Angeles City, Clark, Quezon City, Manila Teruja Yang Tidak Kesampaian
PERJALANAN YANG MEMENATKAN
MABUHAY - Selamat Datang...adalah sinonim bagi orang Filipino apabila menyambut tetamu dari negara luar ke negara mereka... Kali ini MCo tidak mahu bercerita panjang mengenai Philipinas ini kerana post yang sebelum ini MCo telah pun menceritakan serba sedikit berkenaan dengannya, Oleh kerana blog ini adalah blog peribadi MCo sendiri maka patutnya MCo ceritakan pengalaman MCo sendiri...
pada kali ini MCo ingin mengubah sedikit haluan dan kaedah penceritaan blog ini. Kali ini MCo menceritakan mengikut kronologi hari dan seperti biasa gambar-gambar memang sukar untuk menyusun secara kronologi...
jom apa lagi...biarlah MCo menceritakan perjalanan dahulu, pengalaman...dan kemudian akan di fokuskan kepada gambar-gambar, dan seterusnya penceritaan akan berdasarkan gambar-gambar tersebut...
Hari Pertama - 14 November 2012
bertolak dari LCCT Kuala Lumpur jam 8 mlm dan sampai di Airport Clark Philipinas jam 12.15 malam (15hb November 2012). sepatutnya teksi dari hotel (SunMoon Hotel) yang menjemput MCo tetapi malang pada malam itu, teksi tersebut tidak muncul. maka MCo terpaksa juga menaiki teksi di airport tersebut. kadar tambang biasa ialah 350-400 peso sahaja (rate tukaran sekarang 100peso = RM7.8). tetapi malam tersebut MCo dikenakan caj sebanyak 500 peso dan driver teksi itu minta di tambah lagi 50peso. Dan ini adalah pesan MCo, jika teksi hotel tidak datang menjemput, anda hendaklah terus pergi ke mana-mana teksi dan jangan tunggu guard airport tanya anda atau dia yang tolong cari teksi untuk anda, akibatnya mereka akan meminta tips dari anda...paling kurang RM10.
MCo sampai di SunMoon Hotel lebih kurang pukul 2 pagi. (jam di Philipinas adalah sama dengan Malaysia cuma keadaan waktu yang berbeza, contoh pukul 2 pagi di sana, kalau di Malaysia mungkin pukul 4 pagi).
Hari Kedua - 15 November 2012
Daripada hotel melintasi JJ Botdal terminal, Holy Terminal dan C.point terminal (semua terminal tersebut ialah terminal bagi jeepney)...naik Jeepney menuju ke Terminal bas Malabacat Dau, seawal pagi dalam pukul 7 (waktu tempatan) kalau malaysia mungkin dalam pukul 9 pagi, MCo difahamkan di sini matahari muncul jam 5 pagi dan terbenam jam 6 petang.
MCo bertolak dari Mabalacat Dau bas terminal menuju ke Cabao iaitu wilayah pinggir bandar Manila. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih bergantung pada keadaan traffic.
Di dalam bas, MCo sempat berkenalan dengan seorang perempuan ni, nama Liza, dan MCo tanya lah serba sedikit pasal Manila, di mana nak pergi shopping... dia kata, Farmer Market, Gate way mall dan etc etc...dan dia ni pernah datang ke Malaysia, Kuala Lumpur.
sesampai di Cubao, MCo check in hotel (Cliks hotel) dalam 900peso.
Selepas Check in, dan selesaikan segala urusan (mandi dan solat), MCo pun terus berjalan-jalan menuju ke Farmer Market, Gateway mall, dan mall mall yang lain...tujuannya satu sahaja..iaitu mencari barang-barang yang mempunyai "trademark" philipino atau manila.... tetapi tak jumpa.
Ulasan MCo: Bandar Cubao penuh dengan traffic jem, bunyi hon, ramai orang lalu lalang, bandar sedikit kotor, tetapi kiri dan kanan jalan penuh dengan gerai-gerai jualan, tetapi tiada satu pun gerai yang menjual yang MCo cari.
