Kaedah Pembelian Tiket atau KR PASS Korea Train eXpress (KTX).
Di sini MCo ingin berkongsi sedikit untuk transit antara Busan ke Seoul dan sebaliknya. Lebih menyenangkan kita membeli online kerana lebih murah, berbanding beli on the spot. Oklah biar MCo kongsikan website yang untuk booking online..tekan di sini ---> beli KR Pass dan anda akan dapat melihat semuanya.
Langkah 1.
Daripada Gimhae International Airport kita boleh menaiki Busan Light Rail sebelum mencapai station subway Busan untuk melanjutkan perjalanan ke Busan Station. Dalam hal ini anda semua hendaklah peka dengan bahasa Korea ini, dan banyak simpang siul nya.
Untuk ke station KTX, daripada Busan Light Rail kita turun di station Busan, dan seterusnya harus keluar daripada terminal tersebut dan menuju ke saluran KTXnya, Untuk pengetahuan Station KTX bukan di station subway Busan. Di
sini, selain tersedia train KTX, juga ada keretapi Mugunghwa, Saemaeul,
Nuriro, dll. Semua keretapi tersebut mempunyai perjalanan daripada Busan ke Seoul, namun
waktu tempohnya lebih lama, sekitar lima jam, padahal harga tiketnya
hampir sama dengan KTX. Di Station KTX terus menuju ke Line 9 untuk terus
menuju ke gerabaknya/keretapinya. Di dalam keretapi, kerusi 2-2, beberapa bangku
tersebut berhadapan. KTX sangat panjang, (388 meter panjangnya).
Langkah 2.
langkah dua, rasa-lebih memahami daripada pdf. yang telah disediakan.
klik di sini. http://www.hfsp.org/sites/www.hfsp.org/files/webfm/Communications/How%20To%20Book%20Your%20KTX%20Ticket.pdf
Langkah 3.
KR Pass adalah jauh lebih murah, dan perjalanan mengikut tempoh samada 2 hari, 3 hari dan seterusnya. KR Pass yang di beli haruslah ditukar kepada tiket di KTX Station. Pembelian KTX hanya boleh di lakukan dengan menggunakan kad kredit.
Langkah 4.
Jangan lupa beli "T Money" di airport station untuk pass menaiki subway daripada airport ke KTX station. Perlu di ingat, T Money perlu di topup cukup2.sebab di Seoul tidak boleh topup lagi, (sistem kad ini, beli di Busan, topup di Busan sahaja, beli di Seoul hanya topup di Seoul sahaja, namun bergitu kad ini boleh di guna di mana2 tempat di korea - ia seperti kad 'touch n go')
Langkah 5.
MCo cuba link kan kaedah dan penceritaan blogger2 lain untuk memudahkan... MCo tidak mahu mengulas panjang juga.
sini klik.
blog i love my life
di harap dapat lebih manafaat.
This Blog Only My Personal Picture Album. My Own Story, Hobbies, Family, Friends, What i Collect, and Just for My Inspiration, my knowledge.. and my future plan.
Monday, October 14, 2013
Sunday, October 6, 2013
TIPS MELANCONG KE LUAR NEGARA
SENARAI SEMAK
Secara peribadi, amatur dan pengalaman MCo sendiri dalam penyediaan senarai semak untuk melancong ke luar negara, Lain orang lain caranya, tetapi ini adalah tips daripada MCo untuk yang mengambil berat tentang kos, dan yang suka melancong tidak menggunakan pakej atau perjalanan seorang diri atau pun dalam kumpulan yang kecil. Namun bagi MCo, bagi sesiapa yang belum pernah ke luar negara, MCo lebih galakan mereka untuk pergi menggunakan pakej atau rombongan... tetapi jika anda seperti MCo... Jom...jom
Jom, kita perhalusi tips-tips yang mungkin perlu anda tahu jika ingin melancong ke luar negara dan tips-tips ketika berada di luar negara.
