Wednesday, September 19, 2012

Lao PDR, Complete my Own Journey

PERJALANAN YANG TIADA PENUMPUAN PENGHUJUNG
Sabai Dee.....(welcome) Laos, kali kedua MCo sampai ke negara ini, dan ia tidaklah bergitu mengujakan dan seperti yang pernah MCo lalui dan cerita kan pada kali pertama dahulu, Lao PDR (Laos People Democratic Republic) tidak mempunyai trend atau landmark yang ekstrem, namun bergitu tempat untuk bersantai boleh lah dikategorikan sebagai unik, kenapa MCo berkata bergitu? secara peribadi MCo sendiri, dan mungkin perjalanan MCo ini terlampau terhad dengan pelbagai sumber yang terhad, oleh itu banyak tempat yang sepatutnya menjadi tumpuan terpaksa dilupakan.
kenapa MCo menyatakan, "complete my own journey?".. seperti yang telah di ketahui, MCo akan pergi sesuatu negara, hanya 2 kali sahaja dengan menggunakan duit sendiri, atau pergi seorang. Oleh itu, selepas ini, Laos sudah tidak ada lagi senarai MCo untuk di tuju, namun bergitu, jika ada kawan yang mendesak mungkin MCo akan berfikir dua kali.
Ooh!! kali ini dengan penampilan wajah baru blog, nampaknya MCo telah berjaya menyusun gambar mengikut kronologi namun bergitu ia tidaklah 100% mengikut kronologi, atau mungkin penceritaan tidak sepenuhnya mengikut kronologi, dan terdapat satu atau dua gambar yang sama dan serupa, atau sama tapi tak serupa..
Apa-apa pun jom kita explore gambar-gambar ini, dan penceritaan seterusnya adalah berdasarkan gambar-gambar tersebut, dan di sini MCo menegaskan sekali lagi, semua bahan-bahan dalam blog ini adalah hasil dan koleksi peribadi MCo sendiri, dan sebarang penyalahgunaan adalah dilarang dan MCo tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya, namun bergitu, sesiapa sahaja boleh membuat rujukan ilmiah atau tidak, tapi yang pasti MCo mahu anda enjoy...
joommmm...... 

 Langkah pembuka, MCo memaparkan Bendera Kebangsaan Lao PDR.
Dua gambar di atas, atas adalah mercu tanda atau tempat2 menarik yang terdapat di Lao, dan peta asas negara Laos, dan ketiga-tiga gambar di atas, MCo hanya upload daripada Internet.... secara terperinci, segala info boleh la explore ke google.. apa2 pun, Mco hanya mahu menceritakan apa yang MCo alami sendiri...

 Atas dan bawah gambar ini, seperti biasa trademark MCo setiap kali kapal terbang menerjah turun atau naik... maaf, semua gambar yang di snap ini adalah tanah Laos. Gambar atas ketika di landasan, manakala gambar bawah ini adalah tinjauan udara menuju landasan.

