Thursday, December 29, 2011

BERAKHIRNYA 2011 DALAM KENANGAN -FOR REVIEW

Setelah 6 tahun MCo meninggalkan penulisan di diari... dan dengan kewujudan blog peribadi MCo ini, maka setiap penulisan di diari tidak lagi menjadi rahsia, malah banyak topik yang di bicarakan adalah terlampau umum dan nurkilan peribadi MCo sendiri.
rasa luahan yang mendalam dan perbagai penyampaian tidak perlu mengubah setiap pembaca di laman peribadi MCo ini.
errmm Tahun 2011 penuh kenangan, samada manis, pahit, suka, duka, menangis, ketawa, senyum, melompat, berjalan, kejam, baik, soleh, tragis, menakutkan, sombong, ketakutan, kekesalan, persahabatan, kasih sayang, istiqamah, dilindungi, rangsangan, hebohan, duduk, menyanyi, persahabatan, pembohongan, ingin disayangi, sedih, kedepan, melenting, geram, dan dan dan dan banyak lagi yang tak perlu di ungkap satu persatu....
di awal tahun tahun 2011...
JANUARI.
jentera tubuh badan MCo ini dipenuhi dengan kerja kerja.. cuma pada minggu pertama, ketiga, keempat, dan kelima... MCo berksempatan ke Kuala Lumpur samada drive atau airasia.
FEBRUARI.
pada minggu terawal tahun ini, MCo serta rombongan cikgu ke Tanjung Balai Indonesia. minggu ke dua ke Penang, Minggu ke 3 ke Kuala Lumpur lagi...dan minggu ke 4 ke Kuantan dan Gambang water park. dan pada bulan ini juga lah... MCo genap pada usia 34tahun dalam tahun Masihi, tetapi jika di bandingkan dalam tahun hijrah, umur MCo mungkin dah menjangkau lebih 2 tahun...mungkin umur MCo sekarang mencecah 36 atau 37tahun.
MAC
bulan ini nampak sibuk kerana, urusan kerja yang terlibat dengan pembukaan tadika iaitu Tadika Mutiara Permin (nama yang diberi pada bulan November). dan hanya minggu ke 3 MCo ke KL.
APRIL
kerja seperti biasa..nothing special.. or i miss something to write down..ahaak... tapi time ini masih sibuk dengan penubuhan tadika dan pekerja ladang dari Indonesia. tetapi akhir bulan, sempat juga MCo ke Hadyai Thailand... tapi ini adalah rombongan atau convoy club kereta... www.mychevyclub.net
MEI
eermmm... sudah mencecah pertengahan tahun... minggu pertama, MCo bersama 2 orang kawan melancong ke GoldCoast, Australia, cuma 4 hari 3 malam.. itu pun tak lah cukup tidur....dan minggu ke 3 sekali lagi MCo berangkat ke luar negara iaitu Vientiane, ibu negara Laos... aaahaak. MCo pun tak terjangka boleh sampai ke negeri ini, boleh di katakan masih kebelakang daripada Malaysia...tapi masih seronok dengan panorama. dan pada bulan ini juga lah..hubungan MCo dengan kakitangan PMINT lebih erat, memandangkan MCo dah mula join banyak aktiviti yang di anjurkan oleh SEDC tersebut, seperti "program candat sotong"..sebelum ni kacau asyura, jamuan, dll.
JUN
awal bulan MCo pergi ke penang...tapi sudah lupa apa tujuan, tapi yang pasti, kalau ke Penang tidak lain dan tidak bukan adalah pergi ke rumah adik berdekatan USM. pada bulan ini pada minggu ke 3 sekali lagi MCo ke KL...tapi urusan peribadi...dan urusan kerja.... dan akhir bulan sepatutnya MCo akan berangkat ke Tiajin, Beiljin China, tetapi terpaksa di batalkan kerana masalah Visa. ini berlaku kerana ada kesilapan teknikal, dan last minute, ini terjadi pada perancangan awal adalah 2 orang akan pergi, tapi last minute ada penarikan diri. so MCo terpaksa hadapi keseorangan, malangnya terpaksa dibatalkan atas faktor visa yang tidak mendapat kelulusan segera. maka dengan itu, MCo telah kerugian dalam pakej ini. tiket dan penginapan di China.
JULAI
bulan ni.... akhir bulan cuma ke KL dengan family.... this is 1st time they fly with airasia...
OGOS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...