1. Destinasi
Bagi yang pertama kali yang ingin melancong ke luar negara, se elok-eloknya pilihlah lokasi yang dikenali, dan menjadi tumpuan penduduk di negara ini. Contoh Indonesia, Bandung, Jakarta, Medan, yang mana memahami bahasa. Dengan ini, kita mungkin sudah mengumpul sedikit pengalaman di tempat orang sebelum melangkah ke tempat yang lebih "hardcore". Namun bergitu, pemilihan lokasi juga perlu berhati-hati, perlu HINDARKAN destinasi ada bencana alam, kawasan yang ada sengketa politik, sengketa keagamaan, atau destinasi yang mana penduduk setempat itu anti kepada penduduk negara kita. Tentukan berapa lama anda berada di sana untuk memudahkan anda merancang sepenuhnya aktiviti anda dengan budget.
note: MCo sekarang dah start untuk pergi ke tempat-tempat yang orang lain tak mahu pergi....
Kalau nak ke Istanbul...ada tips special di sini ---> Tips ke Istanbul
2. Passport dan dokumen-dokumen penting
Yang ini penting juga, harus berhati-hati kerana passport yang akan tamat dalam masa 6 bulan sebelum tarikh pergi melancong adalah tidak dibenarkan, oleh itu selepas membeli tiket penerbangan, haruslah memeriksa tarikh tamat passport anda. Jika akan tamat lagi 6 bulan maka boleh lah sambung passport tu di Imigresen.
Selain itu, anda juga boleh membuat salinan dokumen penting anda, seperti kad pengenalan dan passport, sebab ada sesetengah negara masih menerima salinan tersebut dan passport asal tinggalkan di kaunter hotel atau safety box dalam bilik hotel. Kalau boleh, lesen memandu, atm kad, touch and go, tak perlu bawa, sebab tidak diperlukan semasa di negara orang.
..dan satu lagi... check dalam internet, tanya kawan2 atau call imigresen, negara yang kita lawati itu memerlukan visa atau tidak...sebab negara yang memerlukan visa, kita perlu dapatkan visa.
sedikit panduan, Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk pergi ke negara2 ini.
i ) Negara-negara Komanwel (negara2 yang pernah di jajah Brittish -seperti singapore, india, sri lanka dll - kecuali Australia yang memerlukan visa asas)
ii) Negara ASEAN (iaitu serantau Asia Tenggara iaitu 11 (kalau tak silap) buah kesemuanya walaupun ia bukan negara komanwel) iaitu antaranya Thailand, Phiipinas, Vietnam, Indonesia dll. KECUALI Myammar...satu2nya negara asean yang memerlukan visa.
untuk lebih terperinci.boleh tengok di sini negara-negara yang memerlukan visa --> negara visa
Bagi yang nak menjimatkan kos..passport kumpulan boleh juga di buat...tapi untuk negara-negara tertentu di ASEAN sahaja.... minima 5 orang, dan maksima 20 orang, dengan kos RM200... murah kan?
tapi kena perlu di ingat.. kalau buat passport kumpulan ini, gambar kena bawa sendiri, dan bagi yang umur bawah 18 tahun kena bawa sijil beranak (surat beranak).
note: MCo lebih suka sambung passport 2 minggu sebelum tarikh berlepas. hehehe
3. Memeriksa Kebenaran Ke Luar Negara
Dalam kes ini, yang terkenal adalah dua perkara sahaja, pekerja di jabatan kerajaan dan juga bekas pelajar IPT yang mempunyai hutang dengan mana-mana tabung pinjaman. kalau boleh 3 bulan sebelum pergi ke luar negara, sila lah buat pemeriksaan dengan mana-mana agensi tabung pinjaman, mana tahu nama di "black list" dan tidak dibenarkan ke luar negara. MCo cadangkan 3 bulan itu kerana, jika ada hutang tak berbayar, maka bolehlah berbuat demikian memandangkan ada masa yang panjang. Bagi pekerja kerajaan, ada sesetengah jabatan, mengehadkan kakitangan untuk ke luar negara. Oleh itu, bagi pekerja-pekerja kerajaaan, sebelum beli tiket sebelum buat keputusan, periksa dahulu polisi jabatan atau perkeliling di jabatan masing-masing.