 zoom in..dont forget double click if you want to see erlarge picture...hehehe....
 one more MCo's trademark.. my passport, and my departure form and boarding pass.... Passport adalah pengenalan diri terpenting masa di negara orang.... tapi MCo lebih gemar jika penjaga hotel berbesar hati memegangnya... but now, MCo mahu sendiri menyimpannya...
 Taxi Driver.... Left side? yeah... American style...hehehe.. MCo nyaris-nyaris terkena apabila membuka pintu sebelah driver sebagai passenger.. tapi itu masa kali pertama dahulu....
 lagi gambar di dalam teksi... dan MCo mahu menegaskan lagi, semua gambar dalam blog ini adalah hanya sebagai koleksi MCo, dan tahap "snapping" nya adalah memang tahap amatur tahap bawah sekali, dan semua gambar ini adalah secara rawak dan tidak "on focus" yang specific, so tiada alasan MCo untuk menerima teguran dan cadangan... hehehe, yang pasti MCo tidak dapat menceritakan semuanya secara detail.
 lagi gambar zoom in tanah Lao.
 Ini adalah ruang bilik hotel yang MCo menginap... kosnya? RM70 bersamaan 190,000.00 kip, dan 700 baht Thailand...bilik yang MCo ambik ni adalah bilik yang paling mahal...yang paling murah ialah RM45, kenapa mahal? pertama besar, dan kedua ialah Mei Khong river view. atau kita sebut sungai Mekong.
 ini adalah view atau pandangan depan daripada tingkap bilik MCo, yang nampak sungai tu, itu lah dia sungai Mei Khong...daratan selepas sungai tu ialah wilayah Thai.(Nong Khai) iaitu wilayah yang nak sangat MCo nak kunjungi.
 ...dan ini pula pandangan kiri daripada bilik MCo
 ...yang ini pula ialah pandangan kanan daripada bilik MCo...
 dan pastinya gambar ini adalah gambar ialah tersalah port..... selepas landing daripada kapal terbang dan menuju ke pejabat imigresen....WELCOME TO LAO P.D.R. sabai dee........
 ini adalah pandangan kiri bawah muka pintu hotel MCo menginap... nampak tut tut tu.... RM30 untuk pusing-pusing bandar Lao dalam masa 1jam.
 seperti yang kali pertama MCo pergi ke Lao, MCo amat kesal bila tidak dapat mencari masjid, tapi kali ini MCo terpaksa google map, dan MCo berjaya.. rasa gembira pun ada, ini MCo cari sendiri dengan berjalan kaki... dan lokasinya, boleh lah rujuk dalam penulisan MCo yang lepas... "Islam di Laos".
Sebenarnya Masjid Jamia ini didirikan oleh Indian Muslim dan ada satu lagi masjid di Lao ini, iaitu Masjid Al-Azhar dan masjid itu adalah masjid orang Cambodia, dan amat jauh daripada sini (masjid Jamia atau daripada hotel MCo menginap)..
MCo tidak mahu bercerita panjang dalam hal ini, sebab hal-hal Islam di Lao telah di cerita segalanya dalam penulisan yang lepas... walau bagaimana pun, MCo akan mengulas sedikit dari kaca mata MCo sendiri. jom...
 Ini adalah laluan ke Masjid Jamia, antara jalan besar ke masjid, dalam 150meter... dan jangan salah sangka..dinding di tepi warna putih itu, bukan lah masjid, tapi yang kelihatan menara itu adalah sebenar-benarnya masjid.
 ya..ini lah papan kenyataan Masjid Jamia, sejak 1970 dan di percayai di buka oleh India Muslim..jom kita masuk dalam...
 Ruang bawah pintu hadapan masjid, tetapi bukan ruang sembahyang, masjid ini ada 2 tingkat dan ruang atas adalah sebenar-benar ruang solat.
 ini adalah gambaran atau view gambar tingkat bawah Masjid Jamia.... Mco tidak tahu ruangan ini untuk apa, tapi yang pasti pelancong di larang tidur di masjid ini.
