan kaunter yang MCo beli tiket tu....
Sibuk kemaskini telefon.... tapi bukan online whatsapp pun...sebab MCo memang tak ON pun internet...dan handphone pun dalam mode flght.... so memang totally tiada line.... MCo pun lupa...apakah yang MCo sedang buat ni....di snap secara curi dan bersahaja daripada Farid... lagi beberapa minit nak naik bas ni....
Di dalam bas...dengan 20 tempat duduk....kedudukan yang sangat selesa... kerusi yang lebar... di sediakan kain selimut, bantal..dan kerusi boleh di turunkan hampir 90 darjah... bergitu juga bahagian kaki... jadi ia seperti katil... dapat tidur dengan nyenyak juga... memang ni terbaik....
...dah jadi macam model kerusi bas....hehehe dan jadi sampel ni..bagaimana nak uji keselesaan kerusi di dalam bas... kiranya sangat berbaloi.
Tempat duduk...dua dan satu sebelah.... berginilah keadaannya....
...dan setiap tempat duduk disediakan satu kotak makanan...yang mengandungi... 1 paket biskut, 1 pau dan aqua cup....
Sampul surat peminta sedekah... sebelum bertolak ni...kiranya ada juga peminta sedekah yang naik.... 3 kali juga.... tapi MCo tak snap gambar... ada yang mengaji...dan yang ni...dia hanya bagi sampul surat... dan kita perlu letak duit seikhlas hati dalam sampul tu...dan dalam beberapa saat dia akan kutip balik...
MEDAN BANDARAYA KE-2 PERJALANAN MCO
Inilah gambaran..dan jarak perjalanan MCo daripada Banda Aceh ke Medan.. purata perjalanan 9jam, iaitu bas non stop, kalau stop-stop ambik masa dalam 12 jam hingga 15jam bergantung kepada pemandu bas.. jika kapal terbang, cuma 1 jam sahaja..
Pagi...kami sampai di Terminal Bas Gagak Hitam...
dengan taksi yang ada di terminal bas... hantar kami ke hotel...MCo sempat snap gambar kesesakan di Medan, sibuk dengan motor dan kereta nak pergi kerja... bingitan bunyi horn...bunyi ping dari kenderaan atas jalan sudah menjadi lumrah biasa....
Seperti di Banda Aceh, di Medan pun perkara pertama bila sampai hotel atau mana-mana sahaja, mesti MCo akan mencari tourist map ini.. bukan apa, bila travel yang tidak menggunakan agen...tetapi jalan sendiri..inilah benda wajib yang perlu ada supaya kita tahu mana tempat yang patut kita pergi....
Berlatar belakangkan Hotel Tiara, yang juga MCo book melalui internet..trivigo atau agoda.... Oleh kerana pagi tu sampai terlalu awal, maka bilik belum ready lagi...jadi MCo ambik kesempatan untuk pusing-pusing dahulu sekitar hotel.. maka ini lah hasilnya... perjalanan ringkas saja...
Jalan yang menuju ke Tiara Hotel...sebelah kiri tu ialah pusat convention.. nampak lengang sahaja.. mungkin terlampau pagi sangat...MCo berlatar belakangkan Pusat Konvesyen Tiara.... iaitu persimpangan jalan gambar di atas..dan menuju ke Tiara Hotel.
yeaahh.... jam dah hampir pukul 11 pagi.. jom rasa-rasa dah boleh check in hotel ni.....
Sedang semak, check in hotel, dan bertanyakan sesuatu pada receptionist.... ia memang dah jadi lumrah MCo, bila travel sendiri, kena ringan mulut untuk bertanya....
hahhh...tanya lagi... mana tempat yang patut nak pergi...dan MCo minta lagi satu tourist map..supaya mudah..dan tak hilang... tengoklah... receptionist hotel yang ramah... dan berbudi bahasa... "Iya pak, boleh saya tolong?" hehehe... so tak rugi berkenalan dan bertanya, paling kurang kita akan dapat informasi... kami dicadangkan oleh mereka, untuk jalan-jalan di Medan ini, sesuai menggunakan mobil atau pak supir...
neng..jom selfie sekali.... hehee.. oop lupa mahu tanya nama... yang penting ramah, mereka pun tak segan..rajin-rajinlah layari blog MCo ni...dan tinggalkan sebarang komen....atleast bagitau nama supaya MCo dapat letak di dalam blog ni....
