Monday, September 17, 2012

Sabah Catatan Pendek Yang Berterusan




 PERJALANAN SATU RASA YANG SINGKAT

Sabah, sepatutnya coretan ini MCo mula se awal 6 atau 7 tahun dahulu, tapi ketika itu MCo masih aktif dalam menulis diari, kenapa pada masa itu? sebab ketika itu adalah betul-betul penjelajahan MCo sebenar. Siapa tidak kenal dengan Kota Kinabalu (atau panggilan manjanya KayKay a.k.a KK), Kudat, Kota Belud, Tamparuli, Telupid, Kundasang, Ranau, Semporna, Tawau, Tenom, Keningau, dan lain lain lagi yang memang banyak kalau mahu di cerita habis disini...perjalanan MCo dahulu, dengan duit yang terhad, perjalanan dengann bas, kereta, dan ada juga dengan sehelai sepinggan, merasa pelbagai masakan dan makanan..
tapi itu dulu.... dan sekarang ialah... MCo mahu memulakan yang baru, sama ada ia akan jadi berterusan atau setakat ini, bergantung dengan keadaan masa ini dan akan datang...
jom kita explore sikit gambar MCo di sini..dan seperti lepas-lepas mungkin gambar-gambar ini tidak di susun ikut kronologi...
dan setiap penceritaan adalah berdasarkan gambar tersebut.
kali ini MCo ke Sabah pada 28 Ogos sehingga 2 September, Destinasi utama ialah di Keningau. Perjalanan dengan teksi dan bas secara purata ialah 3 jam...walaupun masa yang tepat boleh mencapai 2jam atau 2jam setengah. MCo tak mahu terlampau terperinci menceritakan ini... namun bergitu MCo tidak dapat meneka dengan tepat nama tempat mahu pun perkara atau pun adat masyarakat di negeri di bawah bayu ini.


dalam perjalanan daripada KK ke Keningau, secara tepatnya ialah di Bingkor


Salah satu permandangan sawah yang belum ditanam dengan padinya.... di mana? biarlah ia jadi rahsia seketika, tapi yang pasti kawasan ini akan jadi lebih menarik bila ada tanaman padinya.
Oop!! sebenarnya kali ini MCo akan menceritakan kisah yang singkat, di mana hanya 3 tempat yang menjadi tumpuan, oleh itu tidak banyak gambar yang boleh di katakan "on focus" atau menjadi subjek utama, dan gambar yang di ambik adalah kebanyakan secara rawak, dan mungkin ia tidak menjadi istimewa kepada orang lain, tetapi istimewa bagi MCo, setiap detik, setiap gambar mempunyai kenangan dan ingatan nostagia yang tersendiri, memandangkan blog ini adalah hanya lah koleksi peribadi MCo sendiri.
MCo tidak tahu di mana harus di mulakan, nak tak nak, MCo terpaksa memulakan penceritaan daripada gambar ini. van aka bas ini adalah antara pengangkutan awam utama di sini. terutama di kawasan pendalaman sabah. Jom "move forward"... sebenarnya MCo kali ini pergi ke rumah Elfrina, di mana abangnya akan bertunang pada hari ini (30 Ogos) dengan orang Tambunan, perjalanan dari sini (Bingkor Lama) ke Tambunan secara puratanya memakan masa 1jam 30minit.
Lagi permandangan di persekitaran rumah Elfrina.. dan masa ini adalah masa menunggu para saudara yang akan menyertai rombongan ke Tambunan, dan memerlukan 3 buah bas..setiap sebuah bas boleh memuatkan purata 12 hingga 14 orang.
Si "Owin" anak buah kepada Elfrina, peace for us....hehehe
Gambar ini mungkin ada error dalam pengeditannya, namun bergitu ia tak menghalang untuk memaparkan panorama sekeliling... ini adalah jalan penghubung Bingkor Lama.

lagi gambar penghubung....
gambar ini adalah bab lain yang serba sedikit MCo dapat snap daripada handphone cute ni...hehehe seperti lepas-lepas, snap gambar secara amatuer memang mendapat komen  yang meluas, tambahan pula gambar yang di ambik melalui hp... menarik kan memandang kehijauan sawah padi...bukit di belakang..ingat lukisan zaman kanak-kanak.
Jalan menuju ke..... destinasi, Tambunan.
"Random Picture" itulah serba ringkas yang MCo dapat jelaskan....
Secara terperincinya.... MCo bersama famili Elfrina ini pergi ke kampung Lugadin Pagalan Tambunan, dan perlu di ulang sebabnya abangnya si Elfrina bertunang, iaitu Frankie dan tunangnya yang hanya di panggil bebe.