Pada sebelah malam nya, MCo masih tidak berpuashati, MCo berjalan-jalan lagi mencari apa yang MCo inginkan, sehinggalah MCo terjumpa Diamond Mall, di situ lah MCo terjumpa seorang peniaga yang membuat MUG..oleh kerana MCo buntu untuk mencari barang-barang yang ada trademark Philipino..maka "mamat" ni lah yang jadi mangsa buat MUG yang ada trademark Philipino..sambil-sambil dia melukis, MCo bertanya lah apa yang MCo inginkan... dan dia (nama dia Benji), barang-barang yang MCo inginkan tu, banyak dijual di wilayah lain, iaitu Manila itu sendiri iaitu Divisoria.
Hari Ketiga - 16 November 2012
seawal 7 pagi MCo, mengikut panduan yang diberikan oleh Benji, MCo naik MRT daripada stesen Araneta Center - Cubao, dan turun di hentian terakhir iaitu Recto (stesen-stesen yang di lalui ialah - Betty Go-Belmonte, Gilmore, J.Ruiz, V.Mapa, Pureza, dan Legarda). sampai di hentian Recto, MCo terpaksa ambik Jeepney pula untuk ke Divisoria.
Sepagi MCo berjalan-jalan mencari barang-barang yang MCo inginkan..tetapi semuanya hampa.
Hendak atau tidak, MCo terpaksa balik dengan tangan kosong, hanya satu lagi harapan, iaitu di Angeles City.
Daripada Divisoria, sekali lagi MCo memperjudikan nasib naik Jeepney yang tidak tahu hujung pangkal nya, kali ini tidak tahu sesat atau sesat, semua ikut gerak hati, apabila melalui sesuatu jalan, MCo terpandang hentian MRT Recto, maka MCo pun turun, dan mencari stesen bas untuk pulang ke Angeles City/ Clark..
Rabbit bus Terminal. tambang 150peso.
MCo sampai di Clark tengahari, Sekali lagi MCo mempertaruhkan nasib dengan naik Jeepney, tapi kali ini MCo silap, tersasar jauh dari laluan sebenar, ini kerana nasib baik MCo menyimpan resit deposit hotel, dan alamat resit tersebut MCo bertanya pada orang.
Perjalanan yang memenatkan, dahlah makanan halal susah, dan nak berkomunikasi pun ada yang tidak tahu berbahasa Inggeris.
dipendekan cerita, MCo akhirnya sampai jua di hotel yang sepatutnya MCo menginap. Selepas Check in, waktu petang MCo berjalan lagi mencari-cari barang yang MCo inginkan...
Barang yang MCo inginkan hanya dua. iaitu baju yang ada cop " i love manila" atau seangkatannya, dan magnet peti sejuk.
hinggalah MCo terjumpa dengan satu kedai, di mana hanya di situ sahaja jual baju yang MCo inginkan tetapi malangnya.. hanya ada "hardrock cafe - Philipine" dengan bilangan yang terhad, warna yang terhad, dan hanya ada 1 saiz sahaja iaitu L. nak tak nak, MCo beli juga.
....dan dari penjual itu, MCo bertanya berkenaan dengan magnet dan baju "i love manila", dan dia kata perlu pergi ke SM Mall. iaitu salah satu Mall terbesar di Angeles City.
Errmm di pendekan cerita, di Mall tersebut, bahagian Department store di sudut "kultura" baru lah MCo terjumpa apa yang di inginkan tetapi masih tidak memenuhi specifikasi, tapi apa boleh buat, hanya itu yang ada.
Malam:
MCo pusing-pusing melihat suasana malam di Angeles City, di mana di katakan pekan koboi tinggalan tentera amerika pada masa dulu.
kegiatan pelacuran berleluasa, pub, disco, girl show, pusat beli belah jalanan, dan macam-macam lagi, dan yang pasti pekan ini sentiasa di penuhi orang.. dan mungkin yang paling "famous" di Walking Street, di mana kiri dan kanan jalan di penuhi pub di mana penyambutnya ialah gadis2 seksi...
di fahamkan, pelancong dari barat yang menjadi tarikan mereka, kalau setakat muka MCo asian ni, mereka tidak lah layan. malam tu MCo habis pusing2 dalam pukul 11.30 malam, lepas tu MCo balik ke bilik dan tidur.
