Sunday, February 8, 2015

BALI DAN LOMBOK, INDONESIA CATATAN RINGKAS

Lawatan Kerja ke LOMBOK, Indonesia

Penulisan kali ini adalah hanya himpunan gambar-gambar semasa lawatan MCo ke Lombok dan Bali, Indonesia atas urusan kerja...
..dan gambar-gambar ini sememangnya tak mengikut kronologi yang tepat... ketika ini MCo pergi dua kepulauan Indonesia, iaitu Bali dan Kepulauan Lombok.
..semua atas urusan kerja, untuk lebih memahami dalam  proses pengambilan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Lombok, turut sama dalam lawatan ini ialah, Allahyarham Haji Abdul Fatah (al-Fatihah)(AHAF), Haji
Ambak (HA) iaitu agent khas syarikat, dan En. Naza (EN)...iaitu Pengurus Operasi Syarikat... Lawatan yang memakan masa hampir 7 hari ini, adalah memfokuskan kepulauan Lombok dahulu.... iaitu lebih dikenali "Pulau Seribu Masjid Sejuta Maling" ... penerbangan kami melibatkan TGG-KL-Bali-Lombok dan bergitulah sebaliknya.
Oklah, MCo ceritalah sedikit demi sedikit berkenaan gambar-gambar ini, lagi pun semua trip kerja ini... dan MCo tidak ada yang terperinci untuk ceritakan, ini semua adalah ingat-ingat lupa, maklumlah tahun 2011 lagi, cuma baru upload dalam blog ini, dan semua gambar adalah tahap amatur...atau "orang kata" gambar yang tak perlu "bubuh" dalam ini, tetapi bagi MCo sebagaimana yang lepas-lepas, this is my blog and my album photo....
jom...jom...

 Gambar di Lampangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, AHAF, HA dan EN.... dan MCo yang tukang ambil gambar ni...
 sekarang giliran MCo pula.. bergambar dengan mereka...  EN pula yang snapkan gambar ini....

 Ok... dah sampai di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali Indonesia.... masuk kena check passport dulu...cop.. dll...
 Welcome to Bali, actually, dalam airport ini semasa nak cop passport, adalah ruangan yang di larang untuk ambil gambar, dan dah siap-siap ada sign "dilarang snap photo"... terjadi lah kes EN yang snap gambar dan di tegur oleh pihak imigrasi Indonesia, dan di kehendaki delete semua gambar yang telah di ambil tersebut.
 ..ini adalah pandangan wajib yang ada di Bali,... dan arca atau senibina bergini memang dah jadi sinonim dengan Bali.... maklumlah pengaruh Hindu sangat kuat di Bali ini.... ( di katakan satu-satunya Kepulauan Indonesia yang Islam tidak berjaya tembusi)
ini lah keadaan foyer airport Bali.... sekarang ni tak boleh bersantai lagi..sebab kena berkejar ke flight satu lagi.... kami nak menuju ke Kepulauan Lombok pula....
Keadaan luaran Ngurah Rai Airport....
jom...laluan ke domestic departure... Merpati Air....  dalam hari yang sama, kami naiki 3 flight... KT -KL, KL-Bali, Bali-Lombok.
Flight delay...apa2 pun... kami lepak dulu... sambil tunggu..delay sejam lebih juga tu....
Ruangan menunggu...masa delay tu..sempat lah MCo pusing2 kat dalam airport tu... pengangkutan udara sini.. seumpama pengangkutan darat (Bas) di semenanjung...banyak juga syarikat penerbangan...

