sebelum itu, aku dah ajak ramai member2 untuk ikut sama, tetapi diaorang semua ada kerja, di antaranya Farid, Mat Yie SLG. En. Rosek, Nedy, Syd Amir. Sebenarnya, trip ke Hatyai kali ini bukan lah aku seorang jer, tetapi beberapa orang dengan budak club, dan diaorang sedia tunggu di Pekan Danok.
Imbas Kembali: Ayie, (budak Chevy.net) ajak aku pergi Hatyai sebab dia nak buat "major service" pada kereta dia, dan plan nak pergi ni dah di buat selama 2 minggu sebelum itu. selepas tanya harga pada Wanida Oper. Manager SC Hatyai. berpakat dengan 2, 3 orang juga, termasuk Yumie, tetapi last minute dia cancel coz tak approve by bini dia..hehehe... sementara tu, Casper a.k.a Kashfi memang dari dulu "excited" nak pergi Hatyai. so trip kali ni, aku tak lupa untuk ajak dia sekali, dan kebetulan dia senang dan boleh "join".
cerita sebelah lain: Ayie, Jumaat petang dah bertolak dari KL ke Perlis, (kampung isteri dia) dan kemungkinan akan tiba/ pergi ke Pekan Danok pagi esoknya (sabtu 13Feb 2010). Manakala Casper plak akan bertolak pukul 3 pagi (13Feb) dan di jangka sampai pagi Sabtu itu.
Berbalik pada kisah aku, Aku sampai petang Jumaat, dan bermalam di pekan Danok. hari ni Rasher tak dapat datang sebab tarikh ini adalah sama dengan CNY 2010. sempena cuti ini lah aku plan pi Hatyai.
13 Februari, Sabtu.
aku tunggu ketibaan Casper dan Ayie.
setelah semua proses cop passport, dan pendaftaran kereta. pukul 10 pagi (lebih kurang) kami 3 buah kereta bertolak ke Hatyai, dan terus ke Chervolet SC Hatyai. dan Ayie terpaksa tinggalkan kereta dia. (terpaksa siapkan hari ni juga sebab esok (Ahad) SC ni tutup-bukan pasal CNY tapi setiap Ahad diaorang tutup).
sambil itu, kami pergi "check in" hotel dulu - Plaza Garden Hotel. antara top hotel juga lah kat Bandar Hatyai ni.. dan boleh di katakan kedudukannya strategy juga lah.
petang, aku dan Ayie, naik tut-tut pergi ke Chervolet SC untuk ambil kereta nya. termasuk barang2 yang di beli. dan terus balik ke hotel.
sebenarnya, plan Ayie untuk balik terus pada hari itu, tp aku racun punya racun, so dia setuju nak bermalam di Hatyai dan balik pada hari Ahad.
Malam: aktiviti bebas. shopping. pergi massage kaki juga..
14 Februari - Ahad
pagi, Ayie dah berangkat balik, so tinggal lah aku dan Casper. siang tu, kami pergi ke Hatyai Market. shopping lagi. sampai lah petang. hajat nak pi Songkla, tapi rasa tak larat. so cancel jer lah.. petang tu just pusing2 kat market bawah hotel tu...
malam: sekali lagi aku pi massage kaki dengan Casper.
15 Februari - Isnin
Check out. dan terus balik, sebelum itu singgah di Pekan Danok (sampai pekan Danok jam 12 tengahhari) - shopping lagi. sebab kat sini banyak jual buah berbanding pekan Hatyai.
1.30pm ready nak keluar border. dan planing nak pi beraya rumah Rasher, tapi cancel last minute sebab Ayie (di Perlis) ada kerja dan Rasher plak ada kerja lain.
Plan lain: time balik ni, aku tak keseorangan lagi. sebab Adik Ha nak ikut aku balik sekali. dan Casper pun "rasa-rasa" nak ikut aku balik Terengganu juga. so aku pun pi Penang dulu. dan 4.30pm bertolak pulang ke K. Terengganu.
Semua gambar2 ini adalah sumbangan daripada Casper nya. Dan gambar2 ni di susun tidak mengikut kronologi. thank you
No comments:
Post a Comment