Bagi sesiapa yang nak semak. "status perjalanan" boleh lah klik di SINI ---> SEMAK STATUS PERJALANAN
untuk panduan ini adalah contoh bila klik link di atas tu..
....dan perlu di ingat juga untuk kakitangan kerajaan..... kalau keluar negara apa sebarang tujuan jika tidak dapat kelulusan daripada jabatan, ia di anggap kesalahan.
note: harap-harap MCo tak ada sekatan..
4. Pembelian Tiket.
Sebenarnya, Pembelian tiket ini adalah prioriti utama selepas membuat keputusan destinasi yang dipilih. seperti MCo dengan belanjawan kecil, maka pilihlah penerbangan yang murah, beli pada waktu yang tepat dan tempat yang tepat. Boleh bandingkan dengan syarikat penerbangan yang lain. Beli awal juga amat digalakkan. Internet adalah penting untuk membuat semakan penerbangan dengan mana-mana syarikat penerbangan atau mana-mana pengangkutan di negara luar. Jika pembelian "online" menguntungkan, apa salahnya. sini ada tips nak beli tiket murah
klik di sini ---> tips beli tiket murah
note: MCo biasa beli tiket awal setahun, sebab sangat berbaloi.
5. Kajian
MCo lebih senang membuat sedikit kajian, Wikipidia nama-nama tempat yang ingin MCo lawati. "study" sikit berkenaan budaya, makanan halal, bahasa-bahasa mudah (supaya tidak tertipu), Sekarang ini banyak blog-blog dan laman sosial yang boleh cari maklumat, paling kurang 2 hari sebelum pergi. ini penting untuk sesiapa yang pergi tanpa pakej supaya anda pergi dengan tidak sia-sia, sebab perjalanan kita di luar negara, kita yang aturkan sendiri, mana tempat perlu pergi dan mana tempat perlu hindari.
kajian ini juga penting bergantung kepada negara-negara yang kita hendak lawati, jika tempat sejuk, cari tips2 barang-barang keperluan yang wajib bawa, Makanan di sana, dan yang paling penting ialah faktor keselamatan itu sendiri.kalau anda rajin selidik juga indeks jenayah di sana.
Selain itu, kajian boleh juga di buat dengan bertanya mana-mana individu yang pernah pergi ke tempat yang anda ingin lawati, dan rasa-rasa inilah yang paling berguna.
note: biasa MCo buat ni last minute....cari ala kadar ja... lone ranger kata kan....
6. Wujudkan Jalinan Rakan Sosial
Yang ini jangan salah erti, Pengalaman MCo sendiri, tetapi ini hanyalah sumbangan tips tak sampai 30%. Tapi ini perlu hubungan yang lama. Contoh, MCo gemar mencari teman di laman sosial FB di mana mereka tinggal (negara mereka) yang MCo ingin lawati, ooop! jangan salah erti, biasanya MCo tidak mencari rakan berlainan jenis tetapi tertumpu kepada sama jantina. kalau anda perempuan, cari perempuan, kalau lelaki cari lelaki...dan harus di ingat, orang itu mestilah yang nampak Ikhlas... ini adalah tips semasa untuk mengetahui keadaan semasa di sana sebelum anda pergi melancong. Selain itu ia juga boleh menjadi 'subjek' kajian, apa yang perlu dibuat apa yang tidak boleh dibuat. kalau anda bertuah, jika dia betul-betul ikhlas, anda akan mendapat banyak kelebihan jika bersama mereka di negara mereka. seperti jimat kos, jimat masa, dan anda akan berada di tempat yang tepat. ingatlah hanya penduduk tempatan yang lebih mengetahui tempat mereka.
note: apa yang disarankan kebiasaan terbalik bagi MCo... MCo kenal dulu..diaorang invite MCo datang negara dia...lepas tu beli tiket...mudah....