 Alamakk.. MCo betul-betul lupa nama dia ini tapi yang MCo ingat ialah Muhamad sahaja dan.. dia ini imam muda dan juga muazim (bilal)..umur baru 23 tahun, dan berasal daripada India. masa MCo datang ni, dia sedang memasak.
 MCo sempat "snap" gambar waktu-waktu solat di Laos khasnya di wilayah Vientiane ini.
 ....dan inilah ruangan atas Masjid Jamia, ruang sebenar-benar solat, tapi hari ini hari Khamis... tak apa, Esok Jumaat, MCo akan tinjau lagi dan cerita lagi berkenaan masjid ini, MCo tidak akan lepas peluang untuk solat Jumaat di tempat yang minoriti Islam di Asian ini. tungguuuuu........
 Ini adalah jalan penghubung antara hotel di mana MCo menginap dan Masjid Jamia, tapi gambar ini di ambil selepas MCo melawat Masjid tersebut, masa untuk ke hotel dan berehat sahaja... MCo sengaja snap ini sebab nak mengambarkan suasana jalan, dan pekerja-pekerja bank yang keluar rehat tengahhari.
 jom berhenti sekejap... kita tengok apa makcik ni jual... errmmm MCo tak makan pisang, tapi MCo sempat beli ubi..hehehe... harga? 2000 kip mungkin bersamaan dengan RM0.80 malaysia...sebab bersamaan RM1= 2,600kip... boleh di kategori murah juga...
 wat...Van Chanh...wat yang paling dekat dengan hotel yang MCo menginap, masih di tepi Mei Khong River Bank....Empat penjuru dan empat pintu...
 yeahhhh...snap sekali gambar MCo...apa lah, gambar benda lain ja... MCo pun mahu bergambar.. ini adalah ruang lobi hotel di mana MCo menginap..... jom tengok luar kejap...
 ini lah pandangan luar di mana hotel MCo menginap...sebelah kanan ini dalam lingkungan 100meter, adalah restoran Fathima yang pernah MCo ceritakan dulu....
 dan ini adalah restoran Aashifa, halal food, masih lagi India pemiliknya... restoran ini adalah dicadangkan oleh imam muda masjid jamia tu...sebab dia kata, ada dua orang ajk daripada masjid jamia jadi tukang masak di sini, dan di sini ada seorang India muslim, nama shahrul nizam dan boleh bercakap melayu, walau bagaimana pun, perasaan was-was tetap ada, dan seperti biasa, MCo tetap minta daging lembu untuk di hidang, dan jawapannya tetap sama dengan yang lepas-lepas...selepas itu, MCo hanya makan sayur dan bilis sahaja...
seperti kata seseorang, halal restoran tapi masih menjual arak...
 Jalan di sebelah Aashifa Restoran, jalan ini boleh juga menuju ke Masjid Jamia...
 MCo sengaja snap... ini masih cerita di masjid.... apa yang menariknya ialah...kebanyakan sejadah di masjid ini adalah sumbangan daripada Pusat Zakat Selangor.
 Bayu Yuswan Satria, pekerja di kedutaan Indonesia sudah 9 tahun, dan telah berkahwin dengan warga negara Laos, kalau MCo tidak silap.. waktu ini adalah selepas solat zohor, pertama tadi, gambar yang di tunjuk itu adalah gambar waktu pagi...secara keseluruhan, MCo datang ke Masjid ini sebanyak 3 kali, dan gambar2 ini memang mengikut kronologi masa.. hehehehe
 gambar imam muda bersama MCo, lengkap dan ready untuk solat zohor...untuk pengetahuan, di sana tidak di sediakan kain pelikat seperti di Malaysia, tapi banyak disediakan ketayap atau kopiah...
 one of Trademark...." MCo..dont forget to snap any bank in others country..."...tapi kali ini MCo tidak bergitu excited untuk merakam gambar2 bank....
 Selepas penat jalan-jalan hanya di sekitar hotel..rasa sakit sakit ja kaki...mujur ada tempat foot massage... urrmm harga? 50,000 kip.. dalam RM22 secara kasarnya..masih lagi murah.. apa2 pun, MCo bebas untuk komen...kalau nak di bandingkan Thailand... memang Thailand the best  dalam urut kaki ni....