 Merpati Air, transit daripada Bali ke Lombok, ini lah pengankutan utama selain daripada kapal atau boat, memandangkan Indonesia terdiri daripada pulau-pulau.... perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja...
 Welcome to Lombok..... dah ready untuk pergi hotel, dah lewat malam ini.. esok baru pergi ke pejabat agent TKI....
ok...dah sampai di Lombok...check in hotel...
Apa-apa pun isi form check in dulu di hotel..kelihatan MCo, HA, dan AHAF.... manakala EN sibuk snap gambar... aaah malam2 ni lapar pula.. kami singgah kejap di hotel...lepas tu kami keluar untuk makan malam..... jom..
Seafood Ikan Bakar 99... oho ketam hidup lagi... hehee sini memang femes juga lah... mujurlah MCo ni bukan yang jenis hardcore makan ketam ni.... masih hidup tu....
Keadaan luar restoran.... di celah-celah kawasan perumahan.... eermm... actually semua gambar ini adalah sumbangan daripada EN, dan tiada satu pun daripada camera MCo samada daripada HTc atau apa2 saja.. so penceritaan memangla secara mendatar.....
tangkap...tangkap..nak masak ni...hehe..

kalau ikut perkiraan, MCo memang ada snap gambar tu...tetapi sayang...semua gambar tu hilang kerana HTc MCo rosak hari tu... cuma yang ada pun sipi sipi je...
ini lah antara Menu seafood yang ada di restoran ini..ermm boleh lah...dengan harganya itu....
dan lagi... sebagai rujukan sahaja ni...
ok...semua dah siap di masak...tunggu untuk makan pula...perut pun dah lapar ni... entah apa yang di sembangkan antara AHAF dan HA tu... MCo dengar jer lah.. manakala EN yang snap gambar ni... depan MCo tu ialah pak supir kami di Lombok ni... alamaaakk nama pun dah lupa ni....
Hari seterusnya....di ruangan makan hotel..(nama hotel pun dah lupa)... barulah program kerja, iaitu bapak Haji Basirun, datang dengan wife "muda" dia..dihotel kami... ada lah bincang-bincang sikit pasal kaedah pengambilan  pekerja ini....  tapi dalam camera EN ni tiada pula ambik gambar tentang discussion tersebut, masing-masing sibuk makan, sibuk discussion...hehehe
Lepas makan MCo dan EN bersiar-siar sekejap waktu pagi tu... actually banyak gambar-gambar MCo tapis, dan ada yang sama, so terpaksa dibuang, maka gambar-gambar yang ada ini antara yang terpilih selagi sempat.... cuma gambar ini menunjukan suasana di sekitar Lombok.... tidak lain tidak bukan..hanya itu sahaja tujuannya....
...dan lagi.....
...saja nak tunjuk sini...di Lombok diaorang tak panggil restoran..tetapi lebih kepada Rumah Makan....
Salah satu Mall yang ada di Lombok...ini kira mewah juga lah... sempat lah kami merayau-rayau di dalam pasaraya ini...
pandangan daripada atas dalam pasaraya..ahaakkk... yang camgini kat Malaysia pun ada...tak pe tak pe... MCo bubuh je gambar dalam blog ini... sebab? ramai orang yang tak pernah jejak kaki ke sini, ingatkan Lombok ini terlampau naif, so bila ada gambar seperti ini, maka kita boleh tahu suasana di sana.. bukan kita bayangkan seperti Timor Leste atau, Timor timor... hehehe...
Pandangan luar hotel kami menginap di Lombok ini... eermm bukan sebarangan hotel juga lah..kalau kira di sini seperti high class juga....
 menaiki Cidomo.... atau bahasa mudahnya kalau kat tempat MCo ialah kereta kuda...  pemiliknya nama Pak Shamsul... masih muda... ni seperti kuda padi menarik pedati... hehe...agak murah juga lah... tapi MCo dah lupa berapa ongkosnya....
 salah satu panorama yang di snap semasa berada dalam Cidomo..... MCo bersama EN pergi pusing-pusing sekitar hotel, al maklumlah...sampai sini semua kena rasa..kalau tak rugi...
 Pak Shamsul bagi peluang kepada MCo untuk kendalikan Cidomo ini..ala mudah je.. hehehe..nak suruh cidomo tu pusing kanan...tarik je tali kanan tu kuat sikit... hehehe... tu siap ada cermin pandang belakang lagi tu....
 Pak Shamsul bawa kami jalan-jalan pusing kampung... menikmati persekitaran kepulauan Lombok ini... yang dikelilingi oleh sawah padi...
 ...dan lagi.... tak banyak sangat motorsikal kali ini... sebab di antara pusat bandar....
ini gambar malam tadi... tersalah masuk roll hahaha...takpe lah malas dah MCo nak susun... ini pun dah tak masa nak edit.... eermm besar juga MCo pegang ni... masih hidup.. time untuk masak...tapi seriously, MCo bukan hardcore dan bukan penggemar ketam ni... seafood ni slow sikit.....
antara  permandangan di Lombok..yang mana setiap tanah yang ada di manafaatkan untuk padi...
...dan lagi....
...dan lagi...bergini lah suasananya....
panorama lain pula... bukan sawah padi sahaja... ini macam tasik lah... errmm.. macam tak ada apa yang MCo nak letak dalam blog ni...tetapi gambar ini di snap semasa di dalam kereta, bukan stop pun.... kami menuju ke pejabat bapak Haji Basirun....
..dan lagi...
lumrah biasa di perkampungan, mestilah ada penjaja secara solo macam ini... hasil tanaman sendiri... mungkin....
 untuk lebih detail...lebih zoom out itu lah bentuk Cidomo... gambar ini pun ambik secara kebetulan..

