Sunday, September 29, 2013

All About South Korea

Selepas ini, MCo akan berangkat ke Korea Selatan, dalam jangka masa yang singkat, dan pada masa ini, MCo perlu mencari beberapa maklumat untuk lebih menjimatkan masa.

maka di sini.. MCo ingin berkongsi info dan web yang ada memaparkan banyak maklumat berguna....

http://mforum4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=725215&extra=&page=1


dan

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=501590&extra=&page=1


so selamat membaca..

selepas ini... tunggu... cerita MCo sendiri.

Thursday, September 5, 2013

BANDUNG DAN JAKARTA

Destinasi Mudah Yang Akhirnya Tercapai Jua.

Setelah setahun menanti dan menunggu akhirnya tarikh yang dirancang itu menjadi kenyataan, Walaupun destinasi ini bukanlah pilihan utama tetapi ia tetap dinanti. tarikhnya tepat pada 30hb Ogos 2013 sehingga 3hb September 2013 MCo buat sekian kalinya melangkah lagi ke tanah seberang, setelah tahun yang lalu melawat Bali dan Lombok, Kali ini MCo melangkah ke Bandung dan Jakarta dalam perjalanan amatur yang tidak tersusun.

Seperti yang lepas-lepas, perjalanan MCo ini akan disusuli dengan cerita, gambar yang di ambil secara rawak, dan juga semesti dan mungkin tidak disusun dengan kronologi yang betul. kali ini MCo mengambil gambar melalui kamera handphone. 1 daripada samsung note yang majoriti di ambik oleh MCo sendiri dan satu lagi daripada Iphone 5, dan hp ini MCo serahkan kawan yang kendalikannya, dan majoriti gambar dalam hp ini adalah di snap sendiri oleh kawan MCo sendiri. namun bergitu, MCo tidak bercadang mengasingkan 2 versi gambar ini, tetapi akan dicampur terus, dan mungkin akan ada pertindangan gambar, dan keseluruhan gambar mencapai 700 keping dan MCo tidak bercadang untuk meletakkan semuanya..

sekali lagi MCo mahu menegaskan, bahawa blog dan gambar-gambar di dalam ini adalah hanyalah koleksi peribadi MCo semata-mata, tidak ada untuk merendahkan martabat orang lain, menguris perasaan orang lain, atau membanggakan diri sendiri, dan pengambilan gambar ini untuk tujuan negatif, MCo tidak akan bertanggungjawab, dan ketidak tanggungjawaban menciplak atau mengupload gambar di dalam blog ini untuk tujuan salah adalah memang tidak beretika dan MCo boleh mengambil tindakan, namun jika ada untuk merujuk sebagai ilmiah, MCo amat alu-alu kan.

Jom masuk dalam... enjoy ekspresi gambar-gambar...tetapi sebelum itu...MCo akan menceritakan serba ringkas perjalanan MCo.dan seterusnya cerita akan disusuli dengan gambar. zuuppsssh....


30hb Ogos

kami berangkat dengan Airasia dari LCCT jam 10.50malam waktu Malaysia dan sampai di Lapangan Terbang Bandung dalam lingkungan jam 12Malam waktu tempatan, (waktu Malaysia dalam lingkungan jam 1 pagi). Daripada Lapangan Terbang Bandung itu, perancangan awal ialah untuk menginap di hotel Harris, tetapi atas nasihat pemandu teksi, yang mana kami mahu yang dekat dengan stesen keretapi dan dekat dengan Pasar Baru, kami menginap di Serena Hotel. (landmarknya ialah Stesen keretapi Bandung). Kos Penginapan ialah RP 405,000 selepas diskaun sebanyak 30%. Jadi 30hb Ogos a.k.a awal 31 Ogos ini adalah mencatatkan hari pertama MCo di Bandung, Indonesia ini.( Rate asas rp1juta = RM312)

31 Ogos

Selepas sarapan pagi, MCo berangkat ke Pasar Baru, membeli belah dulu.... macam biasa-biasa, shopping ini bukanlah tabiat MCo, jadi MCo hanya lah pusing-pusing melihat gelagat orang  membeli belah. Pasar Baru ini memang terkenal dengan jualan pakaian, harganya boleh dikategori murah juga, cuma harus pandai tawar menawar, seperti di Vietnam, kalau tawar menawar haruslah lebih dari 50% harga yang dicadangkan, jika tidak berminat, teruskan tawar menawar dengan harga yang tidak logik, namun bergitu jika inginkan sesuatu barang, janganlah tonjolkan sangat yang kita mahukan barangan tersebut, akibatnya tawaran harga seterusnya pasti tidak berkesan.
kami tidak mengambil masa terlalu lama di Pekan Baru ini, kerana kata orang semakin lama di sini, semakin banyak duit akan habis. Tengahari kami pulang ke hotel, dan berehat seketika.
Jam 4 waktu Malaysia (pukul 3 waktu Indonesia), MCo berangkat ke Transtudio (Bandung Transtudio). kali ini MCo menaiki teksi dan pemandunya bernama Pak Pandi.
Jom MCo cerita serba sedikit berkenaan Transtudio Bandung ini, bagi mereka yang biasa dengan Bandung, pasti lebih mengetahuinya. Namun bagi MCo, penyampaianya adalah untuk orang-orang yang mungkin tidak pernah sampai di sini.
Sebenarnya Transtudio ini adalah sinonim dengan Taman Tema, jika di Malaysia sinonim dengan Genting Highland, atau LegoLand, kalau di Singapore lebih terkenal dengan Universal Studio, dan Transtudio ini adalah mirip dengan Universal studio ini, namun bergitu "kegalakkannya" masih belum dapat menandingi kehebatan Universal Studio Singapore ini, Transtudio ini lebih tertumpu taman tema dalam bangunan, tetapi sebaliknya dengan Universal Studio atau Genting Highland. Ia seperti sedikit terbatas, dan tempat tidaklah bergitu luas, manakala maskot atau tema-temanya mungkin tidak dikenali di TV.
walaumacamana pun MCo juga terhibur, banyak juga permainan MCo join, untuk lebih terperinci, mungkin gambar-gambar seterusnya akan menceritakan, seperti bayaran masuk, waktu operasi atau apa permainan yang ada di dalamnya. kami menghabiskan masa di Transtudio ini sehingga jam 9 malam dan Pak Pandi datang mengambilnya.
Masa dalam perjalanan pulang, MCo singgah di massage kaki (kakiku), sangat murah iaitu rp40ribu sahaja untuk satu jam, lebih kurang dalam RM12-00. memang sangat murah.
Tengah malam, MCo dan Alwi (rakan sekerja) berbincang untuk ke Tangkuban Perahu iaitu tempat kawah gunung berapi, dan merupakan Landmark kepada Bandung ini. jadi kami bersetuju untuk pergi bersama, seawal jam 8 pagi waktu tempatan.