7. Wang
Dalam kes ini, kalau boleh kurangkan pembawaan wang tunai, jika ada kad kredit boleh guna, tapi berhemah, jika tinggal lama di negara orang, cek kembara amat lah digalakkan, cek kembara ini mudah sahaja, cuma pergi bank dan bagitahu mahu buat cek kembara di negara yang ingin di lawati. Anda juga boleh tukar dengan matawang negara yang di lawati, tapi kalau ada 'budget' lebih, jangan lupa juga tukar dalam USD, kerana matawang itu di terima di semua negara. Kalau boleh hindarkan tukar matawang di lapangan terbang, sebab mungkin cajnya berganda. ini adalah sekadar tips, bukan mempengaruhi.
note: MCo punyai budget sikit.... kadang2 bawa usd200 je pergi ke negara orang..itu pun bayar hotel, makanan? makan meggi...
8. Makanan
Untuk lebih menjimatkan, MCo gemar membawa makanan daripada Malaysia, seperti Maggi, roti, sardin, jika pergi negara non-muslim, maka tidaklah bergitu gusar, Kalau tak makan nasi pun tak apa, hanyalah seketika. Seperti MCo nyatakan tadi, kajian penting untuk mencari makanan halal di negara yang kita pernah lawati. Elakan makan di restoran yang kotor.
note: makan buah pun boleh, tapi pastikan beli buah yang tak perlu guna pisau atau beli yang siap di potong2...di jamin halal juga tu...
9. Maklumkan
Ramai orang ambil ringan hal ini, tetapi kadang-kadang ia amat penting, maksud MCo di sini ialah, maklumkan keberangkatan anda keluar negara kepada kawan-kawan terdekat, supaya mereka tahu di mana anda berada dalam beberapa hari, jika anda dijangka pergi ke tempat berisiko, anda digalakkan emailkan perjalanan anda ke "Tourist Malaysia", Jabatan hal luar Malaysia, untuk sekadar makluman, (mereka tidak pernah membalas pun sebenarnya). tapi ini adalah untuk keselamatan, dan jangan lupa juga mengambil no contact kedutaan Malaysia di negara kita hendak lawati tersebut. - cari dalam internet.
Jika untuk kemudahan, anda belilah simcard daripada negara tersebut, dan cubalah call sahabat atau keluarga di Malaysia, maklumkan nombor talifon anda itu.
note: biasa MCo maklumkan kepada kawan-kawan,
10. Prinsip MCo
Bagi MCo melawat tempat orang ialah... "Melancong bukan for Shopping". sebab jika anda pergi ke mana-mana negara, mesti teruja untuk beli macam-macam souvenir, cenderahati, tapi ingat jangan terlalu gopoh..beli barang yang murah, mudah di bawa dan yang penting jangan tertipu. Jangan terlampau teruja, ingat pesanan, "beli barang ketika hendak balik, bukan beli barang ketika baru sampai", dan satu lagi, jangan terima pesanan kawan-kawan dengan "air liur" atau barangan yang besar, atau susah mahu di cari, kerana ia akan membebankan.
note: MCo hanya beli freeze magnet untuk kawan2..kecil, mudah, murah...tapi kalau banyak kena tahan kat security airport..... tapi lepas bila tunjuk barang tu...hehehe
11. Pakej Tempat Menarik
Biasa-biasa kalau anda pergi sendiri ke luar negara, contoh paling mudah, Vietnam, semestinya mahu pergi ke Sungai Mekong atau Cu Chi tunnel. setiap hotel akan ada menawarkan pakej-pakej untuk pergi ke tempat tersebut, maka rajin-rajinlah mencari pakej murah dengan "survey" setiap hotel di situ. Tapi ini memerlukan masa dan tenaga, untuk makluman, setiap negara akan berbeza kaedah, ada perbezaan kos yang besar ada juga kecil.
kebiasaannya pakej di hotel yang berprestij tinggi harga agak tinggi berbanding pakej yang di tawarkan di hotel bajet biasa (tetapi pergi tempat sama, bas yang sama... cuma andaian... hotel mahal, orang duit banyak dan pakej mesti mahal)
note: MCo lebih suka tanya hotel dan driver2 taksi.