Hari Keempat - 17 November 2012
Hari terakhir, tidak ada sebarang aktiviti, oleh kerana penat berjalan, MCo habis masa dengan tidur pada pagi tu, dan jam 12tengahhari, MCo dah pun bertolak ke Clark airport.
Check in, dan terbang jam 4.15pm dan sampai ke LCCT jam 8 malam.
dan cerita seterusnya, adalah lebih memfokuskan kepada gambar-gambar, dan seperti lepas-lepas, mungkin gambar tidak sepenuhnya mengikut kronologi. apa-apa pun enjoy your photo trip..weeeii...
sebelum bertolak ke Philipines MCo mencari sedikit informasi mengenai Manila dan Philipine tetapi tak banyak membantu, sebab informasi yang di cari itu cuma sedikit terdapat dalam buku tersebut.
seperti yang lepas-lepas dan sebagai Trademark, Departure Declaration dan passport sebagai dokumen pengesahan yang kita akan memasuki sesebuah negara.
Lorong yang menuju di Mana Hotel MCo menginap (SunMoon) dan hotel ini MCo book melalui internet dan MCo sendiri tidak tahu keadaan persekitaran bergini, dan gambar ini di ambik pada 15hb pagi sebelum kami bertolak ke Manila.
Salah satu pengangkutan di Pekan Angeles City, ada sesetengah tempat menggunakan basikal tapi rekabentuk tetap sama, motor taxi, dan di fahamkan bahawa ia hanya untuk pengangkutan penumpang untuk jarak yang dekat sahaja. Kadar tambang bergantung pada "sedap mulut" pemiliknya. kebiasaannya dalam 50 hingga 200peso.
Salah satu jalan yang terdapat di Angeles City, dan waktu ni ialah pagi dan jalan ini akan menjadi bertambah sibuk menjelang petang hingga malam.
MCo menuju ke Jeepney Terminal untuk ke Dau Bus Terminal di Mabalacat Dau. perjalanan dari hotel ke Terminal ni lebih kurang 10-15minit jika tahu direct point.
Inilah bentuk salah satu Jeepney yang terdapat di Philipinas...dan ia sangat-sangat "colourful" bagi jeepney-jeepney yang lain. Ia dikatakan Jeep yang digunakan oleh tentera amerika dahulu dan diubah suai menjadi pengangkutan awam, dan di Manila ini ada Kilang Khusus untuk pembikinan dan pengubahsuaian Jeepney ini.
Kebiasaannya jalan-jalan di Philipinas ini dipenuhi dengan 2 kenderaan awam ni.. motor taxi dan jeepney, kalau ada kereta persendirian pun, toyota dan nissan dan ia agak kurang.
Jeepney menuju ke Mabalacat Dau Bus Terminal, kadar tambang yang dikenakan hanya 8peso per person. sangat murah, dan adakalanya satu jeepney boleh memuatkan sehingga 20 orang dan bergantung kepada kebesaran dan keluasan jeepney itu sendiri.
Suasana di dalam bas, Op MCo sebenarnya tersilap naik bas yang tiada aircond, dan caj yang dikenakan kalau tidak silap hanya 80peso, dan kalau bas ber air-cond 140peso per person. seperti yang diceritakan sebelum ini, masa yang diambil (plus minus) 2 jam daripada Dau Terminal ke Cubao, Manila. Suasana bising, panas dan tidak selesa sudah kalis bagi MCo yang travel persendirian seperti ini.
Hendak dijadikan cerita, MCo memang buntu untuk ke mana-mana bila di Manila, kebetulan di dalam bas, sebelahan kerusi MCo berkenalan dengan seorang ni.. namanya Liza (pernah datang ke Kuala Lumpur). dan dia lah yang bagitahu berkenaan Philipinas, dan dia sudi beri informasi jika MCo minta. (no tel Liza untuk rujukan: 970606250936+ (perlu diterbalikan) mungkin untuk rujukan akan datang, tapi dia henti di Bocaue manakala MCo terus langsung ke Cubao dan jarak perjalanan antara tempat itu mengambil masa lebih kurang 30minit.
Philipinas juga mempunyai tol cuma yang bezanya, tolnya lebih murah berbanding kita.