Tinjau dalam bilik pula.. ini lah ruangan dalam hotel...kira sangat berbaloi..dengan kos RM150 untuk sehari semalam... 2 katil single..kelengkapan sama macam hotel-hotel lain....
---Abaikan model-model dua orang itu... yang MCo nak fokus ialah keadaan bilik sahaja..
Tengok dalam bilik air plak... oop diaorang pesan awal2 siap memo tak boleh mandi di ruangan ini, sebab tiada lubang air buangan...tapi kena mandi dalam tab mandi....
Generasi X bisa tiru gaya Generasi Y...hahahaa... saja mahu test ini... biasalah koleksi untuk simpanan..seperti lepas-lepas, MCo awal-awal lagi bagitau yang blog MCo ini adalah salah satu ruangan album gambar MCo...sebab itu, sekali cerita..akan ada ratusan gambar-gambar, dan ia berbeza dengan blog-blog lain yang menampilkan 2 atau 3 keping gambar sahaja....
Khas untuk cikgu kot....hahahaha.... selepas snap terus whatsapp.. bisa bisa.... ini waktu sebelum pak supir datang menjemput....Masjid Agung Sumatera di Medan.... berdekatan dengan hotel Tiara..walaubagaimana pun, memang ia ada dalam tourist map tapi bukan masjid pilihan untuk dikunjungi oleh para pelancong.
Snap satu dengan MCo, dulu kalau pergi seorang, terpaksa kena selfie...sekarang minta tolong kawan tu..hehehe...
Menara di sebelah Masjid Agung Sumatera.. bawah tu ada tadika kalau tak silap.....
Yeaaahh...masa untuk berjalan dengan pak supir.. hah..awal tu MCo tulis nama pak Darman...tapi ralat..sebenarnya Dahman....oklah MCo cerita lah sikit pasal pak supir ni....walaupun dah cerita atas tu... dia kenakan RP800ribu untuk sekali trip, dari pagi sampai malam... kalau makan, kita pun tanggung dia.... tapi MCo tak lah ambik satu hari..nak kira jam sahaja... ini deal dengan hotel...kalau nak...deal dengan pak Dahman lah..mungkin dia boleh bagi lebih murah...
dengan kadar 1 jam... dia charge dalam RP100ribu, tapi minima ialah kena 2 jam... jadi MCo dan rakan2 ni...just nak guna 2 jam sahaja...jadi lah RP200ribu sahaja...tapi nak buat macamana, kita rancang sahaja..mesti tersasar terjadi lah 3 jam... maka bayar lah RP300ribu.
Selfie bersama Pak Dahman.... kat belakang tu Farid dan Alwi... mcm boss plak... dan Pak Dahman ni ikut je ke mana kita nak pergi memandangkan kita sewa pakai jam....kalau pakai pakej 1 hari, mungkin Pak Dahman yang akan bawa kita pergi jalan-jalan, sebab dia lebih mengetahui mana tempat yang nak pergi, mana tempat yang tak perlu pergi........
Salah satu jalan di Medan.... saja-saja ambil untuk lihat suasana....
Kecil-kecil sungguh dunia ini, En. Alwi bertemu kawannya yang berasal dari Kuala Lumpur yang bekerja dengan DBKL, sebelum ini bermesra di FB tapi bertemu secara tidak sengaja di Istana Maimoon Medan, Indonesia...sempatlah bergambar dengan dia...eehh kenapa MCo termasuk sekali? hahaha mungkin rezeki dia nak gambar dia ada dalam blog MCo ini... kalau gambar mereka berdua je.. memang MCo tak akan letak dalam blog ni... hehehee......
MCo dengan T-Shirt Geng Losong.... dulu T-Shirt Mychevyclub... MCo memang suka pakai baju style tu... paling kurang, baju yang ada group, MCo bawa ke mana-mana untuk di pakai...hehehe... oklah.. MCo sempat lah bergambar di muka pintu masuk utama bagi pelancong ke Istana Maimoon ini....
..antara papan tanda larangan... difahamkan Istana ini di bawah kelolaan dan penjagaan keturunan Sultan, dan tidak diberi hak penjagaan oleh Republik Indonesia... entahlah.. MCo pun tak baca habis berkenaan sejarah Istana ini....
Lagi zoom in gambar MCo... kelihatan Pak Dahman...memerhati kami..nak suruh cepat masuk dalam kot..haha....Di ruang utama dalam Istana Maimoon... mereka hanya buka sebahagian sahaja daripada istana ini untuk pengunjung.. mungkin di sini lah dulu tempat adat istadat istana berlangsung....