12. Nasihat Orang Tempatan.
Jika kita tidak buat kajian, tiada kawan yang pernah pergi ke tempat yang kita pergi, tiada kenalan social di Facebook, jika anda sudah berada di tempat orang tu, terutama di hotel, cuba-cuba lah bertanya apa-apa sahaja di hotel tersebut, dan minta cadangan ke mana perlu pergi, apa yang perlu buat, dan yang penting jika ada nasihat manfaat daripada orang tempatan, dengarlah sebab orang yang menipu ni akan menjanjikan yang manis-manis sahaja.
JIKA anda sesat, seelok-eloknya tanya lah kepada orang-orang yang boleh dipercayai seperti polis berpakaian seragam, kaunter-kaunter pertanyaan, atau mana kedai yang nampak berprestij... elakkan bertanya kepada orang-orang kebanyakan yang nampak meragukan.
note: MCo pernah terkena di Vietnam ekoran tak dengar nasihat orang tempatan..yang itu jangan naik beca walaupun dia tawar harga murah....
13. Perlindungan Insuran
Isu ini sepatutnya di awal sebelum berangkat, kalau boleh sekurang-kurangnya carilah mana2 syarikat insuran yang menawarkan insuran, samada insuran nyawa atau perubatan untuk ke luar negara.
note: MCo dah awal2 ambil smart medic..worldwide cover daripada MAA TAkaful, Pilihan yang bijak.
Tips: Kalau dah ada polisi insuran/takaful, atau mahu ambik polisi mana2 syarikat insuran/takaful, pastikan polisi tersebut dapat perlindungan di luar negara, jadi jika hal sedemikian, maka tak perlu lah ambik "travel insuran" lagi....
ada orang tanya, perlu ke ambik insuran ini?... jawapan MCo mudah sahaja, ia bukanlah perkara wajib tetapi, jika ada musibah, atleast ia membantu, sebenarnya banyak membantu.... sebagai contoh,,, (kalau boleh nak elakkan perkataan ini), jika berlaku kematian, kos pengurusan membawa balik jenazah itu dapat di ringankan....
14. Dana Kecemasan
Kalau boleh simpan lebih kurang 25% wang yang dibawa, untuk kecemasan, dan satu lagi waspada dengan airport tax, terutama Indonesia, Philipinas, sebab harga tiket mereka tidak termasuk caj airport, sebab itu pentingnya kajian terhadap sesebuah negara sebelum melancong.
note: biasa MCo aktifkan kad kredit, kadang-kadang berguna juga jika cash tidak cukup.
15. Keselamatan
Jika anda keseorangan atau travel alone, pastikan anda pergi ke tempat-tempat orang yang ramai, dan menjadi tumpuan, jangan berjalan seorang diri di tempat sunyi. berwaspada dengan penyeluk saku, kalau di UK, mereka ada skill dan bergerak dalam satu kumpulan yang tidak dijangka, Jika berada di dalam pengangkutan awam seperti bas atau keretapi, elakan letak barang berharga seperti camera di atas letak barang di atas kepala, elakkan tidur, atau anda dalam kumpulan kecil, jangan tidur semuanya. Jika berlaku kecemasan, laporkan kepada polis atau orang-orang yang dipercayai seperti MCo nyatakan tadi.
Untuk memudahkan, silalah belajar bahasa-bahasa mudah mereka yang penting seperti "meminta tolong".
Selain itu, jika anda berjalan-jalan di luar hotel, jangan lupa mengambil "business card" hotel tersebut untuk di simpan, "in case" jika anda sesat boleh lah guna business card tersebut untuk tanya polis atau taxi. (ini biasa-biasa bagi orang-orang yang tak hafal nama hotel atau di negara yang mempunyai bahasa penulisan sendiri seperti thailand, vietnam, china dll)
Tunai, elakkan letak tunai setempat, kalau boleh letak banyak poket, atau tinggal sedikit di hotel, jika anda sama pasangan, boleh lah agih-agihkan pembawaan.
note: MCo biasa lipat kecil2 duit tu letak dalam banyak poket, dan MCo bila di tempat orang, berlagak seperti dah biasa dengan tempat itu... yang penting jika driver taxi bertanya, "ini pertama kali datang?".. MCo jawab..ini yang ke3 sudah walaupun itu yang pertama kali sebenarnya.
