Nabira dalam Perubahan...
Sebelum ini MCo ada paparkan, yang Nabira MCo banyak perlu di "renovate"kan... hanya seketika, dan hanya sedikit.... dan selepas ini mungkin akan diperbaharui lagi.... jom jom tengok sikit...
Pandangan depan, gambar sebelah kiri, sebelum di sembur... nampak jelas....kesan tompokan, mungkin terkena batu atau cat tertanggal... dan gambar sebelah kanan... licin dan berkilat....tiada lagi kesan2 calar dan cat yang "lokoh".
Bumper depan, pandangan sisi sebelah kiri... bumper rendah yang selalu jadi mangsa kepada bonggol, dan divider....atau ketika naik "gong" yang tinggi....habis bercalar.... dan sebelah kanan, selepas di sembur.... tetapi tidak "perfect" sebab pin bumper sebelah dalam banyak yang patah...sebab itu, ternampak sikit tidak rapat...
Pandangan depan.... bezanya...gambar kiri di ambik siang... gambar kanan di ambik waktu malam... tapi yang pasti... kesan tompokan dan calar dah hilang....
Belakang...ermmm..gambar sebelum ini pernah di post dalam Facebook...yang mana bahagian ini, ada Pak cik bermotorsikal telah langgar aku dari belakang.... dan plat sekeping tu telah patah....dan MCo telah pun rebuild balik...tapi tak bersekesempatan untuk sembur...sementara waktu ini...MCo tidak miss untuk sembur sekali....
Skirting tepi sebelah kiri..... yang ini sebenarnya patah dan tercabut...di rebuild balik...dan ia sama macam gambar di atas tu.... sembur sekali...
walau apa pun, MCo dalam perancangan untuk sembur semua... kali ni, MCo habis RM450 untuk sembur 6 bahagian..1. bonet atas, 2. skirting depan. 3. skirting kiri. 4. bumper bawah belakang. 5. plate kecil tepi kanan. 6. penutup fuel....continue nanti "titir" (gelarang tukang sembur cat) mahu RM1000 untuk sembur keseluruhan yang masih tinggal tu...
...dan satu lagi.... warna ada sedikit perbezaan..jika diperhatikan secara teliti, semestinya akan nampak... dan nampak hodoh sikit sebab nampak "bertampung tampung..."...
apa2 pun..MCo sedikit berpuas hati dengan kerja2 penyemburan ini.....
dan tunggguuuuuuu untuk semburan seterusnya.....