Gambar: MCo bersama En. Alwi selepas bincang nak pergi ke Tangkuban Perahu...Orang lain yang ikut sama tak mahu pergi jadi kami ja lah yang bercadang nak pergi.

1hb September

7 pagi selepas sarapan di hotel, MCo sedia berangkat, supirnya ialah Pak Pandi, iaitu driver teksi yang hantar MCo ke Transtudio semalam itu.Tetapi malangnya, saat akhir Alwi ada call dia terpaksa menarik diri dan tidak dapat join kami, kerana dia terpaksa pergi awal ke Jakarta. jadi MCo sahaja pergi ke Tangkuban Perahu tu, asal budget kurang, sekarang dah jadi bertambah kembali. Untuk tujuan ini, biarlah MCo ceritakan sedikit berkenaan kos, masa dan jarak perjalanan dari pusat bandar Bandung ke Tangkuban Perahu.
Untuk pergi ke Tangkuban Perahu, kita perlu bijak, seperti mencari pakej ke Sungai Mekong atau Chu chi Tunnel di Vietnam, perlu rajin cari pakej murah di setiap hotel. Bergitu juga dengan Indonesia, Tangkuban Perahu, perlu cari supir yang menawarkan harga yang paling murah. Pertama MCo dapat yang murah RM150 untuk pergi balik dalam lingkungan rp470ribu. iaitu pakej pergi dan balik sahaja, dan tiket masuk ke kawasan Tangkuban Perahu (TP) rp250ribu untuk satu orang. kalau ikut perkiraan ialah rp470 di genapkan jadi rp500 tambah rp500 untuk tiket TP bagi 2 orang. jadi kos nya ialah rp1juta.
MCo terpaksa survey lagi, MCo bertanyakan hotel pakej, dia orang berkata tambang teksi rp600ribu untuk pergi dan balik, lagi mahal tapi tiket masuk TP masih rp500ribu.

Akhirnya MCo berjumpa dengan Pak Pandi, dia juga tawarkan rp600ribu, MCo tawar dia cuma bagi rp550ribu, namun yang menariknya di sini ialah, Pak Pandi boleh dapatkan harga murah untuk masuk ke TP iaitu rp60ribu untuk seorang, Kalau ikut perkiraan ialah rp550ribu tambah rp120ribu (untuk 2 orang) jadi rp670ribu. menurut Pak Pandi, harga tiket masuk tu rp250ribu itu adalah untuk pelancong sahaja, sedangkan untuk orang tempatan ialah rp60ribu sahaja. Jadi Pak Pandi akan beli tiket atas nama dia, dan mengaku sebagai orang Kalimantan. (namun bergitu, MCo masih berpendapat, masih ada lagi penipuan, apa2 pun, cerita selanjutnya akan di ceritakan dalam gambar2 yang berkenaan).
Jarak antara bandar Bandung dan TP tu MCo tak berapa pasti, tetapi perjalanan memakan masa dalam 1jam setengah hingga 2 jam, bergantung kepada keadaan lalulintas. Seperti MCo pergi ini, jatuh pada hari minggu iaitu hari Ahad, boleh dikatakan banyak juga kereta dalam laluan ke TP itu.
Dalam lingkungan pukul 11 waktu tempatan, kami sampai di puncak TP, yang mana terdapat kawah2 gunung berapi yang di katakan tak berapa aktif, MCo difahamkan di sini terdapat 12 kawah, dan mempunyai cerita tersendiri.
di puncak TP perahu ni ada banyak cerita yang patut dikongsikan oleh semua pengujung terutama bagi yang pertama mahu menjejakkan kaki ke TP ini. Oleh itu, biarlah MCo kongsi kan sedikit pengalaman MCo di sini.
Bagi yang ingin menjejakkan kaki ke TP dan yang pertama kali, pertamanya haruslah beringat bahawa kerajaan Indonesia sekarang ini telah melaksanakan sistem agen jualan berdaftar dan berlesen, dan selain itu mereka juga seperti "tourist guilde" yang akhirnya akan meminta "tips" yang berbentuk jualan barangan yang harga nya berganda (untuk makluman, pelancong dilarang memberi tips atau agen2 ini dilarang mengambil tips daripada pengunjung, cctv ada terpasang). Peniaga jalanan juga mempunyai kad dan lesen berniaga, dan harus di ingat juga, ada penjual ini akan berbuat baik, seperti memberi penerangan, tolong snapkan gambar, dan akan ikut kita kemana saja kita pergi, dia seolah-olah menjadi camera man kita...
Selain kawah-kawah gunung berapi iaitu kawah ratu contohnya, ada satu lagi kawah yang ramai menjadi tumpuan, iaitu Kawah Domas (KD), KD ini dikatakan masih aktif, dan mengeluarkan wap dan air panas yang tak henti-henti keluar, untuk pakej itu, jika masuk daripada atas, akan dikenakan caj sebanyak rp300ribu, iaitu untuk 1 hingga 5 orang. Terpulanglah kepada anda untuk pergi atau tidak. untuk makluman jika kita bersetuju untuk membayar pakej itu, seorang tourist guilde akan mengikuti kita, (yang akhirnya kita kena bayar tips suku), selain itu, akan ada sekumpulan peniaga akan  mengikuti kita, dan akan menjual hasil jualan semasa kita berada di sekitar KD.
Oleh itu, MCo mengambil keputusan untuk melupakan hasrat untuk ke KD tu..... dan terus ke kereta Pak Pandi untuk turun ke bawah.
....di pendekan cerita, pada mulanya, MCo tak bercadang nak ke KD, tetapi Pak Pandi telah menunjukkan pintu masuk bawah ke KD, dengan kadar bayaran rp250ribu (pakej sama 1 hingga 5 orang)..dan aturan sama seperti di atas, ada guilde dan juga penjual, cuma tak ramai.. pada mulanya MCo tidak mahu masuk, tetapi, MCo rasakan ini lah peluang untuk datang dan pergi, esok-esok belum tentu sampai di sini lagi  akhirnya MCo akur juga. Perjalanan daripada pintu bawah ini, adalah sejauh 1.2km, melalui denai hutan, akar-akar kayu dan batu batu yang licin. Kami menghabiskan masa di KD ini dalam 1 jam juga, dan terpaksa membeli barang2 secara paksarela oleh penjual, yang MCo anggap harga tidak lah bergitu murah, walaupun tawar tahap maksima, contoh harga barang rp450ribu, tapi MCo saja-saja tawar rp150 dengan harapan tak mahu beli, tapi akhirnya bila kami sedia untuk berangkat pulang, mereka bersetuju dengan rp150 itu...siooot,...ini bermakna harga barang tu, mungkin modalnya hanya tak sampai rp100ribu...itu yang pasti, dan itu yang MCo yakini.
Semasa perjalanan pulang, MCo sempat singgah di ladang strawberry untuk petik. masuk ladang bayarang rp10ribu untuk dua orang, jika hendak memetik buah strawberry ialah rp60ribu untuk satu kilo, (tapi kalau beli di atas ialah rp40ribu sekilo), buah yang di jual di atas agak manis (rahsianya adalah mereka mencampur air gula), manakala yang dipetik sendiri agak masam atau masam masam manis.
Akhir sekali, sekitar jam 5 waktu tempatan kami sampai di Serena Hotel, kaki penat, rehat, makan pun maggi ja,