16. Tetapkan Matlamat
hal ini hanya kepada orang-orang yang banyak duit bila melancong, kebiasaan MCo ni dah setkan dalam kepala. Disebabkan budget yang sikit, maka matlamat nampak jelas. yang menjadi kegusaran ialah, orang yang berduit. niat mahu beli souvenir 5 unit sahaja..tetapi duit banyak, jadi beli 10..lantas akan menambahkan berat bagasi.
Melancong sahaja, bukan untuk berhibur, tidak dinafikan di negara luar keadaan sosialnya sangat berbeza dengan Malaysia. so berhati-hati dengan kejutan budaya, mungkin ada yang teringin untuk berhibur. Mana tahu takut takut mahu masuk disko. Jadi kalau boleh elakan.
note: paling kelakar, MCo pergi ke Lao, masa banyak habis dalam bilik hotel tengok tv. Satu perkara yang MCo gemar ialah..tengok iklan tv di negara orang, unik dan kelakar, sangat berbeza dengan Malaysia.
17. Semasa di Airport atau mana2 Transit
Datang awal, kalau di Malaysia memerlukan 2 jam awal untuk 'check in'. tidak rugi kalau datang awal, sebarang kekalutan dapat di hindar, bergitu juga dengan boarding, kalau boleh awal 20minit daripada waktu yang di catat dalam "boarding pass".
selain itu, di nasihatkan semasa mahu boarding jangan sesekali nak menolong mengangkat beg orang lain, walaupun niat ingin menolong walaupun sekejap, kalau nak lebih kejam, jika ada orang kat depan, disebelah tercicir beg, jangan tunjuk baik untuk angkat dan bagi pada orang tersebut, walaupun mak cik mak cik, walau apa cara sekali pun, bukan sahaja beg, kotak, surat khabar, botol air, dll...sebab bimbang, barang yang tercicir itu mengandungi barang terlarang. Ini adalah pesanan berguna...
bergitu juga, kalau masa check in luggage kita, ada banyak baki lebihan luggage, tetapi ada orang disebelah nak tumpang, kalau boleh tolak dengan baik.
note: eeermmm.. banyak orang terkena tangkap kerana dadah gara-gara tolong orang,
18. Memberi Sedekah
Jika anda melancong ke negara yang boleh di kategori sedang "cuba" untuk membangun seperti Indonesia, Philipinas, Cambodia dll, jika ada kanak-kanak yang meminta sedekah, kalau boleh cuba elakan sebab, kelak anda akan diserbu oleh peminta-peminta sedekah lain.
note: MCo bukan kedekut, tapi kita pun pandai2 lah nak kontrol daripada diserbu.
19. Kenalpasti Taktik Penipuan
Seeloknya tanya orang yang pernah pergi ke sesuatu tempat, bagaimana orang tempatan menipu pelancong. Sebab dalam kes ini, kena perlu waspada terhadap taktik licik mereka dan modus operandi untuk memerangkap kita.
MCo lebih suka ambik contoh China... kalau melancong menggunakan pakej di sana, Kerajaan China telah tetapkan setiap pemandu pelancong MESTI membawa pelancong dibawah seliaan mereka ke sesuatu tempat tertentu..contoh kilang kain, atau mana2 kilang yang memasarkan produk buatan China...di sana, penjual dikatakan meletakkan harga yang tak masuk akal, dan pemandu pelancong kadang2 tidak dapat buat apa, sebab ia arahan, kata orang tempatan tawarlah barang mereka sehingga 80% atau penjual itu marah... awas jangan buat janji, kelak mereka akan datang kebilik hotel tuntut bayaran..
ada pelancong lain di tipu, penjual mendakwa asal dari Cheras, Malaysia, baru dapat anak pertama, jadi dia buat potongan istimewa jualan batu permata...tapi padahal ia palsu dan harga memang tak masuk akal.... Awas.
Note: MCo memang bukan kaki shopping...so buat tak tau je.....