Antara tetamu kedua belah pihak yang hadir ke majlis pertunangan ini.
Peace again for us.... sister of Elfrina, dia pun turut sama ke rombongan pertunangan abangnya.. sempat snap dengan kadar separa 30/km.j hehehe sebab itu, gambar sepupunya kurang jelas....hehehe
Selepas majlis pertunangan ini adalah upacara berdoa...
Frankie dan Bebe selamat sejahtera semoga berbahagia sepanjang hayat... oop MCo pun pun nak wish Congratulation pada both of them....
Permandangan dan keadaan jalan, di hadapan rumah tunang si Frankie... secara tepatnya kampung Lugadin Pagalan... di sini tiada line telefon, kalau ada pun mungkin celcom dan beberapa bar sahaja....
MCo sempat snap gambar ini sebab ia kelihatan menarik dengan kombinasi warna yang pelbagai, bunga-bunga yang nampak kontra dengan warna daunnya. (klik to erlarge) dan hayatinya... ini adalah gambaran di Tambunan.
Satu lagi permandangan di Tambunan, memang sukar nak dapat permandangan bergini di bandar-bandar.
Tajau, mengandungi air tapai, di sini (Terengganu) di panggil tempayang, air tuak.. MCo tidak mahu bercerita panjang mengenai ini sebab MCo kurang arif dan tidak berapa tahu banyak mengenainya, secara ringkas ialah...ia adalah beras di campur ragi (yis) dan di peram, rasanya seolah-olah memakan tapai ubi, bila minum tanpa terkawal ia menyebabkan "hangover"...kalau di istilah dalam Islam, ia boleh di kategori sebagai arak.
(kalau ada orang sabah membaca hal ini dan apa yang MCo nyatkan salah itu, minta tolong perbetulkan fakta ini, sebab se ikhlasnya MCo memang tidak arif mengenai air tapai ini)
Suasana dalam majlis meminum tapai....

31 Ogos, sebenarnya tarikh kelahiran si Frankie, so berkesempatan itu, mereka ada kan sekali majlis hari jadinya... 2 in 1... MCo pun tak pernah alami acara yang mengejut ini...tapi ini adalah baru buat MCo dan lebih mengenali budaya, sikap, situasi, acara, dan yang paling penting ialah MCo menjadi lebih rapat dengan famili ini.

Salah satu permandangan di pasar pekan Keningau... tak jauh bezanya dengan di tempat2 lain....
Tuhau, sejenis makanan masyarakat sabah, rasanya pedas sikit-sikit dan masam cuka, boleh di makan bergitu saja, tapi MCo gemar makan dengan nasi, boleh di buat seperti ulam atau sambal belacan.

ini adalah bahan utama membuat tuhau, macam serai..tapi di sabah di panggil batang tuhau (bagi sesiapa yang tahu, sila perbetulkan MCo)

Dua gambar di atas tu adalah cenderahati wajib MCo ke mana saja pergi, di dalam atau luar negara... ia adalah magnet, biasa orang letak di peti ais..
Ikan bakar, bersebelahan dengan pekan Philipine... jom MCo cerita keseluruhan serba ringkas. Sekali lagi di ulang, dan tidak panjang...
MCo ke sabah 7 hari, dan 5 hari 4 malam berada di Bingkor Lama, iaitu rumah Elfrina, sempena pertunangan abangnya, di samping ada majlis pada 31hb itu, dan pada 1hb September, selepas tengah hari, MCo berangkat ke KK, di sana MCo menginap di Hotel La Viva, dan di KK ini lah MCo bertemu kawan  iaitu Zulkefli Adam (Zul Adam)..dia ni orang semenanjung, orang Kuala Berang, Terengganu, tetapi buka business tudung di Sabah, sudah ada butik di Kota Belud, MCo pun pernah pergi ke butiknya itu dahulu pada bulan Mac 2012. Pada malamnya dia lah yang belanja aku makan ikan bakar ni... dia selalu macam ini... selalu je pemurah... dan mudah di dekati, dan dia mungkin akan berkahwin dengan orang sabah juga.. iaitu orang dari Tuaran Pantai Dalit.

....Dan ini lah orangnya... En. Zul Adam...dia lah yang hantar aku ke airport KK ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...