Wednesday, March 24, 2010

Tinggal Kenangan

Pernah ada, rasa cinta
antara kita, kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan, semua tentang diri mu
namun tak lagi kan
seperti dirimu oh bintang ku

jauh kau pergi
meninggalkan diri ku
di sini aku, merindukan dirimu oh
kini ku cuba
mencari pengganti mu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih.

http://www.youtube.com/watch?v=hGRzmrx885I&feature=related

Monday, March 22, 2010

Perkhidmatan Pelan Ukur

Kepada Jurukur Tanah Berlesen
Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pelan ukur bolehlah menghubungi saya:
antara perkhidmatan yang di tawarkan ialah.

1. Pelan Ukur Kejuruteraan.
i - ukuran topografi
ii - demacation
iii - aligment untuk jalan, JPS, paip dan sebagainya.
2. 3D Drawing
3. Moss Genio (format JKR Malaysia)
4. Setting Out dan Asbuilt.
i - piling
ii - control point
iii - bangunan, paip, longkang, jalan, dan lain2
5. Strata Title
6. Kadaster

berkemahiran menggunakan AutoCAD dan CDS.

Wednesday, March 17, 2010

trip hatyai

12 Februari, Jumaat 9 pagi. "drive alone from K. Trg to Bukit Kayu Hitam"
sebelum itu, aku dah ajak ramai member2 untuk ikut sama, tetapi diaorang semua ada kerja, di antaranya Farid, Mat Yie SLG. En. Rosek, Nedy, Syd Amir. Sebenarnya, trip ke Hatyai kali ini bukan lah aku seorang jer, tetapi beberapa orang dengan budak club, dan diaorang sedia tunggu di Pekan Danok.

Imbas Kembali: Ayie, (budak Chevy.net) ajak aku pergi Hatyai sebab dia nak buat "major service" pada kereta dia, dan plan nak pergi ni dah di buat selama 2 minggu sebelum itu. selepas tanya harga pada Wanida Oper. Manager SC Hatyai. berpakat dengan 2, 3 orang juga, termasuk Yumie, tetapi last minute dia cancel coz tak approve by bini dia..hehehe... sementara tu, Casper a.k.a Kashfi memang dari dulu "excited" nak pergi Hatyai. so trip kali ni, aku tak lupa untuk ajak dia sekali, dan kebetulan dia senang dan boleh "join".

cerita sebelah lain: Ayie, Jumaat petang dah bertolak dari KL ke Perlis, (kampung isteri dia) dan kemungkinan akan tiba/ pergi ke Pekan Danok pagi esoknya (sabtu 13Feb 2010). Manakala Casper plak akan bertolak pukul 3 pagi (13Feb) dan di jangka sampai pagi Sabtu itu.

Berbalik pada kisah aku, Aku sampai petang Jumaat, dan bermalam di pekan Danok. hari ni Rasher tak dapat datang sebab tarikh ini adalah sama dengan CNY 2010. sempena cuti ini lah aku plan pi Hatyai.

13 Februari, Sabtu.
aku tunggu ketibaan Casper dan Ayie.
setelah semua proses cop passport, dan pendaftaran kereta. pukul 10 pagi (lebih kurang) kami 3 buah kereta bertolak ke Hatyai, dan terus ke Chervolet SC Hatyai. dan Ayie terpaksa tinggalkan kereta dia. (terpaksa siapkan hari ni juga sebab esok (Ahad) SC ni tutup-bukan pasal CNY tapi setiap Ahad diaorang tutup).

sambil itu, kami pergi "check in" hotel dulu - Plaza Garden Hotel. antara top hotel juga lah kat Bandar Hatyai ni.. dan boleh di katakan kedudukannya strategy juga lah.
petang, aku dan Ayie, naik tut-tut pergi ke Chervolet SC untuk ambil kereta nya. termasuk barang2 yang di beli. dan terus balik ke hotel.
sebenarnya, plan Ayie untuk balik terus pada hari itu, tp aku racun punya racun, so dia setuju nak bermalam di Hatyai dan balik pada hari Ahad.