 Dua gambar atas adalah view yang di ambil tingkat atas sekali hotel MCo menginap...still same jika di ambik dari bilik MCo... (selepas massage kaki- massage kaki terletak atas sekali hotel MCo menginap)
 Selepas Massage, baru lah boleh makan ubi yang MCo beli tu... eermm manis, sedap....
 Pada hari yang sama, MCo hanya berjalan-jalan di tempat sama, sama seperti dulu... tepi tebing sungai Mekong (river side, Mei Khong river bank)
 1, 2, 3 n snap... wah susah juga ambik gambar menggunakan samsung note ni..tidak seperti my cute hTc..

 satu lagi monumen... gambar sama tapi berbeza... baru wujud, sebab tahun lepas MCo datang  tiada lagi monumen ini.
 ini terpaksa MCo snap sendiri....
 right side view... matahari nak terbenam ni.... dan tempat ini sebenarnya sangat ramai orang beriadah, terutama jogging.

 ermm.. gambar ni.. MCo minta tolong orang yang snapkan untuk MCo, bergini lah kalau jalan sorang-sorang...dan satu lagi gambar MCo telah upload dalam laman sosial FaceBook.
 maybe ini Chinese Buddha Kuil yang terletak di taman, tepi sungai Mekong.
 ..Jom kita pergi jalan-jalan di Ban Thaei..(pasar malam)...di katakankan tiap-tiap malam pasar ini beroperasi, dan harganya boleh di katakan murah, dan ia sangat dekat dengan hotel di mana MCo menginap.
 antara warna-warna kontra yang membuatkan MCo berminat nak focus dan snap... walaupun apa yang dijual tu adalah hanya benda-benda yang normal.

 ..Lagi gambaran lain pasar malam di Vientiane ni... kebanyakan jual pakaian, makanan? kurang, lagi pun kalau ada, MCo tak beli juga...hehehe...
 satu lagi yang MCo berminat untuk snap ialah samsung ni.hehehe memang buatan China, harga note ialah RM400 atau 4,000 baht...dan Galaxy Y boleh di tawar sehingga RM150 atau 1,500 baht... MCo bercadang mahu ambik dua, tetapi tunggu esok, tetapi sayang, hari tiba, penjaja ini tidak menjual pada malam tersebut, walhal, malam itu adalah malam terakhir MCo di Vientiane.
 Suasana malam view daripada bilik MCo ke arah pasar malam Vientiane tu.... tapi masih tidak sehebat Vietnam, Ho Chi Minh.
 salah satu pandangan di muka depan pintu wat....
 gambaran wat....MCo hanya mahu ambik gambar dari sudut ini sahaja....
 nampak apa yang MCo nampak? tiada yang menarik sebenarnya...tapi jika zoom in, kita akan nampak pada hujung sekali, iaitu Patouxay, monumen yang jadi mercu tanda Vientine.. belakang MCo ni adalah bangunan Presiden Laos, tapi MCo tak sempat nak snap.

 Dua gambar di atas.... Lao Talat, iaitu pasar basah Lao... MCo cuma lalu sahaja, tidak mahu masuk dalam, dan di sini kalau nak membeli belah, sebaik-baiknya menggunakan mata wang Kip atau Lak, jangan guna Baht atau dollar, sebab mereka di sini tak pandai sangat mengira forex exchange antara duit tu....
 For Lunch sebelum pergi solat jumaat dan selepas jalan-jalan sekitar bandar, masih lagi makan di Aashifa Restoran, dan ini adalah antara menu yang MCo rasa menarik, tapi MCo sendiri tak order makanan tu, seperti MCo nyatakan sebelum ini, MCo lebih selesa makan sayur dan nasi sahaja.
 MCo sengaja snap gambar di atas tu, tiada yang menarik, cuma MCo ingin ceritakan satu benda sahaja, nampak tak perbezaan warna plat dua buah kereta di atas itu? satu kuning dan satu lagi putih... bukan di Malaysia,... plat kuning, memang di cop plat di raja...hehehe...tapi di Laos ini berbeza.... plat kuning ialah kereta yang di beli tanpa hutang, maksudnya mungkin beli dengan tunai, atau pinjaman bas sudah habis, tapi majority di sini beli dengan cash, manakala plat berwarna putih itu ialah kereta yang dibeli dengan hutang dan di bayar setiap bulan, jangan terkejut, pinjaman dan interest di sini boleh mencapai lebih daripada 100%, sebab itu ramai orang di sini akan beli melalui tunai, dan kes ini sama jika mahu membeli tanah di Laos, jarang sekali orang beli melalui pinjaman bank tapi semua melalui tunai..
dan satu lagi, kalau kereta yang ber plat biru, MCo tidak dapat agak, tapi ada, MCo beranggapan kereta yang ber plat biru adalah kereta kerajaan sebab, MCo tengok ramai orang kerajaan dan di pejabat-pejabat kerajaan kereta yang ber plat biru ini berada...apa2 pun hanya penduduk sana sahaja yang tahu kebenarannya.
 Jom fokus pada solat jumaat pula.... kalau hari biasa, solat zohor paling ramai apa yang di ceritakan ialah 4 atau 5 orang sahaja... berbanding solat Jumaat yang boleh mencapai 100 orang... dan melalui permehatian MCo sendiri... errrmmmm boleh di katakan hampir 95% adalah India atau pakistan.... hampir 4.9% adalah Indonesia... dan 0.1% mungkin warga Laos sendiri yang hadir di Masjid Jamia ini. Kalau sembahyang kalau tak silap MCo adalah 5 saf sahaja... dan kutbah di baca dalam bahasa Arab. walau bagaimana pun, ini memang logic kenapa 95% adalah warga India atau Pakistan..sebabnya memang masjid ini adalah masjid India, dan MCo tidak tahu lagi bagaimana keadaan masjid Al-Azhar iaitu masjid orang Cambodia, mungkin di sana sedikit berbeza, dan MCo pun tidak tahu, masihkah ada peluang untuk MCo ke sana lagi... tapi apa2 pun...tunggu dan lihat kalau ada rezeki.