2hb September

Jam 11 pagi kami berangkat ke Stesen Keretapi Bandung kerana ingin menuju ke Jakarta, sebenarnya tiket ini dah di beli pada 2hb sebelum kami berangkat ke TP. harga tiket dalam rp90ribu Executive class. Untuk menuju ke dek atau gerabak keretapi tu, akan ada pengangkut-pengangkut barang selaku penunjuk aras atau penjaga dengan memakai jaket seperti pekerja stesen keretapi, tapi akhirnya mereka akan  meminta tips sebanyak rp10ribu.
Keretapi bergerak jam 12tengahari dan sampai di hentian Gambir, Jakarta jam 3. Daripada stesen Gambir tu, MCo mengambil teksi ke Tanah Abang, kononnya mahu mencari hotel sekitar situ dan seterusnya dapat shopping di Tanah Abang, kadar bayaran taksi ialah sebanyak rp60ribu.


Tapi malangnya, hotel yang menjadi tumpuan MCo iaitu Kartika Hotel (di cadangkan oleh Fauzan, kawan MCo yang sama belajar di UUM dahulu tapi hotel ini agak jauh juga dengan Tanah Abang), tetapi hotel itu penuh, yang ada, hanya bilik suite yang berharga rp2juta...maka MCo memutuskan untuk menginap di sekitar bangunan Tanah Abang. Apabila sampai di sekitar Tanah Abang tu, Malang menimpa sekali lagi MCo, hotel yang ada semua mahu kan bayaran melalui cash, sedangkan MCo lebih tumpukan bayaran melalui kredit kad...supaya nilai cash yang ada boleh lah membeli belah di Tanah Abang. Puas juga kami berjalan, ke sana dan ke mari untuk mencari hotel, (pada umumnya keadaan ini adalah normal bagi MCo yang sentiasa travel alone ke serata negara. . Akhirnya MCo ketemu juga hotel untuk menginap iaitu Hotel Nusantara, juga berdekatan dengan bangunan Tanah Abang. Bergini lah perjalanan yang penuh cabaran dan amatur dan untuk jimatkan kos. setiap perjalanan, MCo selalu ingatkan... tiga benda tidak akan terlepas jika ber travel ke negara orang... wang, tenaga dan masa.
Kos menginap di Hotel Nusantara ialah rp390ribu untuk satu malam.
Malam, MCo keluar bersiar-siar keseorang disekitar hotel, berjalan sepanjang jalan dan mencari sate. RP10k dapat lah 10 batang sate.

3hb September

Diringkaskan, jam 8.30 pagi waktu tempatan, MCo berangkat ke Sukarno hatta international Airport, kerana hari ini MCo akan berangkat pulang ke KL. "kami mengambil taksi dengan menggunakan "argo" (meter). dan caj yang dikenakan ialah hanya rp116ribu. berbanding jika menggunakan kenderaan pejabat yang dikenakan caj sebanyak rp200ribu, namun bergitu...jika jalan jem, lebih menggunakan kenderaan pejabat, sebab taksi argo akan terus berjalan kiraanya jika tersekat di dalam trafic jam.

12.15 tengahari (flight delay 15minute) dan kami sampai di LCCT Kuala Lumpur jam 3, di sana, eMyn yang berada di LCCT belanja MCo KFC sementara menunggu kawan MCo iaitu Ahmad Albab a.k.a. Nasir. (isterinya juga orang sabah, orang Kota Belud).
Pada malam tu, kami tidur di rumahnya, tapi berbanyak terima kasih kepada Ahmad Albab dan Isteri kerana sanggup menumpangkan kami bermalam dirumahnya, disamping itu belanja kami makan satay kajang, ekorang eMyn yang mengidam...heheheh...dan bawa kami pusing2. Selain itu juga, Ahmad Albab bersusah payah menghantar kami ke LCCT untuk penerbangan kami seterusnya. eMyn ke SABAH, manakala MCo ke TEGANU.

4hb September

eMyn ke KK Sabah. dan MCo ke Teganu dengan kapal terbang berbeza. kami terpisah di sini sahaja.

..dan cerita seterusnya akan berpandukan gambar2 yang dipaparkan, dan gambar-gambar ini adalah sebahagian sahaja, dan gambar selebihnya akan di link kan Flirt. selamat "menengok" gambar, klik pada gambar untuk besarkan..



Inilah lobby atau kaunter hotel di Bandung, Serena Hotel... (seperti yang lepas2, kali ini mungkin gambar kali ini seperti tidak ikut kronologi peristiwa semasa MCo berada di Bandung). Satu Malam rp403ribu selepas dapat diskaun 30%, MCo menginap di sini bermula 30hb Malam dan Check Out pada 2hb September.


Tiga gambar di atas ialah, di dalam bangunan Pasar Baru di Bandung, di sini terkenal dengan jualan pakaian, Seperti yang diceritakan, MCo pergi ke Pasar Baru ni pada 31hb Ogos tu, pada waktu pagi, Ketinggian Pasar Baru ini lebih kurang 5 tingkat, dan setiap tingkat itu dikatakan menjual pakaian berbeza, dan tawar menawarnya harus bijak juga. Banyak lagi gambar yang MCo perlu ceritakan.
Sambil orang lain shopping, MCo sempat snap gambar MCo sendiri...hehehe al maklumlah MCo ni bukan kaki shopping, menemani orang boleh lah untuk shopping. Gambar salah satu menjadi koleksi semasa MCo.
Gambaran luar, gambar ini di snap dari dalam, aras 2 dan pintu keluar, atau pintu utama...kalau ikut perkiraan, bangunan ini tiada bezanya dengan bangunan-bangunan shopping complex di Malaysia. 
Salah satu gambar yang di snap dalam Pekan Baru, ini lah suasana dalam bangunan Pasar Baru pada hari Sabtu, mungkin hari Ahad lebih ramai pada hari-hari biasa. Pada kali ini MCo mendapati banyak pelanggan daripada orang Indonesia, tiada pula terdengar daripada Malaysia, atau mungkin pengujung dari daerah lain.

