Monday, June 20, 2011

Aduhaii Nabira ku....

Oh Nabira ku... sudah 3 tahun aku memiliki mu. Namun tidak banyak perubahan yang dapat aku lakukan.. biasa lah kereta "tangan kedua" sudah tentu banyak masalah, lagi pun umurnya dah pun mencecah 8 tahun. Kalau di kira, sudah banyak wang ringgit yang dibelanjakan ke atas kereta kesayangan ku ini... semakin terlalu di jaga, semakin banyak musibahnya..
Namun bersyukur, aku tidak keseorangan dalam memandu kereta idaman ini, rupa2nya terdapat rakyat Malaysia juga sama seperti aku sehingga mewujudkan kelab khas untuk kereta ini, antaranya www.mychevyclub.com. www.mychevyclub.net. www.ramp-it.net. semua member2 kat dalam club/ forum ini friendly, dan berpengalaman. so banyak masalah kereta aku rujuk pada mereka. Club ini lah yang mengagahi aku untuk terus setia. walhal kalau tiada club ni pun, aku tetap setia dengan Nabira ku.... setakat ini tidak terfikir untuk aku menukarnya.

Now, kasihan Nabira ku, kelihatan semakin usang, semakin terbiar, semakin tidak dijaga, lihatlah sekelilingnya...penuh dengan parut dan luka. antaranya:-


antena radio, lokasi belakang atas atap, getah nya dah tercabut, tetapi ia bukanlah masalah besar.




pecah dan rompong, ini kesan daripada kemalangan yang di rempuh motosikal, 2 bulan yang lalu. tetapi sudah di perbaiki sedikit dan lampu pun dah tukar yang baru.



Error sign, exhaust emission dan InSP. sepatutnya untuk clear ni boleh guna Tech 2 (boleh dikatakan alat/gadget/komputer untuk check secara elektronik masalah kereta). tapi ia dah selesai dengan bantuan "btsix" (arzo ahmad). salah seorang ahli kelab. masalah ni mungkin berpunca daripada O2 sensor, ekoran ketidakstabilan pembakaran petrol...agak2 je..hehehe.




jom tengok kat dalam. Pasal Kelambu tu, semua orang sedia maklum (ahli club chevy/ opel jer lah) yang tahu, Nabira ni ada satu kelemahan iaitu kelambu akan jatuh. tp kes kereta aku lain sebab aku dah cucuk jarum, tapi di sini bukan isu itu, tetapi isu getah di sebelah kiri belakang kereta aku (pintu) dah tercabut. yang warna putih tu ialah plaster, supaya ia tak terlondeh ke bawah...hehehe lawak lawak, kenapa uzur sangat kereta aku...



Yang ni mungkin tidak berapa jelas, lokasi ialah cermin sebelah kiri depan (sebelah passenger) tinted nya dah mengelupas...ini sure kena tukar baru. but not budget yet. selagi boleh pakai, aku pakai dulu laaaaaa.....



Nah kita terjah steering plak... biasa lah both side, bahagian horn tu sure carik, terkopak. banyak dah yang kena ni... nak repair orang kata just tukar cover tu..harga buat masa sekarang ialah rm120. buat di ecotec, di sunway pyramid.


eerrmmm nak cakap pun malas. ada nampak tak? keretakan pada cermin depan kereta aku tu. sebulan baru tukar insuran (tanpa insured wind screen) berlaku lah tragedi ni, berlaku kat jabor semasa pulang dari KL ke Terengganu. Nasib baik cermin sekurit, 2 layer so boleh lah tahan setahun lagi.


Tengok kat depan? papan plat dah nak tercabut kan...alahai yang ni pun aku boleh ignore. sebenarnya ia terjadi ekoran, tayar kereta aku tu terjelus dalam lumpur menyebabkan bumper depan terangkat dan secara langsung papan plat tu tercabut.


woooiii.... ini baru terjadi semalam. 19jun2011. terjadi apabila aku reverse dan secara tak sengaja ada satu bonggol tu, terkena bawah bumper tu....ekoran keretakan yang telah berlaku pada foglamp ni..terus menyebabkan ia pecah. walau bagaimana pun lampu still berfungsi seperti biasa.



Lip bawah lampu, dah patah dia punya klip. dah lama dah ni..tapi aku still buat tak tahu jer, mahal wor benda alah ni...cecah rm200 gak... giler aaah.


Yang ni skirting sebelah kiri, tercabut, akibat pecah ekoran pelanggaran ntah apa2 ntah. bila letak 5M double side saletape, dan di kacip dengan pin, ia tetap tidak rapat, dan masih terkopak. i have no choice, masa yang terhad, so aku hold seketika, perlu beli 3M lagi dan buka,, dan lekatkan lagi..tp soon. (orang lain buat, aku yang kena settle kan) biasa lah, kereta orang, tiada siapa mahu ambil cakna. lain lah kereta sendiri, langgar lubang pun tak mahu.


Kesan calar, ini terjadi apabila ada lah sebuah kereta kancil parking tepi kereta aku, tut tut bila kuar jer terus geserkan bumper kereta dia kat kereta aku....