..salah satu masjid yang berada di Lombok...di kampung-kampung... yang menarik di Lombok ini..ialah.... terdapat banyak masjid... boleh di katakan jarak masjid antara masjid ialah... dalam 500meter sahaja.. kalau lihat di jalan.. kita boleh nampak paling kurang 1 masjid..
saja-saja nak tunjuk suasana di Lombok..

Pandangan dalam kereta...cuma nak fokus kepada Masjid....hehehe
ok ok..meh nak cerita, ini adalah satu masjid yang berada di Lombok... walaupun kita kenal Lombok ni macam naif, pembangunan pun seperti tidak pesat sebagaimana tempat lain di Indonesia, tetapi kita amat kagum, kerana masjid-masjid mereka semuanya cantik-cantik senibinanya.. samada besar atau kecil, dan kebanyakanya ialah berbatu.... so jangan tengok sebelah mata...
eerrmmm...entah, no idea tentang gambar ni..hehee...
Sekarang dah sampai tempat yang di tuju.... pejabat Bapak Haji Basirun iaitu agent kepada TKI. di ceritakan kalau awal tahun akhir tahun 1990-an, iaitu sejak kebanjiran pekerja Indonesia daripada Lombok ini, jika mereka (orang-orang Lombok) mendengar ada syarikat daripada Malaysia datang untuk mencari pekerja, maka ramai lah mereka datang, termasuk ibu ayah mereka merayu-rayu supaya anak-anak mereka di terima bekerja di Malaysia, dan di khabarkan lapangan hadapan pejabat ini penuh lah dengan warga Lombok.
Untuk gambaran lebih dekat lagi..ini lah signboard... Aula Graha..
Carta Organisasi Aula Graha.... Ooo bapak haji Basirun Setiausaha rupa-rupanya di pejabat ini...  dan menurut HA, bapak haji Basirun ini lah yang banyak bertanggungjawab dalam pengurusan TKI ini.
Antara pekerja di Aula Graha ini.... jangan silap pulak..ini bukan warga Lombok yang datang nak memohon kerja di Indonesia...hehehe 
 Bergambar bersama agent Lombok dalam pengambilan TKI ini... di tengah-tengah itulah Bapak Haji Basirun... dia ini lah yang berurusan dengan Haji Ambak.... yang membawa kami ke Lombok... hahaha mentang-mentang lawatan kerja, smart lalu pakai.. boleh lah...
 EN pun tak mahu lepas peluang untuk bergambar sekali ni....
Gambar dalam episod lain... ingat-ingat lupa..selepas urusan di pejabat bapak haji Basirun, kami di bawa oleh Haji Basirun ke rumah makan... namanya KOPI-O.... kalau tak silap.. tempat yang bersantai..
Inilah bentuk dan kawasan rumah makan tu... tak seperti restoran (rumah makan) yang biasa... dan yang menariknya ialah... seperti gambar di bawah ini...
setiap.... tempat makan itu,  ada ternakan ikan seperti ini.....
Antara gambar Masjid terdapat di Lombok...