20. Penginapan dan Perancangan Kewangan
Bagi yang pergi melancong sendiri tanpa menggunakan pakej, sebaik-baiknya pergi lah dalam lingkungan dalam 2 hingga 4 orang sahaja (atau gandaan daripada jumlah tersebut) tapi harus di ingat, semakin ramai maka semakin banyak masa akan di habiskan dalam sesuatu perkara..... orang kata paling ideal...dan yang betul2 ideal ialah 3 orang. sebab? 3 orang muat untuk 1 teksi...dan kos boleh di kongsi2... hotel,.. 1 bilik boleh lah muat untuk 3 orang...boleh juga di kongsi2... bagi sesiapa yang minat backpacker... ini ada sedikit tips..
pertama, backpacker akan kira "per head".... manakalah hotel di kira "bilik"...kena pandai dan tahu berapa caj yang dikenakan... contoh.. backpackerd... 1 orang RM100.... 3 orang akan jadi RM300. nilaikan pula bilik...jika 1 bilik RM200...maka bilik hotel adalah lebih ideal... (RM200/3 orang = adalah dalam RM69 seorang)...jika backpackerd RM100..tapi bilik hotel RM450... maka backpackerd adalah lebih ideal.
Note: MCo biasa ambil backpackerd di negara yang mempunyai taraf hidup tinggi....tapi tak sangka pula... duduk hotel rasa2 lebih murah....hehehe
21. Jangan Menerima Kiriman daripada orang tanpa mengetahui isi kandungan
Kiriman samada daripada luar negara masuk ke Malaysia, atau daripada Malaysia ke negara kita nak lawati. (biasa waris2 la kirim barang).. contoh anak belajar di luar negara. Amat bahaya kalau pihak berkuasa di negara luar tanya apa kandungan barang yang di bawa, tetapi kita tidak boleh jawab. Seelok-eloknya kita lihat apa yang dibungkus, bukan sekadar daripada mulut pengirim sahaja.
22. Universal International Adapter
Yang ni rasa-rasa ramai orang miss... tetapi ia penting, terutama yang bawa banyak gadjet.. handpone, camera, ipad..dan lain, dengan kata mudah ialah plug.. nak panduan..boleh lah MCo bagi contoh gambar di bawah ni...
Note: biasa MCo bawa extention wiyer..yang boleh sambung banyak selalu tu...
23. Kenalpasti apa yang perlu di bawa.
Kalau boleh bedak jangan bawa lah.... sebab serbuk-serbuk putih ini sinonim dengan dadah...
kalau bawa serunding, berhati-hati, biarkan bekas tu berlabel dan tertulis "kandungan" atau kaedah pembuatan...
note: kawan MCo pernah kena tahan ekoran dua benda ni.
24. Pilih Rakan Travel
Kalau boleh pilih yang satu kepala dengan kita, yang penting jangan pilih yang dah berumur, nak jalan sikit dah tak larat, atau yang pernah alami kecederaan terutama pada kaki.. kawan yang kedekut juga kalau boleh hindarkan... kawan tak tahan sabar, mulut banyak pun kena berjaga-jaga...
note: MCo dah ajak semua kawan yang ada dalam kategori bermasalah itu, akhirnya menyusahkan kita di tempat orang.... so better travel alone.
25. Telekomunikasi
Yang ni fokus utama ialah jika menggunakan smartphone.. pastikan data ditutup, kalau nak guna internet, gunanya kemudahan wifi di hotel2.. atau paling mudah ialah beli simcard di negara yang di lawati. pernah ada pengguna telco Malaysia pergi Dubai, lupa tutup data, dan dikenakan caj sebanyak RM42k... (woow boleh beli kereta myvi cash).
note: MCo kalau pergi negara orang... handphone buat flight mode je... wifi guna hotel punya, atau bawa handphone lebih, dan beli simcard negara di lawati, lepas tu buat hotspot.... eerm senang.
sebagai saingan sihat..boleh juga melawat blog lain2 di sini...---> http://hazanis.blogspot.com

Contoh Passport Kumpulan

bila keluar link ini ... isi kan no kad pengenalan...
selepas klik "semak".. paparan ini akan terpapar jika tiada halangan... so selamat mencuba...

Subscribe to:
Posts (Atom)