Pasar ini boleh tawar menawar untuk beli barang, sudah semakin pandai... di sini kalau mahu menawar patutlah menawar dengan lebih rendah daripada harga yang ditawarkan, dan petua untuk membeli barang yang diminati, ialah jangan terlampau tonjolkan sangat keinginan kita terhadap barang tersebut, tapi buat lah acuh tak acuh...dan yang paling famous ialah "beli barang ketika mahu balik bukan beli barang semasa baru sampai".

ermm...ini sengaja MCo snapkan, itu beg plastik barangan daripada Pasar Baru. Ada cop nama, ada alamat dan ada juga no telefon.
Ini kisah waktu berikutnya, iaitu waktu petang pada 31hb Ogos itu, selepas selesai rehat pulang dari Pasar Baru. Seperti yang diceritakan sebelum ini, MCo pergi ke Trans Studion Bandung (TS). Inilah pintu masuk ke bangunan TS.
Laluan masuk ke TS, Selepas arca besar itu, sebelah kiri ialah kaunter tiket, dan sebelah kanan pula ialah tangga untuk terus memasuki ruang utama TS.
 Sebelum masuk dalam..jom bergambar dulu di muka pintu TS ini...


 Dua gambar,.. MCo sedang membeli tiket untuk masuk ke TS ini...harga pada hari minggu ialah rp250ribu... apa boleh buat, MCo rancang pada hari minggu, jadi terpaksa bayar harga mahal sikit.. untuk di lain kali, harap2 tidak melancong pada hari minggu, sebab ini lah... pertama harga mahal, dan orang ramai, bila orang ramai, jadi permainan di dalam itu, menjadi terhad, masa pun terhad, dan perlu berebut-rebut juga.


 Inilah bentuk tiket masuk, semua pakai scan, gambar di atas tu memang untuk 2 orang, kalau masuk, maka 2 kali scan, dan ia juga berfungsi sebagai duit elektronik, ia ini style membeli makanan di Big C di hatyai, di mana kalau kita mahu membeli belah di dalam TS, semua perlu scan kad ini, ia juga bertindak sebagai debit card, dan duit perlu di tambah dahulu dalam kad tersebut, jika tidak habis, maka duit itu boleh tebus balik. Normaly kalau macam ini, harga barang mungkin mahal sikit jika dibandingkan di luar TS.
 ...Antara persembahan yang diadakan di dalam TS ni...tapi sebetulnya, gambari ini adalah hampir saat akhir kami di dalam TS ni.. dalam lingkungan pukul 8 malam waktu tempatan. MCo difahamkan TS di tutup jam 10malam waktu tempatan, iaitu pukul 11 waktu Malaysia.


 ...Lagi bergambar dengan dengan karakter dalam TS ni... hanya sebahagian....
 MCo sempat bergambar dengan karakter yang membuat persembahan tersebut... selepas persembahan, mereka dibenarkan bergambar dengan pengunjung tetapi tak lama, dalam lingkungan 20-40minit sahaja atau kurang. Ia tidak seperti di Universal Studio, di mana karakter akan keluar dari semasa ke semasa, dan setiap pengunjung boleh bergambar bila-bila masa.

buat aksi sikit.... baru nampak brutal....  nice snaping..
 Gambar hanya lakonan...pelbagai aksi...
 Tea club...aksi juga, kami tak masuk dalam... cukuplah bergambar di luar bangunan ni ja...hehehe thanks eMyn kerana nice shoot.....


Sepatutnya, gambar ini di awalkan...tetapi seperti MCo jelaskan tadi...ia memang tak ikut kronologi... bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog MCo ini, pasti tahu.... ini lah yang MCo nyatakan tadi, harga tiket untuk masuk TS ini. anda boleh nilaikan sendiri....
MCo pun nak bergaya depan camera..sekali snap untuk permandangan di dalam TS ini.... tengok persekitaran permulaan pintu masuk...seperti tiada banyak beza dengan Universal Studio di Singapore.

s
...Lagi gambar keadaan di dalam TS ini..... ramai juga pengunjung, dan lebih ramai orang tempatan, tapi yang pasti mungkin dari daerah yang lain....
Sedang beratur untuk masuk tayangan 4D bersama rombongan yang follow tu..avenger...tapi semua kartun...eermmm ok lah....tapi masih tak boleh lawan Singapore lagi..... tapi sikit terhibur juga....

Inilah bangunan yang MCo beratur tu....ramai juga...MCo beratur pun hampir 1 jam... lagi pun dalam tayangan tu, tak lah ramai sangat..dalam 30 orang macam itu sahaja..
Ruangan lain di dalam TS ni... TS ni pun banyak slot-slot berdasarkan tema dan karakter dalam filem hollywood.

---Yang ini lah MCo ceritakan.... resit ini adalah hasil pembelian barangan atau makanan di dalam TS ini... setiap pembelian mestilah melalui kad debit yang MCo nyatakan tadi, yang mana kad / tiket masuk ke TS ini perlu di tambah nilai dulu sebelum membuat transaksi pembelian... rp50ribu... dua tin air cola, dan satu cup sweet corn.
gambar yang di snap secara candid,i still look nice....
..Last game yang kami main.... seperti Gokart.... memang ramai juga orang yang beratur.... dan ini lah bahana bila datang pada hari minggu, masa banyak di habiskan di dalam pembarisan sahaja....
Inilah bentuk Gokart tu... kecil, hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja...1 driver, 1 passenger...


No. 8 my turn sebelum berpindah ke no 2...get ready untuk drive....hehehee


Sempat berpossing dulu sebelum giliran kami untuk drive Gokart tu..... nice possing....hehehe... still cute...
...MCo pun mahu possing juga di Gokart ini... hehehe kami sempat bergambar...sebab masa berbaris tu... lama juga...ramai orang kan.....sebenarnya apabila kita masuk ke TS ni, kita boleh main apa2 sahaja permainan, dan beberapa kali pun...oleh kerana orang terlalu ramai, maka cukup lah sekali sahaja....

. oklah...biarlah MCo cerita sikit pasal kenderaan ni...walaupun kita sendiri yang pandu..kita sendiri yang kawal steering..kita sendiri kawal break....kita sendiri tekan pedal minyak..dan kita sendiri kelajuan yang kita nak.... namun ia masih terbatas...pertama, kita hanya dibenarkan melalui trak yang disediakan...bagaimana? diaorang meletakan satu rel di tengah-tengah laluan, yang mana tayar tidak akan tersasar daripada laluan yang ditetapkan, dengan kata lain jika kita pusing steering melebihi 90 darjah pun.... ia masih tidak boleh di batasi.. dan berkenaan kelajuan, walaupun kita tekan pedal minyak habis... mereka dah tetapkan kelajuan maksima...mungkin 40km/j...hahaha entahlah...tak tahu...



 
Semua gambar di dalam ruangan saintis di TS ni.....



inilah pintu keluar TS ni.... apabila keluar, maka tiada penyesalan untuk masuk balik...maksudnya..bila dah keluar maka tidak boleh masuk lagi...sebab tiket yang dibeli untuk sekali masuk sahaja....jadi, bila dah boring, puas di dalam tu... maka fikir-fikirkan lah bila mahu keluar....
ini adalah ruangan luar daripada gambar sebelum ini....iaitu foyer utama sebelum pintu masuk tiket itu....

Sebelum pulang.... kami makan dulu di ruang pintu utama masuk TS ini...ayam goreng, nak cari KFC tak jumpa... 2 ketul ayam goreng... 1 nasi...dan 1 air strawberry...boleh nilai sendiri ongkosnya... MCo pun tak mahu mengulas panjang.....