eermmm. no idea...ahahaa
Satu iklan yang menarik yang dapat di snapkan.hehehe.... cuci helmet, memang tiada di Malaysia ni...
Permandangan biasa yang terdapat di Lombok ini....
Selepas makan, bapak haji Basirun bawa kami pusing-pusing pulau Lombok sehingga ke Lombok Timur, dan pantai Senggigi, di mana tempat tumpuan pelancong....tapi kami tak lah turun-turun, just lalu macam itu sahaja....
Permandangan biasa di Lombok ini semasa dalam perjalanan ke pantai Senggigi....
Antara panorama yang dapat dan sempat di snap..maklumlah dalam kereta...kereta plak tak berhenti...so snap yang mana sempat...lepas tu pilih untuk di upload dalam blog...hahaha
salah satu iklan yang berada di Lombok.... eermm apa yang menarik ye tentang iklan ini... zoom in untuk detail....

Lapangan terbang Mataram, Lombok, dah ready nak pulang ke Bali... urusan kerja di Lombok dah selesai, sekarang masa untuk rehat-rehatkan diri di Bali pula.....

pandangan biasa di lapangan terbang..... sebagai cabang dan panduan akan datang....




Gambar yang di ambil daripada ruangan menunggu lapangan terbang Mataram, Lombok.... eermmm apa yang menarik?
...daripada 2 gambar di atas itu, MCo sengaja besarkan supaya nampak dengan jelas....cubalah kira, berapa biji Masjid yang nampak... kalau ikut perkiraan MCo, semasa itu, terdapat 5 buah masjid yang kelihatan.... tengoklah jarak masjid-masjid mereka... betul lah... ia dikenali Pulau Seribu Masjid... tetapi malangnya tak nampak dengan jelas juga...
Boarding... daripada Mataram to Bali... naik flight
permandangan biasa di airport Mataram... maklumlah seperti MCo katakan tadi... airway pengangkutan utama di Indonesia...
Antara pramugari dalam flight...fuuuhh cun juga tu...hahaha
sekejap je...dekat2 1 jam dalam flight.... naik lepas tu turun...ni dah nak landing ni.....
Welcome to Bali, twice...hahaha...kalau kira dua kali lah jejak ni... masa sampai dari KL, now sampai daripada Lombok plak.... but domestik lah....
....tadi masuk arrive hall, sekarang keluar daripada arrive hall.... sekarang cari Pak Selamat pula...hehehe.... mana dia ni?
gambaran luar, Bali Airport, (Ngurah Rai International airport)...aiiih betul ke?
keluar parking dah kena tol...atau bayar parking?...hehe
monumen yang sinonim dengan Bali, dan banyak terdapat di Kepulauan Bali ini....
nasi padang lah boohh..bila sampai di Indonesia ni.. paling feberet ialah daging rendang... shyioot tu.... kelihatan MCo dan AHAF... sedap makan tu...








Matahari....shopping complex kat Bali...tepi pantai....

