Tuesday, November 29, 2016

CAMERON HIGHLAND PAHANG

Sehari di Cameron Highland, Pahang

Cameron Highland (CH) memang jadi tumpuan orang-orang Malaysia khususnya yang lebih fokus kepada Panorama yang nyaman dan damai... dan itulah kali ini.. Geng Nabira Terengganu buat trip ke CH ini, tetapi malangnya, semua tarik diri, tapi oleh kerana prinsip MCo, bila dan plan, kena pergi juga.. tapi di temani oleh sebuah lagi Nabira ialah Kadri. 2 buah kereta la. Kadri sefamily, manakalah MCo di temani oleh 2 orang anak saudara (Niece dan Nephew), dan seorang rakan Farress.

Seawal 8 pagi bertolak, melalui Tepoh, ke Pengkalan Gawi, Gua Musang, Felda Aring, Loging dan Cameron.. perjalanan sejauh 330km yang memakan masa hampir 5 jam. Keadaan jalan nak kata tak elok, tak juga... tapi itu lah jalan terdekat daripada kuala terengganu.

 Ladang Tea di Cameron Highland.


The Cameron Highlands is situated in Pahang, West Malaysia. It is approximately 85km from Ipoh or about 200 kmfrom Kuala Lumpur. The retreat has a diverse population of more than 43,000 people.

The Cameron Highlands is one of Malaysia’s most extensive hill stations. It covers an area of 712km², about the size of Singapore, At an elevation from 1135m to 1829m above sea level, it is also the highest point in Malaysia accessible by road with Gunung Brinchang 2031m above the sea. During the day, the temperature seldom rises above 25°C; at night, it can drop to as low as 12°C.
A tea plantation at the Cameron Highlands
There are four main roads into the area: two to the west, to Ipoh and to Tapah; and two to the east, to Gua Musang and Kuala Lipis.
The towns lie in a string of settlements approximately 25km long. From north to south these are: 

 
Map sekitar
Cameron Highland
Map dan Perjalanan/ drive daripada Kuala Terengganu ke CH.. ini lah satu-satunya jalan pintas, dan paling dekat.... perjalanan dalam 5 jam jika non-stop.

Gambar secara Rawak/Random

Salah satu masjid yang berada di Brichang tu, kebetulan masa MCo pergi tu... hari Jumaat dan waktu sampai pun waktu nak solat, maka ambik peluang solat Jumaat sini lah.
sempat lah MCo bergambar selepas solat Jumaat di sini....
Ladang Tea di Valley Tea...atas sikit daripada Tanah Rata, tapi tak sampai lagi ke Ringlet.... hanya tepi jalan besar... jadi amat mudah nak sampai sini..
lain2 sudut ladang tea ini....  bentuk ladang dan pokok bukan sengaja cutting macam tu... tapi oleh kerana setiap di "tarah" ambik pucuk untuk buat teh.
apa-apa pun.. walaupun pihak ladang membenarkan orang ramai untuk masuk dalam kawasan ladang Teh...untuk bergambar, namun kita tak boleh sewenang-wenangnya gatal tangan untuk petik daun-daun teh.
Bergambar di tangga nak ke ladang teh.... kira tinggi juga... tengok lah kalau dah tak larat nak turun tangga ni... maka jangan berangan nak mengharumi ladang teh yang luas tu..apa tah lagi nak berkerja sebagai pemetik daun teh...hahaha
Panorama indah di waktu petang Valley Tea, Cameron Highland.... kalau waktu pagi, rasa-rasa lagi cantik...
jom....
berlatar belakangkan pokok pokok tea... memang menyegarkan... memang sesuai untuk datang bersantai... nak jiwa tenang...tapi kalau berbolok dengan ramai orang... tak best juga.

Bersama dengan Niece dan Nephew... Nini dan Adek.... ni kira MCo pun first time di CH ni.... kira ok lah... datang sini kos dia tak tinggi mana berbanding dengan pergi Langkawi.

bersama Farress yang teman MCo ke CH ni....


bergambar berlatar belakangkan panorama ladang teh. Valley Teh.
kalau di Cameron apa lagi kalau tak sinonim dengan Teh... dan ladangnya....
MCo di salah satu tempat untuk memetik Strawbery...
bergini lah tempat nak petik strawberry tu... kalau orang 1st time nak petik, jangan imaging ladang yang besar sebagaimana taman bunga tulip tu... ini sahaja...sama sahaja di sekitar Cameron Highland ni.
.. tapi masa kami pergi tu... buah dah habis di petik, kami pergi petang tu... hujan pula... dan bukan musim berbuah kemuncak pada bulan November ini.
"Ladang" Strawberry...
Pasar Malam Brinchang.... antara tempat yang mesti di lawati/di kunjungi jika ke Cameron Highland.... banyak produk Cameron di jual di sini, biasa lah kalau MCo pergi ke Pasar Malam, yang utama fokus cari makanan ja.... atau handmade yang local punya... tapi jarang lah... fokus makanan dulu....
Strawberry ranum dan masam masam manis.... fresh punya... kata penjual, kalau beli boleh tahan sampai 3 hari, dengan syarat jangan letak dalam peti ais, dan jangan terkena air.... eerrmmm MCo nak cuba... tapi tahan 1 hari ja... hehehe. kat sini boleh dapat murah harga strawberri..kalau sebekas ni dalam RM20.00, tapi nasihat MCo kalau nak beli, just makan kat situ ja... i mean, makan hari beli tu lah... jangan nak memandai simpan untuk esok...nak esok..beli lain...
meh..beli... aiii rasa geram plak... kadang2 bukan suka sangat makan ni..tapi buahnya yang cute...hahaha

Antara makanan femes di Cameron Highland ni..bukan sekadar Strawberry, tetapi jagung juga di jual merata-rata, kacang, dan juga ubi keledek... makanan favourite belake tu.hehehe
Gambaran daripada apartment (homestay) di mana MCo sewa... kat bawah tu ialah Taman Agroteknologi MARDI.... ini lah puncak Arabella.
Puncak Arabella, apartment di mana kami menginap... orang kata Rumah Dato Siti Nurhaliza ada sini... mungkin yang tengah tu... entah..