Pintu masuk TS pada waktu malam....waktu menunggu Pak Pandi...dia datang ambik...alamak MCo secara tak sengaja telah "melantik" dia jadi supir... sebenarnya dia ni pembawa taksi... so tak tahu plak malam boleh jadi supir... orang kata, jika di Bandung tak perlu ambik supir, sebab caj dia memang mahal, sebaiknya ambik taksi sahaja.. taksi yang pakai argo (meter).
Blok yang bersambung dengan TS.... ini lah supermarket sebenarnya...nak masuk pun ketat...kena lalui security seperti airport...seperti pasaraya sesetengah tempat di Thailand, dan Philipine.
Ini lah MCo sempat snap, rombongan ke massage kaki...eMyn yang sedang di massage... dalam kes ini, bukan MCo ambik sangat..tapi MCo merasakan inilah tempat massage kaki yang paling top yang pernah MCo masuki. lihat sofa/ kerusi tempat duduk...di lengkapi mini TV LCD, siap dengan earphone, ada alunan lembut music, dan diberikan 1 cup air mineral...tiada di tempat lain...dan jangan terkejut...ongkosnya... hanya rp40ribu satu jam untuk losyen...dan rp50ribu untuk guna minyak.. satu jam...boleh di kategori paling murah MCo jumpa..
Dua gambar di atas ialah jalan dihadapan di mana hotel MCo menginap...hotel Serena. Atas, pandangan kiri hotel, jika lurus lagi, akan jumpa jalan besar, dan seberang jalan besar tersebut ialah stesen keretapi Bandung... dan gambar bawah pula ialah pandangan sebelah kanan hotel.
Ini adalah pintu depan hotel Serena di mana MCo menginap...gambar di ambil pada 1hb..sebelum kami berangkat ke destinasi seterusnya.
Masuk roll.... gambar di atas sebenarnya di ambik di stesen keretapi Bandung, Pada 1hb September kami akan bertolak ke Tangkuban Perahu (TP), iaitu kawasan kawah gunung berapi. Tetapi sebelum berangkat di sana MCo perlu beli tiket keretapi dulu untuk ke Jakarta esok. MCo bimbang tiket ke Jakarta esok habis.. MCo di fahamkan untuk ke Jakarta ada 4 kali...pukul 7, pukul 9, pukul 12 dan pukul 4 petang.




MCo beli tiket bukan di kaunter, tapi di sini istimewa sikit, boleh di beli di kedai serbanika, dengan harga rp90ribu satu hala. Gambar di atas tu, ialah cashier sedang key in data untuk pembelian tiket, perlu di tunjukan passport bagi orang asing, dan orang tempatan ialah kad pengenalan.

Langkah seterusnya setelah beli tiket di kedai serbanika tu, diaorang akan bagi satu resit dan list, dan resit itu hendaklah di ajukan di kaunter syarikat keretapi tersebut, dan seterusnya akan diberi tiket yang asli. Kenapa jadi macam ni? sebenarnya, ada dua kaedah beli tiket keretapi ini, pertama langsung beli di kaunter tiket, dan kedua, seperti MCo lakukan ini, MCo di fahamkan jika beli di kaunter memakan masa yang lama....tapi tak tahu betul atau tidak...dan perlu mengisi borang yang dikhaskan dan seterusnya mengambil nombor giliran yang MCo tunjukan gambar sebelum ini.



Hah...inilah tiket aslinya...setelah melalui beberapa proses.. MCo dijadualkan berangkat dari Bandung ini langsung ke hentian Gambir, Jakarta pada jam 12 tengahari dan MCo perlu hadir ke stesen ini 1 jam awal.


Cerita ke Tangkuban Perahu (TP).

Pada pagi 1hb September, selepas beli tiket keretapi, MCo dengan pemandu Pak Pandi, seawal jam 8 pagi kami berangkat ke TP tu.
Gambar ini di ambil ketika dalam perjalanan ke TP. ketika kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat, pasti ada penjual-penjual seperti ini, ada yang buat pertunjukan, ada yang minta sedekah...ada yang berjual macam ini....
Cidomo....yang terkenal di kepulauan Lombok.... tak sangka juga di daerah Bandung ini pun ada... teringat nostagia dulu....
Inilah keadaan persekitaran sepanjang laluan kami ke TP.... ada kampung, ada pemandangan menarik,, ada yang jual buah, ada yang jual kelinci...ada ladang strawberry...dan macam-macam lagi...

Inilah tiket masuk ke TP... dan seperti MCo ceritakan di awal pembuka ni... tiket yang dikenakan kepada kami ialah rp60ribu sahaja... maka tipu lah orang-orang lain bahawa tiket masuk ialah rp250ribu seorang...namun bergitu... ada satu ralat lagi...MCo merasakan tertipu juga, tetapi sedikit, menurut Pak Pandi, kami dikenakan rp60ribu seorang, jadi MCo memberi rp120ribu untuk 2 orang...malangnya bila MCo melihat, hanya ada tiket ini...iaitu berjumlah rp65ribu.. jadi MCo membuat kesimpulan, tiket masuk untuk pelbagai pakej hanyalah sebanyak itu, jadi MCo merasakan MCo ambik lebih duit MCo, tapi tak apa, hanya sebanyak itu. Bagaimana pula orang yang kena sampai rm250ribu itu? Keadaan ini memang tak pernah lekang di mana2 sahaja...termasuk tempat yang MCo biasa iaitu di Hatyai, Thailand.


Satu gambar pembuka di TP di mulai dengan Berlatar belakangkan gerai-gerai jualan di atas puncak TP. Harga di sini? mahal...tapi boleh di tawar sehingga 50%. dan satu lagi kalau ada "kaki".... apa maksud "kaki" tu..... biarlah MCo cerita pada gambar di bawah ini.
Ini lah orang yang dikatakan  "kaki" MCo... apa maksudnya? untuk mengelakan penipuan atau kehabisan duit kita dengan cepat. biasanya setibanya kita di puncak TP ini, terutama hari minggu... bila pintu kereta di buka...ada lah orang yang mengaku dia ini "touris guide" (TG), dengan menunjukan lencana... kalau kira memag betul lah mereka tu TG...tapi padahnya kemudiannya mereka akan meminta tips, dan mungkin jumlahnya kita tak dapat bayangkan...jadi untuk langkah itu, MCo tak rasa perlu ambik TG ni...namun akhirnya MCo secara tak sengaja terambik juga.... tapi walaubagaimana pun.. TG MCo itu bukanlah TG yang di khaskan untuk kerja-kerja TG. Maaf, orang yang jadi TG MCo tu...memang tak ingat nama dia...sebenarnya dia ni adalah penjual barang, dan dalam beg dia tu ialah barang2 yang di jual...dan dia ni adalah penjual berlesen, dan mempunyai kad... nanti MCo akan ceritakan lebih lanjut. Orang ini telah ikut MCo kemana saja...dan dia lah yang menjadi camera man, jadi tunjuk arah, jadi penginfo...dan dia lah yang jadi "kaki" MCo untuk beli barang.... barang yang harga rp60ribu..boleh dapat dengan harga rp20ribu..jadi boleh bayangkan?? tapi awas, di akhir nanti...kita tak boleh bagi tips pada diaorang.. kerana ini adalah salah, CCTV ada terpasang untuk memantau mereka ini, jika mereka menerima tips..maka tindakan akan di ambik, jadi oleh kerana dia selalu mengikut MCo sepanjang perjalanan, MCo berhasrat memberi sedikit tips, tapi bagaimana? dengan membeli barang mereka...tapi harga pun boleh dikatakan tidak masuk akal...tapi apa boleh buat....bila MCo kata tak mahu...dia kata... "tak apa, apa boleh buat, ini mungkin bukan rezeki dia kali ni".jadi MCo pun beli lah, nasib baik barang yang dijual tu...adalah barang yang wajib MCo beli, iaitu magnet yang di lekatkan pada peti ais tu...tapi harga yang di tawarkan ialah rp150ribu...kalau kira tak berbaloi, tetapi teringat akan tips itu... maka MCo tak kisah sangatlah.