 Kalau di ikut perkiraan MCo tak mahu upload gambar ini dalam blog, hahaha tapi kerana rasa geli hati pun ada.. MCo bersama AHAF, errrmmm bagi MCo seorang boss yang friendly, walaupun ramai juga yang takut dia di Jabatan beliau... salah seorang  pengarah syarikat dan juga exco perladangan, dan jawatan hakiki beliau ialah Pengurus kepada Rumah Awam Kos Rendah, Terengganu di PKEN....






uiiihh jauh merenung tu.. ke arah pantai... bercuti tapi tidak bersantai... relax tapi tak hilangkan lelah.. merenung tetapi tak menjangkau....
bergini lah keadaan di Kuta... antara tempat yang selalu di kunjungi oleh pelancong asing ke Bali....
Discovery Shopping Mall kat Kuta, bali.. tepi pantai je ni...
Bergini lah keadaannya.... tak lah ramai sangat...sebab datang pun tengahari...masih panas

antara gambaran dalam shopping complex di Kuta....

ini atas permintaan AHAF sendiri untuk bergambar berlatar belakangkan Coco Bistro.....  dan dalam HTc MCo sendiri pun ada gambar beliau ni....
antara pelancong daripada barat yang bersantai di Bali ini... mereka memang gemar datang ke Bali, kadang-kadang mereka menyewa sebulan rumah di Bali.....






Pelancong dah buat Bali ini macam tempat dia.... kadang2 kita yang serumpun ini pun dah rasa asing.. kadang-kadang mereka sewa 1 bulan rumah di sini...ada yang dah boleh cakap Indonesia...









Dalam perjalanan ke Tanah Lot.. bergini lah permandangan kiri dan kanan semasa nak menuju ke sana....







Ini adalah tempat di mana terjualnya souvenir... apa ntah nama tempat ni.. kalau tak silap Krishna...  tapi memang banyak lah barang2 handmade Bali... harga pun boleh lah tahan murah..boleh beli...
Gambaran luar... kelihatan bukan tempat membeli belah...


Rekabentuk keBalian.. pada dinding ini.... dengan seni halus ukiran...
 MCo bergambar dengan Pak Selamat... hehe...siapakah dia ini? menurut Haji Ambak, (kenalan Haji Ambak) Pak Selamat ini adalah bekas Komando TNI dan berhenti, sekarang menjadi salah seorang Pegawai Keselamatan di Lapangan Terbang, bila dia tahu Hj Ambak datang, dia ambik cuti dan buat part time sebagai supir kitaorang...dia lah bawa kami jalan-jalan sekitar Bali ini....

Antara barang jualan dalam ni....
Suasana di dalam shopping complex ini....

banyak terdapat jualan seumpan ini di dalam kompleks membeli belah souvenir ini.... sorry deh...gambar kurang memuaskan....
bukan setakat souvenir.... makanan dan minuman pun terdapat di sini..
antara makanan ringan yang di jual di sini...

...dan lagi...


gambaran dan panorama di jalan-jalan "kota" Bali.....  sama juga di tempat lain...di Indonesia....





Penanaman padi.. panorama biasa yang terdapat di Bali, apatah lagi di Lombok.... jalan menuju ke Tanah Lot.... (Tanah Laut)



 Tanah Lot... gerai-gerai jualan merata-rata...harga...eermm tempat pelancong datang, nak kata murah tu tidak juga....
Jualan souvenir... errmm di sini ada barang-barang yang murah dan ada yang mahal... kalau mahal memang lumrah, sebab kat kawasan Tanah Lot ini, merupakan tempat pelancongan...
jalan menuju ke tebing laut....
panorama biasa memang bergini...
Sempatlah MCo jalan2 dalam kedai ini...sambil2 "wak lok lok" pegang ini..kononya hidup lah tu...hahaha padahal cuma ukiran kayu sahaja...

OK dah sampai ini... jarak antara tempat parking kereta hingga ke sini.... tak lah jauh sangat..lebih kurang dalam 300 meter...kalau tak silap lah....
MCo asyik duk tengok orang main ular besar tu.. ananconda ke hapee tu?