 MCo sempat snap sebelum kutbah bermula... kopiah/ketayap, pinjam di masjid, tapi tiada kain, maklum lah jeans MCo ada sedikit carik di bahagian lutut, hajat di hati nak pinjam dengan imam muda tu, tapi MCo lewat sampai masjid, terpaksa MCo balut lutut tu dengan selendang yang di beli...so tidak nampaklah cariknya.
 Imam utama sedang membaca kutbah..zoom in tapi gambar masih kelabu...oop this is Samsung Galaxy Note..still cannot challenge with my cute Htc kalau zoom in...memang power....  apa-apa pun... focusss.... nauzubillah... tersasar jauh dah...
 Talat Mall Lao, jalan kaki daripada masjid selepas solat jumaat, fuuuhh berpeluh juga... sebenarnya, pasar (Talat dalam bahasa Lao) ini MCo pernah sampai dahulu... cuma jalan-jalan sahaja.
 masih ingat gambar ini? kalau sesiapa yang pernah lihat gambar MCo yang dahulu, pasti tahu... ini depan Talat Mall Lao... ada jual durian banyak kat sini hari tu.... hari tu juga hujan renyai-renyai, sekarang panasssss... MCo tak tahan, nak beli air pun rasa was was walaupun nampak satu tu macam cendol...ahaha.

 Patouxay... betul kan ejaan seperti ini? tak kisah lah... dan MCo pun tidak mahu cerita panjang pasal monumen ini..sebab seperti yang di jelaskan.. sebelum ni memang banyak MCo ceritakan.. so enjoy that photosss.....
 gambaran atas dalam Patouxay...



 ambik lah satu... buat MCo...bukti MCo sampai kat Patouxay ni...kan kata MCo ciplak dalam google plak..kekekeke..tak lah...  sebenarnya MCo nak tonjolkan perbezaan panturan cahaya dengan gambar atas dan gambar atas satu lagi tu.... sebab gambar itu di ambik di sudut yang berlainan walaupun ia nampak sama.

 MCo bergambar di seberang jalan....masa nak ambik gambar tu...tukkkkk ternampak lah 2 orang sami...so apa lagi, MCo pun minta lah tolong diaorang untuk ambik gambar MCo ni.... tu kat bawah ni... MCo ambik gambar dengan mereka.... awas...ini just gambar, dan tiada apa2 prejudis berkaitan gambar ini.