Malam: aktiviti bebas. shopping. pergi massage kaki juga..

14 Februari - Ahad
pagi, Ayie dah berangkat balik, so tinggal lah aku dan Casper. siang tu, kami pergi ke Hatyai Market. shopping lagi. sampai lah petang. hajat nak pi Songkla, tapi rasa tak larat. so cancel jer lah.. petang tu just pusing2 kat market bawah hotel tu...
malam: sekali lagi aku pi massage kaki dengan Casper.

15 Februari - Isnin
Check out. dan terus balik, sebelum itu singgah di Pekan Danok (sampai pekan Danok jam 12 tengahhari) - shopping lagi. sebab kat sini banyak jual buah berbanding pekan Hatyai.
1.30pm ready nak keluar border. dan planing nak pi beraya rumah Rasher, tapi cancel last minute sebab Ayie (di Perlis) ada kerja dan Rasher plak ada kerja lain.

Plan lain: time balik ni, aku tak keseorangan lagi. sebab Adik Ha nak ikut aku balik sekali. dan Casper pun "rasa-rasa" nak ikut aku balik Terengganu juga. so aku pun pi Penang dulu. dan 4.30pm bertolak pulang ke K. Terengganu.


Semua gambar2 ini adalah sumbangan daripada Casper nya. Dan gambar2 ni di susun tidak mengikut kronologi. thank you

Gambar ni tak tahu di mana Casper snap tapi yang pasti ia lagi dalam wilayah Thailand.

Selepas keluar dari Sempadan Thailand, dan menuju ke Imigration Malaysia.


Pandangan Tingkat 11. Plaza Garden Hotel, di mana kami menginap. dan untuk pengetahuan, Tingkat 11 ini terletaknya Lobby hotel dan cafe. ( Casper with his daughter- Qistina)


Pekan Hatyai pada waktu Malam, pandangan dari bilik kami Tingkat 16 (ye kot??)

Anak Perempuan Casper - Qistina

Gambar2 ini adalah, "area" menjual kraftangan, terletak tingkat bawah sekali hotel. sebelah shopping complex. di sini bermacam kraftangan buatan tangan yang penuh kreatif.
sorry ah..ini bukan sengaja "shoot" pada girl ni..tapi suasana belakang tu...hehehe




Dalam tut-tut 14 Februari. selepas shopping.


teka? ini adalah gambar my front page blog aku.. kat belakang tu sebenarnya ialah stesen keretapi.
ini tinggalan keretapi. just display. muzium keretapi kot..entah lah...rasa2 ni aku yang snap gambar ni..hehehe


Hatyai Plaza, pasar basah. tapi kitaorang tak berani masuk dalam, sebab takut ada daging **(bleep) so. aku just bergambar kat luar. sebab sebelah plaza ini tempat jual baju.
seberang jalan ke Hatyai Plaza (pasar basah). ready to cross da road.


tut-tut di kat pasar Hatyai, selepas shopping. sedia nak balik ke hotel.
sudut lain dekat pasar Hatyai.


kebanyakkan kedai di pekan Hatyai mempunyai pasu bunga ni dan mempunyai anak2 ikan di dalamnya. canggih, tak de lah ugat2..hehehe





suasana malam bawah hotel aku menginap. dan ia berlarutan sehingga 2 pagi.







gambar major. Casper, Ayie dan aku (dirafum) dan anak2 Casper.



Jalan menuju ke Pekan Hatyai daripada Pekan Danok (atau sebaliknya)

Border Sadao.
Aku sedang tunggu Casper cop passport sambil berbalas sms. sebab lepas ni kena daftar kereta plak kat kastam Thai.
welcome to Siamse Border. depan nung. Pekan Danok wilayah Sadao.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...