Pengunjung di beri peluang untuk pegang-pegang ular ini.... MCo? malas lah nak pegang...hahaha


Panorama dari daratan ke Laut... ke Tanah Lot..... ramai pelancong sampai sini....
MCo dan AHAF.... bergambar kenangan..di Tanah Lot....
..dan lagi....
MCo bergambar solo..... nung kat belakang tu... ramai pelancong... apa yang menarik minat mereka untuk datang ke sini? pantai yang indah? tempat mandi manda? tak juga.... jom... kita slow-slow menerjah....




 Inilah yang dikatakan Tanah Lot, semasa MCo sampai di sini... air surut, maka boleh lah pergi kat tanah "sejemput" tu..  kalau air pasang.... maka tempat orang ramai tu pun ditengelami air, dan tanah "sejemput" tu pun akan kelihatan seperti pulau....
aiii...macam sedang bertapa je.... ini ketika air surut... boleh lah duduk macam ini..kalau air pasang...tempat ini akan penuh dengan air....
close up sikit gambar tadi.. ini lah... ini lah...ini lah..entah...apa2 entah... tak tahu nak tulis apa...hahaha


Antara pelancong yang ambik kesempatan bergambar di sini.... macam2 ragam lah jumpa nanti...
 sudut pangdangan lain.... dan sememangnya ia di eksplotasi tempat pelancongan sepenuhnya....
 Dikatakan...jika air pasang.. air boleh mencecah sehingga ada tumbuhan... tengoklah bertapa tingginya jika air pasang....

kesan air.... ketika air surut..boleh lah nampak semua ini....

Ubud Monkey Forest...di mana tempat yang terdapat ramai monyet...boleh bagi makan... tapi awas ada juga yang bertindak liar...

... di sini pun ada jual souvenir...tapi agak mahal lah..... lagi pun masa MCo sampai sini...kurang orang...seperti tempat ini tak lah menjadi pilihan pelancong untuk datang....



international food...hahaha KFC pun ada...tak heran pun....
salah satu arca yang terdapat di Bali....





jom....kita pi makan malam plak...
EN. Pak Selamat, AHAF dan MCo sambil-sambil tunggu makanan sampai..boleh lah snap picture dan bersembang-sembang...
Waktu malam Pak Selamat membawa kami makan malam di Jimbaran iaitu tempat makan malam paling romantis di Bali, iaitu di tepi pantai, dengan pasirnya yang hitam, dan sesuai untuk memandangi sunset....

..ini lah istimewanya Jimbaran, bukan sahaja boleh makan, tetapi tapi penghibur sebegini.... lepas nyanyi boleh lah juga bagi tips...nak bergambar pun boleh sebagaimana gambar di bawah ni...
AHAF sedang bergambar dengan kumpulan pemuzik kedai ini.... hehehe.... boleh boleh main tu....
Hari terakhir di Ngurah Rai... dan nak berangkat ini.... tau apa yang di buat tu? MCo sedang adjust handphone AHAF, block limit data celcom...supaya tak kena caj di indonesia.... HA just tengok je lah...
bergambar sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur...

let go... ke depature hall.... HA tak boleh lah jalan banyak sangat...sebab kaki dia pun dah lepas operate...
ok...waktu dah nak sampai untuk depart.... cepat HA jalan tu..macam tak sabar nak balik ke Malaysia.... hehehe
yeaaah... dah tamat... masa untuk berangkat pulang ke Tanah Air... urusan kerja dah selesai...harap2 boleh datang lagi tempat ini akan datang.... huaaah...
MAS.... MCo selalu duduk tepi AHAF ni... yang paling tak tahan...selalu dia ja buat lawak...
Ok.. anggaran dah sampai di KLIA....  oooh belum lagi...baru nak berlepas...ke boarding hall....


gambar penutup..gambar akhir yang tidak mempunyai banyak makna seperti post-post MCo yang lepas...ahaha... cuma MAS, yang mana kapal terbang yang MCo naik untuk pulang ke Tanah Air....