Cap rim, ini pun boleh lost. aku pun tak tahu kemana dia menghilang. nak tak nak terpaksa pakai juga.... nak beli rim baru? buang tabiat ke?


INi sambungan yang tadi punya sebelah kiri skirting, tapi yang ini yang belakang tadi yang depan.



Ini kesan calar accident yang langgar aku dari belakang. (lokasi belakang kanan, bawah lampu yang pecah tu).


so nasihat aku pada diri aku sendiri elok2 lah jaga kenderaan sementara masih ada, tapi bagi aku sekarang, maintain engine lebih baik daripada mencantikkan luaran kereta tu.

oklah....sekarang semua spare part akan di update dari semasa ke semasa....

 Airmass sensor... average harga dalam RM800...fungsi adalah mengawal angin untuk masuk ke Throttle body... boleh dicuci tetapi kena hati2...sebab kat dalam tu ada sensor (sebesar kepala mancis)...
 di mana terletaknya airmass sensor.... sambungan daripada air filter ke throttle body...
 kalau kereta anda sensor ini menyala.... kemungkinan besar adalah disebabkan O2 sensor, ada dua O2 sensor.. depan dan bawah...bersambung dengan ekzos... kadang-kadang faktor petrol, kadang-kadang kerana minyak kotor,..kadang-kadang kena tukar fuel filter.
 valve aircond...kalau rosak (seperti gambar di bawah)... boleh saja di pateri kan...

 untuk bateri...sukatan eeeh....
 alternator untuk Chevrolet Nabira.....
 Alternator untuk Opel Zafira (yang di tunjukkan anak panah tu ialah decoupler.... kalau tak pasang pun tak apa....
 anak panah no 2  tu... InSP menyatakan Inspection untuk kereta siap sedia untuk di hantar servis. biasa di set oleh Tech II samada untuk servis 5 ribu atau 10 ribu. untuk hilangkan secara manual ialah
1. tekan butang yang dekat odometer tu (hold)
2. on suis...tetapi jangan hidupkan engine.
3. tunggu klip2 kat InSP tu...
4. lepas tu Klik sekali untuk 5ribu... 2 kali untuk 10ribu.
 Ignition coil...harga sekarang average ialah RM1900..kalau buatan china atau OEM dalam RM400. Sympton dia...kereta macam henjut-henjut....
 kalau aircond tak sejuk...try lah check ni.... pollen filter... yang kanan tu... yang lama tak tukar... locate ia kat dalam bawah deshboard sebelah penumpang depan.
 Model subaru traviq... khas untuk keluaran Japan.

NASIHAT kepada yang bakal membeli Nabira secondhand... pastikan kereta yang hendak dibeli itu mempunyai "security code" daripada pemilik asal.. gambar di bawah ni adalah contoh kad security code.. (kalau tiada kad ini, kalau di bagitahu no code pun sudah memadai)... jika pemilik asal telah menghilangkan security code ini, ada berhak mendapat potongan harga asal nabira itu RM1000 lagi.. jika dia jual RM30,000. maka anda berhak mendapat harga RM29,000. sebab security code ini penting jika anda ada masalah ECU, atau sebarang kerosakan lain yang memerlukan security code.
harap maklum...

116 comments:

  1. Tepat sekali bro, maintain enjin nabira nie lebih pentng hehehehe aku la RSBE

    ReplyDelete
  2. keta ko ni , biru ker itam....

    ReplyDelete
  3. yeah.. RSBE. maintain engine dulu, itu kalau budget membudget lah...kalau duit banyak xde hal...
    kereta aku warna biru grey...sekali pandang memang nampak hitam... n kebetulan masa ambil gambar tu....tersalah tekan mode camera...tu jadi warna lain sikit....

    ReplyDelete
  4. salam
    Saya ada 2 nabira dan cuba register di club.. tak lepas lepas. Anyway, saya ada simpan sikit stok Nabira. Semuanya yang original GM. Kalau berminat boleh hubungi saya di 012 221 8956 atau drrafick@gmail.com. Harga 80% harga Cheverolet Malaysia

    List spares yang ada

    Name Part No
    Air Filter 9117557
    Pollen Filter 93182436
    L Fog light 9117327
    Water pump 90543935
    Sensor Timing belt 90536064
    Radiator grill 92168504
    Front Cabin Lights 922866
    W/Shield Water Reservoir 96550797
    FF brake pad 9192157
    Front hub 9117622
    Gear Knob slector lever 9118420
    V belt tensioner 90571758
    Rear brake pad 93176118

    Terima kasih
    Dr Mohamed Rafick

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Dr. M. Rafick...
      menarik juga dengan tawaran tu...
      nanti saya hebah2 kan kepada ahli club lain

      Delete
  5. Harga saya tawarkan silap. Ianya lebih murah. 75% dari harga di ecotec

    ReplyDelete
  6. bro aku baru bercadang nak angkat nabira ni dlm harga 32k.. agak2 senang ke nak jaha keta ni.. advise sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 32K? kena kenal pasti tahun? dan mileage?
      kereta ni..boleh di kategori manja juga...
      barang 2ndhand sememangnya ada lah problem sendiri...
      dan mungkin bergantung atas nasib....
      saya pakai dah 5 tahun, alhamdulillah tiada sangat major problem..
      pasal spare part, jangan bimbang... banyak..
      walaupun harga mahal SEDIKIT tapi ia tahan lama...
      try lah serve.. www.mychevyclub.net untuk info yang lebih.