Ini adalah lorong kaki lima bangunan, di mana dipenuhi dengan gerai-gerai kecil yang dipelopori oleh warga tempatan, gambar ini dirakamkan oleh MCo setelah turun daripada bas, (di fahamkan bas tidak dapat masuk sepenuhnya ke terminalnya kerana jalan jem so pembantu pemandu meminta MCo turun di tengah jalan sahaja)
Berginilah keadaan jalan yang penuh dengan bas, dan cuba bayangkan bas yang MCo naiki ialah bas yang berwarna putih disebelah kanan itu, dan di sekitar itulah MCo di minta turun, sebab jika tunggu, mungkin ambik masa lagi 30minit untuk sampai ke Terminal bas,
Salah satu bentuk Jeepney yang terdapat di bandar Cubao, Quezon City.
..Dan lagi...jalan menuju ke hotel yang MCo akan menginap... Jeepney, pejalan kaki, dan tiang MRT dan sebelah kiri masih terdapat penjaja-penjaja kaki lima.
Stesen MRT, Taxi, dan Jeepney semuanya jalan menuju ke hotel tempat MCo menginap.
Gambari ini MCo snap daripada bilik hotel MCo menginap. waktu ini lebih kurang dalam pukul 11 pagi waktu tempatan.
Pandangan daripada tingkat 5 hotel Clixs di mana MCo menginap.
Selepas Check in, MCo bersedia untuk "explore" bandar Cubao, Quezon City ni... tinggal kunci dulu beb... tapi sebelum tu.....
..... minta password dari receptionist hotel ini dulu untuk wifi.. password MCo nak dedahkan iaitu "jackjack" heheehe.... online seketika sebelum berlepas pusing pusing.
one nice shoot from MCo, joomm ready to explore...
so first step MCo need to go Farmer Market. need to find the way to go there... heheehe MCo tidak tahu ke arah mana untuk di tuju, oleh itu seperti yang lepas-lepas MCo akan ikut sahaja gerak hati, gerak rasa dan kaki melangkah, tujuannya satu, untuk cari kedai atau tempat yang menjual barangan yang ada trademark philipinas.
....hehehe one of MCo's trademark, bank di mana-mana sahaja MCo pergi. Philippine National Bank, dan di sini bermacam-macam lagi bank yang ada, tapi bagi MCo, trademarknya ialah, yang mana MCo nampak dulu, maka itulah MCo akan snapkan.
MCo bergambar berlatar belakangkan PNB, sekurang-kurangnya MCo ada bukti yang gambar di atas tu MCo sendiri snapkan dan bukan di ambik dalam google..hehehe
MCo bergambar berlatar belakangkan pokok krismas gergasi, dan sebelah kiri ialah Gate way Mall, yang mana salah satu pasaraya yang dicadangkan oleh Liza (yang MCo temu dalam bas semasa menuju ke Cubao) untuk mencari barang-barang yang ada trademark Philipinas, tetapi malangnya tidak jumpa, oleh itu MCo berpatah balik ke tempat di mana MCo mula-mula turun dari bas setibanya MCo di Quezon City ini.
Setibanya di tempat permulaan MCo sampai, masih tidak terdapat apa yang di cari, tapi lain yang dijumpai... apa yang MCo ingin kongsikan di sini, semuanya bebas dan tiada sekatan, termasuklah papan iklan ini.
.....dan ini, salah satu barang yang haram jual di Malaysia tetapi di sini sangat berleluasa oleh penjaja-penjaja kecil kaki lima.
Suasana jalan yang jem...perjalanan MCo yang mencari-cari tempat jualan....waaaaaaa penat giler masa ini, tapi nak tak nak.... pencarian perlu di teruskan... hari yang suram, sekejap hujan dan sekejap panas.
gambar ini di ambil daripada atas jenjatas di mana menunjukan hotel di mana MCo menginap dan di tepi-tepi itu adalah penjaja kaki lima, yang mana gambar yang MCo snapkan pada awalnya. (klik gambar untuk besarkan)
Di dalam Farmer Market...hehehe terbayang aku keadaan di dalam Queen Victoria Market di Melbourne dulu...pasar ni bukanlah jual barang kraftangan Philipinas tetapi barang-barang keperluan harian warga tempatan.
