Sunday, July 1, 2012

MCo: Gambar di Mana-Mana


Pertengahan Tahun 2012. sebagai Review ulangan kepada gambar-gambar MCo sebelum ini, dan ia dirakam secara rawak, sekurang-kurangnya ia mengingati kembali di mana MCo berada ketika itu, ia termasuk di luar negara, dalam negara, individu, berkumpulan dan lain. Dan seperti yang lepas-lepas, MCo tidak menyusun keseluruhan photo mengikut kronologi tahun, dan ia tetap di letak secara rawak.
anyway enjoy photo explore.....ciao (hati sedang sedih lagi...dan tersangat sedih)
 Tahun 2011, semasa majlis hari raya PMINT di Taman Tamadun Islam, kali ni MCo menjadi AJK bahagian makanan. Nampak segak bergaya dengan baju melayu, actually baju melayu tu, yang lama punya, dan paling MCo ingat, masa buat tempahan baju tu (bukan untuk hari raya tetapi sempena AJK kolej masa di UUM). tukang gunting kata.."baju ni nak buat mengadap tok imam ke?" (akad nikah).
MCo tak berapa ingat tahun berapa gambar ini, tapi dalam lingkungan 2010-2011. bersama ahli-ahli club Mychevyclub. trip to hatyai, biasanya ahli2 club suka datang sini sebab utama adalah spart part kereta yang murah. gambar di ambil di V.L hatyai hotel. dalam gambar ialah MCo aka dirafum, Cleaner dan Pai (semua nama adalah nickname dalam forum mychevyclub)

 ini adalah hari seterusnya, iaitu kesinambungan gambar di atas sebenarnya dan dalam lingkungan tahun yang sama, tetapi gambar ini di ambik di pekan Danok, iaitu sempadan Thailand dan Malaysia. Makanan di sini lebih murah daripada Hatyai. gambar MCo aka dirafum, Cleaner dan Oiskan (nickname dalam forum)
 gambar coretan ringkas, MCo hanya kelihatan dari belakang sahaja. yang pasti gambar ini di ambik pada tahun 2011 iaitu bulan ramadhan, majlis ni ialah majlis berbuka puasa club mychevy. Sebenarnya MCo ada urusan di Putrajaya, dan Kuala Lumpur pada masa ini, kerana untuk mengambil pekerja Indonesia, so kesempatan ini MCo pergi dengan driver jabatan.
pada Ogos 2009, di Tanjung Balai, Kepulauan Riau, Indonesia, pergi masa ini adalah rombongan dengan cikgu-cikgu sek Tun Telanai, ikut sama ialah kawan seangkatan, Syed Amir dan rakan sekerja di MAA Takaful. ketika ini MCo terpaksa baiki kasut yang tapaknya dah tertanggal tapaknya, mahal juga kalau tak silap dalam Rp30,000 (RM10)
September 2011 MCo ke Vietnam bersama rakan karib iaitu Afirahimi, walaubagaimana pun, dalam gambar di atas tu, bukan lah beliau tetapi Mohd Azahan, iaitu kenalan yang baru kami kenal semasa di Vietnam. Gambar menunjukan taman lebah di persisir sungai Mekong.
Awal Mac 2012, ke Sabah bersama geng2 GPT. malam terakhir MCo di KK, so geng2 ini bawa MCo ke Beringgis makan malam.dari kiri saudara Ozzay Waid, MCo, Hatta, Hafiz, D'syeh, dan Arie Kumbangjingga.(semua nama adalah nick dalam FB kecuali MCo)
Mei 2012 ke Melbourne, iaitu destinasi ke 3 di Australia yang MCo lawati. Berlatarkan belakangkan Tram iaitu pengangkutan awam di kota Melbourne.
Mei 2011 MCo di GoldCoast Australia, ini lah faedahnya bila menginap di Backparked... so yang datang dan pergi adalah orang yang berbeza around the world. Bersama MCo ialah Daves dari Brasil, dan Awie,( guru driving school), dan pergi bersama juga ialah Wafi Adha.

2012 di Floating Market, bersama Pengurus Operasi Koperasi Pemin, En. Khairul dan En. Azman 



Bersama Afirahimi berlatar belakangkan Muzium Vietnam, Sept 2011. 

berlatar belakangkan Queen Victoria Market, bersama MCo Afirahimi, Wafi Adha dan Nazar. Mei 2012



Bandar Aceh

2 comments:

Anonymous said...

susun gok gambo molek cik parik!!!

Anonymous said...

just random pic ni..tak perlu susun molek

MCo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...