      Delete
  7. marvelous....WLH8229 nabira ku...pogee752 nama kat mychevy...emission sensor kadang2 menyala...kadang2 padam...Gi SC reset ecu...ntah ler...janji boleh jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh itu kadang2 normal..jikalau kuar spanar light tu yang bimbang sikit.. cepat2 hantar SC.

      -MCo-

      Delete
  8. parid parid br sebut nama mung,ak nak bli nabira tp xtau molek ke dok model ni...x student sultan ahmad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ex student tu nama apa? hehehe...
      setakat ini kereta ni, rasa ok lagi... cuma kena sedia duit banyak sikit... MPV continental paling murah sekarang ni..
      oleh kerana usia dah lama, dan rata2 yang ada di Malaysia ni adalah secondhand...so kena berjaga2..so far aku dah pakai 6 tahun sudah..

      -MCo-

      Delete
  9. Salam sejahtera semua,

    Setelah puas saya mencari Nabira 2.2 tapi gagal saya memilih Nabira 1.8 Sport 2nd hand 2004 pd tahun 2010 atas keyakinan saya pada Chevrolet Optra 1.8 2004 yg masih dimiliki sampai hari ini. Boleh dikatakan kereta Chevrolet mmg berkualiti dan seronok dipandu. Walaupun x dapat dinafikan harga parts mmg mahal tapi ia mmg tahan lama. Setelah memiliki Nabira, saya memastikan keadaan didalam engine diutamakan dulu seperti mengantikan timimg belt, water pump, fan belt, battery dll. Selepas tu brake pad dan bahagian dalaman kereta. Parts yg ditukar semmgnya parts "wear and tear" yg cukup masa utk ditukar dan bukannya yg rosak. Mmg jarang Nabira dan Optra saya mengalami kerosakan. Setelah 2 thn memiliki Nabira, byk parts yg saya telah ganti baru dan harap2 semuanya dan beres. Mmg sakit kepala apabila simbol engine menyala kerana ia menandakan suatu yg tak kena pada engine. 3 minggu yg lepas saya menggantikan disc brake dan brake pad yg telah pun nipis selepas ia mengeluarkan bunyi tajam menghiris hati. Oleh kerana budget x tebal, saya memilih disc brake dari Korea yg separuh harga berbanding ori GM yg harga mencecah RM2600 sepasang. Aduhai.......Nabira ku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera..

      TQ your info Kenneth Chiew...
      info yang berguna bagi yang baru2 nak cuba pakai kereta ini..dan bagi yang baru pakai...
      like me...pakai kereta ini kena berkawan, sebab ia seperti limited edition... by the way.. budget kena kemas dan kena mempunyai hati kering untuk pakai kereta ini..

      good...

      -MCo-

      Delete
  10. saya mencari nabira 2005. Apa yg patut saya check, tengok dan pastikan sebelum membuat keputusan membelinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply..
      untuk kereta ini, sebaik2nya bawa orang yang pakar..
      terutama orang yang ada TECH II, atau upcon..sebabnya kereta continental model ini...semua berdasarkan elektronik..
      banyak penyakit dapat di kesan..

      untuk detail...boleh lah join club
      www.mychevyclub.net dan
      www.ramp-it.net

      -MCo-

      Delete
  11. Baru brcadang nak pakai nabira gak..byk gak problem n maintanance tinggi ek kalo rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, Nabira ini paling last model keluar di Malaysia ialah pada tahun 2005, jika sekiranya melihat umurnya sekarang sudah menjangkau 8 tahun (untuk kategori keluaran 2005). So kerosakannya boleh dikategorikan seperti kereta lain juga.
      dan.. sebenarnya kereta ini atas nasib, kadang2 maintenance tinggi dan ada yang rendah... so far saya pakai 6 tahun, kerosakan major tiada lagi.. walaupun ada barang perlu diganti...
      dan untuk lebih selamat, boleh join group/club...
      dan di sana anda akan dapati harga spare part jauh lebih murah daripada SC.

      join us
      www.mychevyclub.net atau
      www.ramp-it.net

      -MCo-

      Delete
  12. Salam......bulan nie genap 9 tahun saya pakai cheverolet nabira....blan nie jgak hutang kete settled......ECU pn kaput.....dh 2minggu mncari ECU... akhirnya jmpa ...itupun bngkel blum pasang sbb esk public holiday n merrka perlu remap dulu.....nak beli baru ECU....RM 6k siap program....huhuhuhuhu tpi bwak kete nie memang sedap dn x brcadang pn utk mnjualnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAh....RM6k dengan sekali program? di mana itu bro?
      saya boleh dapatkan RM1,500 paling mahal siap dengan sekali program.

      kereta ini memang mantap...