Di dalam istana ini juga ada ruangan untuk menyewa pakai baju kesultanan ini..dengan kadar sewa RP10 ribu...eermm lebih kurang RM3.00 sahaja.... menarik juga... oleh kerana kami ni memang jenis nak berjimat, nak cepat...jadi tengok saja lah... ini agak murah lah..kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain...
selepas sewa..pakai..dan bergambar, nak tak nak... tengok, MCo terpaksa snap gambar orang sebagai model....hahaha...
Yang istimewanya..tiada caj yang dikenakan untuk masuk, dan cuma kita perlu buat sumbangan ikhlas kalau mahu...tak kisah berapa ribu rupiah pun... semua di terima....
MCo bergambar di balairong utama Istana Maimoon..kelihatan di belakang ialah tempat bersemayangnya sultan..
Potret waris kesultanan dan waris kepada Istana Maimoon ini, dan ia merupakan waris yang terkini.. sekarang masih ada, dan belajar di sekolah menengah di Yogjakarta... dan dengar kata orang, diaorang masih dijaga dan dihormati oleh sebilangan warga Indonesia.
Arkib, gambar lama... tak tahu lah MCo gambar Istana Maimoon ini, tapi mungkin lewat tahun 1880-an atau awal tahun 1900-an, tapi dah kelihatan jalan keretapi....so boleh agak tahun berapa gambar ini di ambil.
Istana Maimoon sekarang...14hb November 2014 sekitar jam 11.40am waktu tempatan Indonesia.
Pak Dahman tolong snapkan gambar kami bertiga...yang berlatar belakangkan Istana Maimoon.. kami tak perlu ambik masa yang lama di sini...maklumla sedang kejar waktu ni...hehehe...
semasa kami sampai di Istana Maimoon ni, kebetulan ada lawatan daripada sekolah-sekolah daripada Indonesia...hehehe tadi masa sampai terserempak dengan rombongan daripada DBKL.... sekarang sempat bergambar dengan budak2 di belakang tu..walaupun tak se sporting sebagaimana kanak-kanak di Aussie..hehe..ok lah macam ni pun ok....Masjid Raya Al-Mashun... selepas Istana Maimoon, kami datang ke sini, cuma bergambar diluar sahaja...hari ini akan sibuk jika waktu Jumaat tiba... dan masjid ini kalau di dalam tourist map memang dicatat, dan dianggap salah satu tempat kunjungan pelancong.
Memorial peringatan, nak terperinci boleh sahaja baca di sini....
Masjid ini, ada pintu gerbang...inilah gambarannya.... kelihatan.. gambar dalam gambar, Alwi sedang snap gambar Farid...
MCo pun tak mahu lepas peluang.... gambar ini seperti MCo berada di tanah suci Mekkah plak...dengan keadaan lantai dan bangunan masjid dibelakang...
dan inilah hasilnya bila di zoom out... baru nampak ada pokok-pokok di tepi... dan hampir menampakkan keseluruhan bangunan masjid tersebut.
Destinasi seterusnya ialah....Muzium Utara Sumatera....tetapi sayang, kami tak masuk ke dalam sebab sedang diubahsuai.. maka cuma bergambar diluar sahaja... lagi pun, kalau nak masuk ni, berbayar....dan kami pentingkan masa sebenarnya...hehehe
Berlatar belakangkan Muzium Utara Sumatera...snap lah satu...tak lah kata gambar ni ambik di internet.
Memorial...Gedung Museum Sumatera Utara....fuuuhhh malasnya nak tulis...tapi kalau ada peluang, pergi lah.. ada juga Pak Dahman ajak pergi zoo, tengok binatang-binatang, tapi kami tolak sebab, binatang ni boleh dikatakan sama juga di tempat lain...tapi berbeza dengan muzium kerana ia adalah nilai eksotika masyarakat setempat di mana tiada di tempat lain.. melainkan di situ sahaja.... paling kurang kita tahu fakta dan sejarah....