Bergambar  di Kawah Ratu...iaitu kawah yang paling besar antara kawah2 gunung berapi di antara 12 kawah yang berada di TP ini. Tetapi kawah ini boleh di katakan tidak aktif, tetapi tidak boleh di katakan "tidak aktif sepenuhnya" sebab bila-bila masa ia mungkin akan meletus, dan akan mengeluarkan debu, serta sulfur yang beracun.
MCo bergambar solo di salah satu kawah gunung berapi ini.


Lagi gambaran di Kawah Ratu yang sempat MCo snap kan....sebenarnya gambar ini memang banyak di snap oleh pengujung.

Lagi gambar MCo dan eMyn dan gambar ini di snap oleh TG tadi...dia lah yang selalu ikut kami ke mana saja kami pergi di sekita TP ini.
lagi gambar MCo.... errmm biasa lah koleksi MCo..sorry...MCo tak post di FB. kalau post pun mungkin 1 gambar ja atau dua gambar.
Gambar yang sengaja MCo snapkan oleh TG. batu ini adalah batu pengesan gempa, di mana di dalam batu ini disalurkan kabel yang amat dalam... dan segala bacaan meter dan pusat kawalan ada di tempat yang dikhaskan...ia boleh dikatakan sebagai alat pemberi amaran kepada pekerja dan pengujung... dan yang istimewanya, kesan akan gempa dapat di ketahui lebih awal, iaitu mungkin dalam 3 hari sebelumnya, jadi kawasan itu sempat di tutup dan orang awam, pengujung dan pekerja tidak dibenarkan lagi masuk. Pengesan ini di faham oleh MCo ada di pasang di beberapa tempat lagi...

Lagi pandangan di atas puncak TP


Gambaran jauh batu yang MCo cakapkan tadi...dan keadaan persekitarannya.

antara penjaja kecil dan persekitaran di TP, sebenarnya kawasan ini baru saja di buka, sebab pihak pemerintah dapat mengesan kewujudan baru kawah di sini.

Nice shoot daripada TG..mungkin dia dah biasa jadi camera man, maka dia tahu lokasi yang cantik untuk disnapkan gambar.



Semua gambar yang diambil oleh TG.....


Gambaran daripada puncak, yang beratap-atap tu ialah gerai jualan....





Gambar-gambar di atas ni... adalah persekitaran TP, yang menjadi sebahagian koleksi MCo.


Cerita Kawah Domas

Pembuka cerita ini, biarlah di mulai dengan gambar ini. Sebenarnya kawah Domas (KD) ini merupakan kawah yang masih aktif dan masih mengeluarkan asap dan air mendidih. Untuk menuju ke KD ada 2 pintu masuk, iaitu melalui puncak TP yang dikenakan bayaran rp300ribu dan diikuti oleh seorang TG. Seperti MCo ceritakan pada permulaan, MCo masuk melalui pintu ini, yang dikenakan bayaran sebanyak rp250ribu. alang-alang datang, lebih baik masuk, jika nak tunggu akan datang, tidak tahu, bila lagi MCo dapat datang ke sini...
Masuk melalui pintu ini, masih juga di sediakan seorang TG yang bernama Utep...lagi pun tips yang MCo bagi tak banyak rp10ribu dan Usd3.00...
Jarak perjalanan daripada pintu masuk ke destinasi KD ialah sejauh 1.2km...dan berginilah keadaan jalannya... cuma tak dapat bayangkan..jika en. Alwi dan isterinya yang ikut serta MCo ni... MCo tak tahu adakah pasangan Alwi itu dapat terokai sejauh ini.
sebelum apa-apa bergambar dulu... gambar di ambil oleh Utep..TG kami..dan di belakang kami tu...ialah 3 orang penjual yang diberi lesen untuk mengikuti kami...manakala rombongan lain masih ketinggalan di belakang...kami duluan yang sampai.


Sekarang sudah sampai di pintu masuk KD, apa-apa pun bergambar dulu.....

zoom in.... pintu gerbang ke KD...


Nah sudah sampai.... di belakang tu...sudah kelihatan kawasan KD...masih berasap...dan bau sulfur kuat juga..
Inilah keadaan dan permandangan di sekitar KD ini....

MCo tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar di KD ni... bukan selalu.... hehehe..tengoklah di belakang MCo tu...berasap...tapi apa yang nak di fokuskan ialah..pengujung yang di belakang MCo tu...mereka semua masuk melalui pintu atas...di puncak TP.... sebab jarang orang masuk ke KD ni melalui pintu bawah yang MCo lalui tu....dan setiap mereka akan ada TG dan penjual....mungkin ramai yang ikut....
Lubang yang ditutup di batu.... masih mengeluarkan asap yang panas....