      -MCo-

      Delete
  13. Owner Alfa Romeo & Nabira disini :-) Hello Kawan2.

    ReplyDelete
  14. Saya baru je beli nabira 3 minggu lepas....mcm mana nak join club?register x lepas2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 club...
      www.mychevyclub.net

      dan

      www.ramp-it.net

      kalau tak dapat cuba try inbox.
      jangan guna email pelik2... emai biar sinonim dengan orang malaysia..hehehee..contoh..yahoo.gmail.hotmail, rocket mail..dll..

      -MCo-

      Delete
  15. saya google pasal radio nabira, jumpa blog ni :) so saya nak share jugak.

    saya ada nabira jugak thn 2004. beli seken hen - dah dekat 2 thn. setakat ni alhamdulillah tak ada major problem. servis +/-6 bulan sekali (12k km).

    ramai org kata spare part nabira mahal - mmg la mahal, tapi kalau kira berapa lama dia tahan saya rasa berpatutan. masalanyer mcm saya, beli seken hen, umur kereta pun dah mencecah 8 thn, so, byk la wear & tear kena tukar. cth kereta saya - 8 thn, baru sekali tukar spark plug, & plug coil (+/-RM900). kira ok la tu. brake pad pun, +/- sama harga mcm brake pad exora jer.

    saya ada gak masuk website mychevy, tapi tak bayor lagi yuran, so limited xs. sebagai alternatif, saya selalu tukar2 pendapat dgn owner lain masa servis keter di ecotech.

    pada saya, kereta ni:
    - jimat minyak (full tank boleh pegi 700km - cruising highway 110-120kmh, pernah try dari RNR sg buloh - nibong tebal- sg buloh)

    - selesa dan praktikal utk keluarga sederhana (4 - 5 org) seat 7flex tu mmg berguna sgt. aircond depan ada, blakang pun ada. cuma seat tgh tu tak boleh turun ke belakang - mcm wish/citra.

    kepada yg berhajat, kena byk sabar dan cari sampai jumpa yg elok ;)
    kalo jumpa yg tak elok, minatk harga murah kaw2, leas tu prepare utk repai sket2 :)

    sekian

    p/s: thanks to blog owner sbb share pasal nabira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas info...
      yang info yang berguna bagi new owner..

      cuma kebelakangan ini, sejak minyak naik harga saya kurang bawa kereta..kadang2... satu minggu sekali sahaja start kereta...
      tapi syukurlah...ada kawan2 yang sama guna kereta ni...share pendapat...

      Delete
  16. mahal ke menten nabira ni? mahal berbanding apa yer?
    saya pernah bercadang nak jual nabira saya, kununnyer nak beli exora cfe - on paper,power lebih, minyak jimat, luas lebih kurang nabira, cantik, baru.

    jadi saya google blog & forum yg cerita pasal exora ni, antara yg saya jumpa:
    brake pad depan RM300, kondensor aircond RM500++, compressor aircond RM1000++, utk servis 60k km - minyak gear RM400++, spark plug nak dekat RM500...

    fuhhhhhh....murah ke maintenance exora tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kalau bagi yang join club nabira...
      sebab sana ada kaki untuk dapatkan harga murah.
      ada petua untuk jadi lebih lasak
      ada pakar untuk terima nasihat...
      yang penting hidup berkawan...semua boleh...

      -MCo-

      Delete
  17. salam, saya mencari ecu untuk nabira? ada sesiapa yang ada info?
    019-6181598

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah ada sms no tuan...
      sila check...

      biasa saya akan beli ECU di Hatyai Thailand..harganya berganda-ganda murah.

      -MCo-

      Delete
  18. salam...abag saya baru amik nabira 1.8 sport 2005. rm25k..... skang nk cari skit spare part lah..foglamp dengan soket hedlamp....sbb soket terbako..kat mane boleh cari ye..yg 2nd pon ok...yg foglamp tu dh masuk air..pastu tak menyala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk lebih detail..
      boleh join kami di club

      www.mychevyclub.net

      atau

      www.ramp-it.net

      sebab kami memang ada kaki2 mencari spare2 part macam ini..

      -MCo-

      Delete
  19. Betul ke nabira xleh pakai petrol ron95..mntak pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah bertahun-tahun menggunakan RON95...
      kereta continental ini tidaklah bergitu regid...
      jangan terlampau manjakan kereta..

      namun bergitu, ada juga atas nasib...ada orang hanya boleh isi shell sahaja..bila isi petronas... exhaust emmission menyala...
      dan sebaliknya...so far, semua minyak saya bedal.. kecuali petronas... sebabnya..seperti saya nyatakan di atas tu...

      -MCo-

      Delete
  20. bebaloi kah nk bli nabira ni?? kalo premacy ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata-rata orang kata... Nabira ini berbaloi, kelasakan nya, dan penjimatan minyak...
      kecuali beli yang secondhand...banyak juga barang perlu di tukar, kena sediakan duit juga...
      tapi walaupun ada sesetengah sparepart itu mahal daripada harga sparepart kereta lain... ia tahan lama...kadang2 sampai 4 atau 5 tahun.. percaya atau tidak.. ATF saya... sejak 2004, tukar pada tahun 2012...believe it? but u must believe it.....