Gambaran dari luar......Muzium tersebut......masa dalam kereta dah ni...
ooop iklan sekejap..ini bukan gambar sesat...tetapi kronologi..selepas melawat muzium.. kitaraong pun pergi makan... bakso...aah apa-apa ntah...tapi muslim lah... kami dah pesan awal-awal kat pak Dahman... sebab kita dikhabar banyak restoran jual babi...hahahaa... ni kedai kat Jalan Ahmad Yani...dan bersebelahan dengan......(tengok gambar bawah)
Tjong A Fie Mansion...yang memang terdapat dalam tourist map... dan salah satu tempat yang tersenarai dalam lawatan pelancong...yang MCo jelas di awal pembuka, ia seperti bangunan hak milik bangsawan cina... nah kalau nak detail baca sini, klik je ---> Wikipedia Tjong A Fie
Alwi bergambar depan pintu gerbang memorial Tjong A Fie ni...tanpa tak sengaja... MCo hujung jalan sana termasuk juga...
Gambaran depan Tjong A Fie Mansion...selepas pintu gerbang..boleh masuk dalam dengan bayaran RP25000, tapi MCo tak masuk dalam..kerana masa lah...tapi last last rasa rugi plak... tak explore semua... alang-alang dah datang kan..sepatutnya masuk...... :(
MCo sempat snap dari luar ke dalam je... nak masuk masa tulis ni..memang menyesal tak habis lah... MCo baru baca wikipedia Tjong A Fie ni... memang hebat dan menarik juga kisah dia... rasa rugi pula tak ikuti kisahnya dan melawati dalam bangunan ini.....tak apa lah..kalau ada masa akan datang.... InsyaAllah, boleh datang lagi....
Encik Awi... yang ni molek ni.... boleh lah beli bawa balik ke Malaysia.... En. Awi kata..malas lah..duit dah nak habis ni..hahaha...ini MCo hanya belek-belek je..nak beli, rasa-rasa tak lah kot... sebab MCo ni jarang untuk shopping... dulu MCo selalu cari baju I LOVE (tempat yang di lawati)..kalau Medan... I LOVE MEDAN.... tapi rasa-rasa tak perlu lagi MCo cari.... sebab MCo tidak tahu kepada siapa lagi untuk mencari dan memberinya... ia cuma kenangan...
...sempat lagi Pak Dahman kata, kalau nak refleksologi...kat sini...boleh saja... tapi kami tak pergi lah..cuma lalu sahaja..lagi pun tempat ni jauh sangat daripada hotel..kalau nak datang kena naik taksi...aaahh malas lah....Cerita petang 14hb tu... MCo dan Farid pergi bersiar-siar, tujuan utama ialah untuk ke pasar, Pasar Pajak Ikan dan Dataran Merdeka... OOOp bukan "dataran" tapi Lapangan Merdeka... setelah penat berjalan, berpandukan tourist map dan bertanyakan kepada warga2 Medan beruniform..akhirnya kami sampai juga.... sempatlah Farid possing depan pintu masuk gerbang utama Lapangan Merdeka ni.... kontrol macho dulu...
Sambil beli rojak... sambil bertanya tempat...hehehe di mana Pasar Pajak Ikan...tu...sebelah je.. penjual tu bagitahu....makan rojak sini murah daripada beli kat Istana Maimoon... RP40 ribu..sedangkan kat sini satu pinggan macam2 jenis buah.. dengan 2 pinggan, hanya RP20ribu sahaja... MCo dah kena kencing kot masa kat Istana Maimoon tu....
(Psstt... apa yang lebat sangat Farid cakap tu...siap dengan gaya sekali tu....hehehe)
Di dalam Lapangan Merdeka.. gambar di snap daripada bawah pintu gerbang sahaja... MCo tak lah masuk dalam.... tapi petang dalam pukul 3... ada banyak cafe akan dibuka...tapi bukan sebelah MCo ambik gambar ni...tapi di sebelah satu lagi....
Taman Lapangan Merdeka.... snap je lah...
iyaaa...ini lah buah tu... rasa2 dalam RP10,000 je satu pinggan ni..ada macam-macam buah pula tu...jambu dan nanas... makan dengan colek...sedappp nyaa.....
sepatutnya gambar ini dahulu daripada yang atas tu...tak apa lah, tak ikut kronologi... Farid sedang bertanya, di manakah Pasar Pajak Ikan... dalam post-post yang lepas, Tips MCo, jika mahu bertanya, tanya lah dengan orang-orang yang beruniform, atau premis yang berprestij, ini adalah guard di McD.