Air yang mendidih.... MCo difahamkan... air pancutan ini sebenarnya menjangkau beberapa meter tingginya... dan pihak berkuasa telah meletak batu supaya tiada pancutan... pancutan air panas...jika pancutan di lepaskan...maka pancutan air panas itu akan tersebar di sekitar...dan kolam-kolam air panas yang ada tu...mungkin tidak boleh di rendam kaki lagi....
Bagus...tandanya MCo pun dah sampai sini..buat teman-teman yang belum sampai...bila lagi? hehehe


Sebelum acara seterusnya...iaitu acara rendam kaki dalam air panas.... bergambar dulu....tidak banyak perlu di ceritakan dalam gambar ini.... tapi pada akhir nanti...ada lagi gambar yang tak di susun secara kronologi untuk diceritakan.... tunggu....
Ok...sekarang giliran MCo untuk menceritakan perihal peniaga ini.....yang ikut kami ialah seramai 3 orang... bergantung..lebih atau kurang... mereka ini diberikan lesen untuk berniaga barangan kepada kami... harganya memang tak boleh nak dibayangkan...memang mahal...mereka berkata, barangan di perolehi daripada pusat atau pejabatnya dan diberi komisyen..entah betul atau tidak.... kisahnya..mereka ini diberi kuasa untuk mengikuti kami...dan mereka hanya dibenarkan menjual barangan mereka kepada MCo sahaja.. dan tidak boleh dijual kepada pengujung lain, mereka telah diberikan sekeping kad...sebagai lesen...kes ini terjadi...ialah dahulu, mereka berebut pelanggan, dan akan ada pergaduhan....contohnya peniagaan A jual harga rp200ribu...datang peniaga B..jual barang sama..jual dengan harga rp150ribu...jadi terjadilah pergaduhan... maka untuk atasi masalah ni..pihak berkuasa telah meletakkan undang2 seperti ini... kaedah mereka...mereka akan pujuk rayu untuk jualan produk mereka.. merayu sehabis-habisnya...harga jika diletak dalam harga rp500ribu..boleh ditawar dengan harga rp150ribu....(bagi pendapat MCo ialah...produk itu jauh lebih murah lagi)..jadi jangan sampai tertipu..
Jikalau anda tidak menyukainya... cara atasinya ialah... menghalang dia mengikuti kita pada permulaan pintu masuk itu...itu adalah pesan TG Utep MCo... katakan pada dia.." sorry bapak-bapak, tak perlu lah ikut kami, kami tak mahu beli barang,.nanti kamu ikut, dan kami tak beli, jangan kecil hati pula" jadi penolakan seperti ini boleh...sekurang-kurangnya kita tolok secara lembut...


Ini adalah batu seperti di puncak TP tu... juga mempunyai kabel ke dalam tanah untuk mengesan gempa atau bila-bila masa gunung berapi akan meletus.

Jalan pulang dari KD... lihatlah jalan yang sunyi...tiada orang...bergini lah keadaan semasa...KD ini di tutup pada jam 5 petang.

Sekarang waktu untuk pulang, tapi sebelum pulang beli dahulu buah strawberry.... dengan harga rp40ribu....
Dalam perjalanan pulang ke pekan Bandung, kami singgah dahulu di ladang Strawberry....dengan kadar bayaran rp10ribu..dan buah yang dipetik akan dikira dalam rp60ribu untuk 1 kilo.... tapi buah atas nasib.... dapat kecil, besar, manis atau masam...tapi yang penting pengalaman memetik sendiri buah strawberry tu...
Inilah tiket masuk rp10ribu...untuk 2 orang...
akhirnya kami sampai di hotel dalam lingkungan jam 5 petang...dan berehat di hotel....

Rasa-rasanya gambar ini salah port....tapi tak apa... boleh di ceritakan sedikit... pada petang itu, kami tak makan apa pun, cuma strawberry ja... kami pun dah lapar...jadi MCo pun turun ke bawah mencari makanan....hajat nak cari nasi, tetapi tiada...yang ada ialah bubur nasi ayam...jadi MCo beli lah..

Untuk gambaran lebih jelas...bubur ayam Priangan.... entahlah MCo pun tak tahu apa maksud tu.... jangan bimbang....halal...hehehe

Hari Berangkat ke Jakarta

Perjalanan daripada hotel ke Stasiun (station) Keretapi Bandung tak sampai 10minit...tapi perlu melintasi jalan utama, agak sibuk juga, tapi kena pandai melintas, tak perlu tunggu kereta tiada baru melintas...tetapi ikut lah style melintas jalan di Vietnam...terus melintas bila lihat jarak kereta jauh, mereka akan slow atau berhenti memberi laluan kita dahulu....
Bangunan utama Stasiun Keretapi Bandung.....
Keadaan di dalam menuju ke gerabak keretapi...sama seperti stesen keretapi yang lain-lain.
 Gambar yang di snap secara candid...sedang mencari lokasi gerabak yang sepatutnya kami naik..
 sedang kami mencari pintu masuk, maka datang seorang yang memakai baju seumpama pekerja di stesen keretapi ini...dia lah yang tengok tiket MCo dan mengangkat barang, dan menunjuk arah dan seterusnya tempat duduk kami.... ermm rupa-rupanya mereka ini adalah pekerja yang meminta tips dari pengguna...jika kita sudah tahu tempat, tiada barang, tidak perlu guna mereka... tips biasa mereka minta ialah rp10ribu.
 Executive class, boleh dikatakan tempat untuk golongan yang tak mahu bersesak-sesak dengan orang yang berada di kelas business dan kelas ekonomi.... boleh dikatakan selesa juga....sedangkan kalau kelas ekonomi tambangnya dalam rp70ribu...dan perjalanan mengambil masa 3 jam...tidur pun selesa..dan tak bising sangat.
Oh..sepatutnya gambar ini dipermulaan, tetapi telah tersasar sebab ia di upload kemudian....padahal banyak lagi gambar tak di upload, dan rasa2 tak perlu di upload..

Inilah keadaan lokomotif ini...nampak bersih...MCo antara orang terawal naik atas gerabak ni...
Pandangan luar sisi keretapi...aiseehh teringat cerita koboi lah plak...hehehe...inilah pertama kali MCo naik keretapi untuk jalan jauh.... kalau komuter dah biasa....
Alammaakkkkk....tempat duduk kami tu..macam salah tempat ja....kebetulan no kerusi kami tu...ada terdapat rekahan, cermin yang crack sedikit sebanyak mencacatkan pengambilan gambar di luar... tapi apa boleh buat.... kena pandai-pandai ambik....
Pada awalnya..MCo lupa untuk snapkan peraturan di belakang tiket keretapi ini... MCo nak cakap banyak pun dah malas nak menaip...kalau anda dapat baca... sila lah...klip pada gambar untuk besarkan...

Dah semakin penuh penumpang.... sejam MCo di dalam keretapi ni sementara menunggu keretapi bergerak....
MCo sengaja snapkan gambar ini...untuk menunjukan kemudahan yang ada...itu pelapik kaki...boleh di lipat, boleh dibuka jika kaki korang pendek.... so jadi lebih selesa.
Keadaan di luar...semasa keretapi sedang bergerak...

ambil gambar dulu sekali dalam train...hehehe

Tengoklah ekor keretapi di belakang semasa melalui selekoh.....macam dalam filem kan tu..hehehe...jangan fokus pada MCo sangat..tapi gambar di sekeliling....
Lagi permandangan yang di ambil semasa dalam perjalanan ke Jakarta.... ada gambar2 yang menarik..tapi sudah malas mahu upload.
Tandas di dalam keretapi..bergantung anda selesa atau tidak...tapi ini lah yang ada pada gerabak kelas executive... tapi bersyukurlah..paling kurang ada tempat buang... untuk makluman... keretapi ini hanya berhenti di 2 stesen sahaja untuk mengambil orang...berhenti pun dalam lingkungan 10minit sahaja...jadi kalau nak buang semua masa 10minit di hentian tu.... rasa2 tidak sempat.