      Delete
  21. Salam...saya Mohd Hezrein dr puchong...pengguna baru nabira tahun 2004. saya ada masalah engine light menyala kemudian power steering keras. minta kerjasama dan nasihat. Terima kasih. NO contact sy 017-224 5666. Harap dapat bantu.

    ReplyDelete
  22. salalm M. Hazrein.... kalau di puchong boleh singgah di ecotec, subang jaya...di situ adalah specialist bagi nabira ni...dan harga berpatutan.... engine light tu mungkin akibat O2 sensor... kalau spanar light menyala, cepat2 lah pergi workshop yang ada Tech II...
    power steering keras? banyak faktor...mungkin power tak cukup....check alternator... mungkin minyak power steering tiada...

    untuk keterangan lanjut boleh join us di

    www.mychevyclub.net

    atau

    www.ramp-it.net

    ReplyDelete
  23. salam.. carik info pasal nabira jumpa lak blog ni. tgh cadang2 nak beli nabira ni, 24k thn 2004. camner nak check engine dia ok ke tak? ramai kata jgn beli, sbb minyak mahal, mentenen mahal. tapi harga murah, berbaloi ke beli?

    ReplyDelete
  24. Saya berminat nak beli kereta ini tapi nak tahu serba sedikit harga part2 dia le.. Macam timing belt, engine mounting, Absorber dan brg2 penting.. Kat mana nak refer ye?

    ReplyDelete
  25. (mie a.k.a jadeng) salam tuan tanah dan semua y ada. Sya pon sdg mencari2 nabira. Br ja terlambt sikit, sebiji nabira area utara dah disambar org. Sedih btoi.. Skarang sdang cuba join mychevy.net utk cr maklumat tp mash blum2 diterima.. Bertambh sdih :-(

    ReplyDelete
  26. salam all.... eermm maklumat memang banyak di www.mychevyclub.net dan www.ramp-it.net
    sebenarnya memang ramai yang berminat dengan kereta continental ni... sebab harganya memang dah murah... memandangkan usia kereta ini dah menjangkau 7 tahun, maka banyak juga barang2 yang perlu di tukar ganti, sama dengan kereta-kereta lain. cuma persoalan, barang2 ini ada mahal dan membuat orang lain "kecut perut" tetapi kami yang dah lama pakai ni.. memang ada "lubang" yang murah untuk dapatkan spare part ini. jangan "drive alone" sebab di sini ada geng..
    kalau nak check engine. pertama kena guna "tech II" atau upcom. tech II hanya ada pada pomen2 yang pro sahaja, seperti di Ecotec dekat sunway pyramid, DS Auto di Melaka, Teraju Megah di Johor, SC Chevy di Hatyai, Sabri di Bagang Lalang, Kuantan, Nazri di Ampang. kalau upcom plak, ramai yang ada yang jadi ahli club mychevyclub.net. boleh minta tolong diaorang pergi tengok kereta yang nak di beli...
    pasal maintenance.. mungkin ada spare part yang mahal...tapi ingat...spare part mahal tetapi ia tahan lama, contoh kalau kereta lain mungkin boleh bertahan setahun, tapi nabira mungkin boleh bertahan 5 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...boleh bagi no. contact cik sabri bagan lalang. terima kasih

      Delete
    2. As Salam, Boleh bg no contact yg ada upcom kt area puchong? 0193367469 jue.tq

      Delete
  27. salam tuan,

    Opel Zafira 2001 sama ke dgn nabira dari segi parts dan accessories?

    TQ

    ReplyDelete
  28. nak tanya.. seat 2nd row nabira ni boleh di baringkan tak?... tgh survey2 nabira di internet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak.... cuma statik sahaja...walaubagaimana pun... nabira ni ada 21 kaedah pengubahsuaian seatnya...

      Delete
  29. sy pon tgh srvy2 nabira...jmpa plak blog ni...bminat nk pki nabira ni...nk tau la jgk maintenance dan penjagaan engine...skang ni pki savvy...dh 9 thn pki Alhamdulillah wapon rmi yg ckp savvy ni maintnance tgi...tp sy rasa berbaloi...slagi x pki xtahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini so far..ok lagi...dan masih banyak lagi ada jual dia punya spare part...cuma masalahnya ialah... sparepart hanya di jual di kedai2 tertentu.... sebab tu, kalau pakai kereta ni..better join club..sebab situ banyak info yang berguna....

      Delete
  30. Salam...saya ada problem dgn engine mounting.Bila masuk gear reverse ada gegaran sikit.Bila jalan forward ok la tak terasa sangat.Kat mana nak cari spare mounting yang harga tak mahal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... anda tinggal di area mana?
      jika area KL atau selangor...try call
      Dr.Rafick....
      di 012 221 8956 atau drrafick@gmail.com.