Keadaan luaran Farmer Market.. kalau kat Malaysia mungkin dikategori sebagai pasar tani kot.
Telatah seorang kanak-kanak dengan haiwan peliharaannya, tapi orang lain tak boleh dekati monyet tu sebab monyet tu akan bertukar dan bertindak kasar. (dan budak ni dah pun pandai merokok).
Jalan di tepi Collusium Quezon City.
Same like Melbourne road...hehehe...salah satu jalan yang lengang yang terdapat di Quezon City.
6 gambar di atas tu ialah gambar diluar lobby hotel di mana MCo menginap, eermm biarlah MCo ceritakan serba sedikit berkenaan gambar di atas tu, hotel di mana MCo check in ialah Clixs Hotel, dan masa pertama kali MCo bertanyakan bilik, receptionist di situ bertanya berapa jam mahu? MCo agak kehairanan, tapi MCo kata mahu 1 hari. selepas check in, MCo menuju ke bilik, MCo dapati bilik-bilik bersebelahan bilik MCo tu, ada terbuka tapi tiada penghuni, dan ada tertutup. Di pendekkan cerita, semasa MCo di ruang lobby hotel.. MCo dapati ramai pasangan "couple" keluar masuk dan check in hotel dalam masa 1 jam, 2 jam, malah 30 minit pun ada..silih berganti, maka dari itu lah MCo mula faham, dan gambar-gambar di atas tu, antaranya ialah pasangan-pasangan kekasih yang tunggu bilik kosong untuk di check in, namun tidak semua, sebab sebelah hotel MCo menginap tu terdapat 2 pusat hiburan, satu ialah seperti family bar, dan satu lagi tempat girl show.
MCo beratur untuk membeli tiket ke Recto daripada Araneta Center-Cubao station.
Map laluan dan ibukota Manila, dan sepatutnya MCo menginap di kawasan yang berwarna perang tu, dan di situ lah sebenar-benarnya pusat ibukota Manila.
Satu snap untuk kenangan, MCo yang berlatar belakangkan MRT.
Sama seperti LRT di Malaysia.. map laluan MRT. MCo daripada Areneta Center-Cubao ke Recto.
Suasana di dalam MRT, masa di Stesen Areneta Center tu, sangat ramai orang, sampai MCo pun tak selesa.. dan gambar ini di ambik di hentian Pureza. agak kurang sedikit orangnya.
Tiket MRT, masih sama dengan Malaysia LRT Ticket.
Laluan keluar daripada MRT.
snap 1 map untuk panduan, sebab apa MCo snap? because MCo terperasan ada satu bus terminal (Bus Rabbit Terminal), yang mana bas untuk ke Angeles City.
Daripada Recto Stesen, MCo perlu naik Jeepney untuk ke Divisoria, MCo pergi ke sana adalah semata-mata untuk mencari barang yang MCo inginkan itu. Eeermm ini adalah salah satu Jeepney yang menarik perhatian MCo, very colourful.
Terbaik untuk kenangan..hehehe
Divisoria Area, bandar dengan jalan yang berlumpur, dengan penuh penduduk yang lalu lalang samada nak pergi kerja atau membeli belah.
Suasana di Divisoria, waktu masa ini lebih kurang 8 pagi waktu tempatan. selepas pusing-pusing hampir 2 jam, tiada satu pun barang yang MCo hajati dijual di sini. lama kelamaan, baru lah MCo faham bahawa semua kawasan yang MCo pergi ini adalah bukanlah fokus sangat pada pelancong, tetapi lebih fokus kepada warga tempatan, dan rata-rata orang yang berada di sini tidaklah arif berbahasa Inggeris.
Lagi gambar yang mengambarkan suasana di Divisoria.
