20sept, 4 pagi...baru dapat tidur... pergi pekan "chow kit". bersih rumah sikit2... then time nak lelap tu. makan masa.
RAYA PERTAMA - ahad 20sept
20sept, selepas solat subuh. sambung tidur dan lebih kurang pukul 8pagi...bersiap pergi ke masjid. Tahun ni aku beraya dengan jubah Mekkah. yang Pali bagi pada aku 2 tahun dulu... aku ni bab2 beli baju memang malas... kalau beli pun sure 2 bulan awal sebelum puasa.
selepas solat, balik rumah Ma sekejap. Lepas tu Ayah De ajak beraya di rumah che ngah Majidah. di Villa Majidah.(rumah bekas Menteri Pelancongan-yang di beli (atas bukit)). selepas tu balik rumah...sambung tidur lagi...hehehe aktiviti tahunan aku setiap tahun.
20sept, 5 petang selepas solat Asar. Nasir call aku.. minta tolong ambil dia kerana kereta nya rosak. di mana? di Grik, atas bukit. dalam keadaan macam ni, aku rasa terpanggil lah juga untuk pi ambil. maklum lah.dia dengan wife dia. 2 sons dan satu baby. i'm not said' "i have no choice" but my responsibility as friend.
sebelum bertolak tu... sempat lagi Shukri datang beraya. layan sekejap. then 5.30pm bertolak. with Dullah. my bro.
9.00mlm sampai di petronas Jeli. kerana Nasir berada di situ (kawan Nasir yang tinggal di Tanah Merah datang ambil dia dari terowong Grik ke Jeli). Lepas tu, Nasir ajak pi cari spark plug. so pergi lah cari sehingga Tanah Merah tapi tak jumpa so kembali ke petronas Jeli. (Jeli-Tanah Merah - Jeli =140km) dan di Jeli tu cari lah towing car. fortunately terjumpa lah satu. deal punya deal...dapat lah rm150 dari Terowong Grik ke Jeli. so aku pun pergi lah di mana kereta Nasir tersadai. uh uh uh... apa lah nak jadi... Nasir tertinggal kunci kereta dia plak di dalam kereta. cuma dia pegang alarm lock sahaja. bilamana bateri tiada so pintu lock tidak dapat di buka. nak tak nak terpaksa kopek bonet depan kereta nya dan "jumper" dengan bateri kereta aku. di pendekkan cerita. Kereta Nasir selamat di towing sehingga bengkel Jeli. dan kami terus balik ke Terengganu. sampai K.Terengganu 5pagi (21sept)
RAYA KE- 2 (21 september) - isnin
selepas solat subuh. 7pagi. aku sambung tidur.. zzzZZZZzzzzzz..... sampai pukul 1pm.
2.30pm - beraya di rumah Amir dengan Nedy, beraya di rumah saudara Nedy di seberang baroh
3.30pm - beraya di rumah Farid di Paloh.
4.00pm - beraya di rumah Rahmat.
4.30pm - aku dan Nedy bertolak ke Kelantan.-KB
8.30pm - Sampai KB, dekat Mamak Spicy near KB Mall... then tunggu others members.
Yumie, (T.T raya K.B. Mat yee tak dapat datang coz dia ada kenduri. Lee. condolence because his FIL passed away, Chevy_denpunyo terperangkap dalam jem di Rantau Panjang). Rzafira on the way dari Pasir Mas. (T.T chevy.net)
9.00-9.30pm - semua members sampai... order, makan, minum, sembang2. (bad servis lah mamak spicy ni) then we blah awal iaitu 11.30pm. sementara tu, member sekerja aku..zamani ada datang (dia memang asal orang kelantan).so dia bawa aku pi jalan2 dan cari hotel.
RAYA KE-3 (22 sept) - selasa
Raya di Kelantan - bangun dari hotel pun lewat.... sampai separuh hari... so tak berjalan kemana sangat. tireeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeddd...
RAYA KE-4 (23 sept) - rabu
pagi - 3ptg. ke majlis perkahwinan Rahmat. di wakaf che yeh... (gambar upload later)
congratulation to Rahmat dan Wanis... nanti lepas ni...en. Rosek pulok...lepas tu Nedy...aku? bila nya? mak bapak duk sibuk bising dah...............
3.ptg bertolak balik
5.30ptg baru sampai jerteh
malam.....
Giliran T.T ramp-it (opzon)
bukan main susah nak cari tempat.
1st choice memang zies corner tapi hujan. then kedai lain banyak yang tutup.
so keputusan kat medan selera Tanjung. belakang astaka
yang hadir: left;- Rzafira aka Yeos. Casper aka kashfi. dirafum aka farid. Btsix aka Arzo. Ronindistro aka farid. Myzafira aka fadli (not in picture sebab dia lah yang ambil gambar ni...)
RAYA KE-5 (24sept) - khamis
8.00pagi Kaspi (Kashfi aka casper) datang rumah aku dan bertolak ke Kota Bharu bersama adik iparnya Abdellah.
flashback:----- Kaspi bagitau, adik ipar dia Abdellah seorang warganegara Algeria. visa dia tamat hari ahad 27sept. so untuk mengatasi masalah ni..dia mesti keluar dari Malaysia dalam 1 hari..dan masuk balik ke Malaysia dan dia akan dapat balik visa selama 90hari..kaspi 1 choice nak pi ke Tanjung Balai. tapi aku suggest better pi ke Golok, Thailand kerana dekat. tetapi Thailand bagi yang bukan warga Malaysia perlu mohon visa dulu. so sebab itu lah..nak pergi ke konsulat Thailand di K.B.
11pagi. sampai kat konsulat Thai di K.B at Jalan Pengkalan Chepa. bila pi tanya... unfortunately. Abdellah tu tidak dapat buat visa kerana dia ni warga Algeria. kenapa? sebab Thailand mengecuali kan beberapa negara memasuki negara nya melalui negara orang lain seperti Algeria. Pakistan, Bangladesh, Iraq dll.. (mcm negara melaber kan pengganas). so kami balik lah dengan tidak kesampaian hajat...
4ptg - sampai kampung (k.trg)
RAYA KE-6 (25sept) - Jumaat
DEMAM whole day baring baring baring baring baring... whole body pain.... not touch any food.
other: Pali ada datang. beraya, tapi just bersalam. Farid aka ronindistro datang juga, tapi bawa ubat.. thank you... malam still weak tp gagahi juga... bangun dan berjalan-jalan.
RAYA ke - 7 (26sept) - Sabtu
No comments:
Post a Comment