      Delete
  31. As Salam, Boleh bg no contact yg ada upcom kt area puchong? 0193367469 jue.tq

    ReplyDelete
  32. salam,saya shahril baru je nak try pkai nabira ni,sesapa ada cadangan tolong bgtau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam shahril...
      cadangan yang macamana tu saudara?
      kalau nak mudah cuba lah register kat forum
      www.mychevyclub.net atau www.ramp-it.net
      kat dalam tu banyak tips2 dan info berkenaan nabira ni..
      kalau ikut kan saya... nabira ni memang masih mantopss..walaupun harga murah sekarang ini..boleh dapat below 30k...try lah survey...

      Delete
  33. salam... sy zaid dr kajang. nk tnya sket... abg ade stock x air cond compressor nabira.. boleh bg tau x hrga dlm lingkungan brape rm?? sy pnya dh kong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ahmad Zaid...
      tentang itu, cuba saudara contact Amir Ecotec...atau sms dia... kalau tiada stock mungkin dia boleh order.. ini no contact beliau...017-8809410

      Delete
  34. Salam bro, nak tumpang tanya mana nak cari tempat tukar ECU yg murah dan bagus...TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam evilsin...kalau ikut perkiraan, kalau harga ECU di Malaysia, terutama di Ecotec, subang atau DS auto Melaka.. harga stardard.. hampir rm2k... tapi kebiasaan ramai ahli club tukar ECU di hatyai Thailand, harga boleh dapat dalam RM1.2k...(harga semasa sekarang)..kalau nak tukar yang ada kepakaran, silalah pergi ecotec, owner dia Amir...no hp telah saya nyata di atas tu..

      good luck bro

      Delete
    2. oh takpelah kalau macam tu... dah tanya dekat ecotech pagi tadi, dia quote total sampai 4k+. Tapi kalau nak buat dekat Thailand tu jauh sangat lah nak pergi.. Anyway thanks again.

      Delete
  35. Salam, Saya baru je pakai keta ni bulan lepas. Mmg Sedap pakai nabira ni. Dulu pakai odc ra6 pun rasa x sesedap nabira. Mmg tercarik2 blog or forum pasal keta ni. Alhamdulillah jumpa dah ni.. Thank u la pasal create blog ni. Forum chevy tak masuk lagi. Baru2 ni, aircond ada masalah. Kata org tux, kena service, tukar valve n filter aircond. Harga total dlm rm500++. Ok ke tak? Dia pun ada ckp, kalo nak lebih baik, tukar je comressor. Baru dlm rm3k. Betul ke mahal mcm tu? Kalo recond dlm rm800 je.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..ya..saya buat blog ni pun kebetulan sahaja....sebab kat sini ada 2 forum utama yang menceritakan nabira ni... 1. www.mychevyclub.net dan www.ramp-it.net
      yup..bila aircond tak sejuk kena servis..tapi kena cari kedai yang berbaloi..rasa2 rm500 boleh tahan juga mahalnya... dan boleh tahu umur kereta tu dah berapa tahun? memang compressor kalau dah tak panas lagi...kena tukar..di sarankan beli saja yang original..yang recond dan secondhand jangan..sebab tak tahan lama...harga pun kalau yang boleh dapat paling mahal ialah RM1900 sahaja..kalau beli di Malaysia... untuk detail boleh call tokey Ecotec kat subang... ni no hp dia.. Amir: 017-8809410

      Delete
    2. Thanks for the info! Ni no saya, 0162363272, bole la ber'whasap' ke

      Delete
    3. u r welcome...yeah..boleh saja watsapp dan wechat... tapi namanya?

      Delete
    4. Nama saya, Farouq. Boleh tuan bg no phone? Thank u

      Delete
  36. salam...dekat setahun sy pakai kereta ni...seminggu ni perasan spanar light menyala...kenapa yer??? thanks...

    mas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sign "spanar light" menyala.....ia banyak boleh buat andaian... yang pasti kena check dengan TECH II, hanya pusat2 servis tertentu.seperti Chervolet servis centre... atau kat Ecotec...
      note: kena tengok apa symptom yang menyebabkan spanar light tu menyala...biasa ia sebagai tanda untuk bawa kereta kita ke pusat servis.

      Delete
  37. Salam. sy bercadang nk beli nabira 2nd hand. nk tanya, mana lg berbaloi beli: nabira 1.8 atau yg 2.2. dari segi maintenance, fuel consumption, harga spare parts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh dikatakan nabira dengan 2.2 seperti limited edition... kalau di kira memang sikit berbaloi... kerana, barang susah nak rosak, kalau rosak..of course, spare part mahal sedikit daripada 1.8. yang penting ia tak pakai timing belt, tetapi timing chain...dan speed memang uummph.. (seperti nabira 1.8 yang di pasang sprint booster).... itu lah pandangan yang saya boleh bagi...

      Delete
  38. as salam....terima kasih utk nasihat,pandangan dan permasalahan yg tuan2 bangkitkan..baru sy dpt blog ni...sy pun baru guna nabira 2 secondhand..dh 2 tahun...guna nabira ni mcm pepatah melayu...kalah membeli menang memakai....in sha allah jumpa lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tahniah kerana berjaya memiliki awek mat salleh...