Ini kisah malam pula... malam bukan nak duduk je dalam bilik...kalau nak duk dalam bilik, di kampung pun boleh...acece.... so kami pun berjalan-jalan lah..tapi masa ni jam dah pukul 10 malam.... nak pergi mengopi.. gambar ini di ambil di Lapangan Merdeka.....ooo rupa-rupanya di sini lah anak-anak muda datang lepak, boleh lah tengok dressing diaorang.... macam Taman Sri Hartamas. Datang sini dari hotel...kalau jalan kaki jauh juga...tapi pakai taksi Bluebird...murah...dalam RP10 ribu sahaja... balik pun pakai Bluebird.
Gambar sumbangan En. Alwi.... ini lah yang MCo cakap tadi...Lapangan Merdeka.. dan Merdeka Walk.. banyak gerai-gerai jualan dan juga tempat lepak muda-mudi..lelaki dan perempuan pun bercampur...kalau kira di sini tempat yang happening lah....
...nak di jadikan cerita, tujuan utama pergi kat Lapangan Merdeka tu, sebab Farid ni lapar, so nak pergi lah makan...tapi bila sampai kat sana, mungkin lewat, semua makanan habis, layanan hambar... macam hampeeh je... so jiwa memberontak konon.hahaha...bila balik hotel, adalah warung kecil tepi jalan ni... dekat juga dengan hotel...aaaaah makan sini lah... lebih santai... halal InsyaAllah sebab ada tulis Bismillah.... Alwi dan Farid...order maggi goreng..sini panggil Indo mee goreng... MCo? makan telur je 2 biji...sebab... dah makan sini awal2 lagi jam 9..... ni gambar masa ambik hampir pukul 12 malam dah....
Ni..telur MCo dah sampai...makan sama kicap.... boleh lah menampung perut malam-malam gini.... seriously... MCo lebih suka makan di warung-warung seperti ini daripada restoran berprestij...tapi kebersihan kena jaga juga... nampak tikus pi mai pi mai....buat2 tau lah...hehehe
Hari terakhir di Hotel, khasnya di Medan, Sarapan dulu.... kat sini boleh thump up lah makanan...memang best...kalau ada lawatan group boleh suggest hotel ni... memang terbaik, makanan pun sedap, tempat luas, yang penting banyak pilihan...
Time to depart... aaahhha check out hotel sudah.... pada 15hb ni, kami akan berangkat daripada Medan ke Kuala Lumpur... kali ini kami pilih Bluebird untuk ke Kualanamu International Airport... walaupun pun Pak Dahman offer kami RP200ribu pengangkutan ke sana...tapi kami mahu cuba Argo di Bluebird...samada murah atau mahal....apa-apa pun selfie dulu sama driver taksi ni.... adalah MCo borak-borak sama dia... berapa gajinya? dia kata dalam 2 juta kalau tak silap, dan bonus bulanan sebanyak 1 juta...tak banyak sangat sembang...
Setiap Taksi Bluebird wajib ada kad i.d ni...berserta nama...dan Argo...sekali kita masuk sudah di charge sebanyak RP7000....
Mai..biar MCo cerita sikit pasal argo (meter ) Bluebird ini... ia disukat melalui kaedah 2 in 1... ini istilah MCo sahaja.. sebab ada orang kata...argo ini berdasarkan jarak perjalanan atau masa? tapi ini tidak.. semua merangkumi..masa dan jarak... misalnya..kalau kalau jalan perlahan, atau jem...argonya bergerak perlahan.... kalau laju..maka laju lah.. apa yang MCo sukat semasa melalui lebuhraya ke ke lapangan terbang ialah... dengan kelajuan 110km/j argo ini akan bertukar atau bertambah sebanyak RP400. (empat ratus rupiah) setiap 4 saat...tetapi apabilah berhenti, akan mengambil masa 1 minit untuk bertambah RP400 tersebut.... so, jadi ia sama saja..nak cepat atau lambat.. memang telah di set jarak dan masa.
..antara bangunan dan jalan yang sempat MCo snap masa jalan perjalanan ke lapangan terbang.
MCo tak suka ambil daripda internet.... jadi gambar di atas adalah asli... tapi gambar apakah itu? sepatutnya gambar ini perlu diletak pada sesi MCo berada di Aceh, tapi di Medan MCo snapkan... Ini adalah gambar Walikota Banda Aceh. Dalam media barat mengatakan... Banda Aceh yang menjalankan Syariah Islam telah mendikriminasi wanita...tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... contoh terbesar, Walikota pun wanita.... so mana isu nya? itu lah Barat yang selalu kondem dan fikir negatif tentang Islam.