Berginilah...dan inilah trip kerja pertama yang MCo sertai,... walaupun banyak terikat dengan agenda dan jadual, tapi masih enjoy.... namun bergitu, semua gambar-gambar ini tidak menyeluruh....dan jalan cerita pun terlampau umum, kerana trip ini adalah pada tahun 2011, dan semua memori boleh dikatakan telah pudar, nama tempat pun MCo dah banyak lupa, tempat yang di lawati pun, sudah hilang dalam ingatan... sebab itu, semua gambar-gambar tersebut tak disusun secara kronologi, dan yang paling sedih, tiada satu pun gambar daripada MCo sendiri....


Info ringkas:
1. Lombok lebih dikenali "Pulau seribu masjid sejuta maling" kerana terdapat banyak masjid.... dan maling itu maksudnya pencuri.. terdapat ramai pencuri, sehinggakan selipar di masjid pun hilang... ini kata orang tempatan di sana..
2. hampir 99% penduduk ialah muslim, tiada gereja disana, pernah dikabarkan ada orang nak bina gereja, tetapi mereka dah angkat senjata...so siapa berani?
3. pantai sengigi...tempat tarikan pelancong luar negara..
4. terbahagi kepada beberapa wilayah utama, dengan nama ringkas iaitu Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah dan lain-lain.
5. penduduk di Lombok di anggarkan seramai 8 juta orang... dengan keluasan lebih kurang 4.5k km persegi.. aaah nak mudah tengok wikipedia ni..klik sini ---> Wikipedia Lombok

Info Ringkas dan Tips di Bali
1. Time zone sama sahaja dengan Malaysia ini.... maksudnya tak perlu ubah jam... cuma sunrise dan sunset je berbeza, bayangkan kita duduk di sabah serawak.
2. Kalau nak tengok sunset, kena siap sedia awal, sebab gelap kat sana pun cepat....kena pandai set masa..
3. Berjaga-jaga di airport, kerana kat sana ramai sangat tourist guide persendirian, kalau boleh cari lah yang muslim, sebab diaorang tahu tempat nak makan..
4. kalau nak tukar matawang, better lakukan di Malaysia, sebab di Bali mereka sangat cerewet, duit carik dan berconteng mereka tak terima dan mereka pun ambil sangat murah...sangat tidak berbaloi...
5. Jarak airport ke Kuta beach... cuma dalam 30 minit..dan tambang teksi dalam RM60 (lebih kurang)
6. Kalau nak masuk mana-mana tempat, biar kita runding dengan tourist guide dengan harga tempatan, mereka boleh bagi lebih murah....\
7. biasa nak bayar tourist guide dalam 12 jam.. lebih kurang RM150...boleh pergi banyak tempat....
8. Kalau anda di pelawa untuk makan/minum "magic mushroom"...tolak dengan baik... sebab ia adalah dadah yang buat kita khayal dan memabukkan.
9. Penginapan yang paling ideal di Bali ialah di Kuta, ia kawasan pantai, semua boleh terdapat di situ, kawasan pelancongan kata kan...sini ada food court, kedai2 grocery dan shopping kompleks... hotel dari kelas budget hingga 5 bintang... kalau nak berlibur, disko pun banyak.... hehehe
10. perlu di ingat, Bali ini bukan tempat Muslim...so bab makan ni...perlu berhati-hati, terutama di food court, sebaik-baiknya check menu dulu... kot kot ada tulis "pork" iaitu babi....hahaha
11. Kalau nak shopping souvenir banyak dan murah, boleh lah pergi kat Krishna... sebab ia hak milik Gabenor....semua kebanyakan adalah bagi handmade Bali, seperti t-shirt, keychain, fridge magnet dll.. rugi tak datang sini..
12. Tips? kepada sesiapa sahaja.. mereka ni kuat minta tips... awas jangan sampai tertipu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...