Harga tiket masuk ke Taman Botani Mardi...dan waktu operasi... harga dewasa RM3.00 perhead dan kanak-kanak atau student RM1.50 per head.
Tiket masuk.... gambaran depan dan belakang
Nostagia.... bunga yang selalu MCo tengok masa kecil-kecil tu... di pagar rumah Che dan di rumah.

Mardi...jalan menghala ke "Rabbit Park"...
Adek dan Nini.... di Mardi...
berlatar belakang pejabat MARDI.....

Dekat dengan Smuff Homestay.... di buat ala-ala Irish....
Kononnya duk luar negara lah... tapi plat kereta Malaysia...hehehee
Ladang Teh Sungai Palas.... di katakan antara empunya Ladang ini adalah pemilik ladang teh pertama di Cameron Highland ni... kat atas tu... ada cafe dan juga kilang teh, dan ruangan sejarah ladang teh ini.
asal Boh..... Teh Boh adalah pengeluaran daripada Ladang Teh Sungai Palas...
Keadaan jalan nak pergi ke ladang teh Sungai Palas ni... sempit, kadang2 jalan tu boleh lalu sebuah kenderaan sahaja... so pandai-pandai lah bahagi jalan.
Boleh bergambar kat sini tetapi tak ada tempat nak park kereta..
Keadaan dan pandangan sebegini lumrah bagi sesiapa yang lalu di kawasan ini, dan bas tu bukan main laju dan belasah je... maklumlah bas ni hari-hari lalu jalan ini, jadi mereka dah biasa.. bagi yang belum pernah sampai di sini, maka bersabar dan berhati-hati lah..
bergambar di puncak Ladang Teh Boh di Sungei Palas...
Sebelah kanan tu... ialah Cafe Teh Boh.... boleh lah menjamu selera dengan hidangan pandangan panorama yang indah di Ladang Teh Sungei Palas.
Bukan sekadar Cafe, dan pusat jualan tea, tetapi ada juga ruangan pameran yang menceritakan serba ringkas sejarah bermulanya Ladang Teh ini....
Kilang Tea Sungai Palas.... boleh masuk di dalam dengan syarat ada "pemandu" daripada kilang tersebut... boleh buat permohonan...dan memang kilang ini khas untuk pengujung untuk tengok-tengok di dalam...

Semasa bergambar di cafe ladang tea Sg. Palas tu... tiba-tiba di sapa oleh dia ni... Jang (adik kepada Yoyo - kawan MCo masa sekolah)... tak sangka berjumpa dia di sini... kalau ikut perkiraan dia ni dah banyak kali juga datang sini... hahaa, maka sempatlah bergambar dengan dia sekeping....
bergambar di Lavender Park, ni pun kalau nak pergi, biarlah menghala pulang, sebab park terletak menghala jalan pulang, kalau nak datang masa mula-mula datang pun ok juga.... jangan pergi Tanah Rata, datang sini...lepas tu nak pergi Tanah Rata balik... itu orang panggil "kisah Lebai Malang"...
Fareess, Nini dan Adek, bergambar di Lavender Park...di sini kira ada bermacam-macam juga jenis bunga Lavender daripada pelbagai negara....




Sempat bergambar di "ladang" petik Strawberry.... kononnya lah...sebab nak petik pun, buah dah habis..so bergambar je lah.... kodak tak habis.
Close up buat strawberry... bagi penggemar buah ni... elok lah makan..fresshhhh....
Berselfie dengan famili Kadri...alang-alang dah sampai di sini...daripada banyak-banyak geng Chevy Teganu...hanya kami berdua je sampai sini selepas apa yang di rancang tu....








Sibuk duk pilih buah strawberry di Pasar Malam Brinchang....

welfie.... sambil tunggu abang ipar Kadri... ni kat "ladang" petik buah strawberry tu...

bagi penggemar caltus... di pasar malam Brinchang ni ada banyak jual..boleh dapat RM10 untuk 7 pohon.













Tea House di Ladang Tea Valley... tempat hari pertama MCo pergi.... dah waktu petang.


Di taman Agroteknologi MARDI... boleh lah tengok secara real pokok tomato... selama ini tengok buah je... tak tahu rupa bentuk pokok macamana kan... hehehe... boleh pegang2 lagi tu... walaupun tak digalakan oleh pihak MARDI... mungkin tak boleh langsung..ini curi2 pegang je


















































Tips dan Info

  1. Kalau boleh elakkan datang ke CH ini waktu cuti sekolah atau cuti umum, sebab jalan akan jem, kalau kereta manual, memang seksa beb.
  2. sewa saja homestay di Tanah Rata atau Brinchang.... kalau hari2 biasa Isnin hingga Khamis... boleh dapat harga semurah RM150, hari minggu boleh cecah sampai RM350. homestay boleh cari dalam internet, atau mudah.com tapi biarlah MCo bagi la satu dua...no (013-3072120)(019-4054078)(019-4401116)(019-418 0007). sebahagian sahaja..
  3. Kalau nak petik buah strawberry tu. elok datang pagi... buah masih ada.... sepanjang jalan ada. kadar ada RM10 untuk minima 200gm. dan berbeza-beza.
  4. Stesen minyak utama ada Shell dan Petronas di Bringcham... kalau rasa minyak kereta tu dah kurang...boleh lah isi situ....   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...