Menarik.... banyak fakta yang tersembunyi disekeliling kita...
jom kita explore satu2... apa yang MCo dapat ini adalah daripada percubaan orang-orang lain dan dari segi pembacaan juga...
jom kita explore satu2... apa yang MCo dapat ini adalah daripada percubaan orang-orang lain dan dari segi pembacaan juga...
- Kalau ada orang tekan semua butang di dalam lift, tekan semua butang itu 2 kali untuk padamkan semua atau untuk halang lif berhenti di butang yang di tekan tersebut.
- Terluka kecil di jari atau mana2 tempat, letakan lip balm (chapstick) di tempat terluka tadi.
- Cara mudah study untuk exam, kunyah je chewing gum semasa study, dan masa menjawab exam, kunyahlah chewing gum perisa yang sama masa study tu.
- sakit kepala? belah sebiji limau dan gosokkan belahan tersebut di dahi, InsyaAllah boleh hilang sakit kepala tu.
- Nak orang dengar apa yang kita nak sampaikan? cuba mulakan dengan perbualan.. "saya tak patut bagitau awak perkara ini...tapi..."..
- Nak tahu hadiah kesukaan kesayangan anda? bagitau dia yang kita dah pun beli hadiah tersebut dan suruh dia teka apa yang kita beli... dia akan meneka/bagitahu semua hadiah yang dia suka tu atau yang diidamkannya.
- makanlah tembikai untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Selalunya seseorang akan melakukan banyak gerakan tangan bila bercakap benda yang benar, bila seseorang bercakap yang tidak benar, tangannya tidak bergerak.... dan terpulang pada personalitinya..
- Jangan gunakan Google untuk mencari informasi tentang pembelajaran, tapi gunalah. www.scholar.google.com
- Letakkan telefon bimbit yang bercahaya di bawah sebotol air untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih terang.
- Jika anda susah untuk tidur pada malam hari kerana berfikir terlalu banyak. tuliskan semua yang difikirkan, ini daapt mengosongkan fikiran anda dan lebih mudah untuk tidur.
- Lantumkan bateri dari paras lebih kurang 15cm untuk pastikan ianya masih atau sudah tidak boleh digunakan, kalau lantunanya kecil dan jatuh, ia masih elok untuk digunakan.
- Mahu lif naik dengan cepat, tekan butang "close door" sampai pintu tertutup dan tekan butang (jangan lepaskan) aras yang anda ingin pergi pada masa yang sama. anda akan langkau semua aras...
- Kajian mengatakan hidu buah oren boleh mengurangkan stress dan menaikan mood.
- Mahu memanjangkan tempoh percubaan aplikasi/ program yang telah di install, tukarkan tarikh pada peranti tersebut.
- Cubalah minum susu coklat untuk lebih memberi tenaga daripada meminum minuman bertenaga
- Selongkar peti ais untuk cari makanan.... hehehe.... minumlah segelas besar air.. "kelaparan" yang tak perlu itu berhenti sendiri.
- Sakit kepala? ambik 3 helai daun pudina, separuh timun, separuh lemon dan secawan air tapis, blend dan minum...insyaAllah...
- Untuk mengelakan bau mulut, jangan lupa berus lidah sekali..
- Untuk mengelakan sedu, tahan nafas dan telan air liur 3 kali sambil tutup mulut.
- Tandas tersumbat? letakan air panas dan garam di dalam tandas dan biarkan 5 minit.
- Muka berjerawat, mungkin masalah berpunca daripada sarung bantal..so rajin-rajin lah tukar sarung banta.. itu pun kalau rajin lah..
- Rasa tidak sihat tapi tak mahu makan aspirin... jadi makanlah 10 - 12 biji badam (ia bersamaan dengan 1 biji aspirin)
- Nak hilangkan rasa gatal akibat gigitan nyamuk..eermm sapu kan sedikit glue stick (gam) padanya...15 minit insyaAllah hilang lah rasa gatal2 tu..
- Makan tomato mengelakan anda dari sunburn
- Mandi air sejuk baik untuk kulit dan rambut anda
- terlupa jadual kelas...atau apa2 saja....ambil gambar dan jadikan "lock Screen" pada telefon bimbit..
- Masa menjawab exam...alamak terlupa pula..eerm kata orang2 tua...gengam tangan anda, ini dapat meningkatkan aktiviti otak dan ingatan anda.
- Makan epal untuk mengelakan mengantuk pada waktu pagi... kerana epal mempunyai fructose dan gula semula jadi... jadi tak perlulah kafein...
- Masalah untuk mengingati benda masa belajar? makan anggur untuk meningkatkan keupayaan otak.
- bersenam sebelum tidur, otot anda akan membakar lebih banyak kalori semasa tidur.
- Gunakan garfu pada biskut untuk mencelup ke dalam susu, tak adalah kotor tangan anda... seperti makan biskut oreo.
- Untuk cari benda kecil? pasangkan stoking pada alat penyedut hampagas, (vacuum cleaner)
- Gunakan kertas cupcake untuk mengelakkan air lelehan aiskrim terkena tangan anda...cucuk aiskrim pada kertas cupcake.
- tersalah hantar pesanan ringkas? cepat2 tukar mode telefon kepada Airplane mode.
- Baju mengecil selepas di cuci? letakanya ke dalam semangkuk air bersama pelembap rambut.( hair conditioner)..
- Tank minyak... sebelah kiri atau kanan pada kereta? lihat pada meter di dashboard, tengok simbol fuel, di sisi simbol itu akan menunjukan anak panah, jika ia menunjukan sebelah kiri, maka tempat isi minyak tu sebelah kiri..dan bergitulah sebaliknya.
- Minum jus nanas untuk hilangkan sakit tekak, ia 5 kali lebih baik daripada ubat batuk.
- Potong epal bentuk tic tac toe, cuam akan ambil masa kurang dari 12 saat untuk memotong epal.
- rasa gatal di tekak? garu telinga anda....
Note: terpulang kapada anda untuk mempercayainya atau tidak.... sekadar berkongsi ilmu, sebab ia ada disekeliling kita....
MCo akan tambah lagi tips2 ini dari semasa ke semasa.....