      Delete
  39. as salam taun dirafum....tq for HP number....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tinggal d melaka....harga brg sparepart nabira/zafira memang mahal n susah nk cr...kena tunggu 3-4 hari order barang.....mohon bantuan,kat mn nk cr barang2...buat masa sekarang ni ambil barang kt JB....jika KL ada mohon share....

      Delete
  40. oo di Melaka pun kita ada member sana...dan ada bengkel yang pro... DS auto, dekat dengan bukit katil..ni no hp dia 019-6553108 (Din)...dia ni tahu owner2 nabira di Melaka...boleh pergi workshop nya dan tanya owner2 nabira yang lain.....

    tq

    ReplyDelete
  41. salam bro...ada tak kedai yang boleh repair nabira nie di utara area alor setar or perlis....enjin bunyi ketek2 mcm keta diesel....saya baru 3 minggu pakai keta nie hehe..no fon saya 017-4735505 -wan

    ReplyDelete
  42. boleh call hj syukri..tapi dia di penang..no hp dia: 0124230084

    ReplyDelete
  43. nk tnyer ada x tmpt yg jual adjustable nabira nie....ssh btul nk cri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. errmmm memang susah sikit nak cari..kami di sini pun berhubung antara member di seluruh Malaysia.. cuba lah register club..dan tanya club member... memang berbaloi...kalau tiada di KL, mungkin di Johor ada...kita ni seluruh semenanjung...semua link.

      Delete
    2. atau boleh call hj syukri seperti no hp di atas tu..dia ni direct ambik barang dari Hatyai Thailand... tapi harga tu..nak kata murah....boleh di katakan murah sikit yang di jual di SC Malaysia....

      Delete
    3. terima kasih...cmner nk join to the club.....

      Delete
    4. visit www.mychevyclub.net dan cuma ikut aturan nya...

      atau..

      www.ramp-it.net

      pastikan email aktif dan letak nickname....

      Delete
  44. sy tggal kt segambut kl..kt mne tmpt paling dekat untuk servis nabira nie...n jual spare part murah utk nabira....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau setakat ini..yang paling excellent ialah di Subang Jaya (dekat dengan sunway pyramid) di Ecotec, boleh di katakan specialist. harga barang kat situ nak kata mahal tidak juga, nak kata murah pun tidak juga..biasa2 ahli club ni ada "lubang" untuk beli sparepart ni...di kedai-kedai terntentu...kalau tak keberatan, boleh bagi spare part apa mahu..dan kami di sini boleh cari member yang boleh tawarkan harga yang berpatutan....

      Delete
    2. sy nk cri adjustable atau adzober.....

      Delete
  45. Assalam..sy dah cuba register tp ni haa katanya..Your account is still awaiting admin approval..knp lama sgt ya..baru nak bercadang berkenalan lebih lanjut dgn geng2 nabira ni..tp apa2 pun syabas pd tuan kerna adakan blog ni..lps ni blh lah bertanya tentang part2 nabira ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...
      forum tu, sejak kebelakangan ni, ada masalah teknikal sikit, walaubagaimana pun...cuba bagi nickname register kat forum tu dan email, nanti saya akan bagitau pada admin forum tersebut.
      tq...

      Delete
    2. Ooo ya ke..klu xkeberatan blh x sy dpt kan no hp.en fareed..mn lah tahu kot2 ada perkara2 yg perlu dirujuk drpd otai nabira...
      nickname - mgt13
      email mgtshukri74@gmail.com

      Delete
    3. hehe...saya ni bukan lah otai sangat pun...tapi kat KL lagi ramai otai2...kalau masuk forum tu... memang banyak suggestion boleh dapat....
      apa2 pun...bleh ja nak dapatkan no hp. 016-9862600

      Delete
    4. O.k t.kasih..Salam Perkenalan dr sy...nnti sy whatsapp je lah..lbh mudah..

      Delete
  46. as salam... sy baru je booking nabira secondhand tahun 2005. in shaa allah selesai urusan JPJ khamis keluar laa kereta... boleh tak bantu syaa sekiranya saya memerlukan ape2 penjelasan dan pendapat tentang kereta nabira???? sy beli pada harga 23k... betul ke minyak kereta hanya boleh di isi di shell or minyak ron97??? huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nur dania.....so bila dah pakai nabira ni.. saya boleh kata...welcome to da club..hehehe... nak minta penjelasan tu tiada hal...sebab anda bukan keseorangan bila kereta model ini...sebab kita memang ada group dan ada club... group whatsapp pun ada...nak detail..boleh sahaja regirster di
      www.mychevyclub.net atau www.ramp-it.net

      dan.. petrol tu..adalah mitos sahaja...boleh sahaja guna RON95...saya dari dulu lagi dah guna itu...

      Delete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Salam...saya joe dari JB...baru je pakai nabira 1.8 sminggu...tahun 2005....ni nmbor contact sy...0167174363...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... ok..boleh sahaja whatsapp saya....