Ini adalah ruangan antara gerabak... luas...ada orang menghisap rokok di area ini...secara curi-curi.

  

Di dalam keretapi ini, juga dilengkapi plug untuk mengecas talipon....ermm ok lah tu....sesiapa yang bawa plug versi Indonesia...maka mudahlah....

Salah satu jurang dan jambatan yang dilalui oleh keretapi ini.... MCo difahamkan jambatan keretapi ini, adalah jambatan keretapi paling tinggi di Indonesia.
Antara hentian keretapi berhenti seketika untuk mengambil penumpang.... ada banyak stesen tetapi yang seperti MCo nyatakan tadi...hanya 2 stesen sahaja keretapi ini berhenti untuk mengambil penumpang.

Sudah hampir sampai di Jakarta, keadaan di luar.... dan waktu ini sudah hampir pukul 3 petang waktu tempatan.... tapi sayang... MCo lupa untuk snap gambar ketika sampai di hentian Gambir Indonesia.. jadi cerita MCo di dalam gerabak keretapi ini, berakhir dengan gambar ini....


Jakarta

Di Jakarta, MCo tidak bercadang untuk bercerita panjang...cukuplah MCo mengulas gambar-gambar sahaja... gambar di atas ini ialah bangunan pasaraya... yang terkenal tu... iaitu Tanah Abang (TA). Di Jakarta ini.. MCo menginap di hotel sekitar TA inilah.... ermmm...jadi dalam kes ini...MCo nak ceritalah sikit... sebelum datang ke Bandung dan Jakarta ini, MCo ramai bertanya orang yang sudah biasa datang ke sini... adakah banyak hotel? rata-rata mereka menjawab...memang banyak..boleh walk in...tapi bagi MCo ia tidak banyak seperti sangkaan MCo, bagi mereka yang pertama kali datang, MCo nasihatkan booking dahulu...kecuali dia amatur separuh hardcore traveler seperti MCo, sebab jika MCo pergi ke negara orang berseorangan, MCo jarang online booking tetapi walk in, bagi sesiapa yang ingin datang dengan pasangan, isteri, anak2...atau honeymoon, seeloknya booking lah...untuk mengatasi kehabisan bilik..kita tidak tahu keadaan di sini.... waktu dan juga tempat.
Salah satu bangunan yang sempat MCo snapkan.... tak banyak perlu bicara di sini...tengok trafik jem...dan bangunan tinggi...
Gambar ini cerita pada 3hb September..waktu hendak berangkat pulang sudah... ini masa untuk check in..kaunter air asia....

Antara trademark MCo.... KL-Bandung-Jakarta-KL.
Sebelum terlupa.... perlu di ingat...bagi penerbangan, perlu sediakan wang secukupnya untuk airport tax. ia tidak seperti Malaysia, yang mana harga tiket telah di campur dengan airport tax...seperti Philipina, Indonesia pun sama, airport tax....bernilai rp150ribu setiap orang....kebiasaannya kalau pengujung mahu datang ke Jakarta dan Bandung...mereka akan arrive dari KL langsung ke Jakarta dan balik melalui Bandung...sebabnya airport tax bandung lebih murah daripada airport tax di Jakarta....

MCo sempat bergambar berlatar belakangkan... info penerbangan.... cukup lah....

Cimb bank Indonesia...di ruang boarding Jakarta airport....


Gambar Rawak Yang sepatutnya di dahulukan....

Sebetul benarnya gambar di bawah ini adalah harus di letak pada permulaan, tetapi kerana terlewat upload maka ia terturun ke bawah..dan lagi pun MCo sudah malas untuk susun, Maklumlah susun melalui laptop agak cerewek..apa2 ceritanya tetap sama.. dan MCo tak bercadang untuk mengulas panjang.enjoy.


Ketiga-tiga gambar di atas ni adalah permandangan ketika dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu...termasuklah gambar Cidomo itu..
Gambar orang berbasikal... juga ketika dalam perjalanan ke TP.. apa yang MCo ingin ceritakan ialah... ketika dalam perjalanan tu.. (Hari Ahad)... ramai sekali orang berbasikal seperti ini...seperti Le Tour de Langkawi... bila di tanya... memang itu rutin mingguan penduduk sini... hari minggu mereka akan berbasikal sehingga hot spring...tempat kolam air panas...iaitu di pinggir kaki ke TP tu....


kawah gunung berapi di TP.






Bergambar kenangan dengan sign ini... paling kurang orang tahu yang di sini ialah Tangkuban Perahu.
persekitaran KD.
Rendam kaki dulu... hilangkan penat di kaki... ada orang kata, air panas ini dapat menyembuhkan penyakit kulit.


Ini kisah di ladang strawberry.... ini lah zoom in secara dekat keadaan dan bentuk buah strawberry sebelum di petik.
Ladang Strawberry....bukan ini sahaja...ia ada banyak peringkat...
Semasa di ladang strawberry itu, sebelum pulang, kami di sajikan dengan air strawberry yang kaw...yang pure...rasanya.... ada rasa masam2 manis...ada orang tak dapat habiskan...ia terlalu pekat...

Gambar ini di snap  semasa di dalam keretapi menuju ke Jakarta....
Konduktor Keretapi yang sedang memeriksa tiket perjalanan kami....

Permandangan masa dalam perjalanan ke Jakarta....


Gambar di atas ini adalah episod ini.... sebenarnya gambar ini adalah semasa MCo bermalam di Jakarta, sekitar hotel di area TA...kali ini MCo seorang diri pusing-pusing sekitar hotel, seperti biasa yang MCo buat jika melawat negara orang... jalan-jalan melihat suasana malam....lagi pun MCo keluar malam sebab untuk mencari nasi untuk eMyn,...dan satay.... gambar di atas ialah seperti warung di tepi jalan, keadaan ini adalah biasa di sini.

Bergini lah keadaan malam, dan gerai2 makanan di sepanjang jalan....berhampiran hotel di mana MCo menginap..


 
Gambar akhir..

Selepas MCo membeli nasi... cuma satu lagi yang perlu MCo cari untuk koleksi .sama kes macam I Love Philipine...serata tempat MCo cari...kali ini...MCo perlu mencari satay pula.... mungkin nasib menyebelahi MCo, masa pulang tu, MCo terserempak dengan Mamat ni...dia penjual satay.... maka apa tunggu lagi.... MCo pun beli lah.... dengan harga rp10ribu sebanyak 10 cucuk.. lebih kurang... satu cucuk ialah 30sen Malaysia...

Maka dengan gambar terakhir tu...maka selesailah sudah... lagi pun MCo tak mahu bercerita panjang lagi....banyak pengalaman akan terus lekat di fikiran...ada yang juga perlu di lupa...ada juga boleh di jadikan panduan...ini lah serba sedikit cerita MCo...


apa pun..enjoy...dan terima kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...