4 gambar di tugu Andres Bonifacio (1863-1897)
2 keping gambar di Tutuban Market. MCo difahamkan bahawa di sinilah pusat untuk shopping bagi para pelancong, oooh jadi dalam fikiran MCo ia seperti Centre Market di Kuala Lumpur, malangnya waktu itu jam 9 dan Tutuban Market ini buka jam 10. 1 jam juga MCo tunggu disitu................tapi..bila dah buka, malang sekali lagi bagi MCo, sebab barang yang MCo cari tu masih lagi tiada di situ..dan MCo memutuskan inilah "mall" terakhir MCo masuk, setelah banyak "mall" MCo jelajahi. Dijadikan cerita, kenapa bergitu banyak mall MCo masuk dan keluar? sebabnya, setelah masuk satu mall, MCo bertanyakan barang yang MCo mahukan, then si penjual tu kata, "oh barang tu tiada di sini, tapi ada di jual di Mall A"..bila pergi ke Mall A, orang di situ kata ada jual di Mall B, orang di Mall B kata, ada di jual di Mall C, orang di Mall C kata ada di jual di Mall D, akhir sekali orang di Mall Z kata, barang tu ada di jual di Mall A. pening pening...
Dahaga...pekena air yang dijual berdekatan dengan Tutuban Market, eermm air kelapa, halal di minum.
Lagi gambar tugu Andres Bonifacio.
Berehat seketika sementara menunggu Tutuban Market buka, dan berlatar belakangkan tugu Andres Bonifacio.
Banyak sangat Syiling dalam poket, dan kali ni beli air dengan syiling...1 peso, 5 peso, dan 10peso..oooh 10cent peso pun ada. tapi MCo dah lupa berapa satu air tu..
Tiada apa yang menarik di sini...cuma MCo saja nak berkongsi sedikit berkenaan pasaraya atau mall di sana.. setiap mall atau pasaraya Philipinas terutama tempat MCo jejaki di Philipinas ni termasuk di Angeles City, Clark, Mabalacat, Cubao, Divisoria dll mempunyai kawalan keselamatan yang ketat, seperti nak menaiki pesawat, dan setiap beg di periksa, walaupun tak lah terperinci, namun apa yang dilihat itu, membuatkan MCo malas untuk masuk masuk masuk dan masuk setiap pasaraya tetapi apa boleh buat, dan gambar di atas tu adalah salah satu kawalan keselamatan yang sedang memeriksa seorang pelanggan yang nak masuk ke pasaraya.
Lagi gambar MCo berlatar belakangkan Jeepney.
Tiket, daripada Divisoria Manila ke Mabalacat Dau Bus Terminal, tambang dalam 140 peso dan jarak perjalanan masih sama 2 jam, dan kali ini MCo menaiki bas yang ber air-cond.
..Dalam banyak-banyak jeepney yang MCo naiki, inilah satu-satunya Jeepney yang MCo silap naik. Sepatutnya, MCo menaiki jeepney yang bertulis Mabalacat to Holy Terminal, tapi MCo naik Mabalacat Dau to Angeles City, dan jeepney ini membawa MCo terus di kawasan agak pinggir dari pusat bandar, dan sekali lagi MCo ambik jeepney dan terus pergi ke Terminal utama jeepney...berpandukan resit deposit hotel, baru lah MCo dapat mencari hotel yang MCo menginap di Angeles City ini dengan menaiki motor taxi.
Paccor..MCo difahamkan ialah pusat judi utama di Angeles City.
Pandangan daripada bilik hotel MCo, (Euro Tour International Hotel). dan di dalam gambar tu, kelihatan Jeepney Holy Terminal.dan kelihatan juga seperti setinggan.
Jalan-jalan cari barang, so ternampak "signboard" ni..dan terus snap 1 keping.
Akhirnya............................................................. MCo bertemu juga barang-barang yang MCo inginkan itu, di Angeles City, SM Mall. dekat dengan hotel di mana MCo menginap.
Keadaan dan suasana di waktu malam dari pandangan bilik hotel MCo, dan Holy Terminal.
Suasana malam, MCo sempat merayau-rayau di pekan koboi Angeles City, Walaupun MCo tidak tahu di mana kah sebenar-benarnya pusat bagi tumpuan pengujung ke Angeles City ini. sebab apa yang MCo tahu, Angeles City ini sinonim dengan pekan koboi tinggalan tentera amerika dan sekarang ia lebih dikenali sebagai tempat hiburan semata-mata, seperti pub, dan disco.
...Dan apa yang MCo ketahui ialah Walking Street ini.. salah satu laluan atau tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung di Angeles City, yang mana di sini sangat-sangat terbuka, dan menayangkan gadis-gadis seksi kiri dan kanan laluan, di mana gadis-gadis ini di ibaratkan penyambut tetapi ke pub pub mereka.