      Delete
  49. asssalamualaikom bro, nk tanya ckit ni.ape msaalahnya ngan nabira ni bila kita msuk gear D kete x nak gerak
    tunggu lamo plk lampu drift plk kuar langsung x do pick up.klu ado msalah dgn gear box agk2 bapo kos nya ganti ko atau overhault mne satu yg elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ermm kalau mcm tu nampak macam symptom kena gear box.... biasa members sini akan cari halfcut....harga dalam rate RM3.5k...

      Delete
  50. Assalammualaikum ..nak tanya mana blh dpt compressor murah sbb bila saya bawak keta aircond rasa panas ..adakah itu mmg masalah compressor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..... normally compressor untuk nabira harganya standard.... rate kalau baru ialah dalam RM1900 untuk siap pasang sekali... kalau tidak termasuk kos pemasangan ialah dalam lebih kurang rm1600. cuba bawa dulu kedai air-cond... mungkin tiada gas..kalau compressor "dia" ada bunyi kurang menyenangkan sikit...tapi terpulang...

      Delete
  51. Nabira saya pon ada problem.... Ignition coil. Yg ori punya harga brapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ignition Coil.. kalau yang Ori GM harga boleh cecah antara RM800- RM1000, kalau bernasib baik boleh dapat dalam harga serendah RM750. Kalau yang OEM boleh dapat dalam harga RM350-RM450. boleh cari mana2 kedai spare part...just bagitau model kenderaan...

      Delete
    2. Alhamdulillah lps tkr ignition coil keta Dh ok... Dh ok yg tu
      Pintu Blkg tk bleh buka plk...

      Delete
  52. nabira sy bile start angin agak byk kluar melalui ekzos hingga bile kter nk tutup ekzos mngguna kn tangan agak ssh.mohon bntu adakah sebarang kerosakan berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh..ini 1st time dengar masalah ini... kalau nak lebih baik, saudara boleh lah minta pandangan daripada pakar di www.ramp-it.net
      cuma bagitau email dan nick name...nanti saya inform untuk create satu akaun untuk saudara...
      tq

      Delete
  53. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    nabira sy bile masuk gear 1,2,3&D, kete jadi berat nak jalan mcm tekan minyak x lepas handbrake. tp gear reversed ok pulak. ape masalahnye ye.
    myk gearbox sy x oernah tukar lagi sejak 2 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam - Sha rif, cuba tengok "snow button" di sebelah gear tu... mana tau kot kot tertekan.... ia juga salah satu penyebab yang menjadikan kereta berat nak jalan...

      Delete
  54. As salam.. Mohon bantuan. Sy menghadapi masalah simbol segitiga sebelah simbol ABS tu menyala. Kereta menjadi perlahan. Hanya boleh pergi 40km sejam.. Apa masalah tu ya? T.kasih atas bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...yang tu mungkin ada masalah pada wayar...sebaik2 nya check mungkin TCS atau ABS wire harness...tapi kebiasaanya kalau sign ABS menyala ia ada masalah dengan sensor, dan sensor tu mungkin disebabkan Front wheel bearing...
      untuk itu, better pergi check di SC yang ada Tech II
      TQ

      Delete
  55. Assalam, sy berminat nk beli nabira 1.8 ni....ade satu tu thn 2004, 21K...ok tak harga nye? spepat masih senang nk dpt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam...
      kalau 21k tu kira boleh lah.. kalau boleh cuba lah cari yang 2.2... sebab 2.2 jarang rosak....walaupun kalau rosak..spare part mahal..tetapi berbaloi..kerana ambil masa yang lama untuk rosak lagi....mungkin 5 tahun rosak sekali....
      spare part setakat ini tiada masalah...masih banyak di pasaran... ada yang murah dan mahal... kalau kena tempat..murah boleh dapat..
      tips untuk beli nabira
      1. pastikan dengan owner ada security code
      2. tanya owner... apa yang dah rosak dengan kereta tu...especially ECU
      3. test drive... cuba bawa ke workshop yang ada tech II, dan kalau ada kawan yang ada upcon boleh lah check..
      4. timing belt dah tukar atau tak bagi 1.8 sahaja... 2.2 timing chain...
      5. dapatkan nasihat pakar...contoh dari ahli club ni...yang saya nyatakan di atas...

      Delete
  56. saya ada pakai nabira 1.8 sama,ada masalah,, tiba2 tengah bawak dia kadang mati tengah jalan,biasanya waktu2 jalan sesak jam , tol , nk hidupkan balik kena cabut kunci and start balik ,, agak tuan apa masalahnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lupa bagi salam, Assalamualaik :)

      Delete
    2. saya nasihatkan...bawa lah kereta ke SC yang ada tech II...sebab kes ni kena diagnose dulu... sebab mungkin pasal ECU..mungkin pasal benda lain....

      Delete
    3. insyaAllah ,, terima kasih ye :)

      Delete
  57. Salam sume,Saya nak tanya sedara2 yg arif kat sini.Kereta saya Nabira tahun 2005.Maslahnya ialah,temperature naik lebih dr stgh tak seperti biasa.Bila on aircond temp akan naik secara pelahan2 sampai ke 100C.Bila saya cek semua kipas jalan dan air dlm revoir jugak tak kering(ada).Apa benda yg rosak tu tuan?

    ReplyDelete