 Dua-dua sekali MCo ambik supaya dua2 tak rasa di pinggirkan.. apa nama? sorang nama sami Tai boi, sorang nama Ju bai... hahahaahaha mana ada... MCo tak tanya daaa.. nama tu MCo reka jer lah...
 selepas penat jalan2.. MCo balik bilik...tukk tutkkk sampai WhatsApp dari kawan... "weh, post lah gambar satu nak tengok suasana"...so MCo snap gambar ni sekali, then hantar via WhatsApp kepada kawan tu...sebab tu ada banyak gambar seperti ini... dan sama gambar2 sebelum ini...
 Malam... bergambar solo... nobody can company MCo, so suruh orang jaga kaunter tu snap untuk MCo...hehe
 Suasana pagi pada 15September, dalam sekitar pukul 7 pagi, ni, MCo siap sedia untuk berangkat ke Wattay Airport, sebab Flight MCo ke KL jam 9.40pagi waktu tempatan, dan MCo perlu check in 2 jam awal sebelum berlepas.
eermm.. entahlah..MCo pun tak tahu apa motif utama yang MCo sampai di sini, hanya jalan-jalan, dan yang paling kelakar ialah, perjalanan MCo kali ini lebih melepak dalam bilik dan tengok tv. Perjalanan yang pendek dan ringkas, dan hari-hari berjalan dengan mendatar semestinya tidak banyak mencerita mengenai negara ini.


 Yahhh.. ini lah ruang dalam Wattay Airport... MCo sampai awal 30minit sebelum kaunter check ini di buka.

 Dua gambar di atas adalah pandangan luar Wattay Vientiane Airport, zoom in untuk besarkan gambar ni.. double click kat gambar tu... MCo pun tak mahu bercerita panjang...tiada orang kan? eermm slow
 satu....
 dua.....
 tiga.....
 zoooommmm..... corner baring.... yahh..bye bye vientiane...  berlepas daripada Vientiane airport dengan sedikit kenangan, tidak ada yang istimewa lagi untuk di ingati tapi cukup untuk pengetahuan yang sangat terhad ini untuk berjalan pada masa akan datang..
 ini lah peta serba ringkas berkenaan Laos, tapi sayang, MCo cuba untuk cari dalam bahasa Inggeris, tapi semua dalam bahasa Japan. Dalam gambar tersebut, ada di warnai dengan 4 warna dan ia sebenarnya menunjukan 4 wilayah utama di Laos, dan Vientiane adalah di wilayah yang berwarna kuning... dan setiap wilayah mempunyai keunikan tersendiri dan landmark yang tersendiri. so kalau tuan-tuan dan puan-puan tiada arah untuk tuju ke mana-mana, senang-senanglah datang ke Laos... kalau anda suka adventure, Laos adalah tempatnya.

bukti di passport yang tidak boleh di canggah lagi. 13sept untill 15sept, cuma waktu masih boleh di pertingkaikan..
apa-apa pun ia bukanlah sesuatu yang utama untuk di focus, sebab yang utama dan yang perlu ada di sini adalah apa yang telah di pelajari dan apa yang telah di lalui....
Akhir kata, Terima Kasih kerana meninggalkan sedikit komen untuk perjalanan MCo ini, dan dengan sedikit pengetahuan yang terhad ini.. dan kepada En. Rahmat...rajin2 lah meng"visit"kan blog MCo ini...sebab dia lah pencetus idea ini.... 
TERIMA KASIH
MCo a.k.a dirafum a.k.a Fareed Far

3 comments:

Anonymous said...

testing comment

Anonymous said...

kira boring juga laos ye......................ermmmmmmm

dirafum MCo said...

Sebenarnya...Laos ni sama macam negara lain juga, mempunyai tempat sejarah, dan juga kawasan yang lagi menarik seperti di Luangprabang, tapi MCo hanya berada di ibukota Vientiane. Jika pergi menggunakan pakej, mungkin lebih bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...