Lebuhraya ke Kualanamu Airport...masa yang diambil purata ialah dalam 1jam30minit tengok keadaan jalan samada sesak atau tidak, dan pemandu taksi itu sendiri........dan..kita dah sampai di airport ni....
MCo snapkan argo...yang menunjukan tambang yang perlu dibayar ialah sebanyak RP165,000 lebih kurang RM50.00.... lebih jimat...daripada penggunaan supir Pak Dahman...(walaupun asalnya Pak Dahman minta RP250ribu)....
kira duit dulu sebelum bagi... tapi MCo bagi extra sebagai tips...kesian juga..jauh tu..nak balik pula...teksi kosong..kan kan...
Sempatlah MCo bergambar dengan taksi Bluebird... sebenarnya ini bukan sekadar gambar tetapi.... sengaja nak tonjolkan bentuk, warna, dan keadaan Taksi Bluebird tu..supaya tak bertukar dengan taksi lain...
Flight kami dari Kualanamu ke Kuala Lumpur adalah jam 5.55 pm..so kena boarding awal juga....dan double check in. Alhamdulillah tiada delay...kalau lewat dalam 5 atau 10minit itu adalah normal....
so kepada anda yang nak ke Indonesia, peringatan untuk akhir, simpan lah duit sedikit untuk airport tax, jangan "galak" shopping hingga habis duit... sampai terlupa ini... sekarang airport tax sebanyak RP200,000 dalam lingkungan RM60..... banyak juga lah tu... hahahaha kalau ikut harga tiket dari sini ke KL ialah RM50 sahaja... kalau campur yang ni...mahunya jumlahnya ialah RM110.... hahaha sama saja....
Akhir sekali... gambar sisipan, ini kalau kira cenderahati berguna daripada Saudara Zainal, Tinta Emas, Wartawan Syariah yang di karang mungkin sendiri oleh Saudara Zainal, tapi semasa MCo mengarang blog ini, MCo tak sempat baca habis lagi..tetapi di hotel, MCo sudah melihat secara summary... agak menarik, kerana Aceh bergitu kuat dan bercita-cita menegakkan hukum Islam secara menyeluruh seterusnya menaikan imej Islam secara global.... sebab itu, MCo tidak merasa takut berada di Aceh ini..bukan kerana tempat Islam, penduduk penganut sama dengan MCo... tetapi kerana keselesaan dan rasa selamat yang tinggi...
Info Lisan Menarik
1. Bagi Primary School di Aceh, setiap sekolah uniform adalah berbeza dan murid akan mempunyai 5 pasang uniform berlainan dan setiap hari dalam seminggu persekolahan adalah berbeza.
2. Mengopi panggilan untuk ajak minum di kedai2 di Aceh... Mengopi seolah2 singkatan minum kopi.... walaupun minum teh... tetap juga panggil mengopi.
3. Kebanyakan kedai di Banda Aceh.. boleh juga menggunakan Ringgit Malaysia.
4. Tandas awam di Aceh, masih lagi tidak mempunyai "tangki air simbahan" sendiri... perlu ada baldi.
5. Kami di kabarkan..di dalam Pasar Aceh, sebanyak2 penjual itu, hanya 1 atau 2 peniaga sahaja yang tidak jujur, dan selebihnya adalah jujur.... menarik bukan?...inilah kemanisan syariah Islam.
6. Aceh lebih di kenali Serambi Mekkah bagi penduduk Malaysia... Menurut penduduk Aceh jolokan itu diperolehi kerana Aceh adalah tempat orang-orang berkumpul untuk ke Mekkah untuk menunaikan haji, serambi ke Mekkah lebih kurang.
7. Masih ingat pada GAM? apakah itu? Gerakan Aceh Merdeka, Masih berperang untuk menuntut kemerdekaan Aceh, penentangan ini terhenti dan berdamai dengan TNI selepas peristiwa tsunami.
4 comments:
TQ En. MCo. Lengkap info dlm blog ni utk kegunaan saya utk plan trip mak ayah dan makcik2 ke Aceh dan Medan bulan 3 nanti. Semoga di berkati Allah atas ilmu yg dikongsi ini :)
iya... TQ too ms Rina... enjoy your trip
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
1. TRANSPORT
2. PEMANDU PELANCONGAN
3. HOTEL 3 BINTANG
4. BREAKFAST 3X
5. MAKAN TENGAH HARI 3X
6. DINNER 3X
7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
9. MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
Post a Comment