Tuesday, August 23, 2011

Berkat Ramadhan.

sebagai tazkirah dan sebagai pedoman, bukan semata-mata untuk bermegah-megah.

as salam, maka tiba lah penghujung Ramadhan 2011 pada tahunb ini. di harap umur MCo panjang dan ketemu lagi pada tahun akan datang. di sini sedikit ingin berkongsi pengalaman yang di alami semasa ramadhan ini.

pada suatu hari tanggal 18 ogos 2011. MCo merancang untuk menukar tayar kereta 2 biji (secondhand), dan kedai biasa MCo pergi ialah di Jalan Kamaruddin dan rate harga sebiji tayar tersebut ialah rm80-rm100 sebiji. so pada hari itu selepas withdrawal duit daripada maybank rm200, dan duit sedia ada di dompet ialah rm50 menjadikan semuanya rm250. so sebelum pergi ke kedai tayar, MCo berniat untuk pergi membayar zakat dulu. dan tahun ini adalah tahun paling sedikit MCo bayar zakat daripada tahun2 yang lepas kerana memang MCo tidak mempunyai budget yang cukup untuk tahun ni.

setelah di bayar zakat maka duit MCo di poket berkurangan, semasa menuju ke kereta MCo di ekori oleh seorang wanita tua, semasa MCo di dalam kereta, dia menghampiri MCo, lalu berkata dia minta sedikit sumbangan sebab mahu pulang ke seberang takir, MCo ingat dia nak tumpang MCo, tetapi MCo tak dapat sebab mahu pergi ke kedai tayar. MCo secara spontan bagi not rm10 dua keping lalu dia beredar.


semasa jalan perjalanan ke kedai tayar, baru MCo terlintas.... alamaaakkkk duit MCo sudah tentu tidak cukup untuk menukar tayar...fikir punya fikir, MCo tetap memutuskan untuk pergi ke kedai tayar tersebut dgn mudahan2 dapat tawar menawar....

sesampai di kedai tayar, lalu empunya kedai tersebut bertanya, dan MCo terus menjawab mahu menukar tayar depan 2 biji, yang secondhand.... lalu dia terus pergi....


to be continue....................

di pendekkan cerita....
apa yang mengejutkan ialah penjual itu bagi harga kepada MCo ialah RM60. sedangkan sebelum ini harga tersebut ialah RM80 sebiji. so MCo tak tunggu lama, dan terus pasangkan...
oleh kerana masih ada balance, maka MCo memutuskan untuk menukar satu tinted kat cermin kereta sebelah kiri, kerana ia telah rosak, pada mulanya MCo telah singgah di kedai savecost tapi tidak ada orang melayan, apa lagi MCo terus blah.. dan banyak juga kedai MCo pergi tapi tak ada yang kosong, dan akhirnya genap pukul 5petang, MCo terjumpalah kedai memasang tinted di Durian Burong... MCo menyatakan hasrat untuk menukar tinted yang rosak tu... tapi tak sempat tanya harga...dia terus pasang.. MCo pun gelabah gak, kot2 duit tak cukup....semasa pasang tu, MCo pun beranikan diri untuk bertanya.. "bang, berapa harga ni" dia jawab ringkas "rm10 je".. terkejut gak MCo... sambil2 tu MCo suruh buat tinted kat cermin kecil sebelah kanan... then dia kata free jer.. sebab lewat petang doh...
sambil2 dia pasang MCo ronda-ronda dalam kedai tu.. then terjumpa lah carpet reja, lepas tu MCo minta lah, sebab carpet kat driver tu dah carik. so MCo tanya dia.."nak ke tak nak" dia kata ambil lah...dah nak buang tu.. lepas tu MCo terjumpa yang besar sikit.... MCo pun minta, dia bagi juga...aiseeh..murah rezeki MCo ni... lepas tu MCo tanya...kalau yang baru aku nak letak belakang... lepas tu dia check.... lepas tu... dia kata semua kos ialah RM50 jer...

 so di pendekan cerita.... itu lah pengalaman MCo pada bulan puasa ni...

Gambar sebagai hiasan sahaja...

3 comments:

Anonymous said...

apa nama kedai tu?

dirafum MCo said...

kedai Good Year depan wisma armon

Unknown said...

Pls add me megat 0172992035

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...