Salah satu gambar yang sempat MCo snap di dalam kawasan Walking Street, yang di penuhi pub dan dihiasi dengan lampu lampu neon yang berwarna warni.
Bergambar di penghujung Walking Street.
Pub ini terletak di belakang Walking Street... MCo lalui kawasan ini kerana, siang tadi MCo terperasan sebelah pub ini terdapat deretan gerai yang menjual pakaian....
....dan 2 gambar di atas tu adalah antara penjual yang menjual pakaian di situ, dan orang ini muslim, di fahamkan gerai-gerai di tepi dia berniaga tu, bercampur antara muslim dan christian. sambil-sambil itu, MCo sempat bertanya pasal restoran halal, dan dia meminta anaknya menunjukan restoran tersebut... heheehe terkejut juga, restoran arab, halal terdapat di tengah-tengah Walking Street, betul-betul di hadapan.......
...di hadapan sebuah pub The Genesis.... yang mempunyai penyambut tetamu yang seksi...
...selepas makan, MCo mahu pulang ke hotel, rasa-rasanya sudah penat, jam pun dah menunjukan hampir pukul 11 malam....so bergambar terakhir di pintu gerbang Walking Street.
Ahaaa...sempat spot satu nabira putih di tengah-tengah kesibukan pekan Angeles City ni....
salah satu pub yang sempat MCo snap...
Sebelum masuk tidur.... oleh kerana kaki pun penat.. maka MCo pun buat keputusan untuk urut kaki dahulu..harap-harap dapat hilangkan rasa sengal-sengal pada kaki tu...caj sekali urut kaki ialah 350peso.
17 November 2012. taksi yang membawa MCo ke Airport...american style...pemandu di sebelah kiri....
SM City Mall, di mana tempat MCo membeli barang yang ada trademark Philipinas, gambar ini di ambil ketika di dalam teksi menuju ke airport.
Jalan yang menuju ke lapangan terbang Clark...Desponado airport (kalau tak silap ejaannya) hehehe...
Mungkin airport yang ada sekarang ini adalah airport tinggalan tentera udara amerika dahulu.....
....Di dalam terminal. selepas melepasi pintu masuk yang di scan...ada lah satu guard ni...nampak dia terlampau ramah sangat...sehingga borang customs MCo pun dia nak tolong isi kan.. dan MCo akui, dalam ramai-ramai MCo temui di Philipinas ni..dia lah yang paling ramah...hahaahah..... akhirnya MCo pun bagi lah RM5 kepada dia sebagai cenderahati.... Selamat (terima kasih) dalam bahasa Tagalog.
jom..bergambar sebelum berlepas di dalam Clark Airport...
suasana di dalam airport, ada juga jual cenderahati...tetapi sedikit mahal lah...aaaahllllaa normal lah ..
zoommmm out... zooommm in... one of MCo trademark.. bye bye tanah Philipinas....
Pengakhiran tanah Philippine dan kelihatan seperti tanah tinggi......... ermm sedikit nasihat kepada yang suka jelajah Philipinas tanpa menggunakan pakej seperti MCo ini...sebaik-baiknya carilah sedikit informasi berkenaan tempat yang patut, dan yang tak perlu dikunjungi...apa yang MCo dapat dari jelajah MCo ini, MCo perlu lebih banyak mencari info berkenaan tempat ini. Untuk panduan akan datang...MCo lebih gemar berkongsi tempat-tempat yang patut di kunjungi jika di Philipinas ini ...iaitu....Manila, Makati City, passing to Forbes Park, view the American War Memorial, Cultural Center of The Philippines along Roxas Boulevard, Hispanic Past, Drive Through the San Agustin Church, Casa Manila, Manila Cathedral, Fort Santiago, Handicraft Center, dan jangan lupa.. Tagaytay..... Taal Lak, Taal Volcano, Bamboo Organ...dan yang utama Jeepney Factory.....heheheehe...so apa-apa yang MCo tulis itu, hendaklah cari info berkenaan dahulu supaya tidak ketinggalan dan jauh tersasar dari target. wasalam...
Tanah pengakhiran Philippine............

Add captisson |